Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

NAK TAU KENAPA MALAYSIA KALAH DGN SINGAPURA....

Imej
Jangan dengan Laos pun kalah sudah......

SIAPA NAK DERMA UTK BUNUH RAKYAT PALESTIN?

Imej
Kepada yang tak faham-faham tu, makanlah benda ini, kerana jika anda tidak makan benda ini akan membuatkan anda semua mati kelaparan.......

MEMANG PATUT UMNO DIDOAKAN UTK MAMPOS!

Imej
Tragedi Memali dalam kenangan... Hari ini dalam sejarah Negara Malaysia, 27 tahun dulu pada masa ini (19hb. November, 1985 jam lebih kurang 12:00 am) - Arahan terakhir untuk "Operasi Hapus" diterima. Berlaku kekalutan & pertikaian dipihak PDRM apabila Pasukan dari Sungai Petani enggan menjalankan arahan "Serang & Bunuh" perkampungan Memali kerana Pasukan dari Sungai Petani kenal siapa itu "Ibrahi m Libya"... Pasukan dari Sungai Petani bersetuju untuk HANYA mengadakan kepungan & sekatan jalanraya & memberi peluang kepada "Ibrahim Libya" menyerah diri & menyelesaikan krisis dalam keadaan aman tanpa berlaku pertumpahan darah... Berlaku rundingan antara Pasukan dari Sungai Petani dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, walau bagaimanapun, rundingan tersebut telah gagal & Musa Hitam mengekalkan arahan "Serang & Bunuh"... Kata-kataa terakhir Musa Hitam ialah "Teruskan Operasi walau terpaksa

ANAK SULONG ANWAR MEMANG TAK CERDIK.

People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar. ”When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally.” she said. Sumber diatas adalah dari MalaysiaKini. Sumber di bawah juga adalah dari MalaysiaKini. She was speaking at a forum on “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?” in Subang Jaya this morning.The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays. “Malay” is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs. Ultimately, she said, what should be sought is “quality” where Muslims’ faith is strong. Apa MalaysiaKini nak kata tentang perkara diatas itu? Samada MalaysiaKin

KERJASAMA PROTON HONDA; SIAPA RUGI?

Imej
Artikel yang menarik, cuba baca; Kalau sebelum ini, Proton (Proton Holdings Berhad) pernah bekerjasama dengan Mitsubishi di awal kemunculannya dahulu, dan kerjasama tersebut terhenti sekejap sebelum Proton menyambungnya kembali sehingga lahirnya model Proton Inspira yang diasaskan daripada model Lancer GT pada penghujung 2010. Tetapi… Tetapi…..Kerjasama Proton dengan Mitsubishi tidak boleh terus disamakan dengan apa yang dilaporkan dikebanyakan berita baru-baru di mana akan berlakunya kerjasama antara Proton dan Honda. Hakikatnya, Mitsubishi hanyalah “small player”  yang mana mereka belum ada tapak di Malaysia. Pengikut & pelanggan mereka mungkin ada tetapi tidak segah Honda & Toyota di Malaysia. Itu sebablah lahir kerjasama Mitsubishi dengan Proton, sekurang-kurangnya mereka dapat “sesuatu” apabila bekerjasama dengan pembuat kereta tempatan seperti Proton. Kuala Lumpur: Gergasi automotif Jepun, Honda Motor Co. Ltd (Honda Motor) dipilih DRB-Hicom Bhd s

ISTERIKU SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KEEMPAT KAMI.

Salam kepada gejuis semua. Sudah lama saya tidak bergejuis. Lebih kurang 2 minggu agaknya. Bukannya apa. Hendak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana. Cumanya, saya baru mempunyai cahayamata yang keempat, pada hari raya haji lepas. Tepat jam 2.25 petang, di hospital Selayang, hari Jumaat, 10 Zulhijjah 1433, isteri saya selamat melahirkan anak ke empat kami. Seorang mujahidah. Berat 4.02kg. Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal. Saya, yang baru hendak memakai baju melayu, untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha, tiba-tiba dikejutkan isteri saya, bahawa beliau telah merasai tanda untuk bersalin. Mulanya, saya bercadang untuk menyelesaikan solat Aidiladha dahulu, tetapi dilarang oleh ibu saya. Beliau mengarahkan saya terus untuk ke hospital. Dan itulah yang telah saya lakukan. Saya juga tidak berpeluang untuk solat Jumaat, hanya menunaikan solat Zohor. Bukan sengaja tidak mahu bersolat Jumaat, tetapi ietri sedang sakit untuk meneran melahirkan anak. Jam 1.30tengahari,

MEMANG MELAMPAU TOK GURU NIK AZIZ, NAK MELAWAN AGONG.

Saya sungguh terkedu dan terdiam apabila mendengar bahawa Tok Guru Nik Aziz akan melawan YDPT Agong. Berita ini telah tersebar semenjak Sabtu lepas. Dan ramai orang Kelantan sudah kecoh dengan perkara ini. Walaupun saya pada mulanya tidak mengendahkan perkara tersebut, namun, oleh kerana ianya akan berlangsung esok malam, maka sesuatu perlu dilakukan oleh kita semua. Saya, secara peribadi, akan menontonnya secara langsung, samada di TV1 atau Astro Arena. Selamat menonton pertandingan akhir antara ATM dengan Kelantan malam esok,.... ha, ha, ha.......

TOK GURU NIK AZIZ TAK ZUHUD KRN NAIK MERZ MATA BELALANG?

Saya ada terbaca satu forum, didalam sesawang TKO, yang bertajuk nik aziz dimalukan . Ianya satu paparan youtube, dimana tok guru  Nik Aziz sedang melawat satu tempat di Melaka, yang menyambutnya adalah Ustaz Ghani. Apa yang hendak diceritakan disitu ialah mereka yang mencipta filem pendek youtube itu bahawa Tok Guru seperti diremehkan oleh Ustaz Ghani. Bukan setakat itu, mereka membuat cerita bahawa apa yang zuhudnya Tok Guru Nik Aziz dengan menaiki kereta Mercedez Benz E200 mata belalang. Saya tidak mahu membawa filem pendek youtube itu ke dalam artikel ini. Jika korang semua hendak tengok, pergi sendirilah melayari sesawang itu. Bab Ustaz Ghani, saya tidak mahu komen. Sebab tiada apa yang hendak dikomen pun. Ianya tidak membawa apa-apa masalah kepada apa yang berlaku dalam cerita youtube itu. Kecualilah dengan tanyangan slow motion dan berulangkali tayang oleh deriktor cerita itu, yang sengaja buat cerita seperti ustaz Ghani meremehkan Tok Guru Nik Aziz. Takde apa-apa pun. Kem

ROGOL STATUTORI; OTAK MANUSIA YG BODOH.

Sebelum ini, saya ada bercerita berkenaan dengan otak kiri dan kanan. Ramai manusia yang tidak menggunakan otak kanannya untuk berfikir. Untuk menjadi manusia yang genius, mestilah menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan kiri. Saya juga ada sebut berkenaa Albert Einstein. Beliau seumur hidupnya, menggunakan hanya 6% sahaja otaknya. Dengan 6% penggunaan otak itu, maka terwujudlah seorang genius seperti beliau. Cuba bayangkan jika kita menggunakan otak kita lebih dari 10%. Kemudian hari ini, saya ada terbaca berkenaan dengan cerita perundangan Malaysia berkaitan dengan rogol. Atau lebih tepat, rogol bawah umur. Nak tahu, baca ini; DAP: Kaji sebelum pinda akta untuk kes rogol statutori. Apa yang menariknya, mereka-mereka yang bergelar manusia ini sedang mempunyai masalah dengan undang-undang yang diwujudkan oleh mereka sendiri, tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah rogol bawah umur. 2 perenggan pertama artikel ini, saya ada sebut berkenaan dengan otak manusia. Cumanya, s

LELAKI INDIA YANG BAIK HATI. (SATU CERITA BENAR)

Imej
Semalam, saya bersolat Jumaat di masjid Darul Quran. Khatib pada hari semalam, sedap dibacanya. Berkisar kepada cerita-cerita penghinaan terhadap Rasulullah dan agama Islam dan cara kita menanganinya. Bersemangat sungguh khatib berkhutbah semalam. Semasa solat, hujan turun. Khatib yang berkhutbah berapi-api tadi, membaca surah dalam solat dalam keadaan sungguh mendayu-dayu. Seperti langit pun menangis mendengar bacaan imam. Saya dapat merasai, imam menahan menangis ketika membaca surah. Sayang sekali saya tidak tahu makna surah itu. Jahilnya saya..... Selesai solat Jumaat, saya terus ke Kuala Kubu Bharu. Ke kedai mamak. Makan nasi. Lapar perut. Makan nasi cara ala nasi kandar. Segala kuah yang ada di kedai mamak itu saya campurkan diatas nasi. Sayur peria goreng, dan lauk, ayam goreng. Pergh,.. memang sedap. Sudahlah hujan turun dengan lebat, kita pula makan sambil mendengar bunyi hujan jatuh menimpa bumi. Memang nostalgia. Dalam keadaan yang begitu, selepas menyuap nasi 4-5 kali

TOL PERCUMA DI SELANGOR; BARU NAK BUAT? OK LE TU..

Imej
Artikel yang menarik, meh baca; Terdetik di hati kami mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya… tol percuma di Selangor selepas ini…. Inilah antara berita terbaru yang kami terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini. Bagaimana Kerajaan Selangor Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor? Kami diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka “satu dimensi” baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor . Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013. Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempu

TOLONGLAH PR, JANGAN IKUT BN.

Baru sahaja membaca berita ini dalam HarakahDaily. Tajuknya ini Cerita sebenar di sebalik dakwaan Mat Sabu dipukul. Apa yang saya nak sebut, bukannya berkenaan dengan fitnah blogger umno. Sebab, memang kerja dia untuk buat cerita fitnah. Jika blogger umno buat cerita benar, itu barulah pelik bin ajaib. Tetapi, apa yang hendak saya sebut ialah berkenaan dengan cerita yang terkandung dalam tajuk itu, seperti di bawah; Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa. Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan. Ada nampak pelik tidak? Yang berniaga, orang Melayu. Umat Islam. Masa dahulu, umno dan gerakan tak benarkan berniaga disitu. Itu zaman bn. D

DOSA BESAR MASUK NERAKA KE KRITIK PAKATAN RAKYAT?

Saya hendak bertanya kepada umat Islam. Jika kita melanggar apa yang telah diputuskan dalam muktamar PAS, masuk neraka ke kita? Jika kita dipecat dari ahli PAS, jadi murtad ke manusia muslim itu? Jika kita bercerita yang bertentangan dengan apa yang 'semangat' PR, dapat dosa besar masuk neraka Jahannam ke kita nanti? Apa yang dilakukan oleh Dr Hasaan Ali, akan membuatkan dia masuk neraka atau apa? Yang diceritakan oleh Ustaz Nasha, akan membuatkan dia ahli neraka atau tidak? Apa yang saya tahu, menentang sekular itu adalah perkara wajib. Yang bersetuju dengan sekular itu hukumnya murtad. Hendak tahu sekular itu apa? Hang google lah sendiri. Takkan sampai sekarang masih kurang akal berkenaan haramnya sekular itu. Hendak bercerita tentang tahaluf siasi. Adakah muktamad atau tidak boleh langsung atau sudah tahap wajib  dan haram jika tidak laksanakan perjanjian politik dengan terwujudnya PR? Ini yang saya hendak tanya. Kerana apa saya hendak tanya? Sebab ada unsur-unsur taks

GAJI MINIMA BOLEH HAPUSKAN KEMISKINAN?

Imej
Ramai manusia berbincang berkenaan dengan gaji minima. Ada kumpulan bercadang gaji minima adalah RM900 dan ada juga kumpulan mahukan gaji minima adalah dalam lingkungan RM1100. Yang mula-mula memperjuangkan gaji minima dahulu adalah MTUC. Mereka mahukan semua tenaga buruh mendapat gaji yang membolehkan mereka bebas dari taraf kemiskinan. Apa yang dicadangkan mereka secara rohnya adalah bagus. Kesemua mereka, mencadangkan gaji minima ini hanya semata-mata mahu melihat golongan pekerja mendapat gaji yang membolehkan mereka hidup dengan tidak menjadi miskin. Namun, saya rasa, cara ini adalah tidak berkesan. Hanya semata-mata, membuat dasar dan polisi gaji minima, tidak akan menjuruskan kepada terhilangnya golongan pekerja yang miskin. Saya tidak nampak gaji minima akan menghapuskan kemiskinan. Apa yang saya lebih nampak ialah, untuk menghapuskan kemiskinan secara total, nilai matawang RM perlu dikukuhkan. Kenapa? Untuk merendahkan harga barang. Apa kaitan? Jika harga barang

BELANJA SAKAN ANAK KAHWIN; LANTAKLAH KM MELAKA TU.

Ramai manusia dengki dengan kenduri kahwin anak KM Melaka. Ada yang tidak puas hati kerana ramai sangat yang datang. Ada yang tidak suka kerana jumlah wang yang dikeluarkan untuk majlis itu, dan ada yang musykil kenapa GLC Melaka bersangkut paut dengan majlis kenduri anak KM Melaka itu. Tuan rumah kata, belanja kahwin anak dia 'hanya' RM600,000 sahaja. Tapi, ada orang kata, belanja sebenar adalah 13 juta RM. Itu saya tidak tahu. Namun, apa yang penting, RM600,000 atau RM13,000,000, kedua-duanya adalah sama. Kerana hanya disebab majlis yang satu hari, seorang manusia telah membazirkan wang untuk buat kerja yang tidak sepatutnya dia buat. Kahwin ini benda yang bagus. Syaitan menangis jika mendengar ada umat Adam yang hendak bernikah. Dan Rasulullah SAW juga menganjurkan untuk sibapa mengwar-warkan orang ramai tentang pernikahan anak mereka. Maksudnya, Nabi suruh buat kenduri lah jika anak kita kahwin. Namun, apa yang kita lupa, Nabi menyuruh kita buat kenduri dengan se'ad

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD,.. TAKE BEER (3)

Saya ni, bolehlah dikatakan 'orang lama' dalam PAS. Sebab saya adalah salah seorang manusia yang ada bersama PAS ketika ayat ini terbiasa didengar ketika kempen PRU, 'Kalah dalam tangan, lawan tetap lawan'. PAS berlawan didalam PRU ketika itu, hanya semata-mata kerana Allah SWT. Hendakkan Islam terlaksana dibumi Malaysia. Dan kebiasaan yang dikempen oleh PAS, adalah hudud. Dalam ceramah-ceramah PAS, hudud seperti kewajipan untuk disebut oleh PAS ketika itu. Penerangan mengenai hudud, kewajipan melaksanakannya, keindahannya, dan segala fitnah yang dibuat oleh para munafik, fasik dan kafirin terhadap hudud, diberi pencerahan didalam usrah atau ceramah kelompok. Itu pasti. Namun, semenjak 2008, setelah kita menang sedikit di Malaysia, maka sesuatu keajaiban telah berlaku kepada PAS. Hudud telah menjadi satu liabiliti kepada PAS untuk menang. Sesiapa yang bercerita berkenaan hudud, maka manusia itu telah melaksanakan satu kerja yang jahat. Sesiapa yang mengungkit berken

TUN MAHATHIR YANG SIAL.

Imej
Inilah dia, apabila syaitan bercerita berkenaan dengan Islam. Kalau nak tahu, bacalah ini ; Mahathir: Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik. Seorang manusia yang mengaku parti yang ditubuhkannya pada 1988 dahulu, iaitu Umno Baru adalah Syaitan, kemudiannya berkata bahawa Rasulullah tidak cukur jambangnya kerana baginda tiada pisau cukur Gillete, dan juga pernah berkata akan mendaruratkan Kelantan jika laksanakan hudud, hari ini, dengan bodohnya bercerita berkenaan dengan hudud. Orang tua sial. Nak tahu apa dia kata, meh sini saya perturun sedikit apa yang dia sebut; "Di Malaysia ada debat tentang hukum hudud dan kecenderungannya adalah mengenakan hukuman paling berat sebagai tanda kita lebih Islamik berbanding orang lain. "Tetapi kita lebih gemar kepada hukuman berbanding keadilan. Dan hukuman yang kita suka jatuhkan biasanya yang paling berat yang tidak dijumpai dalam al-Quran," katanya lagi. Macam sial punya cakap. Berbanding dia dengan pengarah cer

SAMAN AUTOMATIK BERMULA SEMALAM. OK LE TU..

Imej
PETALING JAYA: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi pada malam Sabtu di 14 'kawasan panas' untuk menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat. Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi panas' pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. "Kamera AES dipasang di ‘kawasan panas’ atau lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi," kata Solah dalam satu keny

ISU AIR PERCUMA: KERAJAAN SELANGOR MEMANG SALAH. YANG MENYAMAN MEMANG BETUL!

Saya suka bertanya kepada rakyat Malaysia. Untuk apa mereka keluar mengundi di dalam Pilihanraya Umum? Kenapa anda semua perlu bersusah payah pergi ke pusat mengundi, beratur berminit-minit di saluran mengundi yang telah diarahkan oleh SPR, dan kemudian pergi ke kotak berdinding 3 untuk memangkah calon yang anda semua sokong? Kenapa? Kenapa anda semua perlu bersusah payah memberikan masa anda untuk pergi ke saluran mengundi untuk memenangkan seorang manusia untuk dijadikan mereka wakil rakyat anda? Adakah anda semua mahukan sesuatu dari mereka atau anda semua hanya seronok-seronok nak mengundi. Lepas mengundi, lantak engkaulah..... begitu? Mahu tidak mahu, kepada sesiapa yang kamu pangkah, mesti ada terdetik dihati sanubari kamu untuk menginginkan sesuatu daripada mereka yang kamu pangkahkan itu. 'Jika menang, aku nak itu dan ini'. Mesti ada. Jangan hendak berbohong. Kecualilah anda membuat undi rosak atau tidak keluar mengundi. Sangat bodohlah kepada pengundi untuk tidak

ISU AIR PERCUMA: KERAJAAN SELANGOR WAJIB BAYAR SAMAN DARI RAKYAT SELANGOR YG MENYAMAN MEREKA.

Kawan-kawan semua pasti tahu cerita berkenaan dengan 2020 ribu manusia di Selangor yang telah menyaman Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas sebanyak RM1.15 juta. Semuanya kerana mereka kata, kerajaan yang memerintah Selangor sekarang, Pakatan Rakyat, tidak memenuhi janji pilihanraya umum yang ke-12, pada tahun 2008 dahulu, iaitu air percuma untuk 20m3 pertama. Jika tak tahu, baca sini . Sebelum ini, seramai 711 manusia di Selangor sudah menyaman dengan perkara yang sama terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Mereka saman dalam lingkungan RM0.5 juta. Dan perlu juga diketahui bahawa, semua mereka itu adalah manusia yang menetap dibawah rumah yang meter airnya adalah bersepadu, bukan meter individu. Semasa PRU12 dahulu, yang bertanding menentang barisan nasional dahulu adalah PAS, PKR dan DAP. DAP sendiri-sendiri, manakala PAS dan PKR atas nama kerjasama Barisan Alternatif. Tiada lagi Pakatan Rakyat. Jika manusia-manusia Selangor itu menyaman 'Pakatan Rakyat', agaknya, korang sem

MELAYU YANG TIDAK BERSULTAN.

Saya adalah seorang Melayu yang tidak bersultan. Kerana apa? Kerana saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Ibu negeri Selangor, yang dirampas oleh kerajaan persekutuan. Oleh kerana Sultan Selangor sudah tidak boleh menaungi apa-apa di tanah Kuala Lumpur semenjak dari 1974, maka saya terlewat 2 tahun untuk dilahirkan bernaung dibawah seorang Sultan. Ibu saya seorang Perak. Dilahirkan di Kota Lama Kiri, berdekatan dengan Kuala Kangsar. Maka Ibu saya ada seorang Sultan. Sultan Perak. Tetapi, ibu saya tidak gemar dengan Sultan Perak sekarang. Kerana beliau menganggap, Sultan Perak sekarang tidak layak menjadi Sultan. Kerana ada orang lain yang lebih layak. Itu cerita orang Kuala Kangsar, yang sudah terbiasa dengan kerabat-kerabat Sultan. Mereka seperti tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam istana Perak pada 1984 dahulu. Namun, saya tidak mahu ambil port. Ayah saya pula, adalah seorang Melaka. Bukan bandar Melaka, tetapi Melaka di Jasin. Kampung Terentang. Oleh itu, ayah saya memang sah, seo

PAGE YG KURANG AKAL.

Baru pening kepala balik dari mesyuarat tender. Ada 3 kompeni yang perlu dijustifikasi didalam spesifikasi teknikal. Tiga-tiga tidak lepas. Sudah siap laporan, terserah kepada procurement pula. Dan seperti biasa, jika teknikal tidak lepas, perolehan pun pasti tidak lepas. Bukan macam projek sambungan LRT tu. Macam cap ayam. Balik sahaja rumah, buka internet, baca MalaysiaKini. Terbaca cerita ini NGO ibu bapa: Rangka dasar pendidikan 'tiada umph' Macam hampeh. Baru hari ini, saya terperasan adanya nama pertubuhan 'Kumpulan IbuBapa untuk Pendidikan' (page). Kepalanya, seorang wanita. Apa yang membuatkan saya menganggap page ini hampeh ialah, kerana mereka beria benar hendak PPSMI dikekalkan. Ini yang saya pelik ini. Kenapa, masih lagi ada manusia yang menganggap, jika hendak pandai Matematik dan Sains, perlu diajar dalam bahasa Inggeris? Hanya kerana kebanyakan buku rujukan dalam bahasa Inggeris? Adoilaa..... ada juga manusia yang buat-buat bodoh dalam isu ini?

ORG MELAYU SEKARANG BODOH POLITIK (2)

Semalam, saya ada bercerita tentang otak kanan dan otak kiri. Dan saya mengkaitkannya kepada kesenian politik Melayu sekarang. Dimana, majoriti yang mengikuti, tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam setiap tindakan politik daripada kumpulan atau individu itu. Jika hendak tahu, akal kiri adalah akal yang akan memproses perkara-perkara yang lojik. Apa yang tersurat. Manakala akal kanan, akan memproses perkara-perkara yang tidak lojik. Iaitu perkara yang tidak nampak dengan pancaindera biasa. Perkara yang tersurat. Semasa kita budak-budak, 90-70% akal yang digunakan adalah otak kanan. Sebab itu kanak-kanak pandai berimaginasi. Dan cerita imaginasi mereka majoritinya tidak lojik kepada pemikiran orang tua. Apabila kanak-kanak itu dididik dengan betul dan bersistematik, untuk mengaktifkan akal kanan dan juga akal kiri dengan serentak, maka perkara-perkara yang ajaib boleh berlaku terhadap budak itu. Pernah melihat cerita Matrix dan Star Wars. Agak-agak anda semua, bolehkah perkar

ORG MELAYU SEKARANG BODOH POLITIK.

Mereka-mereka berkata, orang Melayu pandai berpolitik. Mereka-mereka juga berkata, orang Melayu pandai bermain-main kata. Sebab itu orang Melayu pandai berpantun. Bukan takat pantun 2 kerat, 4 kerat. Pantun sekerat pun orang Melayu boleh buat. Perspektif akal orang Melayu juga suka kepada seni. Sebab itu rumah Melayu dahulu kala penuh dengan seni-senian. Rumah Melaka ada seninya. Rumah Perak ada seninya. Rumah Selangor ada seninya. Kiranya, setiap negeri, rumahnya adalah berlainan seni binanya. Tetapi itu Melayu zaman dahulu. Melayu zaman yang banyak dengan seni dan adat. Bukan sekarang. Rumah Melayu zaman sekarang, semuanya berbentuk sama. Sebab adanya rumah PPRT, maka kesenian seni bina Melayu telah dihancurkan oleh sebab itu. Orang Melayu sudah terbiasa dengan rumah empat segi. Setiap rumah, sama jenis, sama bentuk, sama rupa. Maka akal seni orang Melayu mati. Atau lebih tepat, otak kanan orang Melayu sudah mati. Orang Melayu juga telah diajar untuk menjadi kapitalis. Pera

MSK, SPT BIASA, DENGAN KEPANDAIANNYA.

Saya sungguh tak sangka, blog yang ciput macam blog saya ini, tuan MSK pun ada baca. OK le tu. Cumanya, apa yang memusykilkan saya, MSK ada kata, "Aku cuba jawab dalam ruangan komen tapi tak boleh lepas. Jadi aku kena tulis kat sini." (Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/30/tak-habis-habis-dengan-hudud/) Yang ini saya pelik. Saya dah dok check dalam blogger saya, tidak pula wujud komen dari MSK. Yang ada 2 komen dari Kump Anak Muda keluar umno dan satu lagi tanpa nama. Itupun saya keluarkan komen hari ini, sebab saya memang tidak bergejuis pun dari Jumaat hingga Ahad lepas. Lap top rosak dan broadband tertinggal di Batu Enam. Kasihan saya..... Tetapi takpelah. Sekurang-kurangnya, hajat saya untuk MSK 'naik angin' terlaksana. Saya suka melihat beliau 'naik angin'. Macam-macam info akan terkeluar. Dan seperti sedia kala, hipotesisnya entah dari mana, saya tidak tahu. Yang saya nampak hipotesis dari segumpal daging diatas kepala dia. Ok le tu.

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD, TAKE BEER (2)!!

Hari ini, ada satu cerita, yang menarik untuk digejuiskan. Sila korang semua baca satu berita dibawah ini; 'Munasabahkah kanak-kanak izin lakukan seks?' Ceritanya, apa cap ayam punya cerita ada kebenaran untuk kanak-kanak melakukan hubungan seks dengan lelaki. Itu yang Ivy kata kepada pemberita. Dia juga kata, tidak munasabah langsung kanak-kanak boleh diizinkan melakukan seks dengan pasangannya. Memang pelik. Pelik yang mengundang pening kepala. Satunya, istilah kanak-kanak, telah diberikan kepada perempuan, yang bukan sahaja berumur bawah 10 tahun, tetapi perempuan yang berumur 16 tahun juga ditaegorikan sebagai kanak-kanak. Atau manusia bawah umur. Bukan setakat itu, sehinggakan perempuan 18 tahun juga dikategorikan sebagai kanak-kanak? Apa yang hendak saya ceritakan disini ialah, bukannya pasal budak bawah umur atau manusia itu sudah dewasa. Masalah yang saya hendak ketengahkan disini ialah, nampak gayanya, seperti, apabila manusia itu sudah berumur 18 tahun ke ata

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD, TAKE BEER!

Ada orang kata, masalah sosial yang dialami di Malaysia ini tidak boleh dihapuskan dengan terwujudnya undang-undang syariah. Itu MSK yang kata. Dari mana dia dapat hipotisis itu, saya tidak tahu. Memang kebiasaan MSK, dia anggap apa yang keluar dari kepala otak dia, semuanya betul. Kasihan. Ada orang kata pula, politik yang berkaitan dengan perlaksanaan Hudud adalah satu kerugian dan buang masa. Beliau adalah seorang pemegang sijil doktor. Yang malangnya, beliau juga ahli PAS. Insan berjawatan dalam PAS. Dan juga ahli Parlimen PAS. Cap ayam. Kemudian, ada seorang manusia, yang berkata, tidak salah jika rakan sendiri menghina Hudud, tetapi jika musuh yang hina, ianya satu kesalahan. Mana punya hipotisis yang dikeluarkan mamat Shah Alam itu, saya tidak tahu. Mungkin dari rakan-rakan seksyen 18nya? Bodoh. Semalam pula, ada seorang manusia yang dahulunya hendak menyaman hudud, kemudian bertaubat, kemudian semalam, bercerita berkenaan rogol bawah umur. Baca bawah ni; Mahkamah perlu d

DR. DZUL DAN KHALID SHAH ALAM MEMANG BODO DLM HUDUD!

Jika saya jadi ahli Majlis Syura, saya akan memecat serta merta Dr Dzul. Jika saya jadi AJK PAS Kawasan Shah Alam, saya akan bersungguh-sungguh menendang keluar Khalid Samad dari PAS sejauh-jauhnya. Sebabnya apa? Sebabnya mereka ini ular lidi. Cuba korang semua baca ini; Peragut Jalanan - Mangsa hampir putus tangan dirompak Kemudian baca yang ini pula; Bayi perempuan ditemui depan kedai surat khabar. Dan lagi, baca ini; Rompakan di Stesen Minyak RnR Butterworth - Kulim Expressway Baca pula yang ini lagi; Berniaga disebalik tirai besi. Meragut, zina, rompak dan samun. Semua ini ada kaitan dengan undang-undang Hudud. Oleh itu, kepada sesiapa politician dalam PAS yang ada perangai macam Dr. Dzul dan Khalid Shah Alam, dipersilakanlah untuk anda semua menjawab depan Allah SWT. Jangan sebab politik 'nak raih undi', maka mulut kita jadi bodoh dan dungu dalam cerita kewajiban hudud. Jika mereka berdua itu dalam umno, munasabahlah mereka berfikiran cap ayam begitu

ULAMA MALAYSIA CAP AYAM?

Hari ini saya hendak cerita berkenaan dengan akhir zaman. Kerana apa saya hendak bercerita tentang akhir zaman? Kerana memang waktu sekarang ini, adalah waktu akhir zaman yang disebutkan oleh Rasulullah SAW. Cara yang saya hendak ceritakan tentang akhir zaman ini, saya hendak bercerita dalam konteks santai. Tidak mahu terlalu akademik. Tidak mahu bahasa tinggi-tinggi. Hanya mahu bercerita dengan santai seperti bercerita dalam kedai kopi. Kerana apa? Kerana target saya adalah kepada mereka-mereka yang bukan ustaz, bukan ulama, bukan cendiakawan agama. Target saya adalah kepada manusia biasa, yang majoritinya, mengaku Islam, tetapi tidak solat 5 waktu. Mengaku Islam, tetapi asyik dengan k-pop. Mengaku Islam, tapi anggap bercouple bukan dosa. Nabi kita, Rasulullah SAW, ada bersabda, pada akhir zaman nanti, ada bermacam-macam perkara yang tidak elok akan berlaku kepada masyarakat manusia. Lebih mudah sebut, benda yang tak betul, dijadikan benda yang betul. Salah satu apa yang Nabi beri