PEMUDA PAS DAH ANTI KEPIMPINAN ULAMA?

Lama sudah saya tidak bergejuis. Kerana apa lama tidak bergejuis? Maka jawapannya adalah, semestinya malas buka laptop.

Tetapi, hari ini saya rajin buka laptop. Kerana apa saya rajin buka laptop? Kerana semalam, saya baca dalam smartphone saya, berkenaan usul "mempertahankan ulama" ditolak oleh Pemuda PAS Pusat. Baca sini.

Semalam, tajuk pada artikel itu sungguh mendebarkan, di harakhadaily, yang bertajuk "Usul Mempertahankan Ulama ditolak DPPM". Pergh,.... memang terbeliak mata saya melihat tajuk. Manakan tidaknya, dibawah tajuk artikel itu, ada satu tajuk lain, berbunyi "Usul Tahaluf Siasi diterima sebulat suara".

Tetapi, subuh ini, tajuk artikel di harakhadaily dah ditukar, kepada "Usul Pemuda Gombak ditolak, langgar perlembagaan".

Apa yang memusykilkan saya ialah bukannya kerana usul itu ditolak, tetapi kerana apa usul itu ditolak.

Saya dapati, dari apa yang disebut dalam harakahdaily, usuk itu ditolak kerana ianya tiada dalam perlembagaan PAS. Ya, usul mempertahankan kepimpinan ulama, tiada dalam perlembagaan PAS. Kerana itu, usul ditolak.

Pelik tidak?

Jika itulah alasan pemuda Lembah Pantai, Lumut dan Kluang, maka kerana apa pula usul Tahaluf Siasi boleh diterima sebulat suara? Adakah tahaluf siasi ada ditulis hitam putih didalam perlembagaan PAS? Ada ke?

Tiada kan.... Maka kerana apa tahaluf siasi diterima walau ianya tidak terkandung didalam Perlembagaan. Ianya diterima kerana ianya adalah salah satu mekanisma untuk memenangkan PAS didalam pilihanraya di Malaysia. Dan ianya adalah sama juga berkenaan dengan mempertahankan ulama dalam PAS. Ianya dalah untuk mendapatkan kemenangan PAS dalam perjuangan ini dengan meletakkan Ulama ditempatnya.

Mari juga kita baca artikel dibawah ini;
 Bukti Dewan Ulama' lebih 'poyo' dari Dewan Pemuda?


Jika Pemuda berpendapat, artikel ini tiada kaitan dengan sebutan Pemuda di bawah;

"Mereka juga mengemukakan hujah bahawa usul yang mengatakan institusi ulama diserang adalah tidak kukuh ekoran tiada sebarang bukti berhubung tuduhan tersebut."

Maka nampak sangat, ada perwakilan yang sengaja berbohong, tentang sudah BANYAK bukti dalam blog Pakatan Rakyat sendiri, yang menghina dan mencerca kepimpinan Ulama.

Apa nak jadi Pemuda PAS ni?
 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?