Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

PENYOKONG PAS MOHON PAS KELUAR PR - SUATU REALITI?

Demonstrasi pelik yang berlaku Ahad semalam membuatkan hamba terfikir-fikir, ada juga sebuah kumpulan yang sanggup berbuat begitu untuk mewujudkan satu isu bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Jika iapun hendak membuat satu konspirasi, janganlah mengumpulkan 20 orang sahaja untuk berhimpun, sekurang-kurangnya bawalah paling kurang 200 orang berdemo, baru ada 'kick'. Kumpulan 20 insan yang mengaku penyokong PAS telah menyatakan pendapatnya bahawa sesungguhnya, mereka tidak mahu PAS dipergunakan oleh PKR dan DAP. Mereka mahu PAS masih kekal memperjuangkan Islam di arena politik pemerintahan di Malaysia ini dengan cara keluar dari Pakatan Rakyat kerana menganggap PR tidak mengendahkan perihal kepentingan umat Islam dan orang Melayu. Mungkin mereka ini diupah oleh UBN. Mungkin juga mereka ini sebenarnya adalah ahli umno berlakon menjadi penyokong PAS. Namun, mungkin juga mereka ini memang benar penyokong PAS yang bukan ahli tetapi dipergunakan oleh UBN untuk kepentingan UBN. Ada 3

KEMALANGAN MAUT- SALAH PEMANDUKAH?

Imej
10 insan manusia meninggal dunia akibat kemalangan bas di lebuhraya PLUS. 4 insan manusia meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal bertembung lori di negeri utara Semenanjung Malaysia. 38% angka kematian meningkat akibat kemalangan jalanraya setakat hari ini untuk tahun ini. Semua ini berita yang amat menakutkan untuk pengguna jalanraya. Jalan raya di Malaysia sekarang ini seperti satu zon 'untuk mati cepat'. Setiap pengguna jalanraya di Malaysia sekarang ini adalah seperti mayat hidup yang tidak ketahuan bilakah masanya diantara pengguna itu akan tidak bernasib baik menjadi salah satu angka statistik kematian akibat kemalangan. Adakah kemalangan di Malaysia ini adalah semata-mata kerana kecuaian pengguna jalan raya yang selalu disebut di dalam TV, oleh pemimpin dan oleh pihak berkuasa polis atau JPJ. Setiap kali berlakunya kemalangan, maka pemandulah yang dipersalahkan. Setiap kali kemalangan, maka cepat-cepat satu rencana dialog dibuat untuk menunjukkan bahawa pemandulah

MAJLIS AKAD NIKAH - THE UNSEEN HEROES

Imej
Gambar sekitar pertunangan anak sepupu hamba. 24 Disember 2010. Seorang insan yang akan menanggung beban tanggungjawab yang sangat besar, menjadi seorang suami. - Mohd Fauzi bin Dr. Hussin. Putih lepok. Baju, tubuh, hati dan nurani. Kenapa tak nyaut-nyaut anak pupu hamba ni. Tok Kadi panggil nama dia buat deeeek je? Ayah pengantin perempuan mengakadkan sendiri pernikahan anak perempuannya. - 1000 degupan sesaat, itulah frekuensi jantung silelaki baju melayu putih itu. he, he...... Sebelum ini haram buat gini, sekarang sudah berpahala. Tetapi bukanlah depan orang ramai, lain pula ceritanya nanti. Peristiwa yang dulu-dulu, jika ada peristiwa begini, diharap kedua mempelai ini memohon ampun kepada Allah SWT, agar rumahtangga ini diberkati Allah. Didalam majlis akad nikah, insan yang perlu hadir adalah kedua-dua pengantin, wali, saksi dan kadi. Yang lain-lain itu tidak hadir pun tidak mengapa. Namun kehadiran yang lain-lain itu juga sebenarnya didalam konteks bangsa Melayu, adalah satu

KERJA PUNYA PASAL. -(CERITA MENANTU TOKGURU)

Hari ini hari Khamis. Hamba cuti. Cuti terakhir untuk tahun ini. Kiranya, dapatlah hamba cuti 4 hari sekaligus. Esok kerajaan beri cuti hari Krismas. Hamba tidak mahu cuti esok, tetapi, kerajaan beri, jadi kenalah cuti..... Hari ini juga, anak sepupu hamba akan bernikah. Di Kajang. Hamba diwajibkan hadir oleh sepupu hamba untuk ke sana. Disebabkan inilah, hamba ambil cuti pada hari ini. Jika tidak, hamba bercadang mengambil cuti pada Khamis minggu depan. 27 hari sebulan. Itulah jumlah hari yang diberi kepada hamba untuk bercuti daripada syarikat tempat bekerja hamba. Banyak tu. Tahun depan, 2010, syarikat menambahkan lagi 5 hari cuti menjadikan jumlah semuanya sebanyak 32 hari cuti setahun untuk tahun depan. Kerana apa tambah 5 hari lagi, kerana hamba telah bekerja selama 10 tahun di syarikat itu. Banyaknya cuti. Alhamdulillah, elok benarlah cuti dibanyakkan tahun depan, kerana isteri hamba akan bersalin untuk kali ketiga tengah bulan tujuh nanti. Bolehlah ambil cuti panjang sikit untu

POLITIK UNTUK ORANG JAHAT SAHAJA?

Imej
Dalam buku itu ada apa ya jika mamat cermin mata itu adalah poitician? Sabtu lepas, hamba ada berkata-kata dengan ibu hamba di rumahnya. Kata-kata yang jarang berlaku. Iaitu kata-kata hal-hal politik. Kata-kata kami anak beranak tentang politik hari itu tidak lama, hanya sekitar kurang 5 minit, tetapi amat mendalam kepada hamba. Ianya bermula ketika hamba menonton iklan petronas. Iklan yang mempunyai lakonan 4 manusia Malaysia berkata-kata tentang minyak baru petronas. Seorang bercakap dalam bahasa Melayu, seorang Tamil, seorang Mandarin dan seorang Inggeris. Ibu hamba memang menyampah dengan iklan itu. Setiap kali iklan itu terpampang di TV, ibu hamba akan merungut, 'Malaysia sudah takde bahasa rasmi ke?', itulah keluhan ibu hamba. Hamba bersetuju dengan ibu hamba, tetapi hamba tidak luahkan persetujuan hamba kepada ibu. Hamba buat macam endah tak endah sahaja. Tetapi hari Sabtu itu, entah pasal-pasal, hamba sengaja hendak mengusik ibu hamba. Maklumlah, sudah lama tidak mengus

KONVENSYEN BLOGGER PAS DAN KELAB BLOGGER PAS

Imej
Banner Konvensyen. Pagi tadi hamba telah pergi ke Konvensyen Blogger PAS. Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat. Oleh kerana hamba ada blog, dan hamba adalah ahli jemaah Parti Islam SeMalaysia, maka hamba pun berkenanlah untuk pergi ke sana. Banyak juga perkara yang telah dapat diperolehi oleh kami, blogger-blogger atau gejuis-gejuis PAS. Peranan gejuis untuk memberi maklumat, atau risalah seperti yang disebut oleh Tok Guru Presiden semasa perasmian, adalah satu bebanan amanah yang perlu ditanggung dan dipertanggungjawabkan kepada gejuis semasa diakhirat kelak. Setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh gejuis akan dihitung oleh Allah Rabbul Jalil di padang masyar nanti. Baru hamba terperasan, bahawa maklumat yang fitnah, bukan hanya setakat maklumat palsu, tetapi maklumat yang betul juga boleh membawa kepada hukuman dosa fitnah. Contohnya memberi maklumat keburukan orang, namun dengan memberi maklumat itu akan memberi kesusahan kepada orang itu. Itu juga fitnah namanya. Padahal keburu

MASJID PERLU DIBEBASKAN DARIPADA PEMIKIRAN SEKULARISME.

Hamba selalu mendengar dari ahli-ahli kariah masjid yang mengatakan jangan masukkan hal-hal politik didalam masjid. Sehinggakan AJK-AJK masjid yang sejemaah dengan jemaah Islam pun ada yang mengatakan 'hal masjid, masjid, hal politik, markas.' Betulkah pendirian itu? Sultan seluruh Malaysia, jika bertitah berkenaan cerita masjid, mesti baginda akan bertitah, jangan jadikan masjid sebagai medan politik. Lebih-lebih lagi di Selangor. Pelik, tetapi itulah realiti kehidupan sekarang ini, masjid dan politik tidak boleh dicampur adukkan. Jika seseorang itu masuk ke dalam masjid sahaja, maka akan seperti perbuatan yang berdosa dan boleh membatalkan iktikaf di masjid jadinya jika kita berkata-kata perihal politik tanah air. Mulut seseorang yang menyebut hal-hal politik seperti dilabelkan sebagai manusia kurang ajar lagi biadap. Mengapa begitu anggapan orang ramai? Sehinggakan ustaz-ustaz yang berceramah di masjid pun ada berkata, 'Ana kuliyyah Maghrib tidak pernah pun menyebut berk

CERITA-CERITA 1 MAZWANDI.

Imej
Ish,.... dah lama tidak berblog. Bukannya tidak mahu blogging, cumanya, broadband hamba kena block. 3 bulan tidak bayar. Duit tak kecapaian. Terpaksalah pinjam adiknya jika pulang ke Bukit Damansara. Semalam dapat gaji. Alhamdulillah, dapat lebihan RM115.00. 2 tahun punya bayaran laptop, bayaran bulanan pinjaman dengan tempat hamba kerja. Maksudnya, laptop yang hamba sedang taip ini, sudah tiada berhutang dengan syarikat hamba bekerjalah. Maka, semalam juga, hamba sudah settlekan hutang broadband hamba. Bolehlah hamba blogging dengan senang hati. Banyak cerita hendak cerita; Banyak cerita hamba hendak sebut hari ini. Salah satunya cerita berkenaan dengan Malaysia menang emas acara bolasepak. Ok le tu gamaknya Malaysia menang 1-0 dengan Vietnam. Asyik kalah je sebelum ini dengan negara komunis tu. Syukur. Tetapi, yang dasyatnya, 1 emas bola punya pasal, habis emas-emas yang lain seperti menjadi second class emas. Dasyat penangan bolasepak ni. Kepala segala sukan agaknya. Politik punya c

KOMUNIS SAMA SESAT DENGAN SEKULARIS, KAPITALIS DAN NASIONALIS.

Hamba ada mendengar dari berita, bahawa kerajaan Malaysia sekarang tidak akan memaafkan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya akibat dari perbuatan beliau dan PKM itu yang telah membunuh orang awam dan askar Malaysia selama lebih 40 tahun. Walaupun dalam Islam, memaafkan seseorang itu adalah satu pahala yang besar, tetapi takpelah, kerajaan Malaysia berhak tidak memaafkan PKM dan Chin Peng kerana perbuatan mereka yang lalu-lalu. Hamba sekarang menetap di Rasa, kawasan Hulu Selangor, berdekatan dengan Kuala Kubu Bharu dan Fraser Hill. Tempat ini dahulunya adalah tempat kawasan hitam semasa darurat dahulu. Hitamnya kawasan ini adalah sehingga tahun 1989, tahun dimana PKM dan Kerajaan Malaysia berdamai. Bukannya PKM menyerah kalah, cumanya berdamai dengan Malaysia dan menyerahkan segala senjata dan membubarkan PKM di Malaysia (bab bubar ni, hamba tak pasti). Dan ianya semuanya bersyarat. Syaratnya, semua ahli PKM dibenarkan keluar dari hutan kembali ke tempat tinggal masing-masing dan keraja

GAMBAR2 RAYA HAJI DI BATU ENAM.

Imej
Raya haji lepas, hamba ada beraya di Batu Enam, Trengganu. Hamba tidak korban tahun ini, begitu juga isteri. Kewangan tidak berapa mengizinkan. Maklumlah, baru renovate rumah, banyak guna duit. Namun, hamba tidak terlepas juga buat kerja korban ini. Raya dua berjaya menumbangkan 2 ekor lembu. Raya pertama, seperti biasa, pagi itu, jam 8.00 pagi, hamba ke masjid untuk solat sunat raya. Sebelum itu, subuh, hamba solat jemaah subuh. Subuh wajib, solat adha sunat, kena ingat tu. Isteri hamba tidak pergi, tinggal rumah jaga 2 anak hamba yang comel tu. Lagipun, isteri hamba mabuk-mabuk. Hamba pakai baju melayu merah dan kain pelekat merah. Berketayap putih. Raya di Batu Enam seronok sedikit, sebab tidak perlu pakai baju melayu lengkap dengan samping. Rimas weiii..... Sebelum pergi ke masjid at-Taqwa, sempat jugalah hamba mengambil kamera di letak dalam kocek baju melayu. Tidak pernah lagi seumur hidup hamba pergi ke masjid sambil membawa kamera. Dan kesimpulannya, hamba tidak menyesal langsu

CERAMAH PERDANA IR. NIZAR.

Imej
Jangan lupa datang. Jangan tak datang ya........

ARAB JAHILIAH PUN BENARKAN NABI MENUNAIKAN HAJI, TAPI INI MELAYU?

Malampau betul. Masih ramai manusia yang berhati syaitan berada di dalam diri orang-orang Melayu ini. Hamba tidak faham, mengapa ada manusia, yang suka sangat membuat kerja bohong fitnah, mengata bermacam-macam, terhadap seorang insan yang terang-terangan baik dan zuhud hanya kerana orang yang baik itu adalah orang PAS, bukan umno? Hari ini adalah hari dalam sejarah hamba melihat keburukan media massa umno, membuat kerja tidak siuman, mencela insan yang tidak patut dicela sehingga insan itu membatalkan niatnya untuk melaksanakan rukun Islam kelima. Melampau betul. Tok Guru Nik Abdul Aziz, seorang ulama tersohor, dengan sifat zuhud, rendah diri, iman yang teguh, lemah lembut, sanggup ada orang melayu yang mengatakan tok guru menerima rasuah haji. Celaka sungguh melayu itu! Hamba berharap, manusia melayu yang bertanggungjawab terhadap fitnah busuk yang terlalu najis ini terhadap tok guru Nik Aziz akan ditimpa musibah yang berlipat kali ganda terhadap mereka dunia dan akhirat. Kafir jahil

TERINGAT MENUNAIKAN UMRAH DAHULU, 1425 HIJRAH.

Imej
Gambar Masjidil Haram yang hamba sempat ambil di dalam van untuk ke Tanaim melakukan umrah yang entah keberapa entah...... lupa....... Gambar Masjidil Haram dari jendela hotel hamba. Rasanya hotel ini sudah tiada. Mesti sudah dirobohkan, wallahualam . Gambar Masjid Nabawi dari tingkap atas hotel hamba menginap. 1425 Hijrah, adalah satu detik bersejarah bagi hamba kerana pada tahun itu, di bulan rejab, hamba telah pergi menunaikan umrah. Umur hamba ketika itu 28 tahun, status perkahwinan masih bujang lagi. Solo. Duit sedang berisi di dalam bank. Hamba pergi menunaikan umrah secara solo, tidak berteman. Maksudnya hamba pergi seorang diri di dalam kelompok jemaah umrah yang di dalamnya semuanya ada berpasangan. Kurusnya hamba ketika ini : Kawasan bukit uhud tak silap hamba. Seronok dan bebas. Lebih menyeronokkan ialah, Ustaz membimbing kumpulan umrah ini adalah ustaz Taib Azamuddin. Lebih menyeronokkan 2 kali ganda ialah di Madinah, hamba dapat duduk sebilik dengan Ustaz Taib bersama de

TERJUMPA GAMBAR DATO SERI ANWAR MASA DULU2 KALA.

Imej
Sedang buat kerja depan komputer, tiba-tiba terperasan gambar lama hari raya tahun 1425 Hijrah. Hamba masa tu baru kembali dari mengerjakan umrah pada bulan Rejab-Syaaban. Bersama dengan Ustaz Taib Azamuddin (Nanti hamba cerita). Jika ketua pembangkang kita ada ter'blog' ke sini, yang kebarangkaiannya adalah 1 dari 6 bilion, mesti Dato Seri akan terkenang-kenang rumah lamanya di Bukit Damansara, yang sekarang ini telah dirobohkan dan dibina 2 rumah banglow besar setelah dibeli oleh seorang pak Arab daripada Dato Seri. Ni gambar masa tahun 1425 Hijrah ni. Raya tahun masehi 2004. Anwar baru je keluar dari penjara, Tan Sri Khalid (baju biru) masih belum masuk PKR lagi. Malam raya itu, takbir rumah pertama adalah di rumah Anwar Ibrahim. Rumah lama dia...... Abang hamba, anak buah hamba, dengan Anwar Ibrahim. Dekat rumah Dato Seri, takbir raya. Kami sedang bertakbir raya di rumah Anwar. Belakang tu nampak Dato Seri tu. Yang depan berjubah tu Hj. Tunai. Orang kuat PAS. Dato Seri mes

SELAMAT HARI LAHIR IBU.....

Imej
Opah dengan cucunya, atau Ibu dengan anak-anak hamba. Hari ini 9/11. Esok 10/11. Hari ini Isnin, esok Selasa. Hari ini hamba di Rasa bekerja, esok di KL, juga bekerja. Tetapi apa yang sangat membezakan hari ini dan esok ialah, hari ini ibu hamba tiada apa-apa yang hendak disambut, tetapi esok adalah hari lahir ibu hamba. Selamat hari lahir ibu. Hari lahir yang ke ........ Tak leh bagitahu, orang kata golongan muslimat sensitif dengan umurnya, ye ke? Terima kasih ibu, dengan adanya ibu didunia ini, maka lahirlah hamba, dengan adanya kasih sayang ibu, maka inilah dia hamba yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Syurga adalah dibawah tapak kaki ibu. Memang itulah kenyataan. Maafkan anak ibu ini yang banyak berdosa dengan ibu. Maafkan andy ye...... Menantu ibu juga memohon maaf kepada ibu jika ada perkara yang mengguriskan hati ibu. Maafkan kami ibu. Hadiah hari lahir........ Doa seorang anak agar ibunya hidup bahagia dunia dan akhirat. Tiap kali solat wajib dan sunat, akan anak ibu in

TOK GURU PRESIDEN WAJIB PERLU KEMBALI TEGAS.

Imej
(Tok Guru Presiden Parti Islam SeMalaysia) Adakah betul PAS sekarang mempunyai 2 kumpulan di dalam satu jemaah? Adakah terdapat komplot yang sedang bermain kencang agar kepimpinan atasan PAS yang telah menang semasa Muktamar yang lepas digantikan dengan cara yang tidak berpelembagaan? Adakah benar ada satu kumpulan didalam jemaah PAS sengaja mahu menggunakan orang akademik untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan PAS? Jika terdapat bukti yang kukuh dan jelas, maka pada pendapat peribadi hamba, Tok guru Presiden perlu kembali tegas seperti waktu dahulu didalam setiap tindakan beliau. Tok guru Presiden sekarang perlulah 'garang' terhadap anak-anaknya yang telah mula naik minyak dan berjinak-jinak dengan perangai nakal. 'Amanat Haji Hadi' perlulah kembali bersuara di dalam setiap tindakan Tok guru Presiden agar jemaah yang satu ini kembali menjadi satu. Setelah tangan ghaib atau 'think thank' PAS dahulu berjaya telah melembutkan Tok guru Presiden terhadap tindak ta

YANG SELALU KENA TUDUH, TAK PERNAH BUAT HAL PUN.

Ada satu cerita, 3 kumpulan bergabung menjadi 1 entiti iaitu kumpulan a, b dan c menjadi entiti d. Hendak dijadikan cerita, kumpulan a ini, semenjak dua menjak ini, selalu dituduh ingin menikam belakang d. Selalu dikecam, dicemuh dilontar fitnah dan dipersepsikan orang bahawa kumpulan a ini adalah kumpulan yang akan keluar dari entiti d. Namun realitinya, esok-esok, keluar cerita, kumpulan b tikam belakang d, kumpulan c keluar dari d. Yang b dan c tikam belakang masuk bebas sokong e, yang satu lagi c keluar d kerana khinzir punya pasal namun masuk balik d kerana insaf kot. Jadi, apakah moralnya cerita ini. Mengapa a ini masih lagi dituduh bukan-bukan tetapi realitinya b dan c yang banyak buat hal. Jawapannya kerana wak-wak dogol duduk di rumah blok..... atau blog....... rasa seperti pandai, rasa macam pembela, rasa macam sayang, tapi sebenarnya wak-wak dogol ini adalah seperti beruang menampar nyamuk di muka tuannya. Kesiannnnn..................

ALONG HAMBA KERJA DI MEKKAH.

Abang hamba hari ini akan ke Dubai menjalankan tanggungjawab kerja barunya di sana. Kerja dia berkaitan dengan keretapi laju yang akan dibuat di antara Masjidil Haram dengan padang Arafah. Keretapi itu nanti akan digunakan khusus untuk kerja-kerja haji. InsyaAllah selepas musim haji nanti, abang hamba akan ke Jeddah bekerja di 'site' tanah haram. Ok le tu, boleh buat umrah tiap-tiap hari. Cumanya abang hamba ada bertanya, jika dia memasuki tanah haram tiap-tiap hari, kerana kerja dan kerana rumahnya dan juga pejabatnya di Jeddah, maka adakah beliau perlu tiap kali kena melaksanakan tawaf selamat datang di dalam masjidil haram? Rasa seronok melihat abang sulong hamba dapat bekerja di tanah haram. Siapa yang tidak mahu ke sana. Semua orang mahu. Tetapi, yang menariknya, abang hamba dapat ke sana, tetapi apabila ke tanah haram, abang hamba diberi gaji oleh Allah SWT. Fuih, seronoknya. Bekerja untuk meningkatkan kemudahan orang Islam melaksanakan rukun Islam kelima. Dapat gaji di b

BUDU DAN HUDUD: SAMA SEPERTI KEHIDUPAN HAMBA.

Imej
Gambar : Mohd Aqlan, 7 tahun - pasar malam, pekan Brinchang, Cameron Highland. Gambar : Mohd Aqlan, 7 tahun. - Kedai bunga, Cameron Highland Jam 11 pagi ini, hamba bercadang untuk ke penjara Kajang. Bukan melawat banduan, tetapi menerima jemputan walimatulurus dari rakan sekerja. Ayah dia bekerja sebagai warden penjara, maka upacara perkahwinannya dibuat di kuaters penjara. Selepas itu, isteri hamba ingin berjumpa adiknya yang menetap di Semenyih. Hendak memberi budu dari Terengganu. Sebelum hamba bernikah, iaitu ketika hamba bujang, makanan yang dipanggil budu hamba tidak pernah menyentuh untuk dimakan langsung. Tidak sedap, itulah firasat hamba. Makan belum, rasa belum, bau pun belum. Hamba telah menghukum bahawa budu itu adalah tidak sedap. Namun, setelah bernikah dengan isteri hamba yang kuat memakan budu itu, maka hamba pun mencubalah makanan ruji insan Terengganu ini. Setelah makan dengan'expectation' yang negatif, hamba sekarang ini telah menjadi seorang manusia yang bo

UNTUNG BELI RUMAH CORNER LOT.

Imej
Mengapa buah strawberi boleh tumbuh di cameron highland tetapi tidak boleh tumbuh di tepi rumah hamba? Mengapa? Adakah kerana tepi rumah hamba tanahnya tidak subur seperti cameron atau adakah ada kena mengena dengan cuaca di tepi rumah hamba adalah terlalu tidak sejuk sedingin cuaca cameron? Mengapa hamba membandingkan tanah cemeron highland dengan tanah di tepi rumah hamba? Mengapa tidak dibandingkan di tanah belakang dapur rumah hamba atau tanah di depan rumah hamba? Jawapannya senang, belakang dapur rumah hamba tiada tanah dan di depan rumah hamba tiada tanah cuma ada tiles untuk dilapik tayar kereta hendak parking. Rumah hamba adalah rumah 'corner lot'. Ya, hamba bukan bangsa cina tetapi rumah hamba adalah rumah 'corner lot'. Bukan hendak kata hamba ini kaya, tidak.... hamba cuma ada banyak duit sahaja untuk membeli rumah 'corner lot'. Rumah 'corner lot' yang dibeli dengan harga lelong kerana rumah itu dilelong oleh bank dan dibeli oleh hamba semasa

2 TOK GURU GADOH, YE KE?

Mungkin darah daging hamba sudah terlalu sebati dengan politik, hamba terpaksa juga menulis tentang politik, khususnya politik jemaah PAS. Terpaksa selitkan selit cerita ini dalam blog hamba. Jika orang hendak kata hamba tidak ikut kata hamba yang sudah serik dengan politik disiarkan dalam artikel blog hamba, maka jawapannya ya, hamba ingkar kerana cerita yang dihidangkan didalam cerita politik sekarang sangat 'lumayan' untuk ditolak. Pendek sahaja hamba hendak kabor dan hanya satu sahaja perkara hamba hendak kabor. PAS bijak berpoltik. Amat bijak. Cerita seperti tok guru Nik Aziz berlawan dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang, amat mengasyikkan. Penasihat bergaduh dengan Presiden. Menarik itu. Tetapi percayalah, cerita dalam cerita ini hanyalah satu perangkap kepada ahli-ahli PAS yang bernombor untuk didedahkan kerja jemaah mereka berniatkan kerana Allah dan Islam atau sahaja mahu dan gilakan kuasa memerintah. Ya, ianya adalah satu perangkap yang amat licik oleh dua tok guru itu. M

CERITA CAMERON LAGI. TENANG ......

Imej
Semalam, hamba selit cerita berkenaan peguam. Ada kena mengena dengan politik sikit. Dulu kata tak mahu lagi cerita politik. Tetapi, kena selit sikit. Jika sesiapa baca tidak faham apa kena dengan politik artikel semalam, tak perlu tahulah, tetapi sesiapa ternampak, eloklah gitu. Jangan buat jahat dengan ayah chik. Sudahlah. Tak perlulah lagi cerita berkenaan lawyer tu. Baik kita cerita berkenaan dengan Cameron. Bawah ni ada le gambar-gambar sikit2 di lokasi Cameron. Saujana mata memandang. Zaman dahulu, semasa british belum datang, tempat ini adalah belantara yang memang tidak akan disentuh oleh orang Melayu, tempat jin bertendang. Selepas datang mamat-minah yang suka minum teh, maka di tebang seluas-luas pokok-pokok, ditanam teh diatas gunung setinggi 2000 kaki dari aras laut. Canteeeek pemandangan....... Ni umi dengan anak-anak dara dia. Comel-comel dema ni, macam ayah dia. Muslimat cute. Bukan yang hendak naik kerusi tu, dia tu memang semua orang tahu cute, tapi yang seorang lagi t