Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Disember 26, 2014

HUDUD: ACHEH, 5 TAHUN LEPAS TSUNAMI, KELANTAN, BERAPA TAHUN LEPAS BANJIR BESAR?

Hari ini, tahun Masehi, 2014, bertarikh 26 Disember, adalah genap 10 tahun tsunami besar berlaku di bumi Acheh dan juga kawasan sekitarnya. Lebih kurang 130,000 nyawa manusia hilang dalam peristiwa bencana itu di bumi Acheh. Hari ini juga, di bumi Tanah Melayu, banjir besar telah teruk melanda di Pantai Timur Malaysia. Kelantan, Terengganu dan Pahang, 3 negeri yang paling teruk dilanda musibah itu.

Pada tarikh yang sama, 10 tahun dahulu, begitu ramainya jiwa manusia yang bersedih di bumi Acheh, kerana kematian yang besar berlaku dengan sekelip mata sahaja didepan mata. Kemusnahan harta benda juga adalah total. Seperti padang jarak padang tekukur bumi Acheh akibat pukulan kuat tsunami.
(Klik; baca lagi >> untuk selanjutnya)

Rabu, Disember 24, 2014

Adakah syariah menghalang negara masuk campur urusan dosa peribadi?


Adakah syariah menghalang negara masuk campur urusan dosa peribadi?


ahmad
 
“Undang-undang jenayah syariah seringkali tidak mengikuti semangat kebebasan individu dalam Perlembagaan Malaysia.
Hal ini perlu diperhalusi semula kerana jika diteliti sejarah Islam, perbezaan dibuat antara dosa peribadi dan jenayah.
“Tidak seharusnya dosa peribadi dikanunkan melalui undang-undang jenayah apabila kita mempunyai jalan lain melalui gerakan sivil dan dakwah untuk “amar ma’ruf wa nahy al-munkar.”


1) Membaca kenyataan di atas dan keseluruhan artikel tersebut menimbulkan rasa kasihan saya terhadap penulis dan penyokong-penyokong surat terbuka “Kumpulan 25″ itu. Sedangkan penulis dan mereka yang menyokong tersebut merupakan pelajar pengajian Islam dan Arab di Timur Tengah yang berpeluang menadah ilmu-ilmu secara direct dari para Ulama’ di sana.

Benarkah undang-undang jenayah syariah bertentangan dengan semangat kebebasan individu dalam perlembagaan Malaysia? Adakah negara atau pemimpin tidak berhak menghalang perbuatan dosa peribadi tersebut dengan kuasa yang ada?

PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud

PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud

Saya merasa terpanggil untuk menjelaskan berkenaan dengan isu hudud yang sengaja dihangatkan di celah celah kesejukan banjir. LGE yang tidak bersetuju dengan hudud sewajarnya mengkaji secara teliti tentang hudud. Saya yakin, beliau tidak jelas tentang hudud berikutan persepsi yang ditanam oleh musuh Islam sepanjang zaman.


Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi contoh tauladan LGE sepertimana yang dinyatakan olehnya dahulu, adalah seorang yang kuat berprinsip mempertahankan Islam. Di celah itulah munculnya Eric Pulsen, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang mendatangkan 20 soalan tentang hudud. Alhamdulillah ia telah dijawab oleh Dewan Ulamak PAS Perak secara ringkas dan mudah difahami.

Kalau sebelum ini, ada suara yang mengatakan bahawa Islam perlu berdialog dengan SIS sebelum diharamkan, dan suara mendakwa pengharaman tersebut adalah gopoh walaupun sudah bertahun tahun dialog demi dialog dilakukan. Tiba tiba hari ini semua pihak membisu apabila LGE berkata demikian walaupun LGE sendiri sudah kenal perjuangan PAS sebelum tertubuhnya Pakatan Rakyat lagi.

ISU HUDUD: PARASIT DAH BERSUARA DAH

Dah mula dah.

Nanti saya sebut mereka ini mulut longkang, nampak sangat kurang beradabnya saya dalam penulisan. Maka saya akan sebutkan, mereka ini mulut jahat.

Cer baca artikel ini;

JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud'

Nama manusia jahat biasa dalam PAS, mujahid dan hatta, disebut dalam artikel itu. Kenapa depa nak kecoh berkenaan isu ini, korang semua faham-faham lah. Ideologi diorang sama dengan pkr = umno = sekular.

Belum cerita berkenaan mamat shah alam yang berceloteh dalam malaysian insider lagi. Lagi kacau bin haru biru!!

Elok juga benda ini berlangsung ketika ini. nanti ahli-ahli PAS nampak, siapa dia yang musang berbulu kambing dalam PAS ini. Tahun depan, kita tendang mereka keluar dari kelompok kepimpinan.

Selasa, Disember 23, 2014

Penyakit ‘Naif’ yang akhirnya membunuh


Penyakit ‘Naif’ yang akhirnya membunuh

comango

katanya “Pemerintah kita kan Melayu, takkanlah kita terancam kot”

Hari ini serangan terhadap umat Islam berlaku dalam pelbagai bentuk dan rupa, samada secara jelas, secara  tidak langsung atau secara halus. Di dalam kepelbagaian serangan ini, wujud suatu serangan yang amat berbahaya, yang boleh membawa kepada lumpuhnya umat secara menyeluruh jika serangan ini berjaya. Iaitulah suatu serangan yang bertujuan menjadikan orang yang diserang itu berasa bahawa dia tidak berada dalam situasi diserang. Saya suka untuk menamakannya sebagai penyakit “naïf”.

Serangan dalam bentuk ini akan menjadikan orang yang diserang itu tidak berasa terancam, berasa selesa walhal pada hakikatnya dia sedang diancam lalu keadaan ini dijadikan sebagai peluang keemasan oleh musuh untuk melakukan pukulan maut.Akhirnya orang yang menghadapi serangan ini tidak akan sedar bahawa dia sedang kalah hinggalah apabila dia sedar bahawa kampungnya sudah tergadai sedang dia sibuk bersorak.

katanyaBilangan ahli Parlimen Melayu dan Islam kan ramai di Parlimen”

Atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud?

"Tidak pelik jika DAP bantah hudud, tetapi amat pelik lagi ajaib jika ada ahli Parlimen Islam dari PKR juga bantah hukum sahih dari Allah taala ini.

Dalam ayat 120, surah al-Baqarah, Allah sudah menyebutkan “orang Yahudi dan Nasrani “tidak sekali-kali” akan setuju dan suka pada Nabi Muhammad saw (dan ajaran yang dibawanya).

Ahli Parlimen Islam dari PKR tentu sekali bukan kategori “Yahudi dan Nasrani”, tetapi jika ura-ura ada bantahan oleh kalangan ini terhadap rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) yang akan dibentangkan di Perlimen oleh Pas, anda tahu sendiri mereka kategori mana. parlimen, hudud
Jika ini menjadi benar dan terserlah, atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud? Besar sangatkah keperluan mengekalkan kerjasama dengan DAP berbanding mendaulatkan hukum Allah taala?

Rabu, Disember 10, 2014

Misteri Disebalik Tender Terbuka Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang



Misteri Disebalik Tender Terbuka Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Edwin Michael - Sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini, tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini

Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri.

Skandal Terbesar Tahun 2014?
Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.
Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Selasa, Disember 02, 2014

Pembohongan Besar PENULIS UPAHAN PASMA Tentang Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah

Pembohongan Besar PENULIS UPAHAN PASMA Tentang Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah

Analisa Awal Terhadap Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah: Kecelaruan Paling Besar Pada Fakta Pembentukan Kerajaan - (Mukasurat 19)

Kelahiran kembar tidak seiras - sebuah buku dan sebuah NGO.


MSO memulakan penjelajahan ke Kedah, menemubual sumber ceritanya bagi menulis buku ini pada Febuari 2014, selari ketika dan waktunya dengan pendaftaran sebuah NGO bernama PasMa. NGO berteraskan kebajikan beralamat di tingkat atas sebuah kedai barangan elektrik di Jitra itu , belum berketuakan Dato' Phahrolrazi, tetapi memakai nama anak kepada Taib Ahmad, Setiausaha NGO itu sekarang ini. Kepimpinan NGO itu berubah juga selari waktunya dengan terbitnya buku yang sarat dengan penceritaan bias, penipuan fakta, putar belit dan penjulingan sejarah bertajuk "Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah -The Inside Story. Bolehkah kebetulan-kebetulan ini diterjemahkan kepada kenyataan bahawa PasMa dan Buku MSO ini lahir dari perut yang sama, atas tujuan dan matlamat yang serupa?

Sejarah adalah tentang orang, tarikh dan peristiwa -kesilapan serius!

MSO memulakan tulisannya mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS dipimpin oleh Ustaz Azizan, dengan kecelaruan dan kesalahan fakta yang serius. S Manikumar dan Abd Ghani Ahmad dinamakan sebagai Exco daripada PKR sedangkan S. Manikumar belum menjadi Adun pun waktu itu, manakala Abdul Ghani belum menjadi Exco, dilantik sebagai Timbalan Speaker daripada PAS. Dia adalah YDP PAS Kawasan Jerlun.

S. Manikumar bertanding dan menang dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau setelah DSAI mengarahkan V Arumugam meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Selambau. Selepas itu barulah dia dilantik sebagai Exco. Ini fakta penting politik Negeri Kedah dan Negara Malaysia, mana boleh dia sambil lewa menulisnya.

Seorang lagi Adun PAS yang menjadi Exco ialah YB Abdullah Jusoh, Adun Pantai Merdeka, YDP PAS Kawasan Sungai Petani. (Dia digantikan oleh Abdul Ghani Ahmad selepas dua tahun). Lim Soo Nee dan Tan Chau Kang @Tan Joo Long belum menjadi Exco, mereka dilantik kemudian menggantikan Muhammad Radzi Salleh (Lunas) yang melompat menjadi bebas dan Tan Wei Shu (Bakar Arang)- melompat menjadi bebas setelah kerusi Exco diberikan kepada Tan Chau Kang yang keras kesetiaannya. Benar! Adun Bakar Arang itu kemudian membuktikan kerapuhan politiknya dengan melompat meninggalkan PKR kerana hilang jawatan Exco.

Membalas Dendam Pada Yang Belum Wujud: Kurang Siuman!

MSO cuba menyerlahkan niat jahatnya bila menulis bahawa PAS Kedah dibawah pimpinan Ustaz Azizan MEMBALAS DENDAM kepada DAP, apabila Adun tunggal DAP, Lee Guan Aik tidak dilantik sebagai Exco. Dendam PAS Kedah ini kerana DAP di Pulau Pinang tidak melantik Adun tunggal PAS di sana sebagai Exco.

Adakah MSO tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu, Kerajaan Negeri Kedah dibentuk lebih awal daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. MB Kedah mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac 2008 (MSO tulis 9 Mac), dan Exco Kerajaan Negeri Kedah mengangkat sumpah membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah pada 12 Mac. Kerajaan Negeri Kedah adalah yang pertama dibentuk selepas PRU12.

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 11 Mac dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 13 Mac. Mana mungkin yang selesai dahulu (Kedah) dituduh membalas dendam kepada yang terkemudian (Pulau Pinang)?

"Lembu Punya Taik, Sapi Dapat Nama..."

MSO memang tidak tahu atau sumber ceritanya sengaja memutarbelit sejarah, apabila menuduh Pakatan Rakyat Kedah tiada kesatuan, dan kerajaan negeri dilihat cacat, tidak diuruskan dengan adil dan gagal menyerlahkan kesyumulan PR, tidak meyakinkan rakyat apabila tidak melantik Exco daripada DAP.

Tidakkan MSO sedar bahawa Pakatan Rakyat belum wujud sewaktu PRU12, PAS hanya ada hubungan persefahaman dengan PKR dan PKR ada hubungan dengan DAP. PAS hanya berunding kerusi dan perkongsian kuasa dengan PKR, yang kemudiannya berunding kerusi dengan DAP. Di Kedah, PAS bertanding 24 kerusi, 12 kerusi diserah kepada PKR. PKR berunding dengan DAP untuk pembahagian 12 kerusi itu. Mereka bertembung 3 penjuru di kerusi DUN Derga, bila Chong Kai Yan, bekas Exco BN Kedah menyertai PKR dan ingin bertanding di kerusi itu. Rundingan mereka gagal, menyebabkan kerusi tradisi DAP itu terlepas kepada Gerakan. DAP hanya diberi bertanding di Kota Darul Aman, dan menang.

Begitu juga kuota kerusi Exco, PAS berunding dengan PKR dan menyerahkan 3 kerusi kepada mereka berdasarkan nisbah kerusi yang ditandingi. Merekalah mengambil semuanya, tidak menyerahkan satu kepada DAP. Satu sejarah juga ialah semua Adun PKR Kedah pernah menjadi Exco. Bagaimana mungkin MSO membangkitkan isu dendam PAS kepada DAP dan nipisnya kesatuan dalam PR di Kedah pada waktu itu, sedangkan PR belumpun wujud dan PAS belum ada hubungan rasmi dengan DAP?

Mengapa fakta sepenting ini gagal diketahui oleh MSO sebagai seorang penulis politik? Mengapa kegagalan PKR merunding kerusi DUN dan Exco dengan DAP diletakkan bebannya ke atas PAS pimpinan Ustaz Azizan? Bukankah ini adalah bayangan niat serong yang tersembunyi dalam tulisannya? Mana boleh diceritakan bahawa 'uri telah ditanam sedangkan bayi belum lahir'?

Rumusan...

Penulis cuba memutar belit fakta dan urutan sejarah, berusaha menggambarkan PAS Kedah yang membentuk Kerajaan Negeri Kedah, di pimpin oleh Almarhum Ustaz Azizan bersikap tidak menghormati pihak lain dan berdendam. Kelemahan yang direka dan diserlahkan seawal bab pertama ini bertujuan menimbulkan susuk Ustaz Azizan sebagai punca masalah yang berlaku dan melonggokkan beban kepadanya. MSO dan sumbernya cuba melentur dan menambat persepsi pembaca supaya senget dan condong, membina pandangan negatif dan prasangka kepada beberapa orang tokoh dalam bab-bab berikutnya.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Selasa, November 25, 2014

AGENDA NAK TURUNKAN TGHH ANGKARA SIAPA?

AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA?


1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya.

Sabda Nabi SAW
لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah.

2. Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah. Inilah bezanya antara wala dalam Islam dan wilayatul faqeh dalam ajaran sesat. Iaitu, pimpinan tertinggi dibenarkan membuat keputusan atau arahan selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Konsep wilayatul faqih pula, pimpinan tertinggi wajar membuat keputusan atau arahan, walaupun bercanggah dengan syarak. Yang mana kalian cari? Mengapa perlu gilakan jawatan itu sedangkan kalian juga terikat dengan dasar syarak.

3. Adakah kalian kenal siapakah yang berusaha siang dan malam mengkaderkan ahli PAS di atas kefahaman syarak? Kenalkah kalian ustaz ustaz yang tidak tertonjol di dada akhbar dengan gaya poligam, mereka bersusah payah menghidupkan manhaj Islam di dalam dada kader kader PAS? Merekalah yang cair dengan ilmu agama, membezakan batas iman dan kekufuran, menghidupkan roh roh perjuangan, serta memahamkan ummah tentang pemikiran asing yang bertandang ke gawang gerakan Islam hari ini, seperti liberalisme, syiah, sekularisme, pluralisme dan banyak lagi. Usaha mereka di balik tirai ini tidak pernah diminta untuk disiarkan di dada akhbar bagi meraih populariti murahan.

4. Kalian kenalkah siapa mereka yang menganggotai Majlis Syura Ulamak? Kenalkah mereka dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sedang mengemudi bahtera ini? Adakah ilmu, kefahaman dan tarbiah yang mereka lalui sekadar sehari dua? atau seminggu dua? Berbekalkan bacaan al Quran yang belum kemas dan kitab arab tak pernah dibuka, tiba tiba kalian pula muncul mengatakan itu salah dan ini salah? Mana sikap profesional yang kamu laung laungkan itu?

5. Saya menasihatkan agar kita sama sama kemaskan akidah pegangan kita, kemaskan fikrah dan aliran pemikiran kita. Jangan tersasar atau terbabas daripada laluan yang lurus ini dek kerana mencari simpang simpang di tepian jalan yang belum berturap. Perjuang dan pertahankan kepimpinan ulamak. Belajarlah untuk belajar, kita akan sentiasa sedar diri itu masih jahil. Bertatihlah untuk bertatih, kita akan sentiasa sedar bahawa kita masih memerlukan. Berlatihlah untuk berlatih, kita akan sedar bahawa kita masih lemah.

Terus beristiqamah

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
20 November

Jumaat, November 21, 2014

KATA DUA DARI MAJLIS ULAMA ISMA.. MENARIK.

Penyakit 'Naif' yang akhirnya membunuh

Artikel "Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan “Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah”


katanya “Pemerintah kita kan Melayu, takkanlah kita terancam kot”

Hari ini serangan terhadap umat Islam berlaku dalam pelbagai bentuk dan rupa, samada secara jelas, secara  tidak langsung atau secara halus. Di dalam kepelbagaian serangan ini, wujud suatu serangan yang amat berbahaya, yang boleh membawa kepada lumpuhnya umat secara menyeluruh jika serangan ini berjaya. Iaitulah suatu serangan yang bertujuan menjadikan orang yang diserang itu berasa bahawa dia tidak berada dalam situasi diserang. Saya suka untuk menamakannya sebagai penyakit “naïf”.

Serangan dalam bentuk ini akan menjadikan orang yang diserang itu tidak berasa terancam, berasa selesa walhal pada hakikatnya dia sedang diancam lalu keadaan ini dijadikan sebagai peluang keemasan oleh musuh untuk melakukan pukulan maut.Akhirnya orang yang menghadapi serangan ini tidak akan sedar bahawa dia sedang kalah hinggalah apabila dia sedar bahawa kampungnya sudah tergadai sedang dia sibuk bersorak.

katanya “Bilangan ahli Parlimen Melayu dan Islam kan ramai di Parlimen”

Serangan menggunakan senjata ini bukanlah baru, bahkan perkara inilah merupakan antara senjata yang paling banyak digunakan oleh musuh dalam mengalahkan umat Islam. Perhatikanlah sejarah! Lihatlah bagaimana runtuhnya keagungan tamadun Khilafah Abasiyyah di tangan Mongol.

أَوَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ كَانُواْ مِن قَبۡلِهِمۡۚ كَانُواْ هُمۡ أَشَدَّ مِنۡہُمۡ قُوَّةً۬ وَءَاثَارً۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ فَأَخَذَهُمُ ٱللَّهُ بِذُنُوبِہِمۡ وَمَا كَانَ لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن وَاقٍ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Al Ghafir:21)

Dr Ragheb El Sergani menceritakan hal ini di dalam buku beliau “Qisah Tatar: minal bidayah ila ain jalut” akan suasana naïf yang melanda umat Islam ketika itu:

“Penduduk di Baghdad ini telah menzalimi saudara-saudara mereka selama 40 tahun, mereka dengar akan kisah penyembelihan saudara-saudara mereka yang berada di Afganistan, Uzbakistan dan lain-lain oleh tentera Mongol, mereka juga mendengar akan kisah muslimah-muslimah dirogol dan pembunuhan kanak-kanak kecil, namun mereka langsung tidak berbuat apa-apa. Bahkan mereka mendengar akan kisah khalifah sebelum itu berkomplot dalam membunuh umat Islam atas kepentingan politik namun mereka tetap diam membisu. Maka mereka sepatutnya dihukum atas kenaifan ini”

Umat Islam di Baghdad ketika itu merasakan mereka adalah kuasa terbesar dunia, mereka adalah pemerintah yang berdiri atas dasar Islam yang diredhai oleh Allah SWT, jadi tidak mungkin mereka akan dikalahkan oleh mana-mana pihak khususnya tentera Mongol yang merupakan suatu bangsa yang seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia. Perasaan berasa selesa dan tidak rasa terancam inilah menyebabkan mereka kalah.

Hulaghu Khan menyeksa Khalifah ketika itu sebelum dibunuh

katanya “Tengok cara bukan Islam perintah, berapa banyak duit diberi untuk bangunkan Islam”

Bahkan lebih mengejutkan lagi, penyakit “naïf” ini sampai ke tahap adanya dikalangan pimpinan umat Islam ketika itu yang bekerjasama dengan Mongol dalam menjatuhkan Khilafah Abasiyah. Perkara yang sepatutnya dirasakan sebagai suatu ancaman menjadi sebaliknya, mereka rasakan ianya sebagai suatu peluang lalu bekerjasama dengan musuh, mereka lupa siapa musuh dan siapa kawan. Akhrinya mereka hanya menyedari hal ini  apabila mereka turut dibunuh setelah selesai diperkudakan oleh Mongol.

“Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan “Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah”

Umat Islam ketika itu terpaksa membayar bayaran yang tersangat mahal akibat penyakit kenaifan yang melanda semua kelompok ketika itu, samada pemimpin atau pon rakyat. Para sejarahwan menganggarkan bilangan mereka yang terkorban di Baghdad lebih daripada sejuta nyawa umat Islam. Kenaifan ini turut menyebabkan runtuhnya sebuh tamadun yang hebat. Khalifah ketika itu juga dibunuh dalam bentuk yang sangat hina iaitu dengan digulung di dalam permaidani Istana lalu dipijak beramai-ramai.

katanya “Kitakan penduduk majoriti mana mungkin diorang boleh buat apa-apa”

Penyakit naïf ini bukan melanda sekali sahaja dalam sejarah umat Islam, penyakit ini juga menjadi penyebab utama kepada runtuhnya Kerajaan Islam di Andalus. Kisah kenaifan ketika jatuhnya benteng terakhir Andalus iaitu Granada adalah sebuah kisah yang sepatutnya kita sentiasa jadikannya sebagai pedoman.

Rampasan kuasa oleh Abu Abdullah bin Abi Hasan terhadap bapanya dengan kerjasama Kristien Eropah pada hakikatnya sudah cukup untuk mengajar kita supaya berhenti daripada bersikap naïf terhadap musuh. Kata-kata ibunya saat Abu Abdullah bin Abi Hasan menangis akibat telah ditikam belakang oleh musuh yang disangka sebagai rakan hendaklah kita jadikan sebagai peringatan:

ابك اليوم بكاء النساء على ملك لم تحفظه حفظ الرجال

“Kamu jangan menangis seperti seorang wanita untuk apa yang kamu tidak dapat membela sebagai seorang lelaki.”

katanya “Mana ada Melayu dan Islam terancam”

Kini serangan dalam bentuk ini kembali dilakukan oleh musuh khususnya di Malaysia, seruan-seruan naïf yang menyebut Islam dan Melayu tidak terancam semakin kuat dilaungkan. Lebih mengejutkan adakalanya seruan ini lahir daripada mereka yang secara jelas sedang menyerang kedua tiang utama tersebut di dalam Negara ini. Juga lebih memalukan apabila seruan tersebut lahir daripada mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam namun buta dalam memahami waqi’ apa yang sedang berlaku disekeliling mereka.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya memahami apa yang sedang berlaku hari ini berdasarkan kepada realiti sekeliling, bukanlah berdasarkan kepada apa yang orang lain kata. Berhentilah berfikir seolah-olah hanya kita yang berperancangan sedangkan musuh tidak! Hakikatnya mereka beperancangan, mereka berstrategi, mereka tersusun bahkan berorganisasi.

Apa yang berlaku di Malaysia daripada isu IFC, isu kalimah Allah, isu Mahkamah Syariah, isu memperlekeh hak keistimewaan orang Melayu, isu LGBT, isu Comango dan pelbagai isu lagi kesemuanya adalah di bawah perancangan yang tersusun dengan rapi. Ia tidak berlaku secara tiba-tiba, berhentilah daripada bersikap naïf dalam memahami waqi’ dan dalam mengenali musuh.

Lihatlah akan hakikat kesungguhan musuh yang tak pernah penat dan lelah dalam usaha memadamkan cahaya Allah SWT ini! Lihatlah dengan sedar suasana satu demi satu jiwa umat Islam yang sedang dibunuh di serata dunia setiap hari! Lihatlah kesemua perkara ini dengan cahaya hati supaya akhirnya kita sedar akan betapa benarnya petunjuk wahyu yang Allah SWT ajarkan pada kita supaya dijadikan prinsip perjuangan kita:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah: 120)

Berhentilah bermimpi, hiduplah dengan realiti.

 

  Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
 Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)


Khamis, November 20, 2014

HARGA APUNGAN RON95 RM2.58 DAN RON97 RM2.55 DI MALAYSIA! KITA KENA TIPU!!

Ramai yang tak seronok minyak Ron97 turun 20 sen 2 hari lepas. Dari RM2.75 kepada RM2.55/liter. Sebab mereka kata, minyak orang kaya telah turun, berbanding minyak orang miskin tak turun malah naik bulan lepas. Aku adalah seorang yang bergembira dengan penurunan minyak Ron97 ini, kerana aku memang guna minyak ini untuk kereta ODC RA2 aku.

Banyak jimat woo, kereta 2.2cc kereta MPV Honda aku tu, jika menggunakan Ron97 berbandingkan dengan Ron95. Lebih kurang RM20-30 aku dapat jimat jika balik ke Terengganu. Pedulilah jika ada orang whatsapp yang mengatakan penambahan Octane number tidak memberi kesan apa-apa pada kereta. Yang secara praktikalnya, memang Ron97 lebih bagus daripada Ron95. Kereta aku pun tak banyak gegar berbanding aku menggunakan Ron97 dari Ron95.

Tapi, bukan itu yang hendak aku cerita hari ini..

Hari ini aku nak cerita, bahawa korang semua memang sudah kena kencing berdiri oleh pepuak umno yang haru biru mentadbir Malaysia.

Nak tanya,... Ron97 sekarang, harga seliter adalah RM2.55. Tanpa subsidi. Harga yang diapung.

Nak bagitau pulak, Ron95 sekarang berapa duit? RM2.30. Bersubsidi 0.28. Ini yang dikata oleh menteri. Bukan aku. Ron95, sekarang, harga RM2.30 bersubsidi RM0.28... (Baca SINI)

Cuba korang campurkan;

RM2.30 + RM 0.28 = RM 2.58

Harga apungan RON95 adalah RM 2.58/liter di Malaysia?

Harga apungan RON97 adalah RM 2.55/liter di Malaysia?

Jadi, apa cerita gila ni?? RON97 lebih murah dari harga RON95.... kah kah kah kah...

Menteri umno dah kantoi buat kerja bodoh. Apalagi PR, buatlah kerja korang... janganlah buat kerja bodo macam dap yang mangkuk itu asyik serang kawan sahaja. Kali ini seranglah umno bn yang sedang terkantoi buat silap nii.......

TG ABDUL HADI DIYAKINI TERUS TERAJUI PAS

TG Abdul Hadi diyakini terus terajui Pas
Posted on Wednesday, November 19 @ 19:38:42 MYT

Berita
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diyakini masih diperlukan menerajui parti Islam itu berikutan tahap kesihatan yang semakin pulih.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu agar Abdul Hadi perlu mengundur diri tidak perlu diperbesarkan kerana kini, beliau sudah kembali mempengerusikan mesyuarat parti.


"Dengan kesihatan yang semakin baik itu, insya-ALLAH Abdul Hadi akan hadir dalam mesyuarat PR sekiranya berkelapangan," katanya, semalam.
Beliau mengulas laporan sebelum ini yang seolah-olah menyarankan presiden parti itu mengundurkan diri berikutan kekerapan ketidakhadiran ke mesyuarat PR dan faktor kesihatan yang semakin merudum.
Katanya, isu berkaitan Abdul Hadi bukan punca masalah berlaku sama ada di dalam parti atau dengan rakan PR.
"Saya lihat presiden bukan punca masalah yang berlaku. Bahkan masalah yang dah selesai harus tutup buku.
"Sekarang rakyat mahu melihat hala tuju pakatan. Rakyat juga bertanya di mana puluhan tuduhan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini. Tapi Pas akur dengan apa yang berlaku," katanya.
Justeru, beliau berharap semua pimpinan dapat menghormati sempadan parti masing-masing.
"Semua parti mesti saling hormat-menghormati," jelasnya.

Rabu, November 19, 2014

GOBIND JANGAN CELUPAR. JANGAN JADI MULUT NAJIS!

Gobind jangan celupar. Jangan jadi mulut najis.

Jangan kerana nak undi cina, dap buat mulut tahi dengan PAS. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Padahal kain dia penuh dengan tahi diktator anak beranak lge dan kit siang..

kenapa aku cakap kurang ajar dengan dap hari ini?

Sebab umno cakap kurang ajar dengan mca hari ini

MCA jangan celupar, jangan campur urusan UMNO

MCA jangan celupar, jangan campur urusan UMNO
Jika MCA lemah dan gagal pikat hati orang Cina, itu salah mereka Mohamad Fadli, Free Malaysia Today Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali… READ MORE
........................................................

Kenapa ada orang umno mulut kurang ajar dengan mca?

Sebab mereka adalah good practice politician.. Depa kawan baik, tapi saja buat serang agar orang Melayu, atau target undi umno melihat umno ini power lagi excelent. Bukan cakap main-main.

Oleh itu. kenapa kurang sangat pemimpin PAS yang mulut kurang ajar kepada dap yang memang nampak sangat mulut tahinya dap kepada PAS? Kenapa senyap? Saja nak tunjukkan bahawa PAS ini lembik macam golongan transgender ke?


JOM KE KARNIVAL DI HULU BERNAM

Mari datang beramai-ramai ke Karnival Jelajah Tani 2014.
Anjuran DUN Hulu Bernam. iklan seperti di bawah ;


Selasa, November 18, 2014

DAP BOLEH KELUAR PAKATAN, SEPERTI DAP KELUAR BARISAN ALTERNATIF DAHULU..

'DAP boleh keluar Pakatan, jangan desak PAS'

 
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.

Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mohd Amar hadir selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu kerana keuzuran.

Bekas menteri besar Kelantan itu menyifatkan tindakan mempersoalkan ketidakhadiran presiden PAS itu sebagai "kerja orang bodoh".

Malah, Hadi sebelum itu turut mempertahankan tindakannya dan terpulang kepada beliau untuk hadir atau tidak perlu diminta hadir ke mesyuarat berkenaan.

Isnin, November 17, 2014

Politik silap pertikai fatwa haram SIS

Oleh SUBKY ABDUL LATIF

SELANGOR telah bertindak mengharamkan Sisters In Islam, suatu yang tidak terdaya dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain badan Islam dan dakwah yang masing-masing mengira NGO itu tidak bergiat selaras dengan ajaran Islam baik mengikut apa jua mazhab sunnah wal jamaah.
   
Tetapi keputusan Fatwa Selangor itu dipertikai oleh beberapa Empi PAS. Saya harap ia tidak dikira sebagai pandangan rasmi PAS tetapi adalah pendirian beberapa orang pemimpin itu saja.

Saya tidak bercadang untuk melihat pandangan itu dari sudut akidah tetapi lebih tertarik tentang kepintaran berpolitik. Pada saya ia bukanlah tindakan politik yang pintar.
   
Masyarakat Islam dan pihak berkuasa sudah ada pandangan dan sikap tentang orang dan golongan ani hadis. Dan SIS ini boleh dikira lebih laju dari anti hadis, malah lebih mengerikan boleh melanggar ajaran al-Quran. Setahu saya PAS ada sikap tentang pertubuhan itu.
   
Meskipun PAS saya tidak ingat ada membuat penegasan seperti fatwa Selangor itu tetapi saya kira fatwa itu telah memenuhi kemahuan masyarakat umum umat Islam tidak kira mereka terdiri dari mereka yang tinggi taqwanya atau sekadar orang awam. Maka fatwa itu sepatutnya boleh menyenangkan PAS.
    
Jika tidak mahu menambah atmofera panas dalam PAS sekarang ia boleh diam kerana kerjanya sudah dipenuhi oleh fatwa itu.
    
Apabila masyarakat umum Islam mengira fatwa itu adalah wajar, maka kita suasana sudah elok. SIS boleh jadi barang yang boleh dilupakan. Jika PAS diam atas perkembangan itu ia tidak akan mendapat sebarang kerugian politik.
   
Apabila masyaraka umum mengira sesuau tindakkan itu wajar, apabila ia dipertikai pula, maka ia sudah tidak selari dengan kemahuan mudah mereka. Masyarakat umum itu adalah pengundi. Maka apa jua alasan takwil itu boleh menyebabkan pengundi tidak selesa dan boleh meletakkan PAS dalam  suasana yang payah bagi meraih undi mereka.
   
Pengundi yang sudah penat dan bosan dengan UMNO yang sudah mengira untuk tidak memberi lagi sokongan kepada UMNO boleh memikir semula sikap hendak meninggalkan UMNO itu. UMNO menggunakan pandangan terbuka beberapa MP PAS itu sebagai sikap PAS dan boleh mengarahkan sekalian ala popagandanya bagi memutar belitkannya dengan mengatakan PAS membela golongan sesat dan sebagainya.
   
Jika PAS marah Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO menempelak PAS sesat, PAS marah tetapi jika Tengku Adnan menggunakan takwil MP atas fatwa Sselangor itu sebagai satu alasan lagi kononnya PAS benar-benar sesat, maka mnjadi kerja payah lagi bagi PAS untuk keluar dari perangkap samar Tengku Adnan itu.
    
Sekalipun UMNO itu tidak peduli sangat tentang pasang surutnya Islam di negara ini, tetapi ia bolh menjadikan orang Islam yang disilapmatakannya terus silap mata, PAS dikira membela SIS yang tiada apa untung pada Islam itu.
    
Jangan fikir sokongan terhadap PAS tidak jejas atas sikap hendak terbuka sangat! Ia bukadar ia boleh menjadikan PAS hilang peluang mendapat sokongan baru, bahkan ia boleh menghilangkan sokongan sedia ada dari kalangan orang atas pagar. Undi atas pagar yang sudah dapat itu bukanlah undi tetap tetapi ia undi terapung. Mereka boleh lari jika terasa fatwa yang mereka boleh terima dikatakan ditolak PAS?
   
Bukan sikap terbuka itu mesti meluahkan semua yang hendak diluahkan. Politik pintar boleh luahkan apa yang menguntungkan politik, tetapi silap besar meluahkan apa yang merugikan. Ada masanya diam adalah lebih pintar dari berkata-kata.
    
Lazimnya berdarah biji mata PAS untuk mendapatkan satu undi, maka jangan buat kerja yang mudah menghilangkan beribu undi.

Khamis, November 13, 2014

DAP HANYA RUBBER STAMP PKR

DAP hanya sebagai 'rubber-stamp', manakala PAS dijadikan 'kambing-hitam'

PAKATAN RAKYAT adalah satu pakatan politik yang masih lagi 'HARAM' sifatnya. Ia belum disah-terima oleh ROS, tidak seperti BN.
Ia didominasi oleh PKR. 
DAP hanya sebagai 'rubber-stamp' untuk menyokong apa-apa keputusan oleh KeTum, manakala PAS hanya digunakan sebagai 'kambing hitam' jika berlaku apa-apa 'trajedi' kepada PR.
Pokoknya, 'Pakatan' ini hanyalah sebagai satu platform untuk mengesahkan apa-apa keputusan yang sudah lama diputuskan dalam kepala Ketum.

Jadi, apanya yang PKR dan DAP berlagak macam pengawas sekolah kalau pun tak berlagak macam 'gangster'? 
Kenapa sudah hilang rasa hormat menghormati antara satu sama lain?
Politik cara 'samseng' begitu adalah politik zaman batu.
Kalau beginilah caranya. jangan harap pengundi boleh terima sikap besar kepala yang ditunjukkan.
al-brangionline: 
Kalau aku pegang apa2 jawatan dalam PR, dah lama kena 'penyepak' mereka yang nampak macam baik tapi mulut longkang
________________________________________________________________________

DAP gesa Hadi jangan 'ponteng' mesyuarat lagi

Jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

“Atas pandangan bahawa kehadiran Hadi dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan penting, kerana beliau mempunyai autoriti tunggal dalam PAS untuk membuat keputusan, DAP akan akan menunggu sehingga beliau boleh hadir ke mesyuarat sebegitu,” kata Lim.

Minggu lalu, Lim secara terbuka menggesa Hadi hadir.

Ini kerana, katanya, tanpa kehadirannya dan dalam keadaan wakil PAS tidak boleh membuat keputusan bagi pihak parti Islam itu, Pakatan tidak boleh mencari kata sepakat untuk meluluskan sesebuah resolusi.

Hadi dilapor sudah beberapa bulan tidak hadir ke mesyuarat Pakatan.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakan Ketua Umum PKR yang berkali-kali membuat keputusan berbeza dengan apa yang diputuskan oleh jawatankuasa Pusat PAS.

Harakahdaily kelmarin melaporkan Hadi sebagai menjelaskan, beliau tiada dalam pentas politik negara sejak September lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau berkata “tidak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini” sehingga “suara pun tak berapa nak keluar”. [malaysiakini.]

HARI INI SAYA NAK BELASAH DAP CUKUP-CUKUP

HIPOKRIT & SANDIWARA LIM GUAN ENG DAP DIDEDAHKAN !

Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 serta mengarahkan Jabatan Insolvensi membekukan kesemua akaun dan aset milik PPS. 

Kerajaan negeri Pulau Pinang pula bertegas untuk tetap melakukan prosiding undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Soalnya, kenapa keazaman mempertahankan PPS ini tidak ditunjukkan dalam soal kepentingan dan kebajikan rakyat negeri Pulau Pinang?

Kenaikan sewa gerai, mana pejuang rakyat?

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menaikkan sewa gerai makanan dibawah kendalian MPSP. Kenaikan antara 20%-100% ini berkuatkuasa September lalu. 

Dianggarkan lebih kurang 5,500 peniaga yang menerima kesan akibat daripada kenaikan sewa ini yang melibatkan kenaikan antara RM30-RM120. Berdasarkan rekod MPSP, hasil kutipan sewa gerai oleh MPSP pada tahun 2013 adalah sebanyak RM3.5 juta tetapi perbelanjaan untuk pengubahsuaian dan penyelenggaraan telah mencecah RM4.4 juta.

Untuk rekod, sewa gerai dibawah kendalian MPSP tidak pernah dinaikkan sejak 1992 dan maka alasan ini telah digunakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaikkan sewa sekaligus meletakkan beban tanggungan sepenuhnya kepada para peniaga gerai ini. 

Ini juga bermakna bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah Gerakan hakikatnya lebih kompeten dalam mengurus dan menyelengara gerai-gerai ini selama 16 tahun tanpa apa-apa beban kenaikan sewa sebaliknya dalam masa hanya 6 tahun, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dibawah pemerintahan regim DAP menaikkan sewa gerai sehingga 100%.

Awal tahun 2014, apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mencadangkan untuk menaikkan cukai pintu di kawasan Kuala Lumpur, seluruh kepimpinan PR telah membantah dan protes atas dasar bahawa kenaikan ini akan membebankan penduduk malah melancarkan petisyen membantah kenaikan cukai pintu ini. 

Soalnya, mana pergi pejuang-pejuang rakyat ini apabila kerajaan DAP menindas para peniaga gerai di kawasan Seberang Perai yang bukan sahaja membebankan tetapi juga langsung tidak mempedulikan nasib golongan peniaga ini?

Ekonomi Negeri dalam bahaya?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghabiskan RM832.42 juta untuk perbelanjaan pada tahun lepas berbanding RM540.08 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2012. 

Hakikatnya, perbelanjaan tahunan kerajaan negeri Pulau Pinang ini bukan sahaja bertambah sebanyak 54% dalam masa setahun tetapi pertambahan ini adalah tiga kali ganda sejak dari tahun 2008.

Pertambahan perbelanjaan kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah tidak seimbang secara ekonomiknya. 

Realitinya, pendapatan hasil cukai kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng ini hanya bertambah sedikit sejak tahun 2008 iaitu sebanyak RM110 juta dan kerajaan negeri sendiri mengakui bahawa hanya mengharapkan hasil pendapatan cukai sebanyak RM130 juta sahaja untuk tahun 2015 dengan hasilnya dijangka diperolehi melalui bayaran premium tanah untuk pembangunan sebanyak RM69.18 juta di Bayan Mutiara dan Batu Kawan.

Tanah dijual untuk bendung defisit perbelanjaan kerajaan Negeri?

Tahun 2013 menyaksikan pertukaran hak milik tanah melibatkan Beijing Urban Construction Group Co. Ltd (BUCG) untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut sepanjang 20.8 km dengan anggaran kos sebanyak RM 129 juta/km dengan kos keseluruhannya yang menelan sebanyak RM6.3 bilion serta hak konsesi kutipan tol selama 30 tahun turut diberikan kepada pemaju. 

Dalam keadaan kerajaan negeri menghadapi perbelanjaan defisit saban tahun, apakah wajar untuk melaksanakan satu projek mega sedangkan pada masa yang sama isu-isu rakyat diketepikan?

Tahun ini sahaja tiga tanah milik kerajaan di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) dengan harga sebanyak RM484 juta (dipetik daripada kenyataan Lim Guan Eng bertarikh 12 Januari 2014), Paramount Group sebanyak RM67 juta (Laporan The Star bertarikh 26 Mac 2014) dan penjualan paling kontrovesi adalah melibatkan Eco World Sdn Bhd dengan harga sebanyak RM1.02 bilion (Laporan The Star bertarikh 15 September 2014). 

Rafizi Ramli telah mengkaitkan syarikat ini dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sehinggakan beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan hingga kini tuduhan berkenaan gagal dibuktikan oleh PKR.

Soalnya, apakah yang akan terjadi kepada negeri Pulau Pinang andaikata kesemua tanah-tanah milik kerajaan negeri dijual kepada kapitalis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri bertajuk ‘BN Sold More Land than Pakatan Rakyat’ bertarikh 28 Jun 2014, beliau mengakui bahawa kerajaan PR telah menjual sebanyak 106.1 hektar tanah dengan hasil sebanyak RM1.1102 bilion. 

Namun jika dilihat kepada rizab negeri Pulau Pinang, hanya pertumbuhan yang sedikit dicatatkan iaitu sebanyak 3.85% iaitu daripada RM1.025 bilion kepada RM1.192 bilion. Margin kenaikan rizab negeri dengan keuntungan penjualan tanah adalah tidak boleh diterima akal pemikiran waras. Kemana perginya duit hasil penjualan tanah ini?

Sandiwara rumah mampu milik

Kegagalan kerajaan negeri Pulau Pinang membina rumah kos rendah sepanjang pentadbiran DAP ini adalah satu kegagalan yang harus diakui dan bukannya beban tersebut dilemparkan kepada kerajaan persekutuan. 

Ini jelas kelihatan apabila soalan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid yang telah meminta kerajaan negeri untuk memperincikan jumlah rumah kos rendah yang dibina sepanjang pakatan rakyat mentadbir negeri ini.

Dan soalan ini disambut oleh Exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo bahawa kerajaan persekutuan sama sekali gagal membekalkan rumah kos rendah dan rumah mampu milik kepada rakyat serta mendakwa negeri di bawah pimpinan DAP itu sering dianaktirikan adalah satu sandiwara semata-mata untuk menutup lubang kegagalan kerajaan negeri.

Malah kerajaan negeri juga telah memberikan amaran kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang hanya dibenarkan untuk membina rumah mampu milik di tanah seluas 94 hektar yang dibeli dengan harga RM1.38 bilion di Air Itam. 

Soalnya, kenapa kerajaan negeri bersikap diktator terhadap niat murni kerajaan persekutuan dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah mampu ini. 

Daripada menjual tanah kerajaan semberono, adalah adil kiranya tanah-tanah tersebut diperuntukkan untuk pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang.

Kesungguhan Lim Guan Eng dalam isu PPS ini nyata melebihi kesungguhannya menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang. Kita tidak bercakap kosong disini mahupun membuat tuduhan liar. 

Ini adalah demi masa depan rakyat Pulau Pinang yang secara sistematiknya diasingkan ditanah sendiri apabila keutamaan hanya diberikan kepada projek-projek mewah sahaja. 

Mungkin Lim Guan Eng mahukan transformasi Pulau Pinang mencapai standard seperti Dubai misalnya namun harus diingat, kepentingan dan kebajikan rakyat marhaen tidak seharusnya dikorbankan kerana mereka juga punyai suara dan hak untuk menentukan apa yang mereka mahukan daripada kerajaan negeri yang telah dipilih oleh mereka sendiri - Edwin Michael

Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman

Isnin, November 10, 2014

NAK TAHU TAN SRI KHALID IBRAHIM ADA MANA SEKARANG? CER BACA..

Selepas 2 bulan, Khalid Ibrahim kembali dengan NGO bersama PAS

Selepas dua bulan menghilang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski, bersempena namanya dengan bantuan PAS di kawasan Bandar Tun Razak bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut.


"Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom (gambar), 59, kepada The Malaysian Insider.


Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid.

Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu.

"Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti," kata pesara kakitangan awam itu.

Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan Khalid untuk setiap program.

"Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup, kami ada program sendiri juga," kata Roslan.

"Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya.

Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di kawasan perumahan Flat Paya Permai.

"Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya.

Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.

Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu.

Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal.

PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

"Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan.

Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. – TMI

Jumaat, November 07, 2014

ISLAM LIBERAL? ADA KE? ATAU MITOS SHJ? MEH BACA..

Gerakan Islam, liberalisme dan pasca-Islamisme

Oleh MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN

Sungguh mengejutkan pendedahan Mustafa Akyol mengenai hasil kajian Liberal Turkish pada 2006 yang mendapati bahawa tuntutan masyarakat Turki agar kembali kepada syariah menurun dari 21 peratus kepada sembilan peratus dalam tempoh tujuh tahun sejak Islamic Calvinism diperkenalkan.

Islamic Calvinists adalah golongan yang menumpukan nilai dan kesufian tetapi mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Golongan ini ditubuhkan untuk mengambil alih kekuasaan Parti Refah sehinggalah Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP, menaiki tangga politik pada 2006.

Kajian tahun 2006 ini jugalah, kehendak masyarakat Turki kepada undang-undang rejam menurun kepada satu peratus sahaja. Malah, idea jihad medan perang sudah bertukar kepada jihad ekonomi, selera tulisan-tulisan pembaca novel pun telah beralih arah dari citra Islam kepada kebejatan moral sekular.

Lebih teruk dari itu lagi, kem Islamis turut mengkritik budaya Islam dan beralih kepada bentuk hidup Muslim yang individualistik, serta mengubah arah dari citra ketaatan kepada agama kepada citra kebebasan. Inilah suasana yang golongan liberal Turki rancang bagi menyediakan AKP sebagai Islamis mengambil pentadbiran kerajaan.

Gerakan liberal memang sah perancangan antarabangsa. Kini, gerakan liberal ini pula mengemukakan satu gerakan baharu sebagai langkah antarabangsa. Satu tesis berjaya dihasilkan bagi mengetengahkan neoliberal antarabangsa, pascamodenisme dan kepelbagaian budaya kepada AKP yang ditulis oleh Burak Ozcetin bagi mendapatkan doktor falsafah di Middle East Technical University pada 2011.

Tidak hairanlah, Akyol menyebut golongan pembangkang menjadi rakan sekular-liberal kerana sekular-liberal gagal dipertahankan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan mengubah wajah Islamisme kepada pasca-Islamisme.

Pandangan Akyol bukanlah bersandarkan kepada pandangan Asef Bayat sendiri yang berbicara mengenai sosial, politik dan hak. Beliau bukan bersandarkan pandangan Olivier Roy dan Gilles Kepel mengenai kegagalan Islamisme membuka ruang baharu dimensi politik moden dan menghalang pemikiran radikal.

Beliau lebih jauh mengheret pandangan pasca-Islamisme kepada bentuk liberal iaitu Islam adalah serasi dengan demokrasi, sekular, kapitalisme, hak asasi manusia dan nilai-nilai Barat. Kesemua idea ini diaduk dalam pasca-Islamisme yang pernah dicanang oleh Islamic Rennaisance Front (IRF) oleh pengerusinya iaitu Dr Ahmad Farouk Musa.

Kegiatan liberal ini adalah selaras dengan keinginan Barat. Alain Roussilon menyatakan Barat tengah menunggu dan mendesak rangka kerja pasca-Islamisme disegerakan. Bentuk pasca-Islamisme yang diinginkan adalah menolak pemikiran radikal Islam, lebih mirip kepada pemikiran Protestan Kristian atau pemikiran liberal Muslim, perwatakan masyarakat Muslim yang lebih moderat dan yang paling penting adalah bagi menolak idea negara Islam dan perlaksanaan syariat Islam. Kandungan Islam Liberal ini sudah berjaya dimuatkan dalam pasca-Islamisme oleh Husnul Amin dalam disertasinya yang bertajuk From Islamism to Post-Islamism.

Tanpa syak lagi, terdapat desakan dari pihak Barat dan liberal Turki bagi mengetengahkan Islam Liberal dalam pasca-Islamisme. Persoalan yang timbul adalah mengapakah mereka mendesak pasca-Islamisme disegerakan? Adakah kerana kegagalan Kemalisme di Turki, Jamal Abdul Naser di Mesir dan Zine el-Ebidine Ben Ali di Tunisia mengekalkan hegemoni sekular?

Adakah liberal dan sekular tidak lagi mampu berdepan mengetengahkan idea dan gerakan agar diikuti masyarakat dunia Islam? Atau adakah pasca-Islamisme adalah citra menukar wajah Islamisme kepada mesra liberal dan sekular selepas menyedari sekular dan liberal sudah tiada tempat di hati umat Islam?

Hanya dua negara yang berjaya menukar citra Islamisme kepada pasca-Islamisme iaitu di Turki dan Tunisia. Di Turki, regim tentera Turki yang beraliran sekular telah menahan Recep Tayyip Erdogan selama setahun kerana dikaitkan dengan parti Refah. Apabila keluar dari penjara, Erdogan terus menyebut agar memberi peluang kepada demokrasi dan liberal menyalurkan kepada masyarakat satu suasana menikmati lebih kebebasan.

Masyarakat merasai sendiri kebebasan ini di bawah pentadbiran AKP berbanding Refah yang dilihat sebagai Islamis. Ideanya, demokrasi Barat adalah lebih bebas dari Turki lalu mengajak ke arah demokrasi bebas. AKP dengan bantuan Kemalisme berjaya membuat tekanan sehingga demokrasi Turki berjalan dengan baik. Ini memberi impak baik kepada AKP untuk terus berkuasa.

Di Tunisia pula, gerakan pasca-Islamisme telah lama dan awal. Kenaikan Rached Ghannouchi membuka lembaran kepada puak sekular agar bersama-sama dengan Islamis. Ruang ini telah membuka lembaran pasca-Islamisme diketengahkan.

Malah, Pusat Kajian Islam dan Demokrasi, CSID, di Washington, Amerika Syarikat yang merupakan pusat kajian sekular dan liberal telah berjaya dibawa ke dalam pentadbiran Ghannouchi yang mengetengahkan idea demokrasi, ekonomi bebas dan hak masyarakat sivil.

Kejayaan pasca-Islamisme di Turki dan Tunisia sedang diaplikasikan di dunia Islam. Negara-negara yang sedang giat dimomokkan dengan pasca-Islamisme adalah Mesir, Yaman, Pakistan dan Malaysia. Baki negara-negara Islam yang lain sedang diusahakan. Sebagai contoh, parti Wasat sedang dinaikkan atas nama pasca-Islamisme padahal parti ini adalah berhaluan sekular yang pro-Abdel Fattah al-Sisi.

Atas tujuan inilah, Akyol telah membentangkan kertas kerjanya di Kaherah, Mesir yang bercerita pengalaman Turki menghadapi Islamisme. Justeru, tidaklah pelik, bekas pimpinan Ikhwan al-Muslimin yang dibuang keahliannya iaitu Kamal Helbawi telah bersama bersekongkol dengan pemerintah Mesir bagi menghidupkan pasca-Islamisme. Dengan harapan, keinginan masyarakat Mesir terhadap syariat akan menurun.

Golongan liberal dan Barat sudah mengetahui bahawa ideologi sekular dan liberal sudah gagal. Kini, mereka menggerakkan dua ideologi ini dengan penjenamaan baharu. Jikalau mereka menggunakan ideologi sekular dan liberal bagi berhadapan dengan pencinta syariat Islam, seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sudah mengetahui jawapan-jawapannya dalam karya-karya ulama sejak kurun ke-20 lagi.

Cuma yang tinggal adalah harapan dari anak-anak muda Islam dan menanti kebangkitan semula para pemikir dan cendekiawan abad ke-20 ini mengemudi perjuangan di awal era abad ke-21 ini agar terus berhadapan idea baharu liberal, yang dimunculkan sebagai pasca-Islamisme.

Dr Muhammad Atiullah Othman ialah pensyarah pengajian Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

HARI INI, KITA BELASAH PAS LAGI..

Hairan Apa Kalau Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Mujahid Yusof Beria-Ia Bela SIS Yang Sesat

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menfatwakan bahawa Sisters In Islam adalah sebuah NGO yang sesat lagi menyesatkan.

Dan sebenarnya ia tidak menghairankan langsung, memandangkan NGO tersebut sebenarnya walaupun menggunakan Islam pada namanya, tetapi hakikatnya mereka hanyalah sebuah kumpulan yang bercita-cita untuk menjadikan umat Islam di negara ini lebih kafir dari orang kafir. Islam bagi mereka hanyalah sebuah agama yang menjadi imej, bukannya iktikad dan iman.

Disebabkan itulah, banyak perkara-perkara mengarut yang diajarkan oleh kumpulan tersebut.

Anehnya, dari PAS, muncul pula nama seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Mujahid Yusof yang beria-ia membela serta menyokong SIS. Bahkan mereka kelihatan tersinggung apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menfatwakan bahawa SIS adalah sebuah pertubuhan sesat yang menyesatkan.

Ada yang hairan mengapa ketiga-tiga orang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu begitu kat menyokong SIS. Takkanlah merek atidak tahu tentang SIS yang turut dianggotai oleh anak perempuan Mahathir, Marina dan Zarinah Anwar yang jelas sesat apabila menyatakan bahawa semua manusia adalah 'ANAK ALLAH'.

Ketiga-tiga orang Anwar tetapi menyamar sebagai pemimpin PAS itu sebenarny ahanya mendengar dan mengikut sahaja apa yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan masalah yang diciptanya kini, orang-orangnya berselerak di serata tempat termasuklah dalam PAS.

Kerjasama puak-puak sesat seperti SIS dengan Anwar Ibrahim bukanlah satu perkara asing. Mereka akan saling tolong-menolong dan sokong-menyokong antara satu sama lain.  Antara pendokong kuat Sisters in Islam adalah Marina Mahathir dan Zainah Anwar serta beberapa orang AJK Tertinggi SIS yang pernah bersama-sama Anwar dalam BERSIH. Dengan gabungan bersama-sama Ambiga Sreevanasan yang dijenamakan sebagai peguam hak asasi nombor wahid yang sentiasa membela SIS di mahkamah dan Pengerusi BERSIH, Anwar mengarahkan orang-orangnya termasuklah yang berada dalam PAS untuk menyokong apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Ambiga.

Pengharaman SIS bukannya kerja UMNO. UBN tidak tahu apa-apa tentang SIS. Mereka terlalu takut untuk menyentuh apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan Mahathir. Walaupun Mahathir mungkin tidak berkenan dengan SIS, tetapi kehadiran anak perempuan sulungnya sudah cukup untuk menjadi tanda bahawa semangat dan roh Mahathir ada dalam kumpulan sesat tersebut. Itu tanggapan orang UBN. 

Sedangkan PAS pada Muktamar Ke-55 telah membuat ketetapan bahawa kerajaan seharusnya mengharamkan SIS. PAS sudah lama menigngatkan tentang bahaya dan kesan buruk daripada kelalaian dan kejahilan kerajaan UBN terhadap ancaman SIS. Oleh kerana itu, PAS telah menetapkan, usul yang dibawa oleh PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas. PAS mendesak kerajaan haraman SIS dan ianya adalah sebulat suara. 

Bagaimanapun, dasar penyokong Anwar yang berjubah PAS, mereka tidak peduli dengan ketetapan parti. Yang mereka pedulikan ialah apa perasaan dan arahan Anwar Ibrahim. Yang pasti ialah, mereka meneruskan legasi Anwar Ibrahim walaupun Anwar Ibrahim sudah berada pada kedalaman 6 kaki di bawah tanah.

Khamis, November 06, 2014

HARI NI, KITA KACAU PAS PLAK.

Jangan Marah Ku Nan Bila Labelkan PAS Sesat Kerana Kebencian Kita Kepada UMNO Jadi Punca Sebenar


Sekarang ini, rata-rata orang PAS mengutuk Setiausaha Agung UBN, Adnan Mansor apabila Adnan Mansor yang mencadangkan dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UBN untuk meletakkan al Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perjuangan UBN selain bercakap tentang Pengajian Sifat 20 (Usuluddin) yang telah ditinggalkan oleh parti tersebut, melabelkan PAS sebagai SESAT dan MENYELEWENG DARIPADA AJARAN ISLAM.

Tak guna kita marahkan golongan seperti Adnan Mansor mahupun sebahagian besar orang UBN yang masih angkuh dengan kuasa. UBN sendiri pun sudah kacau bilau dan tidak lagi bergerak pada landasan sebenar penubuhan parti tersebut.

Suka atau tidak, hanya pada zaman Mahathir sahajalah, UMNO baru kenal AGAMA ISLAM, baru tahu bahawa Tuhan itu adalah Allah Taala, baru tahu Nabi dan Rasul terakhir adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Baru tahu bahawa Islam itu bukan sekadar bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan naik haji atau terikat kepada enam perkara dalam rukun Iman. Hanya pada zaman Mahathir sahaja, baru orang UBN tahu bahawa Islam itu mencangkupi setiap bidang kehidupan manusia termasuklah ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Islam tidak sekadar berkisar tentang halal, haram, wajib, sunat, mubah dan makruh. Bahkan Islam lebih daripada itu.

Kerana itu, orang UBN akan menekup telinga dan cuba menafikan yang PAS lahir daripada kejahilan dan kekufuran para pemimpin UBN yang mahu menghalalkan perkara haram seperti loteri dan judi.

Dari tahun 1951 sehinggalah 2014, jemaah PAS diasuh agar membenci amalan dan kepercayaan UBN yang tersasar dan menyeleweng jauh daripada jalan Islam terutama kefahaman sekular yang memisahkan pemerintahan, pentadbiran dengan agama. Malangnya, golongan jahilun dalam PAS pula, mencipta kebencian mengatasi kebencian ke atas amalan UBN. Ada yang membenci UBN kerana UBN adalah UBN sekaligus meletakkan hukum kepada UBN sehingga wujud pula golongan pentakfir yang mengkafirkan orang UBN kerana mereka mereka gagal memahami kaedah pengkafiran dan pengkufuran sebaliknya menganggap sebagai orang PAS, mereka bebas menjatuhkan hukuman kafir dan murtad kepada sesiapa sahaja yang mereka suka.

Akhirnya kerana perbuatan jahilun tersebut, ia terbalik pula kepada PAS. Sekarang, PAS pula yang dilabelkan sebagai kafir, sesat dan menyeleweng. Bezanya dengan PAS, UBN tidak mempunyai Majlis Syura atau Majlis Ulama. Barangkali kalau mereka adalah kedua-dua majlis itu, UBN pun akan mengambil pendekatan pentakfiran kerana kejahilan mereka.

Kenapa perkara sebegini berlaku?

Kerana jahil dan kerana kebencian yang amat keterlaluan sehingga ilmu yang dipelajari, gagal dihayati dan digunakan dengan sebaik-baik mungkin. Sebaliknya nafsu dan logik akal digunakan, ditambah pula dengan hasutan daripada golongan munafik yang sememangnya berharap agar umat Islam terus berpecah kerana khilafiyyah. Ini bukan perkara baru tetapi telah berlaku dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

PAS sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman pahit yang masih kita rasakan sekarang ini. Kebencian kita kepada UBN telah membutakan pertimbangan dan mata kita sehinggakan kita sanggup menjadi jahil dan lebih teruk lagi, sanggup menjadi anjing yang dipergunakan oleh golongan seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah Taala tidak menjadikan sesuatu secara sia-sia. Jangan pandang buruk dan hina dengan apa yang sedang menimpa sekarang, sebaliknya kita perlu melihat pengajaran yang sedang Allah Taala berikan menerusi kejadian seperti ini.

Cuma, kita perlu bersimpati dengan golongan UBN yang masih taksub dengan fahaman nasionalis mereka tetapi pada masa yang sama, masih tidak faham mengapa kita menyatakan bahawa nasionalisme mereka adalah sesat dan menyesatkan tidak sebagaimana nasionalisme yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

Isnin, November 03, 2014

MARI KITA BELASAH DAP LAGI.

Mangsa usir ikrar jadikan Komtar rumah orang tua

 
Sekumpulan 13 keluarga yang membantah tindakan merobohkan kediaman mereka di Sungai Nyior, Butterworth, mengadakan protes duduk bantah depan kompleks pentadbiran kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar.

Pegawai keselamatan Komtar telah mengunci pintu masuk ke pejabat tersebut.

Jurucakap kumpulan tersebut Samuel Walter berkata keluarga terbabit telah diarah untuk keluar pada Jumaat ini walaupun mereka mendakwa tidak diberikan pampasan yang secukupnya.

Walter berkata kumpulan itu berada di bangunan Komtar hari ini untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng - yang merupakan ahli parlimen mereka.

Katanya, penduduk itu telah mengundi Lim tetapi setiausaha agung DAP itu didakwa tidak bertemu mereka berhubung isu itu.

ADUN Bagan Dalam A Thanasekaran hadir bersama-sama para peserta protes.

"Jika kami tidak mendapat jawapan sampai Jumaat ini, kami akan tukar Komtar jadi rumah orang tua.

"Orang tua ini yang terkesan dengan perobohan itu akan datang ke sini dengan bantal dan tilam kerana mereka tak ada tempat nak pergi," katanya.