KERAJAAN KN DI SELANGOR.. KAH KAH KAH

Haa.. rasa dia, nak sangat jadi MB, kan dah rasa pening.

Azmin Ali kena pilih, PAS ke dap. Untuk jadi sekutu kerajaan Selangor.

Jika pilih dap, maka rasanya, sultan Selangor nak perkenankan ke negeri dikuasai kaum cina dap? Jauh panggang dari api. (dap 15 bukan Melayu, pkr 10 Melayu, 3 bukan Melayu + 2 Melayu jebon). Lagipun, Azmin ada banyak terhutang budi dengan PAS. Kerana ketegasan Presidennya, yang tidak mahu bersama dalam langkah Kajang, maka beliaulah yang jadi MB Selangor.

Jika pilih PAS, apa pulak jadinya nanti di Pulau Pinang. dap tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk memerintah Penang seorang-orang mereka. Tidak seperti PAS di Kelantan. PAS kuasai 2/3 kerusi. Jika Azmin nak PAS, bercerai dengan dap di Selangor, adakah kes penceraian itu akan termaktub juga di Penang? dap ada 19 kerusi, PKR 10, PAS 1. Amacam? PRU semula di Penang?

Ataupun, Azmin buat kerja gila, iaitu buat unity government.. eh silap.. kerajaan konsensus nasional.. ha.. Anwar sikit bunyinya..

Tiada pembangkang di Selangor. Semua memerintah. PKR, dap, PAS, mca, mic, umno, psm, prm.. semua dapat sikit kuasa... amacam? ada harapan?? kah kah kah.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?