Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

PAS KALAH TERUK. NAK BERUBAH CARA KEMPEN ATAU TIDAK?

PAS kalah teruk. Katakanlah apa pun, PAS kalah teruk dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kerana apa? Kerana cina tidak mengundi PAS. Dan Melayu tidak mengundi PAS. Paling baik pun, mungkin 1% undi cina yang PAS dapat, dan undi Melayu hanya sekitar 30-35%. Dari segi pola pengundi Melayu, tidak mengubah apa-apa, dari PRU13 dan PRK ini. Walaupun PAS sudah tidak boleh dimomokkan sebagai kuda tunggangan dap (walau masih ada orang kampung masih berfikiran begitu), namun Melayu masih tidak mengundi PAS. Kenapa? Jawapannya mudah. Sebab benda. Ya, umno beri benda. Materialistik. Benda yang sementara. Walau hanya rm200, namun pada pandangan orang Melayu, ianya berkekalan sehingga dua abad. Walau seguni beras 5kg, ianya seperti memberi emas bertimbun. Kenapa begini? Adakah Melayu bodoh? Tidak.. Melayu tidak bodoh. Tetapi Melayu mempunyai hati yang lembut. Apabila orang memberi sesuatu, maka dia akan rasa satu ikatan yg kuat daripada si pemberi itu. Bukan semua mel

CATATAN SUNGAI BESAR

Sungai Besar. Saya ada 3 hari disana tahun lepas. Berniaga keropok Terengganu di booth karnival sukan Piala Raja2 melayu tak silap saya. 3 hari 2 malam lah saya di stadium Sungai Besar. bersama rakan saya berniaga. Rata-rata yang membelinya, orang Jawa. Jawa Malaysia. Atau lebih tepat Jawa Sungai Besar. Solat Jumaat di Pekan Sungai Besar. Baik-baik orangnya. Ada sorang ustaz, yang membawa motor, menumpangkan saya sehingga depan masjid. Mungkin melihat saya jalan terhincut-hincut.. kaki kanan saya sakit ketika itu. Turun dari motor, ustaz itu berbahasa jawa dengan saya. Saya sengih dan katakan saya tak faham. Ustaz itu senyum dan sapa saya dalam bahasa Melayu.. "Oh.. bukan orang sini ya..", ustaz itu menyapa ku. Subuh esoknya, solat subuh di masjid yang sama. Kerana masjid itu sahaja yang paling dekat dengan stadium. Surau di taman kami dengar azannya.. tetapi tidak tahu di mana suraunya. Maka ke masjid Sungai Besarlah kami solat Subuh. Makmum agak ramai. Untuk har

PUNCA LGE KALUT PASAL RUMAH SEBAB DAP JUGA KE?

Selang satu dua minggu ini, cerita berkenaan rasuah pembelian rumah bungalow dengan harga terlampau murah sedang bersepah-sepah dimerata-rata blog dan web page politik Malaysia. Setiap inchi berkenaan pembelian dan cerita berkenaan tukang jual empunya rumah itu akan keluar dari masa ke semasa. Melihat kepada 'bukti' yang dipersembahkan dengan secara detail lagi terperinci, membuatkan saya tertanya-tanya.. adakah sedang berlaku, didalam dap, cubaan untuk memecahkan blog anak beranak Lee dalam pola kuasa pemerintahan Pulau Pinang dan dap sendiri? Saya cukup yakin, bukti-bukti, yang diterima oleh pihak umno Pulau Pinang, bukan datangnya dari pihak umno sendiri. Saya merasakan, ada dalang di dalam dap sendiri yang membenarkan bukti-bukti ini diambil dengan mudah oleh pihak musuh politik. Cubaan menghancurkan karier politik LGE pada pendapat saya, sedang berlaku di Pulau Pinang. Dan ianya didalangi pasti dari orang dalam dap sendiri. Atau mungkin juga, pihak umno telah menemui b

Catatan Khas: Tuan Guru Presiden PAS Berbahas, Dewan Parlimen Berubah Bagaikan Dewan Kuliah Universiti

Imej
March 9, 2016 Catatan Khas: Tuan Guru Presiden PAS Berbahas, Dewan Parlimen Berubah Bagaikan Dewan Kuliah Universiti 1. Pada tepat jam 12.00 tengah hari tadi, giliran Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja. Saya tidak menyangka suasana perbahasan menjadi begitu menarik dan mengasyikkan. Sesiapa yang berada di dalam Dewan mahupun menonton secara langsung pasti berasa teruja kerana suasana Dewan yang biasanya gamat dengan pertelingkahan dan bertikam lidah berubah menjadi diskusi ilmiah bagaikan dalam dewan kuliah universiti. 2. Asalnya masa yang diperuntukkan hanya 30 minit tetapi atas budibicara Dato' Timbalan Speaker, Tuan Guru Presiden dibenarkan untuk berbahas selama 1 jam kerana ramai Ahli Parlimen lain daripada BN mahupun Pembangkang yang berminat bangun membuat pencelahan. Mereka bertanya dengan penuh adab tatasusila bahkan ada Ahli Parlimen DAP yang memanggil nama "Tuan Guru" sedangk