Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Julai 17, 2014

MAIS? APA MASALAH?

Sekarang, Pakatan Rakyat ada 2/3 kerusi DUN Selangor. Jadi...

Apa masalah?

PKR ada 14, DAP 15, PAS 15, semuanya 44, dan bn ada 12 sahaja. Jadi...

Apa masalah?

Jika PR hendak menggubal undang2 tubuh negeri yang memerlukan sokongan DUN 2/3, maka, ada kesusahankah untuk menggubal enakmen atau undang-undang berkenaan? Oleh itu...

Apa masalah?

Jika MAIS ada masalah dengan Kerajaan Negeri sebab Pengerusinya orang kuat umno. Maka...

Apa masalah?

Tak reti nak gubal ke berkenaan hal-hal MAIS ni dalam DUN?

2/3 dalam tangan. Nak gubal enakmen tubuh negeri anytime boleh buat. Apasal tak nak buat? Kenapa ikut enakmen yang dibuat oleh umno bn? Sekarang PR dah perintah. Gubal ikut kepala sendirilah untuk MAIS dipegang oleh orang PR.

Apa masalah?

Wajibkanlah MB atau Exco agama yang beragama Islam menjadi Pengerusi MAIS. Buat automatik. Jadikan ianya enakmen tubuh negeri. Kecuali timbalan pengerusi. Biarlah Istana yang pilih.

Apa masalah?

Takkan nak biarkan exco agama automatik jadi timbalan pengerusi MAIS sampai kiamat. Kuasa apa ada pada Exco. Jadi orang bawah pada pengerusi MAIS. Kan ke bodoh namanya.

Kuasa sudah ada dalam tangan. Ingat senang ke nak dapat 2/3 kerusi di Selangor? Buatlah kerja!!!! Bukannya main politik macam cap ayam. Asyik nak berebut jawatan MB. Bodoh piang namanya tu!!!!

1 ulasan:

Jalal boy berkata...

Salam pergenalan.. Nama Saya jalalboy dan Ini laman Web saya http://adf.ly/bC0Rz.. Harap jika ada salah silap dapat perbetulkan dan bantuan dapat diberikan http://adf.ly/bC0TQ