Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Disember 26, 2014

HUDUD: ACHEH, 5 TAHUN LEPAS TSUNAMI, KELANTAN, BERAPA TAHUN LEPAS BANJIR BESAR?

Hari ini, tahun Masehi, 2014, bertarikh 26 Disember, adalah genap 10 tahun tsunami besar berlaku di bumi Acheh dan juga kawasan sekitarnya. Lebih kurang 130,000 nyawa manusia hilang dalam peristiwa bencana itu di bumi Acheh. Hari ini juga, di bumi Tanah Melayu, banjir besar telah teruk melanda di Pantai Timur Malaysia. Kelantan, Terengganu dan Pahang, 3 negeri yang paling teruk dilanda musibah itu.

Pada tarikh yang sama, 10 tahun dahulu, begitu ramainya jiwa manusia yang bersedih di bumi Acheh, kerana kematian yang besar berlaku dengan sekelip mata sahaja didepan mata. Kemusnahan harta benda juga adalah total. Seperti padang jarak padang tekukur bumi Acheh akibat pukulan kuat tsunami.
(Klik; baca lagi >> untuk selanjutnya)

Rabu, Disember 24, 2014

Adakah syariah menghalang negara masuk campur urusan dosa peribadi?


Adakah syariah menghalang negara masuk campur urusan dosa peribadi?


ahmad
 
“Undang-undang jenayah syariah seringkali tidak mengikuti semangat kebebasan individu dalam Perlembagaan Malaysia.
Hal ini perlu diperhalusi semula kerana jika diteliti sejarah Islam, perbezaan dibuat antara dosa peribadi dan jenayah.
“Tidak seharusnya dosa peribadi dikanunkan melalui undang-undang jenayah apabila kita mempunyai jalan lain melalui gerakan sivil dan dakwah untuk “amar ma’ruf wa nahy al-munkar.”


1) Membaca kenyataan di atas dan keseluruhan artikel tersebut menimbulkan rasa kasihan saya terhadap penulis dan penyokong-penyokong surat terbuka “Kumpulan 25″ itu. Sedangkan penulis dan mereka yang menyokong tersebut merupakan pelajar pengajian Islam dan Arab di Timur Tengah yang berpeluang menadah ilmu-ilmu secara direct dari para Ulama’ di sana.

Benarkah undang-undang jenayah syariah bertentangan dengan semangat kebebasan individu dalam perlembagaan Malaysia? Adakah negara atau pemimpin tidak berhak menghalang perbuatan dosa peribadi tersebut dengan kuasa yang ada?

PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud

PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud

Saya merasa terpanggil untuk menjelaskan berkenaan dengan isu hudud yang sengaja dihangatkan di celah celah kesejukan banjir. LGE yang tidak bersetuju dengan hudud sewajarnya mengkaji secara teliti tentang hudud. Saya yakin, beliau tidak jelas tentang hudud berikutan persepsi yang ditanam oleh musuh Islam sepanjang zaman.


Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi contoh tauladan LGE sepertimana yang dinyatakan olehnya dahulu, adalah seorang yang kuat berprinsip mempertahankan Islam. Di celah itulah munculnya Eric Pulsen, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang mendatangkan 20 soalan tentang hudud. Alhamdulillah ia telah dijawab oleh Dewan Ulamak PAS Perak secara ringkas dan mudah difahami.

Kalau sebelum ini, ada suara yang mengatakan bahawa Islam perlu berdialog dengan SIS sebelum diharamkan, dan suara mendakwa pengharaman tersebut adalah gopoh walaupun sudah bertahun tahun dialog demi dialog dilakukan. Tiba tiba hari ini semua pihak membisu apabila LGE berkata demikian walaupun LGE sendiri sudah kenal perjuangan PAS sebelum tertubuhnya Pakatan Rakyat lagi.

ISU HUDUD: PARASIT DAH BERSUARA DAH

Dah mula dah.

Nanti saya sebut mereka ini mulut longkang, nampak sangat kurang beradabnya saya dalam penulisan. Maka saya akan sebutkan, mereka ini mulut jahat.

Cer baca artikel ini;

JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud'

Nama manusia jahat biasa dalam PAS, mujahid dan hatta, disebut dalam artikel itu. Kenapa depa nak kecoh berkenaan isu ini, korang semua faham-faham lah. Ideologi diorang sama dengan pkr = umno = sekular.

Belum cerita berkenaan mamat shah alam yang berceloteh dalam malaysian insider lagi. Lagi kacau bin haru biru!!

Elok juga benda ini berlangsung ketika ini. nanti ahli-ahli PAS nampak, siapa dia yang musang berbulu kambing dalam PAS ini. Tahun depan, kita tendang mereka keluar dari kelompok kepimpinan.

Selasa, Disember 23, 2014

Penyakit ‘Naif’ yang akhirnya membunuh


Penyakit ‘Naif’ yang akhirnya membunuh

comango

katanya “Pemerintah kita kan Melayu, takkanlah kita terancam kot”

Hari ini serangan terhadap umat Islam berlaku dalam pelbagai bentuk dan rupa, samada secara jelas, secara  tidak langsung atau secara halus. Di dalam kepelbagaian serangan ini, wujud suatu serangan yang amat berbahaya, yang boleh membawa kepada lumpuhnya umat secara menyeluruh jika serangan ini berjaya. Iaitulah suatu serangan yang bertujuan menjadikan orang yang diserang itu berasa bahawa dia tidak berada dalam situasi diserang. Saya suka untuk menamakannya sebagai penyakit “naïf”.

Serangan dalam bentuk ini akan menjadikan orang yang diserang itu tidak berasa terancam, berasa selesa walhal pada hakikatnya dia sedang diancam lalu keadaan ini dijadikan sebagai peluang keemasan oleh musuh untuk melakukan pukulan maut.Akhirnya orang yang menghadapi serangan ini tidak akan sedar bahawa dia sedang kalah hinggalah apabila dia sedar bahawa kampungnya sudah tergadai sedang dia sibuk bersorak.

katanyaBilangan ahli Parlimen Melayu dan Islam kan ramai di Parlimen”

Atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud?

"Tidak pelik jika DAP bantah hudud, tetapi amat pelik lagi ajaib jika ada ahli Parlimen Islam dari PKR juga bantah hukum sahih dari Allah taala ini.

Dalam ayat 120, surah al-Baqarah, Allah sudah menyebutkan “orang Yahudi dan Nasrani “tidak sekali-kali” akan setuju dan suka pada Nabi Muhammad saw (dan ajaran yang dibawanya).

Ahli Parlimen Islam dari PKR tentu sekali bukan kategori “Yahudi dan Nasrani”, tetapi jika ura-ura ada bantahan oleh kalangan ini terhadap rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) yang akan dibentangkan di Perlimen oleh Pas, anda tahu sendiri mereka kategori mana. parlimen, hudud
Jika ini menjadi benar dan terserlah, atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud? Besar sangatkah keperluan mengekalkan kerjasama dengan DAP berbanding mendaulatkan hukum Allah taala?

Rabu, Disember 10, 2014

Misteri Disebalik Tender Terbuka Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang



Misteri Disebalik Tender Terbuka Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Edwin Michael - Sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini, tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini

Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri.

Skandal Terbesar Tahun 2014?
Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.
Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Selasa, Disember 02, 2014

Pembohongan Besar PENULIS UPAHAN PASMA Tentang Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah

Pembohongan Besar PENULIS UPAHAN PASMA Tentang Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah

Analisa Awal Terhadap Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah: Kecelaruan Paling Besar Pada Fakta Pembentukan Kerajaan - (Mukasurat 19)

Kelahiran kembar tidak seiras - sebuah buku dan sebuah NGO.


MSO memulakan penjelajahan ke Kedah, menemubual sumber ceritanya bagi menulis buku ini pada Febuari 2014, selari ketika dan waktunya dengan pendaftaran sebuah NGO bernama PasMa. NGO berteraskan kebajikan beralamat di tingkat atas sebuah kedai barangan elektrik di Jitra itu , belum berketuakan Dato' Phahrolrazi, tetapi memakai nama anak kepada Taib Ahmad, Setiausaha NGO itu sekarang ini. Kepimpinan NGO itu berubah juga selari waktunya dengan terbitnya buku yang sarat dengan penceritaan bias, penipuan fakta, putar belit dan penjulingan sejarah bertajuk "Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah -The Inside Story. Bolehkah kebetulan-kebetulan ini diterjemahkan kepada kenyataan bahawa PasMa dan Buku MSO ini lahir dari perut yang sama, atas tujuan dan matlamat yang serupa?

Sejarah adalah tentang orang, tarikh dan peristiwa -kesilapan serius!

MSO memulakan tulisannya mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS dipimpin oleh Ustaz Azizan, dengan kecelaruan dan kesalahan fakta yang serius. S Manikumar dan Abd Ghani Ahmad dinamakan sebagai Exco daripada PKR sedangkan S. Manikumar belum menjadi Adun pun waktu itu, manakala Abdul Ghani belum menjadi Exco, dilantik sebagai Timbalan Speaker daripada PAS. Dia adalah YDP PAS Kawasan Jerlun.

S. Manikumar bertanding dan menang dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau setelah DSAI mengarahkan V Arumugam meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Selambau. Selepas itu barulah dia dilantik sebagai Exco. Ini fakta penting politik Negeri Kedah dan Negara Malaysia, mana boleh dia sambil lewa menulisnya.

Seorang lagi Adun PAS yang menjadi Exco ialah YB Abdullah Jusoh, Adun Pantai Merdeka, YDP PAS Kawasan Sungai Petani. (Dia digantikan oleh Abdul Ghani Ahmad selepas dua tahun). Lim Soo Nee dan Tan Chau Kang @Tan Joo Long belum menjadi Exco, mereka dilantik kemudian menggantikan Muhammad Radzi Salleh (Lunas) yang melompat menjadi bebas dan Tan Wei Shu (Bakar Arang)- melompat menjadi bebas setelah kerusi Exco diberikan kepada Tan Chau Kang yang keras kesetiaannya. Benar! Adun Bakar Arang itu kemudian membuktikan kerapuhan politiknya dengan melompat meninggalkan PKR kerana hilang jawatan Exco.

Membalas Dendam Pada Yang Belum Wujud: Kurang Siuman!

MSO cuba menyerlahkan niat jahatnya bila menulis bahawa PAS Kedah dibawah pimpinan Ustaz Azizan MEMBALAS DENDAM kepada DAP, apabila Adun tunggal DAP, Lee Guan Aik tidak dilantik sebagai Exco. Dendam PAS Kedah ini kerana DAP di Pulau Pinang tidak melantik Adun tunggal PAS di sana sebagai Exco.

Adakah MSO tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu, Kerajaan Negeri Kedah dibentuk lebih awal daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. MB Kedah mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac 2008 (MSO tulis 9 Mac), dan Exco Kerajaan Negeri Kedah mengangkat sumpah membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah pada 12 Mac. Kerajaan Negeri Kedah adalah yang pertama dibentuk selepas PRU12.

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 11 Mac dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 13 Mac. Mana mungkin yang selesai dahulu (Kedah) dituduh membalas dendam kepada yang terkemudian (Pulau Pinang)?

"Lembu Punya Taik, Sapi Dapat Nama..."

MSO memang tidak tahu atau sumber ceritanya sengaja memutarbelit sejarah, apabila menuduh Pakatan Rakyat Kedah tiada kesatuan, dan kerajaan negeri dilihat cacat, tidak diuruskan dengan adil dan gagal menyerlahkan kesyumulan PR, tidak meyakinkan rakyat apabila tidak melantik Exco daripada DAP.

Tidakkan MSO sedar bahawa Pakatan Rakyat belum wujud sewaktu PRU12, PAS hanya ada hubungan persefahaman dengan PKR dan PKR ada hubungan dengan DAP. PAS hanya berunding kerusi dan perkongsian kuasa dengan PKR, yang kemudiannya berunding kerusi dengan DAP. Di Kedah, PAS bertanding 24 kerusi, 12 kerusi diserah kepada PKR. PKR berunding dengan DAP untuk pembahagian 12 kerusi itu. Mereka bertembung 3 penjuru di kerusi DUN Derga, bila Chong Kai Yan, bekas Exco BN Kedah menyertai PKR dan ingin bertanding di kerusi itu. Rundingan mereka gagal, menyebabkan kerusi tradisi DAP itu terlepas kepada Gerakan. DAP hanya diberi bertanding di Kota Darul Aman, dan menang.

Begitu juga kuota kerusi Exco, PAS berunding dengan PKR dan menyerahkan 3 kerusi kepada mereka berdasarkan nisbah kerusi yang ditandingi. Merekalah mengambil semuanya, tidak menyerahkan satu kepada DAP. Satu sejarah juga ialah semua Adun PKR Kedah pernah menjadi Exco. Bagaimana mungkin MSO membangkitkan isu dendam PAS kepada DAP dan nipisnya kesatuan dalam PR di Kedah pada waktu itu, sedangkan PR belumpun wujud dan PAS belum ada hubungan rasmi dengan DAP?

Mengapa fakta sepenting ini gagal diketahui oleh MSO sebagai seorang penulis politik? Mengapa kegagalan PKR merunding kerusi DUN dan Exco dengan DAP diletakkan bebannya ke atas PAS pimpinan Ustaz Azizan? Bukankah ini adalah bayangan niat serong yang tersembunyi dalam tulisannya? Mana boleh diceritakan bahawa 'uri telah ditanam sedangkan bayi belum lahir'?

Rumusan...

Penulis cuba memutar belit fakta dan urutan sejarah, berusaha menggambarkan PAS Kedah yang membentuk Kerajaan Negeri Kedah, di pimpin oleh Almarhum Ustaz Azizan bersikap tidak menghormati pihak lain dan berdendam. Kelemahan yang direka dan diserlahkan seawal bab pertama ini bertujuan menimbulkan susuk Ustaz Azizan sebagai punca masalah yang berlaku dan melonggokkan beban kepadanya. MSO dan sumbernya cuba melentur dan menambat persepsi pembaca supaya senget dan condong, membina pandangan negatif dan prasangka kepada beberapa orang tokoh dalam bab-bab berikutnya.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR