Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Januari 30, 2014

MSO PUN BODO JUGA LAA..

Kajang punya pasal, PAS juga yang bersalah.

Kah, kah, kah.

Ginilah. Apa-apa tindakan PKR akan dianggap betul sehingga kiamat walaupun ianya sampah!!

Bodo punya MSO.

Stupid to the extreme of MONKEY!!

Bacalah sini....

Rabu, Januari 29, 2014

CAYA LU SUHAIZAN. TAK MAIN LA MAKAN SATE KAJANG JE.

Petang ini saya bosan dengan cerita Kajang.

Lebih baik makan sate Samuri, yang rasanya memang kekajangannya.

Petang ni saya nak perturunkan cerita yang bagus ini. Yang telah disebut dengan baik oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Caya lu bro!!

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggariskan enam fokus bagi memastikan mereka terus berada dihadapan dalam persada politik tanah air.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, beliau menyedari bahawa Pemuda PAS dilihat kurang berkesan dalam mendepani isu rakyat dan penyelesaian kepada perkara itu menjadi fokus utama.

"Kita mahu Pemuda PAS menguruskan isu-isu rakyat dengan lebih konsisten dan berkesan dan ini bertujuan agar pemuda lebih mendepani isu tersebut dan menyelesaikannya sehingga peringkat akhir," jelasnya dalam satu temubual bersama Harakah dan Harakahdaily.

Kedua, Pemuda PAS juga ujarnya akan meneruskan agenda yang dibuat pemimpin sesi sebelumnya.

"Pemuda juga akan memberi fokus kepada pengundi Melayu terutamanya golongan muda, yang memerlukan satu mekanisme dan menggerakkan agenda bersepadu dalam urusan tersebut.

"Dalam urusan membabitkan pengundi muda kita telah menubuhkan Jabatan Pendidikan politik," sambung beliau.

Menurut Suhaizan, pemuda juga akan menjadikan pendekatan dakwah baru sebagai agenda penting mereka.

Katanya, pemuda akan menerokai dimensi dakwah baru dengan konsep yang lebih kreatif dan berkesan, dan bagi tujuan itu Lajnah Dakwah dan Penerangan dipisahkan untuk gerak kerja yang lebih fokus.

Menurut beliau, melalui penekanan ini pendakwahan yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi penerangan tentang Islam kepaada masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan konsep santai.

"Pemuda juga menetapkan konsep tarbiyah dan perkaderan, ini merupakan perkara paing asas dalam parti, generasi baru yang memerlukan sentuhan yang lebih dinamik.

"Perkaderan, memang kita melahirkan ramai pertugas-pertugas tetapi itu hanya meliputi peringkat bawah dan hanya di dalam parti, mulai sekarang kita akan memberi fokus di mana pemuda akan melahirkan pemimpin yang bukan sahaja berwibawa di peringkat parti tetap juga di peringkat nasional.

Selain itu katanya, pemuda juga memberi tumpuan kepada sistem pengurusan yang lebih sistematik di semua peringkat.

"Kita perlu ada satu mekanisme yang yang betul serta rangka kerja yang lebih selaras bagi tujuan kerja yang lebih efisyen," kata beliau lagi.

Turut serta pada sesi temubual itu ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Nasaie Ismail.
----------------------------------------------

Barulah ada rasa power sikit. Buat dakwah cara santai.
Teringat saya masa remaja dahulu, melihat geng-geng Arqam buat dakwah santai dekat taman bunga. Dengan selamba berdakwah dekat balak minah yang berkapel. Tetapi, mulut diorang baik dan sentiasa senyum.

Itu macam memang bagus.....

SAMPAI MATI AKU TAK PERCAYA DAP!!

Ada baca apa Tony Pua kata dalam MalaysiaKini. (BACA SINI)

Jika takda, dia kata dia sokong penuh Anwar Brahim tanding kerusi DUN Kajang. Tapi dia kata, DAP lah yang sokong Anwar tu tanding kerusi Kajang.

Siap dia kata lagi, DAP ;

Beliau menegaskan bahawa sebagai rakan yang setia, DAP tidak akan meninggal atau mengkhianati PKR ketika parti itu memerlukan sokongan penuh mereka.

Ek eleee.... cam ayam punya cakap.

Dulu, korang juga yang meninggal Barisan Alternatif. Dulu korang juga yang menyebabkan PAS dan Keadilan nyawa-nyawa ikan masa PRU 2004 dulu.

Sekarang cakap kecoh mahu jadi rakan setia.

Piirah mabuk DAP. Sampai mati aku tak caya sama korang punya parti!!!!!

PAS SELANGOR DAH MENGAMOK PASAL KES KAJANG!!

Suara PAS Selangor telah bergema. PJ Selangor yang baru serta Pemuda PAS Selangor sudah membuka taring. Ini yang saya nak lihat. Barulah namanya Parti Islam SeMalaysia. Tidak gentar mengatakan yang haq itu haq, dan yang bathil itu bathil!

Sekarang kami menunggu jawapan daripada PKR. Yang membuat kerja gila inseng ini kelmarin. Memang akal yang haru biru melihat perangai PKR ini. Cukup serupa perangai kapitalis dalam politikingnya. Menghalalkan apa-apa cara, untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

Stupid!!!!

Pemuda PAS S'gor ancam boikot kempen Kajang

Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.
 
Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Dalam kenyataannya, Syarhan (kiri) berkata, tidak wajar Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang tanpa alasan kukuh.

Beliau mengibaratkan tindakan itu "mengkhianati amanah rakyat" memandangkan majoriti 6,824 undi yang diperolehinya agak besar.

Sambil menyatakan kekesalan kerana keputusan dibuat membelakangkan rakan dalam Pakatan Rakyat, Syarhan berkata jumlah perbelanjaan pilihan raya kecil juga besar.

"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya.

Syarhan turut mengingatkan PKR bahawa Selangor ditadbir bersama oleh tiga komponen dalam Pakatan dan tiada istilah negeri itu negeri PKR atau sebaliknya.

Akan namakan calon MB sendiri

"Maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan dan memberi imej negatif kepada rakyat," katanya.

Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman (kanan) pula menganggap kekosongan kerusi DUN itu sebagai isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan menteri besar.

"Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"Dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita.

"Kita akan hantar nama ini untuk pertimbangan PAS Pusat. Terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian.

"Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," tegas Khairuddin dalam satu kenyataan.

Beliau juga menasihatkan ahli PAS semua peringkat di negeri itu bertenang dan menunggu arahan terus dari PAS negeri dari masa ke semasa.

Selasa, Januari 28, 2014

CERITA SEBENAR DISEBALIK CERITA KAJANG,.. WAJIB BACA!!

Hari ni, pasti semua blog akan bercerita berkenaan Kajang.

Kajang pasti akan menjadi topik famous untuk dibuat artikel, agar tatapan blog akan meningkat gila gila.

Maka, untuk meraikan cerita sensasi ini, maka blog ini juga akan bercerita berkenaan dengan cerita Kajang.

Tetapi, maafkan saya tuan-tuan, saya tidak mahu bercerita berkenaan dengan perletakan jawatan cikgu Lee dari jawatan ADUN. Tetapi saya ingin bercerita berkenaan dengan cerita sate. Atau lebih tepat, Sate Kajang.

Ha ha ha..... silalah baca di bawah;

Sejarah awal Sate Kajang;

Orang yang mula-mula berjual sate di pekan Kajang ialah Tasmin bin Sakiban yang berasal dari Jawa. Ia memulakan perniagaan pada tahun 1917 dan dibantu oleh adiknya Rono yang datang lebih awal ke Kajang, pada tahun1911. Mereka telah naik haji, dan kini lebih diingati sebagai Haji Tasmin dan Haji Rono.

Ada juga maklumat yang mengatakan, selain daripada Tasmin, ada seorang lagi penduduk Kajang yang merupakan peniaga awal sate Kajang, namanya Wak Jono Darmon atau namanya setelah haji, Haji Mohamad Noor. Bagaimanapun, perniagaan satenya kemudian diserahkan kepada anak lelakinya Wak Bagong dan menantu lelakinya Rono bin Sakiban, adik Tasmin.

Antara mereka ini, Tasmin dan adiknya Rono-lah kemudiannya yang muncul sebagai pelopor perniagaan sate Kajang yang berpanjangan dan terkemuka.

Pada masa mula datang ke Kajang Tasmin dan Rono tidak terus berjual sate. Mereka melakukan pelbagai pekerjaan, antaranya menjadi buruh menyangkul di estet berhampiran dan bersawah padi.

Sate yang mereka jual mereka buat sendiri dan jual sendiri. Mereka perlu membuatnya pada tiap-tiap hari, kerana pada masa itu belum ada peti sejuk untuk menyimpan sate yang mereka buat.

Ada beberapa jenis sate yang mereka jual, iaitu sate daging, sate ayam dan sate perut. Sate perut dibuat daripada tembusu lembu. Sate ayam tentunya sate ayam kampung, kerana pada masa itu belum ada ayam ternak.

Sate itu dicucuk dengan lidi, bukan dengan buluh seperti sekarang.

Sate yang dibuat oleh mereka berdua mungkin berbeza daripada sate Jawa, di tempat kelahiran mereka, kerana sate mereka lebih besar. Untuk kuahnya pula dikatakan kacangnya lebih banyak dan rasanya pun lebih manis.

Tasmin dan Rono memulakan perniagaan satenya dengan menu makanan sup dan nasi kepal atau ketupat. Sate dimakan oleh semua pelanggan dengan mencelup sate dalam satu mangkuk kuah yang besar. Bagaimanapun, kemudian diubah dengan memperkenalkan sate mangkuk besar dan sate mangkuk kecil untuk setiap pelanggan. Dengan itu, pelanggan tidak lagi berkongsi mangkuk untuk mencelup sate. Kemudian disediakan pula mangkuk kecil dan cili untuk pelanggan yang ingin merasa kuah yang lebih pedas.

Ketika itu Tasmin dan Rono tinggal di Kampung Paya, di tempat yang sebelum ini jadi tapak pemancar radio Kajang. Rumah mereka memang tidak jauh dari pusat bandar Kajang. Jadi mereka boleh membawa sate mereka ke pekan Kajang dengan memikulnya.

Pada mulanya mereka berjual sate dengan cara berkandar, iaitu menggunakan dua bakul khas yang dikandar, sebuah bakul untuk tempat membakar, manakala sebuah lagi untuk kuah dan menghidangkan sate yang telah dibakar.

Mereka berjual sate di sekitar pekan Kajang, bermula dari kampung mereka ke rumah penduduk di kawasan itu. Mereka akan singgah di rumah-rumah yang memanggil mereka di sepanjang perjalanan. Kemudian mereka berhenti di pekan Kajang, di hadapan sebuah kedai kopi Cina, Kedai Kopi Ban Seng.

Pada mulanya Rono membantu Tasmin menjual sate secara sambilan, kerana dia masih bekerja di ladang getah, antaranya di Estet West Country,Kajang. Rono menjalankan perniagaan sendiri setelah mengambil alih perniagaan mentuanya, Haji Mohamad Noor.

Pada awal tahun 1940-an, Tasmin dan Rono mula berjual sate dengan menggunakan kereta tolak, dan tempat mereka berjualan adalah di hadapan kedai kopi Ban Seng, di Jalan Sulaiman sekarang. Sate biasanya dihantar kepada pelanggan di kedai kopi tersebut atau dimakan di tempat yang disediakan di keliling kereta tolak itu dengan duduk di atas bangku kecil yang disediakan.

Mereka berjual sate mulai petang hingga ke malam. Pada waktu malam mereka terpaksa menggunakan lampu sendiri, iaitu lampu gasolin.

Beberapa tahun kemudian, barulah sate mereka dijual di Medan Sate Lama di pekan Kajang, dan tidak perlu lagi di bawa dengan kereta tolak.

Setelah mereka tua dan kemudian meninggal dunia, perniagaan sate itu diteruskan oleh anak atau keturunan mereka. Perniagaan Haji Tasmin diteruskan oleh anaknya Haji Amir. Perniagaan Haji Rono pula diteruskan oleh dua orang anaknya, Haji Sidek dan Mohamad Salleh.

Setelah Haji Amir meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh menantunya Haji Samuri bin Juraimi, yang juga pangkat anak saudara kepada Haji Tasmin.

Haji Samuri yang menjalankan perniagaan secara lebih profesional dan menggunakan modal yang besar, kini telah dapat mengembangkan perniagaannya sehingga jauh mengatasi perniagaan saudara maranya.

Beliau mempunyai kedai yang besar di Bangunan Dato' Nazir Kajang, di samping mempunyai banyak lagi kedai dan gerai di pelbagai tempat, antaranya di kedua-dua Medan Sate Kajang yang baru, di Bandar Baru Bangi, di Perhentian Awan Besar Lebuh raya KESAS, di Kawasan Rehat dan Rawat Kinrara, di Restoran Jejantas Sungai Buloh, di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil Utara dan Selatan dan di Shah Alam.

Perniagaan Sate Kajang yang dimulakan oleh Haji Tasmin dan Haji Rono jelas mempunyai beberapa keistimewaan, sehingga sate Kajang menjadi sate yang terkenal. Dengan itu, sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi, sate yang dijual di pelbagai tempat lain pun banyak yang diberi nama Sate Kajang, walaupun penjualnya tidak ada kaitan langsung dengan Haji Tasmin dan Haji Rono.

Isnin, Januari 27, 2014

Noh jangan tunjuk 'bagak'...Khalid jangan jadi 'pak cik perasan'......dua2?????

Menarik artikel ni yang saya copy paste ni.

Apa-apa pun, yang ni Al-Brangi kata, bukan saya kata yee.....

Noh jangan tunjuk 'bagak'...Khalid jangan jadi 'pak cik perasan'......dua2?????


Bukan nak pertikaikan siapa akan jadi jaguh dan siapa yang akan kantoi kalau jadi debat Khalid Samad-Noh Omar.

Kedua-duanya merupakan 'singa' di Selangor.

Saya duk fikirkan apa natijahnya selepas pedebatan?

Siapa menang siapa kalah tak jadi soal.

Apakah selepas berdebat itu aqidah umat Islam terus melantun kuat?

Apakah selepas berdebat itu terus Syariat Islam terangkat?

Apakah selepas berdebat ini akan selesai segala 'bising2' di luar sana?

Mesti ada rahmat tersembunyi di sebalik pembatalan itu.

Noh tak perlu tunjuk 'bagak' nak pergi terjah Karangkraf macam buadak kecik hilang botol susu.

Khalid pulak tak payahlah nak perasan diri sudah menang kerana kita tak tahu siapa 'sekolah'kan siapa dalam hal ini.

Kalau jadi pun, tak 'mboh' aku dengor...tak dok ppeddoh......setakat debat biasa...macam kat sekolah dulu...yang menang tak ke mana...yang kalah pun tak ke mana, setakat dapat sijil penyertaan dan dapat tepukan atas belakang oleh cik Gu Besar.


al-brangionline;

Kura-kura atas titi...dua-dua tarak otoriti. [sumber .]

Teguran PAS pada Azmin, Khalid: Henti bertelagah

Teguran PAS pada Azmin, Khalid: Henti bertelagah

Pemuda PAS hari ini menegur pertelagahan dalaman PKR melibatkan Timbalan Presiden Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, yang disemarakkan dengan isu berkaitan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketuanya Suhaizan Kaiat (kiri) berkata, ia harus ditamatkan segera kerana memberi gambaran negatif terhadap imej kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak sedikit pun memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

“Di saat rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup akibat tata kelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah oleh kerajaan Umno/BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan berkata,kerangka politik perebutan kuasa dan perbalahan berpanjangan tidak signifikan sama sekali, yang menurutnya seperti diamalkan Umno dan BN selama ini.

“Teguran ini bukan soal pemuda PAS ingin 'menjaga tepi kain orang' tetapi menjadi tanggungjawab kami sebagai komponen dalam Pakatan untuk mengutarakan nasihat dan teguran ke arah memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat,” katanya.

Sabtu, Januari 25, 2014

PERGINYA SEORANG ULAMA BESAR: TOK GURU HARUN TAIB

Al-Fatihah kepada Ustaz Harun Taib yang kembali ke Rahmatullah pada jam 12.10pagi tadi.

Seorang Ulama besar, telah pergi meninggalkan kita dengan segala ilmu-ilmunya sekali. Patah hilang, susah untuk dicari ganti. Seorang Ulama, yang tegas dalam menegakkan syariat Islam, tidak kira berdepan dengan musuh atau rakan, dengan bn atau PR, beliau tetap tegas, haram tetap haram, halal tetap halal.


Yang terakhir, tidak silap saya, beliau adalah seorang yang tegas tentang isu kalimah Allah adalah hanya boleh digunakan dengan konsep akidah Islam, bukan agama kafir yang lain. Dan beliau juga ada sebut tentang mengkaji semula tahaluf siyasi, yang padanya, ternampak ada sedikit kecelaruan didalam tahaluf itu.

Maka hilanglah lagi seorang ulama besar dalam jemaah PAS selepas PRU 13 ini, mengiringi ustaz Azizan yang meninggalkan kita terlebih dahulu.

Moga dengan pemergian ulama besar ini, janganlah ilmu Islam itu akan bertambah kurang.

"Allah SWT tidak menarikkan ilmu dengan sewenang-wenangnya,tetapi hilangnya ilmu itu dengan pemergiannya Ulama."

Khamis, Januari 23, 2014

Pengaruh liberal yang dibawa Anwar dan puak PR jadikan Evangelis Kristian kurang ajar

Saya bukan ISMA. Tapi rasanya, ada sedikit betul apa yang dikaborkan Presiden ISMA ini....

Pengaruh liberal yang dibawa Anwar dan puak PR jadikan Evangelis Kristian kurang ajar

abdullah zaik presiden isma
BANGI, 23 Jan – Pengaruh liberal yang dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puak PR telah menjadikan Evangelis Kristian semakin kurang ajar.


“Mereka kini semakin berani mencabar kedudukan Islam, titah Sultan dan peruntukan undang-undang serta perlembagaan secara terang-terangan,” demikian pandangan yang diluahkan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Merujuk kepada seruan PR kepada BN untuk berbincang isu ketegangan kaum semalam, katanya, apa yang berlaku sebenarnya bukanlah ketegangangan kaum atau agama tetapi adalah kebiadaban puak-puak Evangelis muda dalam DAP itu sendiri.

“Apatah lagi tawaran liberal, kebebasan dan kesamarataan telah menjadikan mereka tamak dan lupa daratan,” ujarnya kepada wartawan ISMA.  

Sehubungan itu tegas Ustaz Abdullah dalam isu ini Anwar sepatutnya sedar dan membetulkan keadaan bukannya menyalahkan puak lain.

Beliau perlu menghalang kebiadaban golongan Evangelis Kristian terlebih dahulu.

Dalam pada itu ujarnya, seruan PR yang mengajak BN mengadakan perbincangan segera bagi menangani masalah ketegangan kaum ini hanya kepura-puraan yang ingin ditunjukkan PR kononnya mereka negarawan yang baik.

“Ini ekoran semenjak lahir saya belum pernah melihat kaum bukan Islam atau bukan Melayu menghina orang Melayu, pemimpin Melayu dan menghina agama Islam seperti hari ini khususnya selepas PRU 2008,” katanya di sini, hari ini.

Selasa, Januari 21, 2014

DISEBALIK KISAH CIKGU CHOY; MASIH TERBELAKAH MARUAH PEKERJA ISLAM?

Hari ini aku nak beri cerita ni pada korang semua.....

Masih akan terbelakah maruah pekerja Islam? Di sebalik kisah Cikgu Choy


Rombongan I-Guru melawat Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan)
Rombongan I-Guru melawat Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan)
Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.

Syiar Islam direndah-rendahkan walaupun hanya berkuasa dalam premis yang terhad iaitu sebuah sekolah. Mereka telah berani dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ekstrim mengugut dan mendiskriminasi seorang muslim yang bekerja di premis tersebut.

Yang terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa lain.

Choy Yi San (Cikgu Choy), 25 tahun, berasal dari Seremban. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Beliau memeluk agama Islam ketika usianya 23 tahun. Pada mulanya, Cikgu Choy tidak bertudung kerana belum bersedia untuk mendedahkan keislamannya kepada keluarga dan rakan-rakannya.
Pada pagi Ahad 19 Januari, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru), sebuah agensi di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menziarahi Cikgu Choy yang menetap sementara di rumah keluarga angkatnya di Kota Tinggi untuk mendengar sendiri kisah yang dilalui oleh guru muda itu.

Rombongan disambut dengan ceria oleh Cikgu Choy dan keluarga angkatnya. Dalam pertemuan ringkas itu, kami mendengar luahan hati Cikgu Choy berkenaan kesnya yang kurang mendapat perhatian daripada pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi pada awal tahun 2013 selepas menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah institut perguruan.

AZAM BARU 2014

Selepas setahun mengajar, beliau bertekad memakai tudung di sekolah sebagai salah satu azam di tahun baharu. Identiti baru sebagai muslimah sejati yang bertudung dan menutup aurat telah lama tersemat di hati sejak memeluk agama Islam.

Hari Rabu, 1 Januari yang merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014 adalah hari pertama beliau bertudung di sekolah. Kemunculan beliau bertudung ternyata tidak disenangi oleh pihak pentadbiran sekolah. Beliau telah menerima jelingan sinis daripada daripada beberapa orang termasuk Guru Besar, Chiew Swee Tuan.

Namun, Cikgu Choy meneruskan tekadnya bertudung. Pada hari berikutnya, beliau menerima reaksi yang sama.

Pada 6 Januari, Cikgu Choy ke pejabat Guru Besar untuk membincangkan agihan tugas guru kerana beliau dilantik sebagai PK Pentadbiran lantikan dalaman.  Guru Besar mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyoal dan memberi “nasihat” mengenai keIslaman Cikgu Choy. Antara “nasihat” beliau ialah masih berpeluang lagi untuk kembali ke agama asal, masih banyak pilihan lagi, kenapa hendak mengurung diri dalam agama Islam. Tetapi Cikgu Choy tidak langsung mengendahkan “nasihat” itu.

Pada 7 Januari, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Pang telah datang ke sekolah untuk memeriksa perkembangan pertukaran jubin Bilik Sumber Sekolah. Beliau tersempak dengan Cikgu Choy dan bersapa seperti biasa walaupun agak terkejut dengan penampilan Cikgu Choy yang bertudung, kemudian beliau ke pejabat Guru Besar.

DIUGUT BUNUH

Tidak lama kemudian, Guru Besar meminta Cikgu Choy ke pejabatnya. Pada awal pertemuan, Encik Pang memberi pandangan negatifnya mengenai keIslaman Cikgu Choy. Keadaan semakin tegang dan serius apabila Cikgu Choy menerima 3 ugutan dari Encik Pang yang melibatkan maruah dan keselamatan Cikgu Choy jika tidak membuka tudung semasa bertugas.

Pertama: Jika beliau tidak membuka tudung, beliau dan keluarganya akan dimalukan di sekolah.
Kedua: Jika beliau masih tidak membuka tudung, pihak sekolah akan memanggil wartawan lalu beliau dan keluarganya akan dimalukan di hadapan wakil media itu dan disiarkan di akhbar.

Ketiga: Jika beliau masih tidak membuka tudung, En Phang akan menembak Cikgu Choy dan kemudian En Phang akan menembak mati dirinya sendiri.

Pada petang 7 Januari itu juga, Cikgu Choy diminta hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) oleh seorang Pegawai PPD. Maka Cikgu Choy berniat untuk berjumpa dengan Bapa Angkat Sekolah untuk mendapat pendapat beliau terhadap masalah yang baru ditimpa itu selepas perjumpaan dengan Pegawai PPD tersebut.

Tiba sahaja di PPD, baru Cikgu Choy mengetahui bahawa pegawai PPD tersebut ingin memberi zakat peribadi kepada beliau. Pegawai PPD tersebut bertanya sama ada Cikgu Choy mempunyai masalah setelah memeluk agama Islam. Cikgu Choy menyatakan baru timbul masalah dengan penduduk Telok Sengat. Beliau menggunakan istilah “penduduk Kampung”  kerana masih tidak tahu mengajukan kepada siapa. Pegawai PPD tersebut mencadangkan untuk terus berjumpa dengan Timbalan PPD Kota Tinggi.

Dengan segera, Cikgu Choy berjumpa dengan Timbalan PPD dan memberitahu masalah yang dialami itu untuk mendapat pandangan Tuan Timbalan PPD.

Cikgu Choy dinasihati untuk membuat laporan polis kerana ugutan bunuh bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Beliau kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat.

Selepas laporan polis dibuat, pihak PPD bertindak segera dengan menukar Cikgu Choy ke sekolah lain di Kota Tinggi atas alasan keselamatan. 

Walaubagaimanapun, ugutan yang diterima tidak melemahkan semangat Cikgu Choy untuk meneruskan hidup sebagai seorang muslimah. Beliau tidak merasa gusar dengan peristiwa yang berlaku, bahkan merasa bertuah kerana apa yang berlaku ini telah menjadikan keislamannya bukan lagi rahsia. Apa yang beliau bimbangkan bahawa tudungnya perlu dibuka telah dapat diatasi. Beliau masih boleh memakai tudung walaupun diugut.

Menurut Cikgu Choy lagi, kes ini bukan isu terpencil di sekolah tersebut bahkan terdapat beberapa orang murid perempuan beragama Islam di sekolah itu yang dilarang bertudung oleh pihak sekolah. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Guru Besar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang mengatakan beliau menghormati pemakaian tudung oleh orang Islam.

Suatu yang dikesali ialah tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak pengurusan sekolah terutamanya En Phang. Meskipun siasatan polis sedang dijalankan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan sekolah kerana pihak sekolah telah menafikan hak asasi seorang muslimah bahkan melakukan tindakan ekstrim dengan pelbagai ugutan memalukan dan mengancam keselamatan.

Apakah dengan tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa ini bermakna memberi laluan luas kepada mana-mana institusi bukan Islam untuk melakukan pelbagai diskriminasi terhadap pekerja Islam yang bekerja di bawah seliaan mereka?

Adakah tudung seorang muslimah telah dianggap sebagai mengancam keselamatan di sekolah?

Siti Khadijah Salleh
Wartawan ISMA Johor


Selasa, Januari 07, 2014

ANAK LELAKI SAYA DAH KHATAN.

Hari ini, saya malas hendak layan cerita politik di Malaysia. Sebab dah naik jemu lagi menyampah dengan pe'el-pe'el politician yang cap ayam.

Hari ini, saya nak cerita berkenaan anak saya. Yang baru bulan lepas, berkhatan.

Lebih tepat, 2 anak lelaki saya berkhatan bulan 12 lepas. 13 dan 14 Disember 2013.

Jumaat petang, 13 Disember, anak lelaki saya no 5 berkhatan. Esoknya, 14 Disember pagi, anak yang ketiga saya pula yang berkhatan.

Saja nak beritahu, anak saya nombor tiga itu baru berumur 3 tahun 5 bulan, dan adiknya pula baru sahaja berumur 3 bulan.

Saya memberanikan diri untuk mengkhatankan 2 anak lelaki saya pada umur yang kecil. Mula-mula, takut juga, kerana ada berbagai-bagai versi negatif dari rakan-rakan. Ada yang kata, akan tumbuh baliklah kulitnya, ada yang kata, susah nak jagalah lepas khatan sebab kecil lagi. Tetapi saya tabahkan hati untuk mengkhatankan juga mereka berdua.

Dan keputusannya, alhamdulillah, memang cukup mudah menjaga mereka berdua. Terutama yang baby 3 bulan itu.

Saya mengkhatannya mereka di Klinik Dr Hamid Arshat. Dr Hamid sendiri yang mengkhatankan baby 3 bulan, manakala untuk anak 3 tahun, anak beliau, pakar bedah Dr. Arief yang melaksanakannya. Untuk baby, local bius, manakala untuk 3 tahun, kasi tidur terus, senang.

Isteri sedang menenangkan anak no 5 saya. Di bilik bedah.

Tengah seronok-seronok lagi ni..

Dua nurse kena pegang. Menangis sebab kena inject bius. Sakit tu....

Dr Hamid dalam persiapan untuk mengkhatankan anak saya.

Baru lepas khatan. Siap boleh pakai pampers lagi. Tak nangis dah.

Esoknya. Anak no 3 pula kena khatan. Ni tempat bilik menunggu. Macam risau je....

Dalam bilik bedah yang sama.

Dr pakar bius memberi bius tidur untuk anak.

Dr Arief. Bersiap untuk mengkhatankan anak saya. Guna laser. Dia ni classmate saya di VI dulu.

Ni lepas dah potong ni. sejam lepas khatan. Tengah angau, sebab pening dengan bius.

Dekat rumah Opah dia. Saya cuti seminggu untuk menjaga anak khatan.
Saya memang sangat-sangat rekomen, sesiapa yang ada anak lelaki yang baru lahir. Cepat-cepat khatankan mereka. Selewatnya pun, pada umur 3 bulan, sebelum dia pandai meniarap. Memang alhamdulillah, senang jaga. Namun kena sentiasa salinkan pampers, jika dia kencing. Kerana baby akan pedih sedikit jika air kencing terkena pada 'anu'nya yang baru dipotong.

Apa-apa, memang mudah dan alhamdulillah Allah beri kesenangan untuk kami menjaga mereka berdua lepas khatan itu.

Isnin, Januari 06, 2014

BODO PUNYA DAP.

Hari ini, penuh kelalutan berkenaan cerita-cerita tentang kalimah Allah digunakan oleh puak Kristian yang hendak berkata Allah itu Tuhan Bapa. Anak Dia Jesus, dan lagi satu Roh Kudus.

Mereka yang berakidahkan Allah ini ada anak bertungkus lumus lagi hendak melanggar undang-undang Malaysia yang telah disebut dalam mahkamah bahawa puak kristian tidak boleh digunakan. Namun, apabila kedegilan itu berpanjangan, maka terjadi kekalutan yang berlaku sekarang. Tetapi yang peliknya, yang disalahkan adalah JAIS, mereka yang melaksanakan perintah mengikut undang-undang.

Sebenarnya, yang paling tersepit dalam isu ini adalah PAS. PAS dalam kepanasan yang membara ketika ini untuk menangani isu politik yang ditimbulkan oleh umno yang korup.

Saya dah kata, jangan under estimate umno. Mereka adalah parti korup yang cekap dan terlatih untuk membuat isu yang memerangkap musuh mereka.

Setelah umno sedar, bahawa undi bukan Melayu adalah amat mustahil untuk kembali kepada bn, maka umno perlu membuat kerja, agar undi orang Melayu, tidak akan lari dari mereka. Oleh itu, inilah isu yang dihidangkan oleh mereka untuk dijamah oleh PAS.

Jangan anggap, isu ini dengan tidak sengaja timbul. Malah, ianya telah lama timbul dan akan timbul sehingga PRU14 berlangsung. Umno akan memastikan bahawa isu kalimah Allah ini akan sentiasa bermain difikiran orang Melayu.

Saya melihat, PAS ketika ini, masih lagi dalam keadaan statik dalam isu yang makin meruncing. Mungkin berkelakuan statik ketika ini adalah terbaik, daripada PAS melakukan perkara-perkara yang lain. Cumanya, PAS mempunyai masalah dengan cara DAP menjalankan kerja menangani isu ini. DAP agak vokal.

Kenapa DAP vokal?

Adakah mereka sungguh simpati dengan apa yang berlaku kepada pepuak kristian di Malaysia ini?

Jawapan yang hendak diberikan saya adalah, secara lojiknya, ada simpati sedikit, cuma dari segi teknikal kelebihan politiknya, DAP perlu vokal.

Kenapa perlu vokal?

Kerana majoriti pengundi mereka adalah dari kalangan pepuak ini.

Jika DAP vokal, apa yang PAS dan PKR akan dapat?

PKR dan PAS akan dapat apa yang mereka dapat dalam PRU13 dahulu. Tak lebih, tak kurang.

Saya tidak mahu melihat dari segi keuntungan undi Melayu terhadap PAS dan PKR di Kelantan atau Terengganu. Kerana 2 negeri ini, ada kelainan sedikit. Apa yang hendak saya lihat ialah apa yang diperolehi oleh PAS di negeri-negeri lain selain 2 negeri pantai timur itu, dan juga Selangor.

Undi Melayu di Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, serta selatan Pahang, pasti akan menjadi pertaruhan yang rumit kepada PAS dan PKR jika tidak menangani isu ini dengan baik. Orang Melayu dinegeri ini yang berada di atas pagar dan penyokong umno, pasti akan melihat, kearah mana PAS dan PKR akan pergi.

Apa lagi, pada ketika ini, ada 3 ahli DUN DAP Selangor yang bercadang hendak menggubal Enakmen undang2 Agama bukan Islam 1988. PAS nak bersama? PKR muslim nak bersama?

Saya mohon, oleh kerana isu kalimah Allah ini adalah perkara Khilaf, maka, apa-apa tindakan mestilah bersandarkan kepada kebaikan kepada umat Islam di Malaysia dan juga PAS. 15 ADUN ini kena bersedia dengan tegas, kerana jika DAP bermain dengan lanjut isu ini, PAS seluruh negara akan bermasaalah untuk meraih undi dari Melayu. Sudahlah sekarang pun PAS ada masalah dengan undi Melayu, jangan ditambahkan lagi bebanan.

Sebenarnya, PAS sudah bersedia dengan perkara ini. Kerana dengan pengalaman yang ada, PAS mesti sudah tahu kejahatan umno buat cerita, dan PAS mesti arif dengan DAP yang HANYA mementingkan parti mereka berbanding dengan kepentingan rakan-rakannya.

Isu hendak menggubal undang-undang 1988 itu mesti berhenti dengan serta merta, kerana jika dilanjutkan, percayalah, Pakatan Rakyat akan bermasalah dengan istana Selangor pula. Adakah PR hendak menjadi seperti umno Kelantan yang bermasalah dengan istana ketika dahulu? Jangan nanti pada PRU14, DAP menang semua 15 DUN yang dia bertanding, tetapi menjadi pembangkang tunggal. Yang lain bn sapu. Bahaya woo main api dengan pihak Istana......

Sabtu, Januari 04, 2014

EVENGELISTA DAP DAH BERSUARA.

Pintu evengelista dah terbuka..... apa tindakan kita? Senyuumm je?

Tiga Adun Selangor cadang pinda Enakmen 1988, jaga hak bukan Islam

"Tiga Ahli Dewan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Mereka akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang dengan memastikan umat Islam terjamin daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam.

Terkejut dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia semalam, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San (gambar), yang masing-masing Adun Damansara Utama, Bukit Gasing dan Kampung Tunku berkata, enakmen itu hanya bertujuan mengawal penyebaran agama bukan Islam ke atas orang Islam.

"Ia sepatutnya tidak digunakan untuk menyekat sesiapa yang mahu mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam bahasa yang mereka pilih," kata mereka bertiga.

Menyifatkan tindakan Jais sebagai kasar, mereka berkata apa yang berlaku menjadi panggilan kesedaran untuk mengkaji semula sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan "Allah" atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Yeo, Rajiv dan Lau berkata, seksyen ini jelas bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada semua rakyat Malaysia untuk percaya, mengamal dan menguruskan agamanya.

"Oleh itu, seksyen ini perlu dipinda untuk memastikan kumpulan pelampau tidak bertindak melawan pihak beragama lain atas kepentingannya.

"Enakmen ini perlu disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan yang dinyatakan dibawah Perkara 11 (4) iaitu:

"Undang-undang negeri dan juga Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau mengehadkan penyebaran oleh mana-mana agama atau kepercayaan di kalangan mereka yang menganut agama Islam tetapi tidak dibenarkan menyekat hak bukan Islam dalam cara untuk mengamalkan kepercayaannya," kata mereka.

Mereka mengajak semua Adun Selangor menyokong pindaan kepada enakmen itu sesuai dengan semangat Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan hak semua rakyat Malaysia dikawal samarata.

"Kita mesti menyekat pihak pelampau mengawal agenda negeri dan negara sehingga kumpulan minoriti dizalimi," tambah mereka.

sumber"


- Saya berkeyakinan, 15 ADUN PAS akan memastikan Islam akan dijaga dan berdaulat di negeri Selangor ini. In syaa Allah.

Jumaat, Januari 03, 2014

ISU JAIS RAMPAS BIBLE MELAYU; MUJAHID DGN 'BIJAK' POLITIKNYA.

Seperti biasa, Mujahid buat cakap lagi. Kali ini untuk kes JAIS serbu pejabat Bible di Damansara Utama. Nak tau kat mana, korang semua pergilah ke DU. Saya ingatkan pejabat Bible mereka dekat Damansara Jaya. Sebab dekat situ pun ada juga tempat menyimpan kitab olahan manusia yang mengatakan Allah itu punya anak.

Menjadi kepelikan apabila beliau tuduh, iaitu Mujahid tuduh, bahawa tindakan JAIS akan memudaratkan hubungan agama di bumi Malaysia. Takda pula dia kata, tindakan gereja di Selangor yang melanggar perintah mahkamah masih menggunakan kalimah Allah menggantikan Tuhan mereka yang beranak itu sebagai Allah adalah punca segala perkara ini timbul.

Saya tahu, pendekatan Mujahid terhadap isu ini adalah tindakan politik beliau. Beliau buat perkara demikian adalah untuk mengekalkan undi pihak gereja, pihak evengelista dan pihak kristian, untuk terus mengundi PR. Namun 'kecerdikan' beliau sebenarnya telah masuk perangkap umno bn. Memang itu yang umno mahukan. Menjauhkan orang Melayu dengan PAS, agar orang Melayu tidak ada hati mengundi PAS kerana isu-isu yang umno sendiri yang timbulkan.

PAS masuk perangkap umno lagi. Dan yang untung, mahu tidak mahu, DAP...... seperti PRU13 dulu. Memang itulah perancangan umno. umno tidak takut DAP kuat, tetapi mereka cukup takut melihat PAS kuat. Perancangan licik umno sedang berlaku. PAS tolong jadi pandai dalam isu ini.....

Khamis, Januari 02, 2014

PR AKAN KALAH SELAMA-LAMANYA JIKA ANGGAP UMNO BODOH.

Dalam politik, untuk menang pilihanraya, mesti dapat undi daripada pengundi. Untuk mendapatkan undi daripada pengundi, parti politik perlu meyakinkan pengundi untuk mengundi mereka. Untuk meyakinkan pengundi untuk mengundi mereka, parti politik perlu merayu kepada pengundi untuk mendapatkan keyakinan itu.

Bagaimanakah cara parti politik membuat rayuan kepada pengundi? Ianya bergantung sejauh mana inovasi akal mereka untuk mengolah dan membentuk pemikiran pengundi untuk cenderung mengundi mereka.

Namun, ada satu sindrom yang amat bahaya kepada sesuatu parti politik. Jika parti politik itu dijangkiti sindrom ini, sudah pasti parti politik ini akan kalah dan kalah dan kalah lagi dalam pilihanraya. Penyakit yang dinamakan ialah menganggap, lawan dan seteru mereka adalah bodoh.

Saya ada dapat banyak komen daripada kawan-kawan seperjuangan dari PR, membodohkan pepuak umno dan bn. Cara komen mereka, seolah-olah, kebodohan yang melanda umno dan bn akan menyebabkan mereka tersungkur rebah pada PRU14 nanti. Pada pendapat saya, yang bodohnya adalah kita. Atau lebih tepat, bodoh sombong!!

Contohnya, mari kita lihat, ramai pejuang Pakatan Rakyat yang memerli dan memberi komen negatif terhadap umno, apabila, parti korup itu memberikan sumbangan Telivisyen kepada mangsa-mangsa banjir. Menurut Syaberee Chik, jumlah yang akan disumbangkan adalah dalam sekitar 30,000 biji TV.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, kesungguhan kerajaan bn untuk memberi TV percuma sehingga kepada 30,000 keluarga mangsa banjir.

Walaupun ramai insan yang menyokong PR memerli dan memberi komen negatif, namun apa yang saya lihat ialah, umno adalah satu parti politik yang bijak dan berpengalaman luas untuk merayu pengundi untuk mengundi mereka.

Apakah kaitan dengan memberikan TV percuma menyebabkan mangsa banjir akan menyokong umno bn?

Masih tidak nampakkah kawan-kawan?

Masih under estimate kepintaran dan kelicikan musuh kitakah?

Masih membodohkan umno kah?

Saya ingin bertanya. Dalam peperangan, apakah peri perkara yang paling penting untuk kita menang? Apakah yang perlu ada dalam askar-askar dan komanden-komanden kita, untuk menang dalam peperangan itu?

Apakah dia agaknya?

Jawapannya adalah MAKLUMAT!

Bala tentera kita perlukan maklumat. Jika tiada maklumat, maka jangan memandai-mandai hendak ke medan perang. Informasi adalah kekuatan. Ada sahaja kita maklumat atau informasi tentang musuh, in syaa Allah, maka kemenangan akan berada dipihak kita.

Oleh itu, nampak tidak kawan-kawan ku, bahawa kenapa kerajaan umno bn bersungguh-sungguh mengeluarkan duit dan mengedarkan secara teratur dan sistematik agar semua 30,000 keluarga ini akan mempunyai TV?

Ya, saya yakin ramai yang sudah nampak, sesungguhnya, sekarang ini, Syaberee Chik dalam proses untuk memastikan maklumat tidak akan terputus dari 30,000 keluarga daripada umno bn. Sumber utama pemberian maklumat umno bn adalah TV. Hanya sedikit berkenaan dengan akhbar. Kerana mahu tidak mahu, rakyat Malaysia, ramai yang malas membaca (bukan tidak minat).

Sumber penyampaian maklumat pihak umno dan bn, yang paling efisien, adalah TV. Jika TV terputus daripada 30,000 keluarga tadi, masalah besar akan berlaku, terutama di kawasan Kemaman. Apabila TV tidak ada dalam tempoh sebulan, mereka akan takut, pakcik dan makcik yang tidak pernah mendapat maklumat daripada sumber yang lain, akan memandai-mandai mencari sumber yang lain itu. Dimana, sumber itu dikuasai oleh kita.

Maka, apakah tindakan kita, untuk memenangkan PR pada PRU14 nanti? Adakah masih mengharapakan hanya semata-mata dengan sumber media internet?

Parti AK pimpinan Endorgan, tidak akan menang, jika parti itu tiada siaran TV mereka sendiri. Dan begitu juga kita, PR tidak akan mudah menang jika kita tiada TV kita sendiri. Maksud saya, BUKAN TV internet, tetapi TV dari gelombang VHF atau UHF.

Jangan pula ada kawan-kawan kita yang kata, mana boleh buat, takde lesen dan menyalahi undang-undang. Tapi, jika ada kekawan yang kata begitu, maka saya akan jawab, dari buang masa buat demo, baik kita kerah masa buat TV dari gelombang VHF atau UHF. Lagi berbaloi kena tangkap!!