Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Februari 28, 2012

KES LYNAS; HANYA UNTUK ORANG CINA.

Ahad lepas, adalah satu detik sejarah dimana seluruh pelosok Malaysia, diadakan demonstrasi anti Lynas. Ia dilakukan serentak dengan demo 'ibu' anti Lynas di Kuantan. Namun, seperti yang dikatakan oleh MSK, lebih banyak cerita kes khalwat ustaz Badrul Amin daripada cerita demonstrasi ini.

Di Perak, yang hadir dalam demo 'hijau' ini adalah 5% Melayu, 5% India dan 90% Cina. Mesti ada yang pelik, kenapa ianya berlaku begini? Serupa jugalah di Pulau Pinang, majoriti yang hadir, 90% Cina. Melayu seciput. Kerana apa? Di Kuantan sahaja ianya nampak 'seimbang'.

Jawapannya senang. Setiap isu yang diketengahkan di negara Malaysia, ianya akan ditumpukan kepada kaum. Ya, ianya akan ditumpukan kepada sesuatu kaum, bukannya keseluruhan rakyat Malaysia. Jika isu Lynas atau radiasi Bukit Merah, ianya akan ditumpukan khas kepada masyarakat Cina. Kerana apa? Hamba pun tidak tahu. Jika isu Palestin, ianya akan ditumpu khas kepada orang Melayu. Kerana apa? Hamba pun tak tahu.

Jika isu Felda, ianya akan ditumpukan khas juga kepada orang Melayu. Orang Cina tidak ambil kisah. Jika isu Sekolah Jenis Kebangsaan, ianya mesti lagi akan ditumpu kepada Cina, orang Melayu lagilah tidak ambil kisah. Isu Bersih, semasa Bersih 1, ianya hanya tertumpu kepada orang Melayu. Cina ciput. Tetapi, Bersih 2.0, Alhamdulillah, Cina dan India baru mula sedar.

Mahu tidak mahu, sesuatu isu yang diutarakan, terutama sekali di Malaysia, akan menjadi satu isu 'perkauman' secara tidak sedar. Lynas telah dibuktikan sebegitu. Kerana apa? Mari kita lihat gambar.

Orang Melayu Kampung, faham ke tidak apa yang depa nak suruh dia faham dalam flyers ini?

Boomers Melayu Kampung Keliang Hulu Selangor, tidak faham apa yang hendak dinyatakan oleh Gen-Y ini. Cuba hang letak huruf Jawi, kan ke molek.....

Tulis 'khat Cina', besar mana pun, orang Melayu tidak faham apa yang korang nak ceritakan.

Bahasa Melayu hilang? Ini demo negara Hong Kong atau Malaysia?

Nasib baik ada satu ayat Bahasa Melayu. Jika tidak, orang Melayu akan anggap Cina buat kacau.
Mahu tidak mahu, bahasa di 'banner', kadboard atau flyers, jika hendak memasyarakatkan sesuatu isu, janganlah menunjukkan 'perkauman'. Demonstrasi dilakukan untuk menyatakan pendapat dan tentangan terhadap sesuatu isu. Tetapi, jika ada sesuatu banners yang tidak difahami oleh orang lain, hanya difahami oleh hanya sekelompok kaum, maka jangan salahkan orang lain jika mereka tidak menyokong atau malas ambil tahu.

Ini kerana akal kita, perlu pandai untuk meraih 'simpati' kepada semua orang dan jangan pula ada tindakan kita yang membuatkan sesuatu kaum (dalam isu Lynas ini, Melayu), rasa seperti isu ini bukan isu mereka hanya kerana tulisan Cina yang berleluasa di demonstrasi anti Lynas.

Jangan anggap, semua Melayu boleh menerima tulisan cina dengan hati 'terbuka'. Masih ramai lagi orang Melayu yang alergik dengan tulisan ini. Kerana, satunya, Melayu tidak faham akan tulisan ini seperti juga Cina tidak faham akan tulisan jawi, dan keduanya, tulisan Cina ini digunakan untuk mendiskriminasi bangsa lain dalam soal harga barang jualan puak kapitalis Cina.

Apa salahnya, semua banner dalam demo anti Lynas menggunakan bahasa Malaysia. Apa? Orang Cina di Malaysia bukan orang Malaysia ke? Lebih Cina dari Malaysia. Jika Melayu tidak banyak menyokong isu Lynas ini, jangan salahkan Melayu sangat. Sebab mahu tidak mahu, sikap berhati-hati dan berburuk sangka kepada bangsa Cina masih ada pada orang Melayu. Begitu juga orang Cina kepada Melayu. Tolong jangan tipu diri sendirilah.....

Pokok pangkalnya, demonstrasi digunakan untuk menyatakan sesuatu. Tetapi, jika pernyataan yang hendak dinyatakan itu tidak difahami oleh kaum yang lain, dalam isu Lynas kaum Melayu dan India, kerana bannersnya banyak 'khat' Cina, maka buat apa demonstrasi ini dilakukan. Saja nak buat promosi orang Cina dah kuat di Malaysia? Bahaya itu. Ditempat hamba, umno sudah mainkan isu ini.......

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa myg tuan hamba kata itu benar.
Di malaysia perkauman sangat hebat..
Muhibbah dan harmoni hanya di bibir sahaja. realitinya indah khabar dari rupa. Kalau tidak benar apa yg ana katakan, coba lihat parti parti politik, persatuan persatuan majoritinya berasaskan kaum. betul tak?

LYNAS selamat berkata...

nkkhoo.com/category/green-environment-nature-fauna-flora/say-yes-to-lynas
nkkhoo.com/2012/02/23/my-stand-on-lynas-i-support-it-if-there-is-an-independent-expert-panel-to-monitor-and-audit-the-operation
nkkhoo.com/2012/03/04/banana-is-more-radioactive-than-lynas-rare-earth-by-product
nkkhoo.com/2012/03/09/repost-comment-from-dato-dr-looi-hoong-wah
nkkhoo.com/2012/03/31/on-thorium-and-lynas-chan-chee-khoon
nkkhoo.com/2012/03/26/lets-de-politicise-the-lynas-issue-by-stop-lynas-coalition-and-its-reply-by-dr-looi-in-the-sunday-daily
nkkhoo.com/2012/03/15/radiation-meter-should-also-be-installed-in-bangi-and-kl
kickdefella.net/2012/04/17/lynas-negligible-radiation-but-only-toxic-chemical-waste
kickdefella.net/2012/04/16/rare-earth-a-richer-malaysia-and-a-greener-world
kickdefella.net/2012/04/19/rare-earth-the-truth-and-myth

aku baca hujah pembangang aku ketawa sajalah