Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, November 28, 2013

BARU AKU TAHU, OKU TAK LAYAK JADI ADUN!!

Hari ini, baru saya tahu, orang OKU tak layak jadi wakil rakyat di Malaysia ini, kerana mereka ini pekak atau buta atau bisu. Sesiapa dirinya itu dikategorikan sebagai OKU, jangan mimpilah korang hendak menjadi pemimpin negara atau ahli Parlimen dan DUN.
Cap Ayam.

Benda ini bukan saya yang cakap. Tapi Pak Brahim Ali yang cakap.

Ye la. Mamat Kelantan tu. Yang kalah dengan anak Nik Aziz tu masa PRU13 dahulu.

Dia kata, OKU tak layak jadi ahli DUN.

Gini kata dia;

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Nak lagi detail, cuba baca sini.

Inilah dia, perangai orang otak cap ayam. Bila berkata, pakai sebut sahaja.

Kot ye pun menyampah dengan kenaikan elaun ahli DUN Selangor, termasuk eksekutifnya, seperti saya juga yang menyampah tengok berita itu, janganlah menghina OKU pula. Yang sebenarnya, Pak Brahim Ali tu yang OKU. Akal bawah tempurung lutut!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa antara Brahim Katak yang kecil dura-matrenya (otak) maka OKU adalah 132% LEBIH BAIK.

Brahimni buang kelaut belukang pun tak hingin....