BERHATI-HATI KAWAN, DENGAN MALAYSIAKINI.

Utusan dengan berita harian, jika buat cerita niat jahat, itu sudah perkara biasa. Jika kedua-dua surat khabar itu keluar cerita yang benar sebenar-benarnya, yang itu memang pelik. Ini dinamakan buang tabiat. Jika utusan dan berita harian buat cerita laga-laga orang PAS, ahli PAS akan buat bodoh sahaja dengan berita itu. Memang sah menipu walau ada bibit kebenaran sebesar biji sawi.

Maksudnya apa? Maksudnya, jika hendak porak perandakan ahli-ahli dalaman PAS, menggunakan utusan dan berita harian adalah satu kerja bodoh, perabih beras dan sia-sia. Oleh yang demikian, golongan yang tidak gemar dengan parti Islam yang konservatif, akan membuat onar dengan cara lain. Mereka akan menggunakan kaedah yang licik lagi dusta. Kepakaran yang sedia ada oleh iblis lakanatullah.

Golongan ini tidak bekerja bersama-sama dengan bn-umno. Tidak. Bn-umno adalah golongan penentang gerakan Islam yang terang-terangan. Ianya adalah modus operandi yang perlu ketika negara-negara umat Islam baru merdeka dari penjajah.

Setelah lama merdeka, maka satu teknik baru untuk membendung dari jemaah Islam ini dari berkuasa di bumi umat Islam perlu dilaksanakan. Penentangan 'direct' seperti bn-umno sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Oleh itu mereka sudah dan sedang menggunakan cara yang lain. Cara yang tidak ternampak oleh orang biasa dan terperasan oleh mereka yang terlalai.

Dari segi konteks politik di Malaysia, ianya telah dimulakan sebelum dari tahun 2008 lagi.

Dan sekarang, ketika ini, kerja-kerja mainan mereka sedang menjalar untuk memeningkan ahli jemaah PAS. Mereka mulakan dengan isu Dr Hassan Ali. Saari Sungib hanya termasuk perangkap mereka sahaja. Dan mereka memang pandai untuk memasang jerat pada siapa untuk isu ini mulai dibakar dengan bara api.

Berhati-hati kawan, dengan MalaysiaKini.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?