AKU AKAR UMBI PAS, DAN MAHU AYAH CHIK KEKAL PRESIDEN!!

Tadi aku baca dalam Mstar, Salahudin Ayub kata perubahan dalam pucuk pimpinan PAS perlu dilakukan. Dia kata untuk mematangkan parti. Aku tak tahu, apa maksud dia mematangkan parti? Mungkin dia sedang sindir dap yang tak pernah tukar kepimpinan sejak berpuluh puluh tahun. Dap parti yang tidak matang!

Namun, apa yang pelik bin ajaib yang saya baca dalam apa yang disebut oleh beliau, yang aku tak tahu mungkin diolah semula oleh Mstar, bahawa



“Itu suara yang dikemukakan oleh akar umbi yang semakin berani menyuarakan pandangan mereka. Parti ini perlu melalui proses perubahan kerana ia akan mematangkan PAS,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Suara akar umbi?

Pertamanya, jika mulut itu keluar daripada beliau, beliau bukan akar umbi, beliau adalah pemimpin no 3 PAS ikut hierarki.

Jika sebut berkenaan mulut akar umbi PAS, sayalah orang yang paling layak. Sebab saya memang ahli PAS akar umbi. jawatan hanya di cawangan sahaja. Dan juga rakan-rakan saya yang rapat, semuanya berjawatan dalam cawangan. Saya sebutkan disini, rakan-rakan saya yang bukan ustaz, tetapi bekerja sebagai golongan profesional.

Disebabkan mulut sudah terlepas ke media seluruh dunia tentang wujudnya golongan ulama dan profesional dalam PAS, maka mahu tak mahu, aku pun kena sebut jugalah dua perkataan itu supaya memahamkan antum semua.

Saya ahli PAS akar umbi. Jawatan ajk cawangan. Kerja sebagai jurutera, aka jika dikategorikan dalam PAS, adalah golongan profesional. Begitu juga rakan karib saya yang berada di Shah Alam, kerja sebagai jurutera, berjawatan juga didalam cawangan, juga boleh dikategorikan sebagai profesional.

Dan yang menariknya, kami adalah salah dua orang dari beratus ribu golongan profesional dalam PAS, yang mahu mengekalkan Ayah Chik sebagai Presiden.

Jadi, apa kehalnya, ada mulut yang menyatakan bahawa akar umbi, yang profesional, nak tukar ayah Chik? Apa punya jebis penipuan yang berlaku ni?

Sebenarnya, permasalahan yang berlaku dalam PAS sekarang ini adalah bukan kerana perbezaan pendapat antara golongan ulama dan profesional, tetapi ianya perbezaan iktikad diantara golongan yang inginkan berkuasa bersama-sama syariat, dengan golongan yang inginkan kuasa tanpa memerlukan syariat. Itu sahaja. As simple as that!!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?