USTAZ-USTAZKU TAKNAK JADI PEMIMPIN?

Hari ini, saya dapat dua cerita yang sama tetapi sedikit berbeza.

Ianya berkenaan dengan ustza-ustaz yang tidak mahu memegang jawatan besar dalam jawatan hierarki pentadbiran PAS.

Satunya, seperti semua yang diketahui, Tuan Ibrahim tidak mahu dirinya menjadi Timbalan Presiden PAS. Beliau hanya mahu menjadi Naib Presiden sahaja.

Keduanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui, Ustaz Idris Ahmad tidak mahu dirinya menjadi Naib Presiden PAS, hanya mahu menjadi AJK PAS Pusat.

2 cerita dimana menunjukkan kredibiliti insan bergelar ustaz yang cukup mengerti apakah yang dimaksudkan dengan memegang jawatan.

Ianya satu amanah. Ianya bukan satu kebanggaan.

Tetapi, dalam hati sanubari saya, perasaan kecewa itu tetap ada, kerana insan yang mempunyai karektor yang baik, bersih, dan terkehadapan dengan masyarakat, mengundurkan diri tidak mahu bertanding apabila telah di'amanah'kan oleh perwakilan dari Kawasan.

Namun, bagi saya, melihat dari kacamata politician, ianya sebenarnya adalah satu tindakan yang bijak dan pemikiran yang diluar kotak. Kerana apa saya berkata begitu? Kerana apabila Tuan Ibrahim dan Usta Idris masing-masing memilih bertanding Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, maka, sudah semestinya, sure win situation akan diperolehi oleh kedua-dua ustaz berkenaan.

Maka penyeimbangan mereka yang berpaksikan agamawan berada dalam hierarki pentadbiran PAS akan terwujud.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?