KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.
Alhamdulillah sudah sampai ke Rasa malam tadi. Selepas mengharungi 7 jam perjalanan dari Batu Enam, Terengganu. Kepala pening-pening sedikit. Kerana sudah lama tidak memandu direct dari Batu Enam ke Rasa. Selalunya singgah Kuantan dahulu, rumah kakak ipar. Tetapi memandangkan kakak ipar bercuti ke Beijing, maka hasrat untuk singgah tidur semalam di Kuantan tidak kecapaian. Duit-duit, dimana kau duit.... Hamba ke Batu Enam dahulu pada minggu lepas, hari Khamis. Singgah di Kuantan semalam dan esoknya terus ke Batu Enam. Sampai Kuala Terengganu, jalan-jalan ke pantai. Sabtunya pula, pergi ke Marang, ada kenduri kahwin. Ahad ke bandar, kemudian ke pantai airport. Isnin ke pantai Mengelibang Telipot (betul ke eja ni?). Selasa ke bandar pada paginya, kemudian tengahhari ke Gong Badak dan seterusnya balik ke Selangor. Tidaklah jauh mana berjalan di negeri Terengganu. Sekitar Kuala Terengganu sahaja. Tidak ke Dungun, tidak ke Besut. Cuma sekitar-kitar bandar Kuala Terengganu dan pantai ...
Ulasan