Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Ogos 22, 2013

BLOG AKU MASALAH DOMAIN

Blog aku tak boleh masuk. Masalah domain?! Sape boleh tolong!!

Khamis, Ogos 01, 2013

NAK BELA ANJING SGT, BELALAH KORANG. DOSA MEMASING KANNN??

Pada sesiapa yang nak cuba bela anjing tu. Dipersilakanlah. Padan muka. Bodoh sangat.

Soalan;

SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.

Antara alasan-alasan yang mereka beri:

1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.
5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.
6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.
7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.

 Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.
Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: “Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing.”

JAWAPAN;

Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.

Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: “Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu.” (riwayat Abu Dawud).

Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.
Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.

Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.

Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.
Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.

Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.

Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).

Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.

Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).

Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.

Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.
Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.

Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.

Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.
Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: “Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…” (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu’, IX/234)

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)”

Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah

1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.

Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.

Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.

ANJING; WAJIB BERBUAT BAIK TERHADAPNYA (ULANGAN)

Oleh kerana isu anjing telah menjadi begitu 'kencang' di alam maya, maka saya rasa, saya patut menurunkan satu artikel saya yang terdahulu, yang telah saya gejuiskan Mei tahun lepas.

Silalah baca di bawah ini......

Ahad, Mei 13, 2012

ANJING; WAJIB BERBUAT BAIK TERHADAPNYA.

Dekat tempat kerja saya, ada satu zon dimana zon itu menjalankan kerja penyudahan kepada produk yang telah dikasting. Kerja-kerja grinding pada produk besi dan keluli membuatkan zon itu zon bising dan hazard pada peparu kerana habuk besi halus yang berterbangan boleh dihidu.

Oleh kerana kerja disitu adalah berat dan hazard, maka saya telah memberi kelonggaran kepada pekerja yang melakukan kerja penyudahan itu, jika letih, boleh keluar dari bangunan dan menghidu udara yang segar diluar.

Dan ramailah pekerja yang jika sudah agak letih atau sesak nafas, mereka akan keluar bangunan dan menghirup udara yang segar. Namun, yang peliknya, bukan setakat menyedut udara segar. tetapi sempat lagi merosakkan peparu dengan menelan asap rokok.

Namun, pokoknya, bukan itu isu yang hendak saya ceritakan. Tetapi ada satu cerita lain yang menarik perhatian saya terhadap pekerja-pekerja di bahagian penyudahan ini. Berkenaan dengan seekor anjing.

Ada seekor anjing, berwarna hitam, selalu lalu lalang di luar kawasan bangunan zon penyudahan. Anjing ini, kami lihat apabila berehat di luar, ianya seperti uzur. Bukan uzur sebab tua, tetapi uzur kerana lapar. Kurus kering. Selalu sangat anjing ini berkeliaran diluar bangunan, mungkin dia terhidu sisa makanan disitu. Pekerja selalunya, sambil berehat, akan minum dan makan kuih muih yang dibungkus mereka. Dan semestinya selepas itu merokok.

Mula-mula, saya ada terperasan, anjing itu akan takut-tajut dengan kami, jika melalui depan kami. Anjing itu akan berjalan dengan jauh dari kami. Dan saya juga perasan, kesemua pekerja disitu, tidak pernah pun menghalau anjing itu. Perkara yang pelik dimiliki oleh orang Melayu.

Selang beberapa hari, satu perkara yang susah dilihat oleh saya berlaku. Ada dua orang pekerja yang datang pergi ke arah anjing itu, kemudian memberinya makanan. Ketika itu, ada 5 orang diluar termasuk saya. Saya dan dua lagi melihat dari jauh.
Anjing pun makhluk Allah.

Pada mulanya, anjing itu takut-takut untuk mengambil makanan itu. Tetapi, lama kemudian anjing itu pun memberanikan diri mengambil makanan yang diberi.

Kemudian, esoknya, kami melakukan perkara yang sama. Memberi makan kepada anjing hitam itu. Dan ianya sehingga hari ini kami lakukan. Seperti rutin kerja kami setiap hari.

Anjing hitam itu semakin hari semakin jinak dengan kami dan malah, kadang-kadang mengikut arahan yang diberi oleh kami. Jika kami suruh duduk, dia duduk, jika kami suruh dia berhenti. dia berhenti. Sehingga kadang-kadang, kami terfikir yang anjing itu tahu kami tidak mahu memegangnya kerana jika dipanggil, anjing itu akan berhenti betul-betul 2-3 kaki depan kita.

Saya kagum dengan pekerja-pekerja dibahagian penyudahan ini. Kerana mereka tahu akan sebuah hadith yang mengangkat tinggi darjat seorang manusia yang berbuat baik terhadap binatang. Dan hadith itu mengambil contoh seekor anjing. Rasulullah seperti tahu akan ada satu masa dimana umatnya akan melayan sejenis binatang dengan zalim. Iaitu umat Melayu Islam terhadap anjing.

Padahal, anjing adalah makhluk Allah dan kita wajib bebuat baik terhadap makhluk yang dicipta olehNya. Hanya jangan pelihara anjing. Itu sahaja yang haram. Nak pegang, peganglah. Jika bermazhab Syafie, lepas pegang kulit anjing atau bulunya yang basah, samaklah tangan itu. Tiada masalah. Cuma jangan memelihara anjing, kerana itu diharamkan oleh Allah kecuali untuk berburu dan menjaga harta benda.

Kami juga telah menamakan anjing itu, Lili. Anjing itu anjing betina......

MESIR TERKINI; BODOH PUNYA TAMAROD MESIR!!

Hari ini saya kembali bergejuis. Setelah berehat seharian, saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk bergejuis berkenaan cerita di Mesir.

Kenapa Mesir? Kerana saya beraggapan, kebangkitan Islam akan bermula disana. Dan seterusnya akan merebak ke seluruh dunia. Isme-isme manusia akan mati, yang akan hidup, hanyalah perundangan Allah SWT.

Apa-apa, hari ini saya ingin menunjukkan sebuah gambar daripada sebuah portal berita Arab. Cuba anda semua lihat di bawah;


Nampak tidak perbezaan cara duduk oleh diplomat EU apabila berjumpa dengan Dr Morsi, dengan perampas kuasa askar dan sekular fasiq?

Sedangkan orang bukan Islam pun tahu, dimanakah terletaknya rasa hormat kepada kepimpinan negara Mesir, takkan penyokong tamarood begitu bodoh lebih bodoh dengan orang bukan Islam?

Bodoh punya Tamarood Mesir!!