Langkau ke kandungan utama

MASA ANWAR BAHAS BAJET 2014, NAJIB ADA MANA BOH?

Hari ini, Bekas TPM telah membelasah Bajet 2014 dengan kaw-kaw. beliau telah bercerita dengan detail lagi berfakta, tentang kerapuan bajet 2014. Jika korang nak tahu, sila baca bawah ni;

 
Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.
NONEMembahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lalu, mengumumkan penghapusan sebanyak RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 dan menyebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen bagi sekilogram.

Memang itulah tugas yang patut ada pada ketua pembangkang. Cak ne dengan setiap perbuatan kerajaan memerintah yang melanggari tatasusila kepentingan negara.

Namun, yang menjadi tanda tanya, semasa Anwar Ibrahim membahaskan bajet 2014 itu, ada ke situkang bentangkan bajet itu mendengar didalam Parlimen?

Cer tengok cerita dibawah ;

Lawatan PM ke London perkukuh kerjasama

Ahmad Zaini Kamaruzzaman Cetak
Lawatan    PM ke London perkukuh kerjasama
Najib dan Rosmah bersalaman dengan pegawai kedutaan Malaysia sejurus tiba di hotel penginapannya di London, semalam. - Foto BERNAMA
London: Lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke sini bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) mempunyai matlamat serampang dua mata untuk kepentingan negara.

Selain hadir untuk WIEF, Perdana Menteri turut berkesempatan bertemu rakan sejawatnya, David Cameron di Pejabat Perdana Menteri United Kingdom di No 10, Downing Street.
Sebelum ini mereka bertemu di sini dan di Kuala Lumpur ketika kunjungan rasmi Cameron ke Malaysia.

Dalam pertemuan dua hala lewat petang esok waktu London, kedua-dua pemimpin akan menyentuh pelbagai perkara berkaitan hubungan Kuala Lumpur-London.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Seri Zakaria Sulong, memaklumkan kepada wartawan Malaysia banyak perkara yang bakal disentuh untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua negara.

Antara yang menjadi tumpuan ialah kerjasama dalam bidang pendidikan dan keadaan semasa dalam pelbagai bidang seperti ekonomi serta keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kerjasama beri manfaat
“Tumpuan pastinya mengenai bagaimana sebarang kerjasama dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya di sini.

Sebelum bermula WIEF, esok, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba lewat malam kelmarin mempunyai beberapa acara di Manchester hari ini.

Mereka akan menghadiri program anjuran 1M4U membabitkan sukarelawan Malaysia di sini dalam acara Cook 4 U atau Masak Untuk Anda dan program Rakan Surau di Manchester Central Mosque and Islamic Culture.

Perdana Menteri seperti kelaziman akan mengambil kesempatan menemui komuniti Malaysia di luar negara dan kali ini membabitkan mereka di Manchester.

Sementara itu, sepanjang WIEF, Najib yang juga penaung yayasan berkenaan akan menyambut ketibaan peserta, termasuk sembilan ketua kerajaan dan ketua negara sebelum menyampaikan ucaptama.

Sepanjang forum dua hari, Perdana Menteri juga akan melawat ekspo WIEF, menyaksikan majlis perjanjian usaha sama dan kerjasama membabitkan Maybank Islamic Berhad dan Lembaga Tabung Haji serta taklimat Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Haa.... inilah yang dinamakan ahli politician yang licik lagi pandai. Ketika orang bahas apa yang dia bentang, dia takde dengar pun apa-apa nasihat berguna yang akan diberika kepada dia. Sebab apa?

Sebab Najib ni penakut ke? Atau tak nak merah telinga kena nasihat berbagai-bagai?

Jawapannya, hang pa semua tanyalah Rosmah..... he, he.....

Ulasan

AisNy berkata…
Bukan ke kos nya tetap sama jer... subsidi diwujudkan untuk meringankan beban rakyat... maksudnya, kerajaan yang menanggung % kos gula itu bagi pihak rakyat... Selepas subsidi ditarik, kosnya 100% ditanggung oleh penguna. Harga gula yg dibayar kepada pembekal atau pengeluar tetap sama.
ibnmustaffa berkata…
Haa,.. tu la dia. Hangpa semua kena baca 2-3 kali apa yg ketua pembangkang kata. Baru faham....

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?