Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Julai 24, 2015

SATU HARAPAN BARU

Satu Harapan Baru?.....

KALAU IKUT LOJIK?

1. Menolong ribuan mangsa banjir berhari2,berbulan2, petugas makan tidur tak menentu, kalau ikut LOJIK lupakan dulu mangsa rogol, lagi pun hanya melibatkan sorang, boleh beri ganti rugi.

2. Memerah otak dari pagi kepetang untuk merancang master plan untuk membasmikan kemiskinan, kalau ikut LOJIK demi kemashlahan, solat boleh ditangguhkan kerana merencatkan pemikiran yang penuh dengan idea bernas

3. Memakai baju kurung atau kebaya, penuh dengan kesopanan dan keayuan, lagi pun sudah lebih kurang 98% sudah menutup aurat, kalau ikut LOJIK apalah sangat menutup kepala yang hanya tinggal 2% saja lagi auratnya, bukankah sepatutnya biarkan free-hair?

4. Meminum arak hanya segelas dua kerana meraikan orang kafir, kalau ikut LOJIK kenapalah sampai kena rotan dan sebagainya, bukankah sepatutnya dibiarkan, manalah tahu orang kafir itu dapat hidayah dengan ikram kita? atau memadai dengan hukuman kerja2 amal dirumah anak yatim dan orang tua.

5. Menikmati penzinaan yang tak berapa lama, katakan satu hari satu malam, kalau ikut LOJIK kenapalah sampai kena rejam/rotan lagipun ia suka sama suka, kalau dapat anak pun akan bertambah zuriat2 yang pintar.

6. Merompak, mencuri apalah sangat sekurang2nya mereka berdikari, kalau ikut LOJIK kita lupakan dulu mangsa kecurian kerana kita ada NGO yang akan bantu, kenapalah perlu potong tangan dan sebagainya.

7. Babi yang dipelihara dalam kandang yang penuh hygienic dengan suntik vaksin terkini, kalau ikut LOJIK apalah sangat makan Babi Chop dengan sos termahal lagi pun hanya sekeping dengan kentang goreng, mungkin boleh memulihkan mereka yang hilang selera makan.

8. Menukar Agama yakni murtad demi kebebesan berAgama dan hak asasi manusia lagipun ia mungkin menjadi satu kaedah mengelakkan perkauman, hidu bermuhibah, saling hormat-menghormati, kalau ikut LOJIK, biarkan mereka kerana mereka berkorban untuk kemashalan umat, kenapa perlu bendung dengan hukuman mati dan sebagainya?

9. Berusaha kerasa sehingga menjadi kaya raya, selalu pergi Umrah, selalu buat Majlis Berbuka Puasa di Hotel2 mewah demi meraikan anak-anak yatim, selalu buat korban beratus2 ekor lembu demi sayangnya kepada fakir miskin, setahun sekali beri duit raya pada budak-budak sekola, kalau ikutkan LOJIK, kenapalah perlu bayar Zakat lagi?

JAWAPANNYA : KERANA IA HANYA PERINTAH ALLAH SWT noktah.

Membawa HUDUD ke Parlimen bukan bermakna kerja-kerja menghapus rasuah terabai, bukan bermakna kerja-kerja pemerintahn lain terencat, bukan bermakna tidak cakna serta peduli kesusahan rakyat, lagi pun bukannya siang malam asyik berbicara pasal Hudud seolah-olah Islam itu tidak Progresif....ianya berjalan beriringan kenapa masih ada segelintir yang masih sinis?

JAWAPANNYA : KEIMANAN LONGGAR

#ISTIQOMAHHINGGAKEMENANGAN

Selasa, Julai 14, 2015

PAS sudah berubah dalam masa 40 hari?

Oleh Timmy Say

Persepsi 1: PAS bertukar sifat dalam masa 40 hari

Sebulan 10 hari atau 40 hari. Itulah ‘panjangnya' masa yang sudah berlalu sejak muktamar pemilihan PAS berlangsung pada 4 Jun, 2015 lalu. Bagi yang mengikuti perkembangan serangan terhadap PAS, parti ini sudah digambarkan berubah secara total dalam masa 40 hari.

Tidak mungkin PAS dah berubah dalam masa 40 hari.
Jika PAS sudah berubah sebelum 40 hari ini, mengapa mereka yang menyerang sekarang ini tidak mendedahkan kepada rakyat dan menyerang PAS dari dalam lebih awal?

Atau mereka sendiri yang sudah berubah tatkala dikejutkan dengan keputusan muktamar? Biarlah masa menentukannya, dan rakyat menilainya selepas segenap waktu.

Persepsi 2: Keuntungan PAS bersama PKR dan DAP
Semua orang hanya bercakap keuntungan PAS bersama PKR dan DAP dan kerugian PAS jika tidak lagi bersama DAP.

Cuba kita berhujah sebaliknya - apakah keuntungan PKR dan DAP bersama PAS?

Sebelum 2008, PKR dan DAP tidak pernah menguasai apa-apa negeri. PAS pula menguasai Kelantan dan pernah menguasai Terengganu. Selepas bekerjasama dengan PAS, PKR mendapat peluang mentadbir

Selangor dan DAP dapat menguasai Pulau Pinang meskipun PAS dan hudud berpisah tiada. Itu untung PKR dan DAP bersama PAS dan saling menerima dan menghormati parti lain tanpa soal.

Kini Pakatan Rakyat (PR) berpecah lagi. Tiada siapa yang untung. Semuanya rugi. Akan tetapi, ada yang cuba menanam persepsi PAS saja yang rugi semata-mata untuk mencari alasan bagi mencipta parti baharu.
Parti yang baharu memerlukan ahli. Ahli PKR, DAP dan Umno tidak akan menyertai mereka. Bahkan ahli PasMa sudah menyertai DAP.

Oleh itu, parti baharu ini memerlukan ahli PAS. Bagaimana untuk mendapatkan ahli PAS? Kapal PAS, yang dibina bersama selama 60 tahun ini, mesti ditebuk sehingga tenggelam supaya ada ahli PAS yang mengikut mereka walaupun mereka sebenarnya hanya tidak puas hati dengan beberapa individu dalam parti dan kekalahan di muktamar PAS.

Walaupun begitu, hak demokrasi masing-masing wajar dihormati meskipun ia satu tindakan yang kejam kepada akar umbi PAS yang mendokong perjuangan parti ini tanpa mengira siapa tukang kemudinya.

Persepsi 3: Parti baru bahaya pada BN-Umno?
BN-Umno kuat selama ini kerana setiap DUN dan Parlimen tidak berlaku pertembungan kerusi di antara parti-parti komponennya.

RoS tidak pernah meluluskan entiti PR. Tidak perlu kita menjenguk jauh mengapa ia tidak pernah diluluskan. Ini kerana kelulusan ini membawa erti perlawanan 1 lawan 1 di semua kerusi dengan BN.

BN mengharapkan lebih ramai parti pembangkang yang bergaduh sesama sendiri sehingga terlahirnya pertembungan 3 atau 4 penjuru. Parti baharu ini akan diluluskan tanpa risau oleh Umno dan RoS sebab ia hanya merugikan pembangkang.

Lebih elok, rakyat mula bertanya dari manakah dana untuk parti baharu ini akan datang. Umum mengetahui, parti politik memerlukan dana yang banyak untuk bergerak. Tak percaya, boleh tanya Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah mengendalikan Semangat 46.

Persepsi 4: Siapa yang mahu Najib turun takhta?
Hakikatnya, semua di pihak pembangkang mengharapkan Najib yang membawa BN ke PRU14 kerana ini akan meningkatkan peluang untuk menguasai Putrajaya.

Bagi mereka yang sedang menyerang PAS - jika DAP menyuarakannya, ia dipanggil strategi. Jika PKR menyuarakannya, ia dipanggil cerdik berpolitik. Jika PAS terutamanya presiden PAS yang mencanangkannya, ia dipanggil mesra-Umno. Ia pelik tapi benar, dan cuba dibenarkan sesetengah media yang mesra-mereka.

Meskipun pelik, namun permainan masih diteruskan kerana modal politik yang sulung "PAS kini sudah berbeza" kerana "PAS ingin bersama Umno" perlu terus dihidupkan supaya tuduhan kelihatan seolah-olah benar bagi membolehkan kerja menebuk bahtera PAS dapat diteruskan bagi menambah jumlah ahli ke parti baharu.

Persepsi 5: PAS tidak demokratik?
Bandingkan cara PAS memberikan ruang kepada mereka untuk bersuara meskipun negatif terhadap PAS terhadap cara DAP menangani kritikan Tunku Aziz ketika beliau masih menjawat jawatan naib presiden parti.

Kalau ini bukan demokrasi sihat dalam parti, apa lagilah definisi demokrasi yang sihat bagi sesebuah parti? Cuma parti yang demokrasinya sihat sebegini dilihat jumud, manakala parti lain yang kurang ‘vibrant' demokrasinya pula diangkat sebagai model.

Masa akan menentukan apa dan siapa yang sakit sebenarnya.

Isnin, Julai 13, 2015

Keputusan MSU PAS siapa sebenarnya hipokrit

  Dari Roslan SMS..
Sebagaimana kita semua sedia maklum Majlis Syura Ulamak PAS telah pun memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP “terbatal”. Namun dalam masa yang sama, PAS mengekalkan hubungan tahaluf siasi nya bersama PKR.

MSU turut memutuskan menyerahkan perlaksanaan keputusan itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Ahli-ahli PAS rata-rata terikat dengan keputusan ini dan seterusnya akan menunggu pengarahan dari Presiden dan JK Kerja Pusat, tentang bagaimana keputusan MSU itu nanti mahu dilaksanakan.

Malah diperingkat ini, semua ahli PAS sedar, betapa tindak-tanduk dan sikap DAP selama ini telah memaksa PAS untuk bertindak-balas dan mengambil keputusan yang sangat drastik itu. Apa pun yang penting keputusan MSU menekankan bahawa hubungan tahaluf siasi antara PAS dan PKR terus kekal.

Ini bermakna selepas daripada keputusan MSU ini, dan menantikan pengarahan dari PAS Pusat, PAS akan kekal berkerjasama dengan PKR manakala sebarang kerjsama politik PAS dan DAP yang berkaitan dengan ikatan tahaluf siasi adalah terbatal.

Di Pulau Pinang, sebagaimana kita semua juga maklum,belum pun MSU mengeluarkan keputusan, kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, telah mendesak agar semua wakil PAS yang dilantik ke dalam kerajaan negeri agar melepaskan jawatan masing-masing. Dan yang anehnya dua bekas pemimpin PAS, iaitu Hj Muhammad Sabu dan ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengisytiharkan meletakkan jawatan lantikkan politik masing-masing.

Tindakan mendahului keputusan parti itu sangat dikesali malah meletakkan PAS dalam serba kerumitan dalam mendepani masalah komplek ini. Ternyata kedua-dua pemimpin berkenaan sudah hilang minat pada PAS dan kebelakangan ini kelihatan lebih tergiur dan ghairah mahu membawa haluan sendiri, meninggalkan bahtera PAS yang barangkali dilihat telah usang dan lapuk.

Sepatutnya dari segi adab, pemegang-pemegang jawatan lantikkan parti di dalam kerajaan hendaklah terus amanah memegang jawatan masing-masing sehinggalah parti membuat keputusan sebaliknya. Mereka memegang jawatan atas lantikkan parti maka jika berlaku sebarang perkembangan wajarlah parti juga yang memutuskan status jawatan mereka.

Kerana itulah tindakan dua bekas pemimpin PAS di atas, sangatlah tidak beradab dan malah dilihat sebagai satu tindakan sabotaj terhadap parti.

Berbalik kepada keputusan MSU di atas, kini banyak pihak kelihatan cuba mencetuskan konflik pula di Selangor. DAP memang bernafsu mahu memaksa pengaruhnya ke atas PKR, agar wakil-wakil PAS dikeluarkan dari kerajaan negeri Selangor pimpinan Dato Menteri Besar Azmin Ali. Mereka telah bergerak menunut MB berbuat demikian.namun setakat ini tiada diambil serius oleh MB.

Namun setakat ini dari pemahaman kita terhadap keputusan MSU itu, keperluan untuk berbuat demikian tidak berbangkit. PAS memegang amanah untuk terus kekal sebagai wakil dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin. PKR dan PAS tidak pernah bermasalah. Lantas tindakan untuk terus menyokong kerajaan negeri dilihat sebagai suatu tindakan yang wajar dan logik.

Jika DAP berasa tidak selesa atas apa sebab sekalipun, DAP lah yang sewajarnya bertindak angkat kaki buaknnya PAS.

Tetapi selagi Menteri Besar sendiri tidak melihat kehadiran PAS dalam kerajaan Selangor sebagai satu masalah, maka PAS wajar kekal memikul amanah yang diberikan oleh rakyat Selangor.

Saya agak terperanjat apabila seorang lagi bekas pemimpin PAS Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan dilihat “hipokrit” jika kekal dalam kerajaan Selangor selepas jeputusan MSU ini. Menurut Datuk Mahfoz Omar, ahli parlimen Pokok Sena, dengan keputusan MSU ini PAS seharusnya tidak lagi berkerjasama dengan DAP dalam kerajaan Selangor.  Dan jika PAS kekal kata beliau rakyat akan melihat PAS sebagai hipkokirt.

Benarkah begitu? 

Tidakkah kenyataan Mahfoz itu bertentangan dengan arahan MSU berkenaan? Kerana keputusan itu menyebut perlaksanaan keputusan MSU itu diserahkan  kepada PAS Pusat untuk memutuskan menurut kesesuaian dan keperlua politik semasa.

Sejak bila Mahfoz mewakili PAS Pusat? Atau adakah beliau lupa beliau bukan lagi Ketua Penerangan PAS Pusat?

Saya sedikit pun tidak percaya bahawa rakyat Selangor akan menganggap PAS hipokrit jika kekal duduk dalam kerajaan negeri walaupun dengan keputusan MSU ini, kerana saya yakin rakyat Selangor boleh faham maksud keputusan MSU itu.

Malah rakyat Selangor yakin dengan kebijaksanaan Menteri Besar mereka dan keikhlasan serta kemampuan pimpinan PAS Selangor di bawah EXCO Kanan dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad.

Rakyat Selangor mahu kerajaan ini kekal, kerana ianya diketuai Azmin dan bukannya Guan Eng seperti di Pulau Pinang, Di Selangor PAS, PKR dan malah DAP mempunyai bilangan kerusi yang cukup bagi mereka membentuk kerajaan, pihak istana telah pun memberikan perkenan, dan rakyat telah pun memberikan mandat. Sebarang tindakan sebaliknya bermakna menolak keputusan istana dan rakyat.

Keputusan MSU itu melibatkan hubungan politik PAS dan DAP dan tidak sekali-kali kena mengena dengan hubungan baik PAS dan PKR. 

Mengapa Mahfoz mahu anggap mengekalkan status quo sebagai suatu tindakan hipokrit?

Sesungguhnya hipokrit itu adalah apabila kita terus kekal dalam PAS tetapi tidak menerima dan akur akan keputusan parti, itu hipokrit. Kita mahu tubuh parti baru tetapi sementara nak menunggu parti tubuh kita menumpang teduh bawah PAS, itu hipokrit. Kita anggap kita demokrat dan progresif tetapi apabila kita kecundang dalam proses pemilihan parti, kita bangkit memberontak dan mahu bakar jambatan itu hipokrit.

PAS Selangor punya amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat Selangor dan selagi tiada pihak samada istana ataupun Menteri Besar yang mengarahkan agar PAS keluar dari kerajaan, saya fikir kehadiran PAS adalah suatu yang wajar.

Jumaat, Julai 10, 2015

DAP yang rupanya perlu belajar berkawan

DAP yang rupanya perlu belajar berkawan

Thursday, July 09, 2015 (Roslan SMS)

Saya duduk beranggapan bahawa selama ini DAP sengaja mencari pasal dengan PAS. 

Mereka kelihatan begitu bersungguh mahu menendang keluar PAS dari Pakatan Rakyat terutama apabila PAS mengambil sikap berterus-terang dalam beberapa isu, memberikan pandangan secara jujur dalam perkara-perkara pokok melibatkan dasar PAS sendiri.

Dari pandangan DAP “tidak bersetuju” dengan mereka bermakna khianat. Tambah-tambah pula apabila meneruskan agenda perlaksanaan hukum Islam di Kelantan, DAP langsung tidak dapat menerima bukan sekadar tidak bersetuju malah menentang dan mengancam memutuskan hubungan pula.

Dan malah tidak cukup dengan itu, DAP campurtangan pula dalam isu dalaman PAS. Dan secara terang-terang menyokong puak-puak yang bermasalah dalam PAS.

Mungkinkah PAS yang tidak pandai berkawan?

Rupa-rupanya apabila saya dimaklumkan oleh seorang rakan berkenaan perkembangan di Sarawak, saya dapati DAP sesungguhnya bukan sekadar bermasalah dengan PAS malah dengan PKR pun mereka bersengketa.

Posting terbaru dalam FB PKR Sarawak menyebut:

The difference between PKR Sarawak and DAP Sarawak is PKR Sarawak leaders have been publicly invited by Adenan to join BN Sarawak but PKR leaders declined politely. Where else DAP Sarawak leaders offered to join BN Sarawak to form Unity Government but they were rejected by BN leaders publicly.

In today's World, if you have the qualities for the job, you will be invited and offered the job. No need to blow your own trumpet or carry your own busket.

(Perbezaan dianatara PKR Sarawak dan DAP Sarawak adalah bahawa pimpinan PKR Sarawak telah dijemput secara terbuka oleh Adenan (KM Sarawak) untuk menyertai BN Sarawak akan tetapi pimpinan PKR telah menolak secara hormat. Manakala pimpinan DAP Sarawak pula telah menwarkan diri menyertai BN Sarawak untuk membentuk Kerajaan Perpaduan (UG) tetapi ditolak secara terbuka oleh pimpinan BN.

Dalam dunia hari ini, jika anda memiliki kualiti untuk melaksanakan satu-satu tugas, anda akan ditawarkan tugas itu. Tidak perlulah meniup trumpet sendiri atau mengangkat bakul sendiri)

Sinis sungguh kenyataan PKR Sarawak itu, tetapi demikianlah DAP bagi mereka.

PKR Sarawak turut memberi komen pada posting itu yang berbunyi:

PKR is always committed to Reformasi and Ubah and never once abandoned or left PR. Our Manifesto to rescue the economy and restore a responsible government of Malaysia has never been allowed to be superseded by any personal personal ambition neither have we allowed our values to be clouded by minor difference between our PR partners. 

Yes, as admitted by DAP and accepted by PAS Pakatan Rakyat has ceased to exist but PKR leadership remains crystal clear that our enemies are in BN Camp.

So despite all the open squabbles let it be known Sarawak PKR is not interested to pick a fight nor to pursue a collision course with any political parties in the contrary we are seeking cooperation with even NGOs who yearn for real change.

(PKR sentiasa komited pada Reformasi dan Ubah dan tidak pernah sekali-kali meninggalkan PR. Manifesto kita adalah untuk menyelamatkan ekonomi dan mengembalikan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab di Malaysia dan tidak pernah ianya dibenarkan mendahalui sebarang kepentingan peribadi dan tidak pernah juga kami membenarkan nilai-nilai bersama itu digerhanai oleh perbezaan-perbezaan kecil antara rakan-rakan PR.

Ya, sebagaimana diakui oleh DAP dan diterima oleh PAS, bahawa Pakatan Rakyat telah tidak wujud lagi, namu pimpinan PKR tetap jelas dengan sikap bahawa musuh kita adalah BN.

Oleh itu, walaupun berhadapa dengan  sengeketa secara terbuka, ketahuilah bahawa PKR Sarawak tidak berminta bertelingkah dengan mana-mana pihak sebaliknya kami mahukan kerjasama dengan semua pihak termasuk NGO yang inginkan perubahan.)

Sebelum itu, semalam dalam FB yang sama dimuatkan (bersekali dengan terjemahan BM):

Fact that the peoples of Sarawak should know;

PKR Sarawak NEVER initiated attack against DAP Sarawak but only "SELF DEFENCE" to answer. Or just silent and let the rakyat to judge DAP attack against PKR Sarawak. 

Fakta yang rakyat Sarawak harus tahu;

PKR Sarawak TIDAK PERNAH memulakan serangan terhadap DAP Sarawak tetapi hanya MEMPERTAHANKAN DIRI untuk menjawab. Atau berdiam sahaja dan biar rakyat menilai serangan DAP Sarawak tersebut terhadap PKR Sarawak.

Demikianlah rupanya sikap DAP di Sarawak, itu terhadap PKR. Sebelum itu PAS telah pun diiterajang oleh mereka di sana.

Sikap itu saling tak tumpah dengan sikap DAP di sini.

Secara jujur saya melihat PAS sebenarnya tidak bermasalah berkerjasama dengan sesiapa pun. Dan mengikut rekod PAS telah menjalin kerjasama politik dengan pelbagai pihak sejak Pilihanraya Persekutuan yang pertama iaitu tahun 1959 lagi, ketika itu DAP pun belum berdaftar.

Asas kepada berkawan adalah bertolak-ansur dan saling homrta-menghormati.

Diperingkat ini kita perhatikan PAS dan PKR matang dan memiliki kualiti demikian, tetapi DAP perlu banyak belajar khasnya dalam menjalin hubungan sesama kawan. Raikan perbezaan kita, tumpukan pada persamaan, jika tidak, siapa pun tidak mahu berkawan dengan anda. Bukitinya di atas, BN Sarawak pun “reject” mereka.

Semoga kita semua dapat belajar demi menjanjikan masa depan yang baik buat Malaysia.

Khamis, Julai 09, 2015

CATATAN PAGI INI...

Pagi ni aman. Malam al Qadr kah semalam. Tak tahulah.. Malam 20 lepas pun begini juga keadaan di tempat ku.

Setelah masuk ke pejabat hari ini. Saya membuka komputer. Melihat akhbar2 internet. cerita yang sama. Berulang lagi dan lagi semenjak dua menjak ini.

Bosan.....

Tiba-tiba, jari ku terdetik menulis ungkapan sepultura di pencarian. Setelah melihat seorang rakan lama sekola dahulu, mencatit 'Chaos AD' pada group whatsapp kami.

Aku mendengar lagu sepulturan pagi tadi..

Base guitar dari Andreas Kisser masih mantap. Maksud saya, memang mantap. Sebab saya mendengar lagu lama Sepultura. Album Schizophrenia. Album kedua Sepultura pada 1987. Album yang membuat Sepultura menjadi kumpulan Thrash metal, berbanding dengan death metal dari album pertama mereka, Morbid Vission.

Entah kenapa, sudah berdekad saya tidak mendengar lagu laro ini.. Setelah tiba-tiba insaf dan beristighfar.. aku mengambil Quran. Dan membaca sambungan surah yang ku berhenti.. Masih belum khatam2 saya ini, semenjak tahun lepas... astaghfirullah..

Takpe. Istiqomah itu penting. walau sehari sehelai. Akan ku cuba khatam kan juga...

Melihat ke luar cermin bilik ku di pejabat ini, aku melihat matahari sudah menyinar keluar.

Hmmm... adakah bermaksud, malam semalam bukan malam 1000 malam? Wallahualam.

Namun, teringat ungkapan seorang ustaz, jika mencari itu adalah malam al-Qadr, itulah yang kamu dapat, tapi jika mencarinya adalah cari Allah, maka semuanya kamu dapat...

Ya Allah. Aku mohon redho Mu ya Allah. Matilah aku dalam Islam. Matilah aku ketika aku sedang mempertahan dan memperjuangkan Islam.

Seminit lagi 8:30pg.. perlu memulakan tugas kerja ku pula...

Takbir!!!!


Rabu, Julai 08, 2015

DAMN YOU DAP (1)

First Bullet,

From Helen Ang..

DIKEMASKINI: Satu gerombolan Cina bertudung masuk masjid

Begitu MURAH SEKALI maruah Melayu pembangkang boleh dibeli !

Updated: 6.30pm on 6 July 2015
There are nine of Hannah Yeoh’s female interns in the photo below seen occupying the mosque.
Hannah Yeoh mosque visit
In the group photo below comprising 18 persons (17 youths & Hannah Yeoh), there are a further six male interns including those training in the office of the Kelana Jaya MP Wong Chen. Note: The Subang Jaya DUN seat lies in the Kelana Jaya Parliament constituency.

Allowing even for a few absentees, there would be alone at least 15 interns – both female and male – during the mosque visits made by Hannah and Wong. And this number is not counting Hannah and Wong’s permanent office staff nor the two YBs themselves.

Hannah's interns

So, for the DAP contribution of RM2,000 to the mosque during puasa month, Madame Speaker brings an entourage of 20 kafir tudung wearers to stuff their faces.

This works out to roughly a ticket cost of RM100 per pax for each of the intern/DAP-PKR non-Muslim staff to gain entry into the mosque, and cheaper for surau that gets a smaller contribution of RM1,000 only.
It’s a cheap price for the DAP to pay and even cheaper the dignity of the mosque committee yang dok layan munafiqoon.

BELOW: Papa and Mama Dapster in the mosque



Original posting

Gambar di bawah diambil dari Facebook milik Lim Fang, penulis Sin Chew yang telah mengkritik Hannah Yeoh pada tempoh hari. (more…)

AKHIRNYA, DAP MENGAKU PAS MUSUHNYA.




Akhirnya.. dap mengaku juga yg PAS telah menjadi musuhnya.. Apa lagi.. kasi hentam la sama dap tu...

Isnin, Julai 06, 2015

Bagaimana Malaysiakini memilih tajuk berita untuk memainkan persepsi

unnamed
Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik link berita untuk membaca lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif terhadap Harun Din.

Harris Nasril

Rakan saya Ahmed Natasha menaikkan status:
“Malaysiakini punya spin boleh tahan juga”.

Atas tajuk apa?

Beliau menjawab atas tajuk berita Harun Din mengulas isu dakwaan USD700 million yg dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

ini pula komen seorang rakan Azrul “Yup..mengenai kes Tuan Guru Haron Din ini memang jahat…tajuknya sangat tidak berkaitan ( misleading)”

Saya kemudian membuat sedikit kajian mengenai berita tersebut.

Dan ini apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, yang boleh saya katakan agak telus dan adil:

TAJUK BERITANYA: ‘Amat malang jika dakwaan terhadap Najib benar’
rujukan : http://www.sinarharian.com.my/politik/amat-malang-jika-dakwaan-terhadap-najib-benar-1.407649

Bila saya buka Malaysiakini, saya agak terkejut, kerana tajuk beritanya adalah sangat tidak adil dan berat sebelah, bukan untuk menyampaikan berita, tapi untuk mensensasikan tajuk berita! Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik link berita untuk membaca lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif terhadap Harun Din. Bukanlah saya nak mempertahankan sangat Mursyidul Am itu, tapi sebagai media alternatif yang dikatakaan no 1 di Malaysia, cara Malaysiakini memilih tajuk berita adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Tahulah kamu mmg menjual berita untuk create revenue, tapi janganlah sampai jadi media propaganda alat parti politik tertentu!

Ini tajuk berita yang dipilih Malaysiakini BM:
“Haron susah percaya dakwaan pada Najib Razak

dan ini pula tajuk berita yang dipilih Malaysiakini English
“PAS leaders: Accusations against Najib defies logic”

Bila kita baca tajuk berita, terus akan membuat kesimpulan bahawa Harun Din mempertahankan Najib. Bandingkan dengan isi berita Sinar Harian di atas dengan laporan Malaysiakini di sini: https://www.malaysiakini.com/news/304060
————————————————————————————–
Saya kemudian melihat pula reaksi dari berita malaysiakini itu, yang dijadikan bahan propaganda oleh MP DAP Taiping, Nga Kor Ming dalam FB beliau. Beliau menjadikan tajuk berita tersebut sbg printscreen dengan tajuk dalam bentuk soalan
” Since when PAS’s Harun Din become UMNO’s mouth piece?”- atau terjemahannya,:
“Sejak bila Harun Din dari PAS menjadi juru bicara UMNO?”.
rujukan : https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10151905029024170.1073741830.52329039169/10153511524079170/?type=1
Beliau juga ada satu lagi posting dalam bahasa cina di sini https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10150098755279170.281685.52329039169/10153509222044170/?type=1&theater
tetapi tidak terdapat satu posting pun dalam bahasa melayu untuk isu harun din ini. Nampak permainannya?

Kemudian saya lihat pula FB Tony Pua MP DAP Petaling Jaya Utara, yang juga kerap melakukan posting propaganda. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati beliau menjadikan tajuk berita yang sudah basi bertarikh 14 may 2015, untuk menyindir Harun Din dalam isu menyokong Najib!

Berikut merupakan posting Tony pua:
“Ya, Mursyidul Am PAS Haron Din nak beri peluang kepada Najib.
Najib bersih. Najib telus. Najib prihatin.
Ya, terus lah PAS, berikan sokongan paling kukuh kepada Najib.”
rujukan : https://www.facebook.com/MPTonyPua/posts/10153487000249917

Ramai rakan-rakan lain agak skeptikal dengan Malaysiakini sejak baru-baru ini, tetapi saya tidak. Ini kerana saya dah lama tahu. Malaysiakini bukan Malaysiakini yang saya seringkali baca masa era reformasi dulu, setiap hari. Sudah jadi media propaganda parti politik pembangkang. Saya ada juga  melanggan berita Malaysiakini, tetapi jika beginilah cara laporannya, tamat sahaja tempoh langganan ini tak mungkin saya akan perbaharui lagi.

Saya akhiri artikel ini  dengan kata-kata Edward R. Murror:
“To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible; credible we must be truthful.”