YAHOO! MINYAK NAIK LAGI..

Kita semua dipeguinkan oleh kerajaan Malaysia.


Naik lagi 15 sen. Naya kita. Semua pakat guna ron95 le ni. Minyak kotor sikit. Ron97 mahal sangat.

Seingat hamba, Malaysia ini negara pengeksport minyak. Jika minyak naik harga, lagi kayalah Petronas, dan lagi kayalah Malaysia. Serta sememangnya Petronas dan Malaysia lagi kaya dan raya, sebab minyak dijual dengan harga lebih mahal. Tetapi, yang tidak kayanya rakyat marhaen yang hidup didalam negara Malaysia itu.

Pelik bin ajaib, mana pergi duit berbilion ringgit keuntungan jual minyak ini. Hamba merasakan hamba hidup dibumi yang mengimport minyak. Tidak pernah hamba dapat merasai biasiswa semasa bersekolah. Tidak pernah hamba dapat merasai seliter minyak harga 60sen. Tidak pernah juga hamba rasai berbilion ini dihadiahkan hamba seringgit dua untuk menyenangkan sedikit hidup hamba.

Jika begitu, siapa yang dapat merasai nikmat duit minyak ini? Golongan elit? Golongan yang sudah jutawan menjadi lebih jutawan? Golongan pemegang amanah menjaga minyak? Memang teruk betul sistem pengagihan kekayaan di Malaysia ini. Serupa kapitalis!

Ulasan

::FAIZ:: berkata…
gua pakai Ron97. Sebab gua rasa Enjin gua lebih ringan dan sedap. bila bawak lajupun best. motong pun cam best. naik bukitpun takde hal. kalau guna ron95, kena pakai gear 2 macam tu. kalau ron97, gear 4 pun boleh. ni naik plak, haisy, nak befikir 3 kali ni bila nak isi minyak.... hm.
hysman berkata…
kapitalis tu ade mungkin..
diktator... hahaha...
org atas akan terus untung dan kaya..
golongan bawahan trus dipijak dan mundur..
bila bersuara, kita kena balik..
tp itu semua rezeki..
kita juz buat yg terbaik...
ibnmustaffa berkata…
Faiz : lu guna diesel je laa.... :D

hysman : kena tambah sikit, diktator kuku kaki besi.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?