JANGAN BACA JIKA BUKAN AHLI PAS.

Tulang Besi, adalah seorang manusia yang jahat. Seperti juga Al-Huseyn. Dan kawan-kawan blogger celaka mereka. Tulang Besi ada kata, ada satu kumpulan PAS yang sedang ingin menjatuhkan kumpulan pro Pakatan.

Ok, jika betul, saya setuju sangat, kerana nama-nama yang diberi itu adalah dari golongan IRC yang memporak perandakan jemaah. Namun, untuk menunjukkan bahawa kami ini jahat, dia labelkan kita sebagai UG. Ok, itu pun saya setuju, kerana UG itu maksudnya Ulama Government.

Yang kelakarnya, mereka tuduh, PAS nak gabung dengan umno. Kah! Kah! Kah! Itu yang nampak pelik tu. yang grassroot tahu, puak PKR yang selalu terhegeh2 buat pertemuan dengan umno dalam BANYAK hal. Tetapi, mereka tuduh pepuak PAS. Takpe lah. Kita dapat pahala.

Saya dan ramai rakan-rakan yang bekerja di cawangan-cawangan, yang diberi nama sebagai Grassroot, adalah golongan yang nampak perkara ini dengan jelas. Kami bukan taksub dengan pemimpin. Kami bukan membuta tuli menerima arahan. Kami buat kerja dengan menggunakan akal dan iman. Berpandukan kepada rujukan Al-Quran dan Sunnah.

Jika ada segelintir kepimpinan yang beranggapan Hudud itu perkara remeh, maka kami jelas akan kepincangan iktikad perjuangannya. Dr Dzul dan Mujahid, adalah dua golongan yang mempunyai pemikiran yang bercelaru daripada perjuangan PAS. Maka kami tidak mahu mereka ini menjadi pemimpin, kerana iktikad mereka yang berbeza.

Serupa juga dengan Khalid Samad, yang melebihkan pemimpin lain daripada Presiden sendiri. Yang mempunyai pe'el berpolitik yang sungguh tidak sihat, maka kami di Grassroot, mahukan beliau tidak memegang apa-apa jawatan.

Begitu juga Dr Hatta, seorang yang tidak boleh memegang amanah rahsia jemaah. Tidak mempunyai amanah sirr dalam perjuangan, perlu di peti sejukkan dari kepimpinan. Kerana amanah adalah asas untuk menjadi pemimpin.

Namun, mereka ini adalah golongan yang kami panggil usrah dalam usrah. Mereka ada usrah untuk golongan mereka. Yang membuatkan kami di grassroot melihat, mereka ini menjadi ejen memecah belahkan jemaah kerana mereka mempunyai visi mereka sendiri untuk kepentingan jemaah dalam jemaah mereka.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bro, lu mmg bengap dan bebal lah, lu ingat pas kuar sangat ker, kalau lu rasa pas kuat sangat, lu usulkan dalam muktamr nnt pas kluar PR, dan insyaAllah pas akan lost deposit dalam banyak krusi, jenih bebal dok juruh aroh
Raincity v2 berkata…
camni la. aku pakatan sympathizer. bab ilmu agama hadi awang mmg cerdik. tapi bab ilmu politik dan berhujah, hampeh. ada ka time nak election pi kutuk parti kawan. pastu ada pulak macai (pembela ulama??) yang backing kata tu utk kebaikan PR. nak pilihanraya cakap camtu serupa macam hasan ali la wei.
kepimpinan ulama? sebab hadi awang la aku dok rasa ulamak dlm pas ni ramai tak cerdik. waris nabi tapi kalo tak cerdik aku nak respek camana? ni ikhlas cakap. bole terima ka? ka karat ijau? pas ganti umno. elok la tu. sekoq karat biru, sekoq karat ijau. siam peghut ijau.
Tanpa Nama berkata…
PAS taklah kata dia kuat...tapi setakat ni dah terbukti memang power, sebab kat kelantan dulu walaupun majoriti 1 @2 kerusi tapi tak goyah. Bukan cam parti satu lagi tu, habih keluar parti sampai jatuh kerajaan Perak. Oleh itu buat RainCity, lebih baik hentam kaw2 sblm syok hanya 2-3 bulan lepas tu hilang kerajaan. Aku pun pelik bin ajaib, Presiden tanding tiket PKR, anak buah tanding lawan PKR?????!!! Tolong bagi pencerahan secara logik!!!!
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan admin....saya mengikuti penulisan di kedua-dua belah pihak di dlm PAS ni (IRC-NonIRC). masing2 ada kelebihan & kekuatan..saya agak sedih sekiranya kedua2 kumpulan ini tidak dpt duduk semeja. walaupun ada perkara saya tidak bersetuju dgn khalid samad, Dr dzul, mujahid dll tetapi mereka juga mempunyai sumbangan yg besar kpd PAS. Mereka mudah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat - muslim & no-muslim, boleh berbincang dasar2 berkaitan ekonomi dan sosial dlm kerangka yg ada pada realiti masyarakat kini yg semakin jauh dari agama. Marilah kita saling bermaafan dan menyusun saf agar kukuh kembali. Pada saya yg menjadi dalang @mengapi2 perselisihan ini adalah org2 disekeliling mrk shj. seperti ???? tuan admin lebih tahu siapa...

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?