Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Julai 06, 2015

Bagaimana Malaysiakini memilih tajuk berita untuk memainkan persepsi

unnamed
Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik link berita untuk membaca lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif terhadap Harun Din.

Harris Nasril

Rakan saya Ahmed Natasha menaikkan status:
“Malaysiakini punya spin boleh tahan juga”.

Atas tajuk apa?

Beliau menjawab atas tajuk berita Harun Din mengulas isu dakwaan USD700 million yg dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

ini pula komen seorang rakan Azrul “Yup..mengenai kes Tuan Guru Haron Din ini memang jahat…tajuknya sangat tidak berkaitan ( misleading)”

Saya kemudian membuat sedikit kajian mengenai berita tersebut.

Dan ini apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, yang boleh saya katakan agak telus dan adil:

TAJUK BERITANYA: ‘Amat malang jika dakwaan terhadap Najib benar’
rujukan : http://www.sinarharian.com.my/politik/amat-malang-jika-dakwaan-terhadap-najib-benar-1.407649

Bila saya buka Malaysiakini, saya agak terkejut, kerana tajuk beritanya adalah sangat tidak adil dan berat sebelah, bukan untuk menyampaikan berita, tapi untuk mensensasikan tajuk berita! Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik link berita untuk membaca lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif terhadap Harun Din. Bukanlah saya nak mempertahankan sangat Mursyidul Am itu, tapi sebagai media alternatif yang dikatakaan no 1 di Malaysia, cara Malaysiakini memilih tajuk berita adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Tahulah kamu mmg menjual berita untuk create revenue, tapi janganlah sampai jadi media propaganda alat parti politik tertentu!

Ini tajuk berita yang dipilih Malaysiakini BM:
“Haron susah percaya dakwaan pada Najib Razak

dan ini pula tajuk berita yang dipilih Malaysiakini English
“PAS leaders: Accusations against Najib defies logic”

Bila kita baca tajuk berita, terus akan membuat kesimpulan bahawa Harun Din mempertahankan Najib. Bandingkan dengan isi berita Sinar Harian di atas dengan laporan Malaysiakini di sini: https://www.malaysiakini.com/news/304060
————————————————————————————–
Saya kemudian melihat pula reaksi dari berita malaysiakini itu, yang dijadikan bahan propaganda oleh MP DAP Taiping, Nga Kor Ming dalam FB beliau. Beliau menjadikan tajuk berita tersebut sbg printscreen dengan tajuk dalam bentuk soalan
” Since when PAS’s Harun Din become UMNO’s mouth piece?”- atau terjemahannya,:
“Sejak bila Harun Din dari PAS menjadi juru bicara UMNO?”.
rujukan : https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10151905029024170.1073741830.52329039169/10153511524079170/?type=1
Beliau juga ada satu lagi posting dalam bahasa cina di sini https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10150098755279170.281685.52329039169/10153509222044170/?type=1&theater
tetapi tidak terdapat satu posting pun dalam bahasa melayu untuk isu harun din ini. Nampak permainannya?

Kemudian saya lihat pula FB Tony Pua MP DAP Petaling Jaya Utara, yang juga kerap melakukan posting propaganda. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati beliau menjadikan tajuk berita yang sudah basi bertarikh 14 may 2015, untuk menyindir Harun Din dalam isu menyokong Najib!

Berikut merupakan posting Tony pua:
“Ya, Mursyidul Am PAS Haron Din nak beri peluang kepada Najib.
Najib bersih. Najib telus. Najib prihatin.
Ya, terus lah PAS, berikan sokongan paling kukuh kepada Najib.”
rujukan : https://www.facebook.com/MPTonyPua/posts/10153487000249917

Ramai rakan-rakan lain agak skeptikal dengan Malaysiakini sejak baru-baru ini, tetapi saya tidak. Ini kerana saya dah lama tahu. Malaysiakini bukan Malaysiakini yang saya seringkali baca masa era reformasi dulu, setiap hari. Sudah jadi media propaganda parti politik pembangkang. Saya ada juga  melanggan berita Malaysiakini, tetapi jika beginilah cara laporannya, tamat sahaja tempoh langganan ini tak mungkin saya akan perbaharui lagi.

Saya akhiri artikel ini  dengan kata-kata Edward R. Murror:
“To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible; credible we must be truthful.”

0 ulasan: