TANAH HARAM ADA 3, BUKAN 2.

Semalam, bonda dan ayahanda hamba pergi ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah umrah. Penerbangan MH 150 ke Jeddah pada jam 3.15 petang dari KLIA. Syarikat yang membawanya adalah Triways. Ada lebih kurang 40 jemaah yang ikut serta dalam pakej umrah itu.

Hamba jika ada kelapangan, hendak sangat mengikut ibu dan ayah ke sana. Pergi ke Tanah Haram. 2 tanah haram yang terletaknya  Kaabah dan masjidil nabawi. Perasaan menebal untuk ke sana begitu kuat. Begitu kuat sehingga timbul perasaan sebak kerana tidak berpeluang bersama ibu dan ayah untuk melakukan ibadah umrah.

Namun, selepas balik dari KLIA, ketika sudah sampai ke rumah, hamba terasa seperti ada satu kesilapan terhadap kerinduan hamba kepada tanah-tanah haram itu. Hamba baru terperasan, bahawa kerinduan untuk ke tanah haram adalah hanya kepada 2 tanah haram sahaja. Bukan 3 tanah haram. Ya, hamba terlupa bahawa didalam dunia ini, Allah SWT telah mencipta 3 tanah haram. Bukan 2.

Tanah Haram Makkah Al-Mukarammah. Tanah Haram Madinah Al-Munawarah. Dan ketiga, Tanah Haram Al-Syarif Baitulmaqdis. Kenapakah, semasa di KLIA ketika menghantar ibu dan ayah bagi melaksanakan umrah, hamba terlupa langsung untuk merindui Tanah Haram Baitulmaqdis? Nampak seperti ianya tidak wujud didalam kamus peribadatan umat Islam ketika ini untuk beribadah di Haram Al-Syarif.

Sedar tidak sedar, umat Islam sekarang sedang menanggung dosa yang amat besar kerana membiarkan Tanah Haram Al-Syarif ini dijajah oleh zionis laknat. Tiada perasaan langsung kita untuk membebaskan tanah haram ini dari cengkaman yahudi zionis.

Perlu disedarkan oleh semua umat Islam, sekarang dan ketika ini, perjuangan yang paling utama oleh umat Islam SELURUH dunia ada 2 pekerjaan yang patut dilakukan. Iaitu, mengembalikan Khalifah, dan kedua, membebsakan Baitulmaqdis. Dan sememangnya, kedua-dua perkara itu, sekarang ini, umat Islam sedang dalam keadaan tidak mengendahkan langsung akan keutamaannya.

Bersambung.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?