Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, November 03, 2014

DAP Halau PAS Lagi, Marah Sebab Rahsia Penyelewengan Di Pulau Pinang Didedahkan Orang PAS

Meh baca yang ni plak....

DAP Halau PAS Lagi, Marah Sebab Rahsia Penyelewengan Di Pulau Pinang Didedahkan Orang PAS


Selepas Ustaz Nasruddin Hasan mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng menipu rakyat Pulau Pinang menerusi isu pembinaan terowong dasar laut, yang didatangkan oleh Lim Guan Eng adalah ancaman saman kecuali Ustaz Nasruddin memohon maaf secara terbuka.

Ustaz Nasruddin enggan. Lim Guan Eng segera membuat satu sidang media dan menyatakan iltizamnya untuk menyaman Ustaz Nasruddin. Tetapi walaupun dia melakukannya, tiada kesungguhan sekaligus menunjukkan dia sekadar menggertak dan tersangat takut sekiranya ramai yang semakin sedar tentang pembohongan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

DAP sebenarnya sentiasa melihat PAS sebagai ancaman besar kepada dominasi parti yang diwujudkan untuk menghapuskan keistimewaan Melayu, Bumiputera dan Islam dari Perlembagaan negara. Maka benarlah seperti kata Almarhum Dr. Zulkefli Mohamad bahawa suatu masa nanti, rakyat negara ini yang diberikan taraf kewarganegaraan akan besar kepala dan akhirnya penyingkiran Melayu-Islam akan dilakukan.

Ingatan demi ingatan telah diberikan oleh Almarhum Dr. Zulkifli dan Almarhum Dr. Burhanuddin Helmi membabitkan ancaman daripada puak-puak ini. Malangnya, sebahagian daripada pemimpin PAS terlalu alpa dan mudah lupa. Mereka hanya mengambil bahagian yang menyatakan tentangan perintis-perintis PAS terhadap UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman yang sangat sekular dan enggan menerima satu kebenaran Islam pun atas nama sekular dan kerana kebimbangan kepada kemarahan Inggeris.

Biro Agama Islam UMNO mula bermufarakah daripada parti itu apabila kepimpinan utama UMNO bersetuju untuk menjadikan loteri judi sebagai pendapatan bagi membantu membangunkan negara. Dalam satu perdebatan panjang yang dibangkitkan oleh perwakilan Selama Perak, akhirnya Biro Agama Islam UMNO bersama-sama Persatuan Ulama menubuhkan PAS pada tahun 1951.

Itu sejarahnya. Sejarah yang cuba dinafikan oleh UBN kerana mereka menolak nasihat agama dan diingatkan Islam tidak membenarkan matlamat menghalalkan cara, tetapi pada masa yang sama juga dinafikan oleh sebahagian daripada pemimpin PAS yang berasa getik kerana mereka lahir dari sulbi UMNO.

Mungkin juga ramai tidak sedar bahawa PAS adalah merupakan salah satu daripada pendiri Barisan Nasional pada tahun 1970, tidak lama selepas berakhirnya MAGERAN akibat Tragedi 13 Mei 1969. DAP pada ketika itu sangat sombong dan berasakan mereka akan bangkit semula pada tahun 1974 kerana sokongan masyarakat Cina kepada mereka tidak berbelah bahagi.

Malangnya, hanya pada tahun 2008 sahaja, barulah DAP benar-benar bangkit di Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan beberapa negeri lain. DAP menguasai Pulau Pinang sepenuhnya menerusi kerjasama dengan PAS. Begitu juga di Selangor dan Negeri Sembilan, juga dengan pembabitan PAS.

Tanpa PAS yang memberikan publisiti besar-besaran kepada DAP dan Lim Guan Eng, parti yang masih didominasi oleh Lim Kit Siang, orang sama yang terlibat dengan penubuhan DAP pada tahun 1965 selepas kegagalan Devan Nair mendaftarkan PAP menggantikan PAP Singapura yang tidak dibenarkan beroperasi di negara ini, hanyalah sebuah parti picisan yang suara mereka tidak kedengaran di Parlimen atau DUN. Apatah lagi, wakil-wakil rakyat DAP bukan sahaja tidak boleh menguasai Bahasa Kebangsaan, sebaliknya mereka tidak faham pun struktur negara ini kerana sikap terlalu kecinaan mereka.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh bekas-bekas penyokong DAP, menyebabkan Lim Guan Eng semakin berang dan menuduh PAS yang menyalurkan segala maklumat 'rahsia' kepada penentang-penentangnya.

PAS Pulau Pinang dituduh menjadi dalang kepada pendedahan tentang alasan bodoh Guan Eng mengapa Pulau Pinang mudah dilanda banjir. Ahli Majlis PBT PAS dituduh membocorkan rahsia harga terlampau tinggi untuk mengecat laluan sesikal yang jauh mengatasi harga sebatang jalan berturap yang dibina oleh DAP di Sarawak. PAS juga dituduh sengaja memalukan Lim Guan Eng kerana keengganan dan sikap berdolak dalihnya tentang pembinaan skim rumah murah dan mampu milik. PAS Pulau Pinang juga dituduh menjadi barua yang mendedahkan harga rumah mampu milik yang dibenarkan bina oleh DAP pada harga lebih RM500 ribu.

Segala-galanya adalah PAS.

Malah yang paling ketara lagi ialah, PAS dituduh khianat Pakatan Rakyat kerana enggan mengiktiraf LIWAT SUKA SAMA SUKA yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim.

Sama ada pemidang yang dapat dilihat di seluruh Selangor itu benar-benar perbuatan DAP atau sebaliknya, yang pasti, daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP sendiri, DAP sememangnya tidak mahukan PAS lagi kerana mereka sudah cukup yakin generasi pengundi muda pada PRU-14 nanti akan menyokong DAP.

0 ulasan: