Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Februari 13, 2015

HARI INI AKU MENANGIS....

Hari ini aku bersedih.

Ketika mana aku hendak tidur semalam, selepas memakan ubat antibiotik yang menyebabkan badanku letih semacam, pada jam 9, terlihat di hp ku mencatat di whatsapp group PAS Kawasan Hulu Selangor, ditulis Tok Guru sedang dibawa ke hospital.

Aku baca, tetapi dalam hatiku kata, 'betoi ke ni? Silap informasi ini..".. maka aku pun tidur.

Malam tadi, tidur ku seperti tidak serupa dengan tidur yang lain-lain. Kerana umur sudah meningkat, maka jam 4 pagi, badan automatik akan terjaga, dan selepas itu, tidak boleh tidur lagi. Namun semalam, aku tidur sehingga jam 6:15pg. Semasa azan Subuh dekat lagi berkumandang. Mungkin kerana ubat antibiotik yang aku makan semalam.

Semasa hendak memberus gigi, tanganku mencapai hp ku. Sahaja hendak melihat message2 di hp.

Maka,.. subuh tadi, aku terkejut.

Tok guru sudah tiada.

Mula-mula tidak percaya. Kemudian apabila membaca pesanan whatsapp yang berlambak-lambak itu, dengan gambarnya sekali, baru aku sedar, tok guru sudah tiada....

Isteriku terkejut melihat aku menangis macam bayi kecil.

Aku menangis sepuas-puasnya. Kerana sedih, dapat ketahui berita ini terlalu lewat. Rakan-rakan sudah berada di Kelantan. Padahal aku baru ketahui ketika jam 6:15 pagi.

Aku menangis dan menangis dan menangis... seperti budak kecil......

Aku menangis, rindukan suara tok guru yang lemah lembut.... aku menangis kerana perginya seorang ulama untuk selama-lamanya... aku menangis.... dan menangis.....

Khamis, Februari 12, 2015

SAYA MAHUKAN TOK GURU HADI AWANG SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG

Saya ahli PAS. Ahli PAS seumur hidup. Saya mahukan Presiden PAS sekarang menjadi ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

Saya tidak mahu Lim Kit Siang atau mana-mana anggota Parlimen DAP menjadi ketua pembangkang kerana tidak mahu menjadikan sebuah parti yang menentang Syariah Islam sebagai ketua pembangkang di Malaysia.

Saya juga tidak mahu rakan PAS, PKR menjawat jawatan ketua pembangkang kerana perjuangan mereka yang lebih kepada liberalis daripada perjuangan Islam.

Biarlah ketika ini, jemaah yang mendaulatkan perjuangan Islam memimpin parti-parti pembangkang di dalam parlimen Malaysia. Dan ketika ini, masa yang paling baik untuk mengangkat Tok Guru Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

Takbir!!

Isnin, Februari 09, 2015

DR HATTA? BIAR BETOI....

Nama pengkhianat PAS sudah terdedah (8/2/15)

Sunday, February 08, 2015

Dalam posting saya pada 31 Januari lalu bawah tajuk “Pemimpin kanan PAS khianat?”


saya telah menekankan:

Benarkah ada pemimpin kanan PAS yang terlibat sebagaimana didakwa Ustaz Fadhli?
Ustaz Fadhli bertanggungjawab terbit dengan bukti-bukti jelas memperakui dakwaan ini, jika tidak ianya satu fitnah yang jahat. Tetapi saya yakin Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang itu punya bukti, dan saya yakin ianya akan segera terdedah.

Jika adalah walau sekelumit mana bukti yang menunjukkan pembabitan pemimpin kanan PAS itu, saya kira ianya lebih jahat dan hodoh dan tidak layak pelakunya bukan sahaja duduk sebagai pemimpin malah menjadi ahli PAS. Apalagi jika dia memiliki agenda sebagaimana dibayangkan di atas.
Pagi tadi bertempat di pintu masuk Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Ketua Pemuda PAS Kuantan Ustaz Fadhli Ibrahim telah tampil mengemukakan bukti-buktinya termasuklah melalui perakuan bersumpah dalam kenyataan terbuka kepada pihak media.

Nama Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, telah didedahkan sebagai “kepala” atau “,mastermind” dalam kerja-kerja jahat menjatuhkan Presiden PAS dan kepimpinan ulamak melalui pelbagai kaedah dan strategi yang sangat buruk, tidak layak buat seorang yang bergerak dalam Jemaah Islam.
Turut diedarkan adalah “printscreen” dari “whatsapp” group kumpulan yang diketuai dan didalangi Hatta. Salinan “printscreen” berkenaan turut dimetrai dengan akuan bersumpah.

Berdasarkan kenyataan Ustaz Fadhli itu Hatta lah yang berperanan aktif dalam Pasma, dan Pasma menurut beliau, berdasarkan tulisan Raja Petra dalam laman webnya telah menerima RM1.5 juta suntikkan dana dari DAP, guna untuk memanjang dan melangsungkan agenda jahat mereka.
Saya gerun mengikuti perkembangan ini, apakah yang sedang terjadi ke atas PAS hari ini?

Apa pun Ustaz Fadhli telah bangkit dengan bukti-buktinya, sekarang giliran si kena tuduh untuk menafikan atau jika tidak bagi PAS untuk bertindak.
Perlakuan Hatta dan kumpulannya sebagaimana didakwa termasuklah membocorkan keputusan dan perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat (JKPP) adalah merupakan tindakan paling biadap, dan melanggar adab dan peraturan Jemaah. Jika benar ia suastu yang tidak boleh dimaafkan.

Saya difahamkan pendedahan Ustaz Fadhli tidak tamat dengan kenyataan pagi tadi, banyak lagi bukti-bukti yang akan didedahkan selepas ini.

Sewajarnya mereka yang berkenaan segera meletakkan jawatan dan angkat kaki keluar PAS, jika rasa bertanggungjawab. Jika tidak sewajarnya PAS bertindak, siasat dakwaan Ustaz Fadhli dan oleh kerana pertuduhannya sangat berat, gantung jawatan dan keahlian Hatta dan mereka yang berkaitan agar PAS dilihat terus bersih sebagai sebuah Jemaah dan gerakan Islam.
Bayangkan berapa banyak lagi maklumat dan rahsia parti yang telah terdedah sebelum ini, Allah sahaja yang tahu.

Sama-sama kita tunggu reaksi yang kena tuduh. Semoga Allah swt melindungi pimpinan yang ikhlas dalam memperjuangkan agenda PAS dan menghukum mereka yang khianat dan mungkar.