TONY PUA MULUT BUSUK!!

Sebenarnya, tajuk artikel ini, saya hendak memberi tajuk Tony Pua mulut taik. Tetapi, oleh kerana bahasanya adalah terlalu teruk, maka saya kurangkan nada kepada mulut busuk. Namun, tahapnya adalah sama bagi saya.



Apabila seorang manusia yang berjawatan didalam dap hendak mengata kepada Presiden PAS dengan satu ungkapan yang dia pun sendiri tahu kenapa terjadinya kekalahan, kemudian dia spin cerita untuk sengaja menjatuhkan air muka Ayah Chik, maka tindakan balas wajib dibuat oleh saya. Ini soal maruah ketua jemaah Islam.

Apa kena mengena kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 dengan Ayah Chik? Adakah Terengganu kalah kerana pemerintahan Ayah Chik di Terengganu adalah teruk dan zalim? Adakah kerana Ayah Chik adalah MB, telah menyebabkan orang Terengganu terpaksa memilih kembali umno untuk memerintah?

Sebenarnya, semua orang tahu, kekalahan Terengganu adalah kerana penipuan pilihanraya. Kecerdasan umno untuk memanipulasi senarai nama pengundi, membawa pengundi luar yang tidak menetap di Terengganu masuk ke Terengganu. Saya yakin, Tony Pua tahu 100% berkenaan itu. Cumanya, beliau buat-buat tak tahu, untuk sengaja menjustifikasikan agar tujuan dap menyokong Azizah sebagai MB Selangor. Itu sahaja.

Tanyalah setiap manusia di bumi Terengganu, adakah mereka terkejut dengan keputusan di Terengganu pada PRU11? Majoriti terkejut, termasuk orang umno, kecuali Idris Jusoh dan rakan-rakannya yang sudah mengetahui keputusan sebelum pilihanraya berlangsung lagi.

Jadi kenapa tiadanya tindakan PAS untuk masuk mahkamah pilihanraya membatalkan keputusan di Terengganu? Itu korang semua kena tanya Husam. Kerana ada kow tim dengan umno untuk mengekalkan PAS memerintah Kelantan. Hasilnya, pemindahan pengundi yang sehingga sekarang masih berlaku, kerana ianya masih sah dari segi undang-undang pilihanraya. Orang Johor masih boleh mengundi di Terengganu, walau orang Johor itu tidak pernah menjejak kaki di bumi Terengganu.

Ini sudah menjadi cerita akedemik, kekalahan Terengganu adalah berpunca daripada penipuan. Total. Bukan kerana lain. Jika ada orang mengatakan disebabkan kerajaan PAS Terengganu memerintah secara cap ayam, ianya palsu, jika ada orang mengatakan kerana faktor Pak Lah, ianya tidak memungkinkan PAS kalah kerajaan. Tidak. Ianya semua palsu. Sebab utama PAS kalah 2004 adalah kerana undi hantu yang sah di sisi undang2 SPR. Itu sahaja.

Tolong jangan putar belit sejarah wahai dap. Kamu sekarang sudah menjadi rakan yang mulut jahat kepada jemaah Islam PAS.

Ulasan

lijitra berkata…
wahai cina Dap(tony pua)jgn terlampau sangat buat komen pada Pas terutamanya TGHH.cina ni baru saja berpolitik dah nak tunjuk hero dalam politik.ada ka TGHH dan Pas amnya komen apa2 yg melampau dgn tindakan cina ni.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?