Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Februari 28, 2011

KENAPA SUSAH SANGAT JADI PACA, AHLI PAS PENAKUT KE?

Hendak tahu apa yang paling ahli PAS suka semasa dalam kempen pilihanraya? Dengar ceramah. Selain itu apa yang paling ahli PAS suka? Kibar bendera dan tampal poster. Kemudian apalagi? Ahli PAS memang suka pergi berarak didalam penamaan calon.

Bagus, memang bagus ahli PAS yang suka buat perkara-perkara itu, tetapi malangnya, banyak ahli PAS tidak suka buat kerja ini semasa kempen pilihanraya, iaitu kempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi. Dan ada lagi satu benda yang ahli PAS kebanyakannya tidak suka, iaitu menjadi pekerja PACA (polling agent, counting agent).

Ramai ahli PAS yang suka merayu undi diluar bangunan tempat membuang undi semasa hari mengundi, tetapi ramai yang tidak suka berada didalam bilik mengundi untuk memantau aliran pengundian didalam bilik keramat itu sebagai polling agent.

Mengapa berlaku keadaan demikian? Apa guna ahli PAS bertungkus lumus menjalankan kerja tetapi peperangan yang paling penting, iaitu apa yang berlaku didalam bilik mengundi, ramai ahli PAS yang kecut perut?

Mengapa apabila rakan sejemaah mengajak kita pergi mendengar ceramah, sehingga jauh 400km kita sanggup pergi, tetapi jika jemaah PAS memerlukan petugas PACA, walau tempat mengundi disebelah rumah, kita menjadi penakut lagi menikus?

Inilah dilema yang sering melanda kepada seluruh cawangan PAS diseluruh negara dimana ahlinya memang tidak mengerti, dimanakah medan pertempuran peperangan mereka sebenarnya. Apa, ingat ketua tempat mengundi di setiap unit peti undi 'neutral' ke? Tidak sama sekali! Mereka sebenarnya adalah penyokong umno! Yang akan memastikan umno menang walau apa cara sekalipun, walau dengan menipu undi.

Oleh itu wahai saudara sejemaah, disinilah medan yang sebenar didalam medan peperangan pilihanraya, iaitu menjadi PACA. Maka, tolonglah berebut untuk menjadi PACA semasa PRU nanti!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tu jika di ajak usrah susah nak pergi..