PKR SOKONG PAS TANDING KUALA BESUT.

Ade cerita yang kata memacam, tapi ini jawapan yang bagus oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim;
 
 PKR sokong PAS bertanding di Kuala Besut - (HarakahDaily)

Muhammad Faizal, 02 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut nanti.

Beliau menjelaskan perkara tersebut telah dibincang dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa PKR akan turut sama membantu PAS pada PRK tersebut bagi memastikan kemenangan milik Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Saya telah nyatakan kita akan memberi sokongan penuh kepada PAS bagi menghadapi PRK di Kuala Besut nanti.

"Perkara ini telah saya bincang denga Hadi dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh PKR berhubungan sokongan kita kepada PAS yang akan bertanding di kerusi tersebut," jelasnya yang juga Ketua Umum PKR di lobi parlimen.

Beliau turut memberitahu sokongan yang diberikan ini akan memastikan satu perubahan senario politik bagi Negeri Terengganu.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan Pakatan Rakyat tidak peduli dengan dakwat kekal serta penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut memberitahu keputusan telah dibuat sejak sekian lama iaitu mana-mana kerusi yang mengalami kekosongan maka tempat tersebut perlu diberikan kepada parti yang bertanding sebelum ini.

"Perkara ini telah dipersetujui sejak sekian lama iaitu jika berlaku kekosongan kerusi, maka tempat tersebut perlu diberikan kepada parti yang bertanding sebelum ini.

"Kita mengharapkan sokongan dari semua pihak agar membantu PAS pada PRK tersebut, kerjasama dari semua pihak amat penting bagi memastikan kemenangan milik kita," jelasnya.

Mahfuz turut berharap agar SPR dapat menetapkan PRK diadakan selepas bulan Puasa.

Namun, jika SPR tetap memutuskan PRK akan dilaksanakan pada bulan Puasa ia tidak menimbulkan masalah kepada parti itu untuk menghadapi Barisan Nasional.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?