Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, April 30, 2014

HUDUD LAGI. TAKDA CERITA LAIN KA?

Dah lama tidak bergejuis. Lama sungguh.

Maksud saya, dah lama saya tidak buat artikel.

Banyak-banyak isu yang sedang berkumandang di tanah air. Kenapa saya mendiamkan diri?

Malas?

Bosan?

Menyampah?

Sebenarnya, saya dalam keadaan geram yang amat kepada rakan dan musuh. Sangat-sangat geram. Oleh kerana saya dalam keadaan geram, maka lebih baiklah saya tidak bergejuis. Nanti, bukan bahan ilmiah yang keluar, tetapi nafsu amarah.

Seperti biasa, isu hudud berkumandang macam pisang goreng panas. Banyak sangat orang yang menyampuk berkenaan hudud di Malaysia sekarang ini.

Ramai kawan-kawan juga pelik, kenapa si kafir yang kecoh-kecoh dengan hudud? Bukan kena pada mereka pun.

Jawab saya, korang tak baca Al-Quran ke? Memang musuh Islam itu adalah orang kafir. Yahudi dan Kristian. Yang selagi tak ikut kata mereka, selagi itu mereka akan tentang Islam.

Normallah orang kafir tentang hudud. Sama normallah orang munafiq tentang hudud.

Korang ingat, DAP, MCA, Gerakan lawan hudud sebab takutkan hukuman hudud itu ka? Longlai sangatlah jika korang anggap gitu. Depa lawan sebab undi. Pemikiran mereka, jika depa sokong hudud, maka pengundi mereka, yang majoritinya berbangsa cina dan beragama kristian, tak mau undi depa lagi.

Itu je.

Korang ingat, Abu Jahal memerangi Rasulullah SAW sebab apa? Sebab kuasa la. Takkan itu pun tak tahu.

Apabila jemaah Islam, mengangkat sesuatu untuk diperjuangkan, kemudian didapati ianya diperangi oleh orang kafir dan munafiq, maka betullah perjuangan kita itu. Jika depa sokong ja, mesti ada something wrong.

Percayalah....


Selasa, April 22, 2014

KHALID SAMAD YANG TETAP KHALID SAMAD.

Seperti biasa, hari ini saya berikan satu artikel yang membelasah mamat Shah Alam....

Mengulas Tulisan Khalid Samad Pasal UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud

Sabtu, 19 April 2014

Terbaca satu tulisan Yb Khalid Samad yang di post pada whatsapp group bekas pelajar. Tulisan berkaitan dengan hudud Kelantan yang bertajuk "Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud"

Saya suka baca tulisan YB Khalid Samad kerana dia selalu menulis 'menentang cara gaya berfikir umum'. Tak hairan dia nak berhujah dengan Presiden PAS dalam mesyuarat AJK Pusat walaupun Presiden telah memetik beberapa hujah al Quran.

Pertama YB Khalid merasa sesuatu yang sangat pelik dan janggal bila UMNO bersungguh meminta PAS membentangkan Rang Undang-Undang Hudud Kelantan di Parlimen (RUU Hudud Kelantan). YB membuat telahan bahawa ini suatu perangkap UMNO terhadap PAS untuk memecah belahkan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Dalam tulisan di blog beliau YB Khalid Samad menulis "Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP! Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya PR itu sendiri akan berpecah"

Ada beberapa isu dalam hal ini boleh dibahaskan. Pertama adakah RUU Hudud Kelantan dibentang semata-mata kerana desakan UMNO?

Saya percaya tidak. YAB Ahmad Yaacob MB Kelantan adalah pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat adalah seorang yang sangat komitmen dalam hal ini. Perjuangan Islam didasarkan atas ketelusan dan kejujuran. Hasrat untuk melaksankan UU Hudud Kelantan adalah suatu yang digarap semula dan diperhalusi dalam mesyuarat Dewan Ulama PAS Pusat dan perkara ini bukan datang daripada desakan UMNO semata-mata.

Kedua daripada sudut SWOT analisis, YB Khalid Samad melihat pelawaan UMNO untuk PAS Kelantan membentangkan RUU Hudud Kelantan sebagai "Threats" (acaman) sedangkan pada Dewan Ulama PAS Pusat pula melihat ini adalah "Opportunities" (peluang).

Mungkin kita akan berbalah pendapat adakah ini acaman (dalam whatsapp disebut lubang... dan jangan masuk lubang. Ada kata PAS suka masuk lubang) atau peluang? Dalam emnganalisis hal ini kita juga melihat kepada "Strengths" (kekuatan) yang ada pada PAS dalam hal ini dan juga "Weaknesses" (kelemahan) dalam isu ini yang ada pada PAS bila PAS bawa RUU hudud Kelantan.

Nak tak nak kita PAS yang saya kenal memang nak buat hudud bukan sekadar berebut untuk jadi YB terbaik atau sekadar menjadi MB terbaik, derma pendapatnya, tinggal di rumah buruk dan tolong rakyat... Apa beza kita dengan YAB Lim Guan Eng?? Seseorang muslim memahami maksud saya.

Sebab itu dalam analisis PAS melihat ini adalah peluang.

Di samping itu PAS boleh mengenal pasti siapa sebenarnya penentang hudud? Kalau saya per'detail'kan maksudnya ialah kita boleh study kekuatan dan kelemahan termasuk dalam Pakatan rakyat sendiri... apakah kita ada kekuatan di situ??

Kedua YB Khalid Samad telah bahawa nisbah parlimen yang memerlukan dua pertiga (112 undi) untuk menjayakan RUU Hudud Kelantan adalah tidak tepat.

Petikan YB Khalid dalam tulisannya "Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang ‘memperjuangkan’ hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya. "


Saya rasa kita kena memahami RUU Hudud Kelantan bukan untuk meminda akta 76 (A) tetapi meminta keizinan untuk memberi ruang kepada Kelantan melaksanakan undang-undang hudud daripada pecahan akta 76 (A). Ini hanya memerlukan "simple majority"

Dr Zuhdi Marzuki Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat dalam satu Forum Perdana  "Perjuangan Hak Asasi Manusia: Antara Agama Tanpa Kebebasan dan Kebebasan Tanpa Agama" yang berlangsung pada 17 April 2014 menyebut tentang perkara ini.

Saya tak tahu macam mana YB Khalid Samad yang begitu bijak dan prihatin tidak mendapat maklumat ini.

Atau mungkin YB Khalid Samad sengaja menulis untuk mendapat sokongan media sosial setelah YB sendiri tidak mendapat majoriti dalam mengemukan hujah-hujah dengan kepimpinan PAS Pusat (Pendapat dan bacaan saya).

Kalau PAS sekadar ingin jadi parti alternatif kepada UMNO saya rasa saya pun tak bersama PAS. Buat apa saya habiskan masa untuk ini semua lebih baik saya tumpu kerja saya menjadi seorang yang benar-benar profesional dalam kerjaya saya.

Satu lagi ialah janji dan pertolongan Allah atas apa yang kita usahakan. Dulu pun tak pernah kita terfikir orang akan bukan Islam menyokong kita dan mengundi kita... semuanya pertolongan Allah dan Allah menjanjikan pertolongan ini dengan syarat kita yakin dan berani melaksanakannya.

Tak hairan kalau strategi UMNO nak perkenakan PAS akhirnya makan dirinya sendiri jika PAS benar-benar yakin dan tulus ikhlas dalam melaksanankan tanggungjawab ini agar semua YB PAS tidak dipersoalkan diakhirat nanti... apa usaha kamu sepanjang menjadi YB dalam melaksankan hudud?

Sebab itu Al Syed Qutb dalam penulisan menyebut Laillah haIllah ALlah itu bukan sahaja ucapan tetapi mesti ada dalam 'gambaran fikiran'. Apa maksud gambaran fikiran??

Kita berfikir pun mesti kita yakin kepada Allah s.w.t. Kalau fikiran kita banyak sangat tak yakin, bukan tak boleh tapi nilainya berbeza..

Walahualam


Isnin, April 21, 2014

KARPAL SUDAH TIADA,... NEGARA ISLAM?

Dari rakan seperjuangan;...

Karpal sudah tiada....Negara Islam bagaimana? (18/4/14)

Friday, April 18, 2014



Awal pagi semalam sebagaimana telah diketahui umum bekas Pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri berhampiran Gua Tempurung di Lebuhraya Utara Selatan. Karpal adalah seorang ahli politik dan peguam yang terkenal.
Suka tidak suka mediang Karpal selain terkenal sebagaimana dinukilkan di atas beliau juga merupakan salah seorang penentang kuat sebarang usaha untuk memperkenal atau melaksanakan hukum dan peraturan Islam dalam Negara. Kenyataan paling keras yang pernah beliau keluarkan yang kini sinonim dengan beliau hidup atau mati adalah : “An Islamic state over my dead body”.

Tidak pernah sedikit pun semasa hidupnya, beliau bertindak lembut atau berlapang dada dalam isu Negara Islam, malah beliau bertegas sehinggalah akhir hayatnya. Ini terbukti apabila wartawan kanan akhbar The Star, Joceline Tan, memetik kata-kata terkahir mendiang kepadanya sebagaimana dilapor dalam akhbar berkenaan hari ini:
“We cannot stop them from tabling the Bill but we can vote against it..”

Beliau bertegas menyatakan walaupun tidak boleh menghalang PAS dari membentangkan rang undang-undang untuk perlaksanaan Hudud di Kelantan, namun akan berusaha menentang rang undang-undang berkenaan.
PAS dijadulkan berusaha membuka laluan bagi perlaksanaan Hukukm Hudud di Kelantan dengan membawa pindaan Perlembagaan dan “Private Bill” atau Rang Undang-undang Persendirian di Dewan Rakyat. Menurut MB Kelantan, Ustaz Dato Ahmad Yakob:

“Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang ahli Parlimen bukan kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,”

Terbaru menurut ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasruddin Hassan, Presiden PAS sendiri iaitu Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, ahli parlimen Marang, akan membentangkan rang undang-undang berkenaan dalam persidangan Parlimen tahun ini juga.
Berbalik kepada isu mendiang Karpal, mengapa begitu lantang beliau menentang perlaksanaan Islam?

Jawapan spontan yang diberikan sudah pastilah kerana beliau seorang bukan Islam, maka lumrahlah baginya untuk menolak apa sahaja yang berbentuk Islam. Logik ini terlalu umum, namun demikian harus diberi perhatian bahawa ramai juga yang bukan Islam yang boleh menerima malah tiada halangan terhadap perlaksanaan Hudud di Kelantan lebih-lebih lagi dengan jaminan bahawa ianya tidak akan terkena pakai atas mereka.
Lantas mengapa Karpal menolak?

Ideologi atau fahaman Karpal terserlah pada ideologi DAP, partinya, yang merupakan sebuah parti yang menganut fahaman sosialis,yang memperjuangkan hak kesaksamaan dikalangan rakyat jelata. Ianya berdiri atas prinsip sekularisma yang menolak sebarang fahaman asing selain prinsip demokrasi yang diperkenalkan Barat.
Dan sebagai seorang peguam, Karpal berdiri di atas kepercayaan bahawa Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipertahankan oleh semua rakyat, adalah Perlembagaan yang rupa dan bentuknya itu sendiri adalah sekular, dalam hal ini tiada ruang untuk memperkenal atau melaksanakan sistem dan pertauran keagamaan apa lagi Islam bagi menggantyikan peraturan yang sedia ada.

Kerana itu hidup atau mati Karpal akan menolak Negara Islam, lantas padanlah apabila beliau mengatakan …. “An Islamic State over my dead body!”
Apa pun hari ini Karpal telah tiada. Pemergiannya pasti akan dirasai. Tiada lagi kelantangannya selepas ini di Parlimen atau dipentas-pentas politik mahupun mahkamah.

Soalnya bagaimana dengan Islamic State yang beliau tentang sampai mati itu?
PAS sebagaimana yang disebutkan sudah pasti akan membentang “Private Bill” di Parlimen, ada atau tiada Karpal. Sebagaimana DAP, parti PAS juga berjuang dengan prinsip dan matlamat yang jelas iaitu mahu mepertahan dan melaksanakan Islam. Samada ditentang atau diterima bagi PAS itu merupakan satu tanggungjawab.

Sesungguhnya itulah yang dituntut dalam Islam, samada seorang Muslim itu akur ataupun tidak tetapi Islam punya cara hidup tuntutannya yang perlu diperjuang sehingga terlaksana oleh penganutnya.

Dunia sedang menunggu apakah pindaan di Parlimen itu kelak akan berjaya disokong oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia sehingga memungkinkan Enakmen Kanun  Jenayah Syariha Kelantan 1993 dapat di laksanakan ataupun ianya akan ditolak.
Karpal sekiranya hidup telah dengan jelas menyatakan yang beliau akan menolak pindaan berkenaan. Di Dewan Rakyat hari ini terdapat 222 orang ahli. Tanpa Karpal tinggal 221. Bagi memungkinkan pindaan berkenaan diluluskan memerlukan dua pertiga sokongan ahli-ahli dewan ataupun 148 menyokong. Apakah PAS akan dapat angka berkenaan sedangkan PAS cuma mempunyai 21 orang wakil?

Oleh kerana sebagai seorang Islam, kita masing-masing diwajibkan menyokong perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan Islam maka kita menganggap semua ahli Dewan Rakyat Islam akan menyokong Private Bill ini maka seramai 137 ahli djangka menyokong iaitu:
PAS – 21
UMNO – 88
PKR – 16
PBB (Sarawak) – 10
DAP – 2

Ini bermakna “Private Bill” berkenaan masih kekurangan 11 sokongan. Dari manakah 11 itu nanti akan datang?
Bagi saya yang penting diperingkat ini adalah pembentangan  “Private Bill” berkenaan oleh kerana rakyat Kelantan sejak 1990 lagi menunggu perlaksanaannya iaitu lebih 24 tahun.  PAS akan berhadapan dengan wakil-wakil seumpama Karpal, yang bukan Islam, yang sekular. Cubalah meyakinkan mereka jika berupaya.

Tetapi yang lebih penting adalah 21 dari PAS tidak ada sebab, kesemuanya wajib menyokong. Jika ada ahli PAS di Dewan yang menolak atau tidak hadir maka wajarlah tindakan disiplin dikenakan ke atas mereka. Mereka itu wajar dipecat tanpa alasan.
Selain itu PAS perlu melobi baki 116 wakil Islam di Dewan. Umno setakat ini telah menyatakan akan membrikan sokongan. PAS perlu pastikan yang mereka menyokong. Bagaimana dengan 16 dari PKR yang Muslim termasuk Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim? 2 DAP yang Muslim iaitu YB Zairil Bukit Bendera dan YB Mohd Ariff Sabri Raub? Dan 10 dari PBB?

Kesimpulannya bagi saya PAS perlu diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka menterjemahkan keadilan Islam melalui perlaksanaan Enakmen ini di Kelantan.
Karpal sudah tiada, mudah-mudahan kekerasan hati yang dimiliki mendiang itu tidak diwarisi oleh ahli-ahli Dewan yang lain.

Khamis, April 17, 2014

KARPAL: MATI AKIBAT KERETA YG DIPANDU LAJU?

Bawah ini adalah laporan siasatan awal berkenaan kemalangan yang mengakibatkan Karpal mati di tempat kejadian....

Selamat Sejahtera YDH Dato/Tuan,
LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA 

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt:    960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
      K1: M/Mpv No.KS 9898
            (Toyota Alphard)
      K2: M/Lori No. WTL 9909
            (Mitsubishi Canter - 5 tan)   
7. Mangsa:
    M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
    Kpt: 400628-07-5079
    Umur:74thn
    Alamat: No.144 A,    Jalan Utama
    10450, Georgetown,     Pulau Pinang     
         
     M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)

  M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
    Kpt: belum diperolehi
    Umur: -
    Alamat:-

    M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
         Kpt: 760409-07-5211
         Umur: 38thn
         Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja Chulan, 50200, W. P.

    M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
    Kpt: Warganegara India
    Umur: 27thn
    Alamat: -

    M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd
(pemandu M/Lori/cedera)
    Kpt: 690830-05-5  053
    Umur: 45thn
   Alamat: No 528 Blok B,  Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya, Selangor

    M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
      Kpt: 910829-08-6356
      Umur: 23thn
      Alamat: No 17-12 Blok C
      PPR Kota Damansara,   Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor

      M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak cedera)
      Kpt: 101230-10-2508
      Umur: 4thn
      Alamat: No 17-12 Blok C
      PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor
8. Ringkasan/Siasatan Awal:
Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota  Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.
Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)
Utk mkluman YDH Dato/Tuan...
Peg Penyiasat:
ASP Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD
IPD Kampar

Apa yang saya nampak dalam laporan itu, adalah berkenaan kesalahan memandu laju yang diperolehi kereta ini. Oleh itu, berhati-hati apabila memandu laju terutama di waktu malam, kerana walau siapa anda, maut tidak melihat kepada jawatan dan kedudukan....

Jumaat, April 11, 2014

(Kisah Benar) Penindasan Anak Yatim Di Majlis Makan Malam

(Kisah Benar) Penindasan Anak Yatim Di Majlis Makan Malam


Agak terkilan membaca sebuah kisah benar tentang hakikat penindasan anak yatim semasa berlangsungnya satu majlis makan malam melibatkan orang kenamaan.


Siapa sangka sampai macam begitu sekali orang kenamaan mengherdik anak yatim ini. Jika tak mampu nak prihatin atau jaga diorang, janganlah menyusahkan diorang. Berdosa. Apa pun bacalah perkongsian yang amat menyedihkan di bawah ini:

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. 
 
Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan. Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami.

Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Datuk Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. 
 
Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan. Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Datuk ini.

Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan.

Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Datuk janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Datuk yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. 
 
Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita.

Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. 
 
Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis.

Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. 
 
Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama. Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini.

PADA PETANG MAJLIS Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang diminta telah dibatalkan. 
 
Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya.

Lagu “Tema Yayasan” yang membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan. Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3 ++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. 
 
Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa.

Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India. Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih.

Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. 
 
Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak bagi. Datuk menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan.

Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Datuk juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. 
 
Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang. 
 
Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!

Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Datuk yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. 
 
Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas.

Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula. Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. 
 
Dengan Datuk masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah.

Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain.

Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial yang macam “sial” lucahnya. 
 
Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau.

Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya. 
 
Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu.

Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. 
 
Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.
 
Kisah Benar Hakikat Orang Kenamaan Menindas Anak Yatim
 
Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. 
 
Perut anak-anak sudah berkeroncong. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar.

Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak. Dalam menunggu makanan itu sampai, Datuk dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. 
 
Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?.

Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring di lantai penjuru dinding itu. Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. 
 
Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang.

Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli. Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. 
 
Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.

KONFLIK REHEARSAL Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. 
 
Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung.

Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan. Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba. Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. 
 
Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu.

Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura. 
 
Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu.

Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu. MALAM MAJLIS Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? 
 
Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur. 
 
Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis.

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. 
 
Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar. 
 
Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.

Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya..> “Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu?” pakai tudung tapi dada terbelah begitu? 
 
“Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha?” “Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang”… Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk.

Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah. 
 
Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN. 
 
Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan.

Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain. Di dalam ucapan Datuk Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. 
 
Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja.

Antara program yang dinyatakan ialah seperti;
 
1. Lawatan ke rumah anak yatim

2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim

3. Sunat beramai-ramai (50 orang) Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000. 
 
Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi.
 
Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini. Dalam ucapan Datuk Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. 
 
Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim. 
 
Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat.

Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa. Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. 
 
Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini.

Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. 
 
Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami. Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka.

Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Datuk Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim.

Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu. Jelas kami dah faham. 
 
Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu.

Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi. 
 
Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik.

Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. 
 
Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya. Kuncinya ialah PUASA. 
 
Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma.

INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turut serta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. 
 
Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup.

Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain. Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini. 
 
Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan.

Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya. Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia.

Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. 
 
Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA… Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.