Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Julai 30, 2013

TERKINI MESIR; AKU MENANGIS MEMBACA INI; WAJIB BACA..

Terus terang saya kata. Banyak-banyak berita dalam peristiwa di Mesir, saya menangis melihat cerita pendek yang benar di bawah ini..... Akhirnya aku menangis juga di bulan Ramdhan.....

Catatan Syahadah dari Medan Rabaah.
Mesir, 28 Julai 2013;


Seminggu sudah keretaku rosak dan aku tinggalkannya di medan Raba’ah. Setelah bertanya2, mereka menunjukkan aku kpd lelaki ini. “Mohammad Letrik” – itulah gelarannya di sini. Dipanggil demikian kerana kerjanya membaiki mana-mana kereta yg bermasalah di sini (Medan Rabaah)
Awalnya, aku memang mengsyakki dia di sini untuk mencari makan. Namun setelah menolak upah yang ku berikan, mendorong aku untuk mengenalinya lebih dekat.


Quote:
“Engkau memang tinggal di sini? Bagaimana kau nak menyara diri dan keluarga kalau tanpa upah?”


Quote:
“Aku ni dah 20 tahun kerja semata-mata untuk hari ini… aku dah berjaya kumpul duit, bina rumah dan dah besarkan tiga anak perempuanku yang semuanya dah berkahwin…"


Quote:
“Dah tu… engkau tak balik kepada mereka ke?”



Quote:
“Tolonglah doakan aku supaya mati di sini… sebenarnya, aku memang berdoa kepada Tuhan – Ya Rabb.. jika mati di sini adalah syahadah.. maka matikanlah aku di sini”


Setelah mengucapkan terima kasih, kami bertukar nombor telefon, kemudian kami berpisah.. Selepas hari itu, kami selalu juga berhubung terutama bila tidak bertemu di Rabaah. Sehinggalah pertemuan semalam, dia katakan padaku

Quote:
“Aku rasa engkau baliklah hari ini, keluargamu masih harapkan engkau.. kelihatannya ini hari terakhir (demonstrasi)”


Aku menghubunginya pagi ini selepas mendengar peristiwa pembunuhan beramai-ramai (27 Julai 2013 - berhampiran Rabaah). Namun tiga kali telefonnya tidak diangkat. Lalu aku SMS ;

Quote:
“Aku tahu engkau tak angkat telefon.. cuma nak pastikan engkau memang bersama kebenaran..”


Jawapan yang aku terima dari telefonnya ialah ;

Quote:
“Dia telah benar dalam penyaksiannya, lalu Allah memperlihatkan kebenaran kata-katanya itu - Dr Tariq dari Hospital Maidani.. tolong maklumkan kepada kaluarganya supaya dapat hadir bersolat jenazah untuknya…!”


- Catatan di fb.com/ehab.meawad - abius
_________________

Jumaat, Julai 26, 2013

KETUANAN CINA SINGAPURA.

Bacalah dengan hati terbuka wahai rakyat Malaysia. Supaya anda berfikir, berfikir dan terus berfikir...... umno bukan hanya ada pada melayu, umno juga ada pada cina.....



UNTUK memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC). 

Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihanraya.

Pembaharuan pilihanraya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan. 


pssttt.. Ini semua salah Anwar Ibrahim dan PR pasal mereka yang lepaskan Pulau Temasik pada Lee Kuan Yew... 



Khamis, Julai 25, 2013

PRK K BESUT; PAS KALAH LAGI. WAJIB TAHU KENAPA.

PAS kalah lagi.

Kalah lebih teruk dari PRU13.

Dulu majoriti 2,434 manusia. Sekarang majoriti kalahnya adalah 2,592 manusia.

Kenapa kalah?

Sebab orang tidak undi PAS.

Kenapa tidak undi PAS?

Ya, inilah persoalan yang perlu dijawab oleh PAS. Kenapa orang tidak mengundi PAS.

Mula-mula saya nak kabor, PRK Kuala Besut, PAS kalah semua UPU. Dulu menang 3 dari 8 UPU. Sekarang kalah semua.

Kenapa?

Kenapa PAS kalah semua UPU? Adakah kerana rasuah duit dan projek sehingga bernilai lebih RM400juta menyebabkan PAS kalah? Adakah kerana orang luar Kuala Besut tidak balik mengundi?

Kedua-duanya memang betul. Dan memang perkara itu menyebabkan PAS kalah.

Tetapi, adakah kerana itu sahaja PAS kalah?

Jika betul, maknanya, setiap kali PRK, jangan haraplah PAS hendak menang PRK akan datang.

Namun, ada satu perkara yang menyebabkan manusia tidak mahu mengundi PAS. Ada satu perkara, yang rasanya semua kepimpinan tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

Satu perkara yang UTAMA menyebabkan manusia tidak mahu mengundi PAS adalah kerana, manusia itu TIDAK DAPAT MAKLUMAT.

Ya!

Manusia yang tidak mempunyai matlumat tentang PAS. Tentang apakah perjuangan PAS. Tentang apakah yang PAS boleh berikan kepada manusia. Bagaimana mereka hendak mengundi PAS.

Hendak tahu kenapa ramai manusia mengundi bn dalam PRK ini?

Sebab ramai manusia dapat maklumat tentang bn. Ramai juga manusia yang dapat maklumat tentang PAS yang difitnah negatifkan.

Mana datangnya maklumat itu?

Datangnya dari TV. Datangnya dari radio. Datangnya dari surat khabar tiap-tiap hari.

BUKAN datang dari internet. Bukan datang dari TV internet. Bukan datang dari radio internet.

Manusia yang perlu PAS berhadapan untuk mengundi mereka adalah manusia yang tiada internet. Majoriti kerusi yang PAS tanding, adalah tempat manusia yang tidak tahu menahu menggunakan internet.

Maka oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh PAS untuk memberi maklumat kepada manusia yang sepatutnya mengundi PAS?

Memperbanyakkan TVPAS sehingga ada lebih dari 3 channel? Memperkayakan kelajuan TV PAS yang selalu tersangkut-sangkut untuk melihat siaran langsung? Tapi, bukankah manusia yang sepatutnya diberi maklumat tentang PAS itu tiada internet? Maka buat apa buang masa dengan TV internet? Buat apa buang masa dengan radio internet? Siapa yang dengar? Siapa yang tonton? Atau hanya syok sendiri?

HAMAS di Palestin ada radionya sendiri. Ikhwan di Mesir ada radio, akhbar dan TVnya sendiri. Kita kata dalam konteks Mubarak dan sekarang, semua radio, akhbar, dan TV dari Ikhwan adalah haram oleh kerajaan mereka.

Jadi, kenapa PAS lokek sangat hendak berjihad dalam perjuangan memiliki radionya sendiri? Mengapa tidak bertungkus lumus untuk membuat TV mereka sendiri. PKM komunis pun dahulu ada siaran radio haram mereka. Kenapa PAS tidak mahu berkecimpung dalam perkara ini.


Saya tidak suruh PAS minta lesen radio. Tidak suruh PAS memohon lesen siaran TV. Tetapi, saya menyuruh PAS melaksanakan tanggungjawab fisabilillahnya dengan mewujudkan TV dan radio walau tiada lesen. Wujudnya TV dan radio, yang boleh diakses oleh seluruh manusia yang dikehendaki mengundi PAS. PAS hanya boleh menang dengan memberi maklumat kepada semua manusia yang perlu diberi undi.

Jangan pula nanti, ada orang sebut, "bahaya buat TV dan radio tanpa lesen, nanti PAS boleh diharamkan". Saya akan jawab. Apanya bodoh statement tu. Jika nak buat kerja yang tak berlesen, janganlah kaitkan benda itu dengan mana-mana badan berkepentingan pada stesen radio atau TV itu. Dah buat kerja 'underground'. Fikir pun dalam konteks 'underground' laa!!!

Rabu, Julai 24, 2013

FITNAH MAKAN DLM TANDAS; SAPE POSE, WAJIB BACA!!

Rupa-rupanya, dah lama dah bilik persalinan ini jadi tempat makan; sila baca kat bawah ni.....

Penjelasan Guru Sekolah Tersebut yang diambil dari perbualan pada statusnya :

———————————

“susah nak explain.. sebab yg tersebarnya dah terlampau negatif… sbnarnya tempat tu dibuka bg menampung keperluan pelajar yg rmai dn untuk mengelakkan murid mkn di atas lantai dan di tepi2 jln sbb tak cukup kerusi meja wktu biasa…
itu inisiatif oleh ** sebelum bulan ramadhan lg.. dan sepnjag bulan ramadhn ni, disebabkan kntin tutup, jd murid2 non muslim atau muslim yg tak puasa dibenarkan makan di dalam bilik tu..
dan bilik tu ilah bilik perslinan yg tak digunapkai sbgai bilik persalinan pun.. tk de spe mndi or berak kat situ.. cum dah lengkap dgn sinki.. jd murid blh basuh tangn, n meja dibalut, bilik berhias jugak sbb nk jdkan betul2 bilik mkan..
ada dua bilik perslinan yg dibuat tempat mkn sbb dekat dgn kantin.. tu je.. kebetulan mungkin yg banyaknya mkan ms bulan puasa ni non muslim la.. walhal kalau hari biasa tak wujud racist langsung pun… anak cikgu pun mkan dlm bilik tu..
sbb skolah ni kecil.. tp murid rmai.. so harpnye, mungkin dapat lah tambah besar lg kantin i ke lps isu ni… huhu”

atau, boleh baca yang ini pun ok ge....



Yang menjadi masalah sekarang ialah, kantin yang ada, kecil, tak mampu untuk menampung para pelajar yang dah ramai. Sebab hendak elak bebudak makan tepi longkang, ada insiatif dari seseorang guru untuk menjadikan bilik persalinan yang tidak digunakan, sebagai tempat makan tambahan selain kanting sekolah.

Siap para guru bersusah payah mencantikkan tempat makan itu, maka jadilah bilik persalinan itu tempat makan. Semenjak bulan Mac lagi.

Kemudian, lagi satu, kepada blogger, jika ada ibubapa murid yang kononnya kata ada tandas dalam bilik persalinan tu, cubalah lihat sendiri betul ke? Kerana saya sudah masak dengan perangai ibubapa yang terlebih2 buat cerita. Terutama dari mereka-mereka itu.

Apa-apa pun, yang pentingnya, fasilitis dan kemudahan disekolah sekarang adalah terlalu terhad terutama dikawasan bandar kerana terpaksa menampung para pelajar yang amat ramai. Dan semestinyalah, saya akan menyalahkan kerajaan tentang hal ini,.. he, he....

Lepas buang air besar ke lepas makan? he, he....

Ni buat-buat latihan sekolah ke tak pose ni,.. he, he....

Oo,.. tempat makan rupanya.....

seperti yang tercatit.

Seperti yang tercatit juga.

Perasan tak, meja ni lebih lawa dengan meja kanting sekolah..

Nak tambah ayat lagi, cantik juga tempat makan aka 'tandas' ni..


Mak, ayah, sebelum bulan pose pun kami makan sini le. Takkan nak suruh kami makan tepi longkang kot?

Ok le tu..
Nak tau lagi cite, cuba baca ini;

Canteen In Changing Room , FACTS That You Should Know.

FITNAH MAKAN DALAM TANDAS; CIKGU JUGA KENA DI'BODOH'KAN.

Hari ini saya nak off dahulu cerita di Mesir.

Hari ini saya hendak bercerita berkenaan satu kes.

Satu kes berkenaan dengan orang yang tidak berpuasa.

Disuruh makan didalam bilik persalinan.

Tetapi, dituduh dipaksa makan dalam tandas.

Sehingga ada seorang Menteri Pendidikan, tanpa usul periksa, memarahi pihak sekolah agar di tukar ke tempat lain, yang menyediakan kerusi meja dan sinki. Tetapi dia lupa, bahawa kerusi meja dan sinki memang disediakan.

Inilah saban hari yang berlaku disekolah. Apabila ada satu isu, maka tanpa usul periksa, orang awam akan memaki hamun guru. Ya. Jika yang membuat masalah adalah sekolah, yang kenanya, guru, atau dipanggil cikgu. Sehingga ada seorang yang sanggup mengatakan "Bila cikgu bodoh macammana nak membentuk pemikiran pelajar".
Mari berbuka puasa. Saya rasa cikgu ni geram dgn blogger cap ayam ni..

Hanya semata-mata peristiwa yang disensasikan makan dalam tandas, tanpa usul periksa, cikgu yang kena ayat BODOH!!

Saya bukan cikgu. Saya seorang jurutera. Sungguh jauh profesion saya dengan guru. Namun, walaupun saya bukan guru, profesyen guru adalah terlalu dekat dengan saya. Jika ada apa-apa yang berkaitan dengan guru. Saya sendiri akan terkesan. Jika ada apa-apa yang ditulis dalam media terhadap guru, saya sendiri akan terasa. Kerana apa? Kerana isteri saya adalah seorang guru. Guru sekolah Menengah.

Setakat ini, saya ada 4 orang anak. Saya bertanggungjawab terhadap 4 orang budak yang kecil dinamakan anak. Saya beramanah menjaga 4 orang ini. Tetapi, isteri saya, walaupun sudah ada 4 orang anak, dan sedang membawa dan menaggung seorang lagi anak kami didalam rahimnya, namun, secara realitinya, beliau mempunyai lagi 42 anak yang perlu dijaga. Ditambah dengan 158 lagi anak 'angkat' untuk dididik.

Seorang guru, jika beliau balik ke sekolah, beliau akan sentiasa bercerita tentang karenah anak-anaknya disekolah. Terutama yang 42 orang itu. Selain menjaga anak kami yang 4 orang, hatinya juga sedang menjagai lagi 42 orang anaknya disekolah, yang perlu beliau bentuk, maaf bukan setakat bentuk, tetapi didik, sehingga jika boleh, kesemua 42 anaknya itu menjadi orang yang berguna bila besar nanti.

Belum dikira lagi selebih 152 orang lagi. Yang perlu dididik beliau, walau setakat satu mata pelajaran.

Tandas paling bersih dalam dunia??
Walaupun saya mempunyai 4 orang anak setakat ini, kadang-kadang, saya tersasul dengan memanggil nama anak saya. Bukan lupa, tetapi, tersasul. Tetapi, isteri saya, tidak pernah tersasul menyebut nama anaknya yang 4 itu. Dan, beliau juga tidak pernah tersasul menyebut nama anaknya yang lagi 42 orang itu. Beliau boleh menghafal keSEMUA nama anaknya, termasuk nama ayah mereka.

Setiap karektor 42 anaknya itu, beliau tahu, dan memahami, mana yang nakal, yang baik, yang jahat, yang menipu, yang mengada-ngada, yang gedik, yang bising, yang banyak celoteh, yang pasif, yang aktif. Dia tahu setiap karektor anaknya disekolah.

Itulah kelebihan seorang guru. Mempunyai sifat ingin membimbing dan membentuk masyarakat.

Saya sebagai orang luar dalam profesyen guru, memang tidak sanggup untuk melangkah ke dunia perguruan ini. Kerana, saya tahu, bukan setakat perlu berhadapan dengan ramai 'anak', tetapi perlu berhadapan dengan mak dan ayah kepada 'anak' itu, malah perlu juga berhadapan dengan masyarakat, yang bermulut kurang ajar, seperti ada seorang yang suka sangat berkata bodoh kepada guru.......


Penjelasan Guru Sekolah Tersebut yang diambil dari perbualan pada statusnya :

———————————

“susah nak explain.. sebab yg tersebarnya dah terlampau negatif… sbnarnya tempat tu dibuka bg menampung keperluan pelajar yg rmai dn untuk mengelakkan murid mkn di atas lantai dan di tepi2 jln sbb tak cukup kerusi meja wktu biasa…
itu inisiatif oleh ** sebelum bulan ramadhan lg.. dan sepnjag bulan ramadhn ni, disebabkan kntin tutup, jd murid2 non muslim atau muslim yg tak puasa dibenarkan makan di dalam bilik tu..
dan bilik tu ilah bilik perslinan yg tak digunapkai sbgai bilik persalinan pun.. tk de spe mndi or berak kat situ.. cum dah lengkap dgn sinki.. jd murid blh basuh tangn, n meja dibalut, bilik berhias jugak sbb nk jdkan betul2 bilik mkan..
ada dua bilik perslinan yg dibuat tempat mkn sbb dekat dgn kantin.. tu je.. kebetulan mungkin yg banyaknya mkan ms bulan puasa ni non muslim la.. walhal kalau hari biasa tak wujud racist langsung pun… anak cikgu pun mkan dlm bilik tu..
sbb skolah ni kecil.. tp murid rmai.. so harpnye, mungkin dapat lah tambah besar lg kantin i ke lps isu ni… huhu”

MESIR TERKINI; SEMALAM, POLIS FASIQ MESIR BUNUH LAGI 6 SYUHADA.

Kementerian Kesihatan Mesir telah mengesahkan jumlah kematian keseluruhan seramai sembilan (9) orang dalam siri pertembungan berdarah terbaru, seperti berikut:

- Enam maut dalam pertembungan malam tadi sekitar Universiti Kaherah (Medan Nahdah) dan di Giza.

- Seorang maut pada petang Isnin sekitar Medan Tahrir.

- Dua maut pada petang Isnin di Qalyoubiya, daerah di pinggir luar Kaherah.

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬


As-Syahid semalam. Dibunuh oleh samseng upahan polis fasiq Mesir.

As-Syahid. Juga semalam. Juga dibunuh oleh polis fasiq Mesir.

Solat jenazah di Dataran Rabaat al-Awadiah.

Selasa, Julai 23, 2013

MESIR TERKINI; SEORANG LAGI SYAHID SEBENTAR TADI!!

Mesir terkini;

Seorang telah syahid di Medan Al-Nahdah akibat serangan puak samseng upahan polis dan askar fasiq Mesir. Dan yang terbaru, serangan senjata telah diacukan ke para demostrasi di Rabaitul Awadiat.

As-Syahid- sebentar tadi, jam 5.00pagi, 23/7/13, Mesir.

Solat jenazah sedang berlangsung

Jenazah as0Syahid!!
Gambar terkini; Solat Subuh selepas demonstrasi diganggu oleh samseng As-Sisi.

MESIR TERKINI; APA YG BERLAKU SEMALAM? WAJIB LIHAT!

Apakah yang berlaku sekarang di pusat demonstrasi Pro Morsi di Rabaitul Awadiat? Mari lihat di bawah;

Ini perhimpunan jam 9.00 pagi, Isnin, 22/7/13.

Ini pula perhimpunan jam 5.30petang, Isnin, 22/7/13. Masih tidak berganjak dari sehari ke sehari.

Solat tarawikh di Rabaitul Awadiat, semalam, Isnin 22/7/13.

Muslimat juga solat Tarawikh. Di kiri bawah, gambar syuhada Muslimat yang dibunuh Sabtu lepas.

Khusyuk.

Tak ramai yang solat semalam. Ni sebahagian je.....

Yang ini, lepas Tarawikh semalam;




Sementara di depan Mahkamah Tinggi juga diadakan demonstrasi Pro Morsi.




Di bawah pula di Mansurah;

Lautan manusia menyokong Morsi.

Setelah hampir 3 minggu kejatuhan Morsi dari pemerintahan akibat dirampas secara haram oleh askar fasiq Mesir dan golongan sekular, bantahan Pro-Mursi kini berterusan dalam sekurang-kurangnya di 12 bandar di seluruh Mesir.

Penyokong Mursi menyeru untuk menamatkan pemerintahan kerajaan sementara di Aswan, Kaherah, Alexandria, Assuit, Minya, Mansoura, El Arish, Fayoum, Marsa Matrouh, Giza, Beheira dan Beni Suef.


InsyaAllah, dengan kekuatan ini, pihak askar fasiq Mesir dalam kekalutan kerana dengan nyata, As-Sisi sedang mengalami perpecahan dalaman oleh para pemerintah tinggi askar Mesir yang lain. Doakan kemengan Islam, takbir!!!!

Gambar paling BEST!!!! Penyokong Morsi yang ganas.....

Isnin, Julai 22, 2013

MESIR TERKINI; KERANA 4 MUSLIMAH SYAHID SEMALAM, MUSLIMAT HARI INI BERDEMO KE KEMENTERIAN PERTAHANAN!!

Sabtu dan Ahad lepas ada masalah dengan broadband. Hari ini insyaAllah saya akan sambung peristiwa di Mesir. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku 3 hari lepas.

Dari sumber TranungKite;

Perarakan di Hadapan Kementerian Pertahanan

Rakyat Mesir yang sebahagian besarnya kaum wanita telah berarak menuju ke Kementerian Pertahanan untuk membantah rampasan kuasa dan pembunuhan ke atas rakyat yang berlaku.
 








Kaum muslimah membuat perarakan menuju ke pejabat kementerian pertahanan untuk mengutuk dan menuntut keadilan bagi peristiwa Monsoura yang menyebabkan 4 wanita syahid.. 


 Semua ini adalah kerana ini;


 [Kronologi serangan samseng di Mansurah semalam]

- Kumpulan samseng telah melepaskan tembakan peluru hidup dan kartrij terhadap perarakan menyokong legitimasi di Mansurah. Menurut sumber, terdapat beberapa kecederaan yang dilaporkan dari kalangan penunjuk perasaan dan beberapa wanita yang menyertai perarakan turut di tahan di Jalan Tir'ah

- Tiga syahid (biiznillah) dalam pembunuhan beramai-ramai Mansurah
1) Hala Mohamed Abu She'sha 20 tahun (dicekik/sesak nafas)
2) Islam Ghany 38 tahun (tembakan di kepala)
3) Tidak diketahui identiti. Umur dalam tiga puluhan (tembakan di perut)

- Kini bilangan syuhada' wanita di Mansurah telah meningkat menjadi 4 orang. Mereka adalah penyokong legitimasi Dr Muhammad Mursi yang telah diserang dan ditembak. 200 wanita lain turut tercedera dalam serangan tersebut.

Gambar atas: Ini merupakan gambar terakhir yang dipost di akaun facebook peribadi Hala Mohamed Abu She'sha sebelum beliau menemui syahid.

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬


Inilah salah seorang Muslimah yang Syahid dibunuh samseng upahan askar fasiq!!

Jumaat, Julai 19, 2013

MESIR TERKINI; WAJIB LIHAT, SEKITAR PETANG 18/7/13 DAN PAGI 19/7/13!!


Terkini; gambar di Mesir, petang 18/7/13 dan pagi 19/7/13.

Gambar satu; sumber Tranungkite:

UNIVERSITI MENENTANG RAMPASAN KUASA!!

Terkini : Kadet-kadet tentera berdiri di atas kereta perisai manakala penunjuk perasaan dalam perarakan'Universiti Menentang Rampasan Kuasa' yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti melaungkan laungan :

"Demi legitimasi, demi syahadah, berdirinya kami di sini satu ibadah!"

"Kami para penegak revolusi yang bebas, tidak takut pada bedilan senjata api"

"Teguhlah wahai presiden, biarkan media-media palsu, (pandangan)kami pelajar-pelajar Mesir lebih utama!"

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬


Para pendemo Universiti di Mesir, 18/7/13

Pendemo Universiti dihalang oleh askar Mesir dij ambatan Universiti.


 Kapten pasukan bola sepak Mesir, Muhammad Abu Treka berkata dalam penyataannya :

"Kepada sesiapa sahaja yang berbicara tentang pentadbiran Dr Mursi, mereka boleh katakan apa sahaja mengenainya, namun anda hendaklah berhenti bercakap tentang akhlak, reputasi dan tingkah laku beliau, sesungguhnya beliau bukanlah seorang pembunuh atau pencuri"

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬




Graviti kenyataan Mesir sekarang, 18/7/13.

18/7/13, petang, depan kabinet Mesir. Demo Pro Morsi dan menentang kabinet baru haram Mesir.

19/7/13, 1.00pg, orang ramai di tepi jalan Kaherah masih lagi berdemo menentang rampasan kuasa!!

Menteri Minyak Mesir yang baru. HARAM!!
Dan yang sebenarnya kejatuhan Morsi. Semalam, Menteri Minyak Mesir yang baru menandatangani perjanjian untuk mengeksport Gas ke Israel . Ini sebenarnya kepala syaitan yang berlaku! Tamarood untuk keselesaan Israel dan rampasan kuasa untuk kemudahan Israel.