KES HASSAN ALI; ADA PARASIT NAK JADIKAN PAS ISLAM MODERATE?

Kemelut Dr Hassan Ali sepatutunya sudah berakhir kelmarin. Apabila ada perjumpaan bersama Tok Guru Mursyidul Am di JKR 10 bersama Presiden dan Timbalan Mursyid. Itulah tujuan sebenar perjumpaan itu. Meredakan keadaan.

Tetapi, ternampak, ianya seperti ada yang tidak tereda apabila berlaku seperti peperangan baru oleh Dr. Hassan Ali. Dr. Hassan Ali seperti masih tidak berpuas hati terhadap sesuatu.

Jika ahli PAS tidak berfikir dengan tenang, mereka akan nampak seperti Dr. Hassan Ali adalah punca segala-galanya dalam ribut yang pertama dan yang kedua ini. Ianya seperti tercetus kerana Dr. Hassan Ali. Namun adakah benar ianya begitu?



Ribut pertama adalah kerana Saari Sungib. Ianya dimulakan oleh MalaysiaKini. Kemudian ianya telah dipanaskan oleh Mustafa Ali melalui Harakah dan HarakahDaily. Itu cerita lama dan sudah menjadi sejarah.

Namun untuk ribut yang kedua ini, mahu tidak mahu, ianya telah dimulakan oleh HarakahDaily. Buat cerita yang agak 'spin' dari perkara yang sebenar. Dr. Hassan Ali dijemput ke JKR 10 untuk makan-makan muhibah bersama pimpinan jemaah, tetapi di spin cerita beliau kesana untuk mohon maaf padahal sudah dipohon maaf minggu lepas sudah. Pelik sebuah akhbar saluran parti boleh buat cerita onar duri untuk memburukkan imej seorang bekas pemimpin PAS.

Hamba tidak tahu, apa yang sebenarnya pihak HarakahDaily ingin lakukan terhadap Dr. Hassan Ali? adakah ada tangan yang ghaib yang sedang mengawal media utama PAS yang semakin sembam itu untuk menjatuhkan beberapa individu PAS? Adakah cerita spin ini disengajakan agar Dr. Hassan Ali melenting dan ribut yang reda akan kembali bergelora? Nampaknya HarakahDaily sedang memainkan peranan itu.

Kemudian, mengapa pula perkara ribut-ribut ini berlaku ketika Malaysia berada diambang PRU13? Adakah untuk memecahbelahkan PAS atau ada sesuatu perkara yang lain yang hendak ditunjukkan? Ada beberapa ekor parasit didalam PAS yang ingin 'take over' PAS menjadi parti Islam moderate?

Cerita-cerita yang dahulunya terselindung didalam jemaah, sekarang sudah dikeluarkan senganga-nganganya tentang isu parasit moderate hendak ambil alih PAS. Dahulu, ianya hanya sabagai kata-kata santai apabila berusrah bersama jemaah, tetapi sekarang, kata-kata IRC atau JIM hendak rosakkan jemaah sudah menjadi sebutan yang amat penting.

Hamba sudah pening dengan gelagat mereka ini.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?