Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, November 25, 2015

DUN KKB PAS WAJIB BERTANDING!!

Setelah kita melihat keperluan PAS bertanding di Sungai Pelek untuk mengalahkan dap, maka pada hari ini, kita tumpukan pula kepada satu lagi DUN untuk PAS bertanding agar dap kalah lagi di negeri Selangor. mari kita melihat DUN Kuala Kubu Bahru;


Dengan keadaan DUN adalah hanya 43% sahaja kaum Cina. Melayu 33% dan India adalah 21%, maka keperluan DHPP Hulu Selangor yang dipengerusikan seorang India membolehkan untuk PAS mengaut semaksima mungkin undi 22% itu.

Target PAS kawasan ini adalah Melayu dan India.

Mulai sekarang, buat kerja untuk 2 kaum ini sahaja. Cina kita serahkan pada musuh kita untuk serang musuh kita.

Dan perlu diingatkan juga, lebih 1000 undi adalah undi pos tentera. Pastikan askar-askar kita menyokong PAS untuk PRU14 nanti.

Mulai sekarang PAS Hulu Selangor kena pastikan siapakah calon yang akan bertanding di kawasan itu. Tonjolkan calon itu mulai sekarang untuk meraih undi orang Melayu dan India di KKB untuk mengundi PAS nanti.

DUN batang kali jangan lah kita sibukkan. Biarlah ia milik PKR. DUN Ulu Bernam teruskan kerja untuk memenangkan PAS. Dan tambahkan pula kerja untuk memenangkan PAS di DUN KKB.

Rabu, November 18, 2015

HUSAM DAN MSO PATUT DIHAPUSKAN KAREKTOR MEREKA!

Hari ini saya nak belasah Husam. Sebab Husam belasah kerajaan Islam PAS Kelantan. Hari ni saya nak belasah dia sebab dia memang buat kerja gila untuk PAS membuang dia dari jemaah. Maka terlepaslah baiah talak tiga dia.

Bagi aku, tiada guna nak menyimpan si gila kuasa ini untuk terus jadi pisau penikam belakang PAS. PAS patut buang dia. Selepas buang dia, kita bongkar segala keburukan dia dalam jemaah dahulu agar semua manusia didunia tahu pembohongan dia dan kejahatan dia dalam politiking.

Ini perlu. Jangan kasi lembut sama dia. Dia main api, kita juga kena main api. Pastikan bunuh terus karektor beliau dalam politik negara. Kita umat Islam adalah amat merbahaya jika membiarkan beliau menjadi pemimpin atau ADUN atau wakil rakyat mana2 di dalam negara malaysia ini.

Jika ada sesiapa yang membantu beliau, PAS wajib menentang pembantu beliau itu supaya elemen2 fitnah terhadap PAS dihapus sama sekali. Apa yang aku nampak, MSO dah main busuk dengan PAS. Saya tidak tahu berapa telah dibayar oleh seseorang kepada MSO yang gila duit itu. Maaf, bukan gila duit, tapi buat kerja fitnah, untuk dapat upah. Seorang penulis tua yang paling busuk hatinya, itulah MSO..

Selasa, November 17, 2015

KALAHKAN DAP DI DUN SUNGAI PELEK DAHULU!!

Hati sudah panas.. lama tidak bergejuis.. tapi,.. hati sudah terpaut untuk melingkupkan dap. Maka kerja saya sekarang, untuk dap kalah dalam pru14 nanti.. itu cita-cita saya. Saya lihat, bn dan dap adalah satu produk yang penuh kejahatan yang perlu dihapuskan dalam bumi Malaysia.

dap sedang merancang untuk melingkupkan PAS di muka bumi Malaysia, maka adakah kita akan duduk buat bodoh sahaja melihat evengelist kristian dalam dap membuat onar di bumi umat Islam Malaysia ini?

Oh.. tidak sama sekali..

Mula-mula.. kita lihat Selangor.. apa yang perlu PAS buat untuk memastikan dap kalah dalam pru 14 nanti..

DUN Sungai Pelek:


Pada 2013, pru13, dap menang dengan majoriti 1,972. Umat Melayu ada 47%
Umat Cina ada 33%
Umat India ada 21%

Maka, ikut lojik jika PAS hendak memerintah Selangor, maka PAS wajib bertanding DUN ini. Dan berusaha untuk menang.

Pertama sekali, saya pasti umno akan beri laluan pada mca untuk DUN ini, kerana ianya telah dimiliki oleh mca sejak sekian lama.

Jika umno yang bertanding, memang bodoh lah umno nak beri kemenangan yang condong kepada dap. lainlah, jika itu yang umno nak,.. biar dap menang di DUN ini.

Jika PAS bertanding, lawan dap dan bn mca, maka target PAS, adalah undi Melayu dan India. Cina, mohon dibaikan 95%. Tolong jangan buang masa buat kerja tarik undi cina di DUN ini. Kerana ianya menghabiskan beras.

Dengan kekuatan 3 Exco, dan masjid dan surau dipegang oleh ahli jemaah, dan juga ahli majlis. Maka buat perancangan yang jitu, mulai sekarang, untuk memaksimakan undi Melayu dan India memihak kepada PAS. Apa jenis perancangan, itu korang semua fikir sendiri. Sesuai dengan keadaan DUN Sungai Pelek itu. Setiap DUN, lain caranya.. jangan tiru orang.

Buat mulai sekarang kerja2 ini. Dan semua ahli PAS MTD Sungai Pelek, mesti bekerja seperti memang kompem kita akan bertanding DUN ini.. insyaAllah, PAS akan menang. bn dan dap boleh bungkus..

PAS WAJIB KALAHKAN DAP DI SELANGOR!

dap kata nak masuk bertanding 8 kerusi PAS. Templer dah macam kompem. Mereka dah buat perancangan.

Maka, PAS dah buat perancangan belum, bertanding di semua tempat dap?

Bukan nak menang, tetapi nak mengalahkan dap di mana dia bertanding.

Lawan api mesti dibalas dengan api. Baru gagah berani.