Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, April 29, 2013

PRU13; PETUGAS DAN PENYOKONG PR, SILA BACA.

Siapa pada 2004 dahulu, menjadi petugas pilihanraya untuk Barisan Alternatif? Siapa pada 2004 dahulu, yang masih ingat, apakah target BA dalam PRU11? Peristiwa ini adalah dalam usia 9 tahun yang dahulu. Ada sesiapa yang ingat? Jika tiada yang ingat, mari saya tolong ingatkan.

Target BA pada PRU11 dahulu adalah untuk menghancurkan 2/3 kerusi majoriti bn. Itulah target BA. Dan jika sesiapa tidak tahu BA itu apa? Maka pencerahan yang saya boleh buat ialah BA ketika itu adalah kerjasama antara PAS dan KeAdilan. Tidak DAP. Maka, target DAP, kami tidak tahu, kerana ketika itu, DAP telah mentalakkan diri sendiri daripada Barisan Alternatif, kerana undi cina ketika PRU10, adalah solid kepada bn, dan Melayu pula, solid kepada BA.

Saya rasa, semua mood petugas pada PRU11 itu adalah untuk menang. Bukan takat menghancurkan majoriti 2/3 bn, tetapi, dapat memerintah Malaysia keseluruhannya. Mood reformasi ketika itu masih kuat. Orang muda ketika itu masih dalam keadaan 'mabuk' reformasi.

Anggapan menang bukan disebabkan angan-angan kosong, tetapi ianya berdasarkan kepada banyak kerusi pada PRU10 yang majoriti kurang dari 2000 dan kurang 1000. Maka, anggapan kepada seluruh jentera BA adalah, BA akan menang besar.

Namun, penghasilannya, BA kalah teruk!

Oleh kerana anggapan petugas dan penyokong BA ketika itu adalah terlalu tinggi untuk menang, apabila keputusan keluar selepas hari mengundi, saya rasa BA telah menjadi OKU selama lebih dari 2 minggu. Semuanya terkejut, tergamam, pening-pening lalat dan, ada juga yang menyalahkan takdir. Astaghfirullah.

Saya sendiri tergamam dan sedih ke tahap gaban. Seperti seorang yang putus cinta kali pertama. Tidak, ianya adalah lebih teruk rasanya daripada putus cinta kali pertama. Cuba anda bayangkan, Parlimen Marang, Tok Guru Hadi kalah kali pertama di kerusi Parlimen itu. Parlimen Marang umno menang. Gila!! Nasib baiklah Permatang Pauh menang tipis. Tidak salah saya kurang 200 undi. Boleh anda semua bayangkan.

Dan, izinkan saya untuk menyuruh pembaca blog saya ini bayangkan, pada PRU13 ini nanti, 6 hb Mei 2013, Pakatan Rakyat kalah dengan teruknya. Cuba anda semua bayangkan. Adakah semua itu bakal boleh berlaku?

Ish, apa ni saya ni buat kerja gila menyuruh penyokong PR untuk bayangkan kekalahan pada PRU13 ini nanti? Kenapa saya ni? Sudah tidak siumankah?

Bukan,.. bukan tidak siuman, tetapi perkara ini perlu difikirkan dan perlu dinilai, kerana pilihanraya di Malaysia ini adalah cuma kosmetik demokrasi. Pilihanraya di Malaysia ini sebenarnya adalah satu sistem menipu rakyat yang menjurus untuk memenangkan bn walau apa cara sekalipun. SPR itu tidak bebas dan selama ini pun, SPR memang tidak bebas. Ianya hanya lakonan buruk untuk meyakinkan SPR itu bebas. Tidak sama sekali.

Saya ini hanya hendak memberitahu bahawa, kepada mereka yang baru berkecimpung dalam pilihanraya, supaya bersedia mental dan spritual untuk menerima apa sahaja keputusan PRU13 ini. JANGAN PATAH SEMANGAT jika kalah. Kerana PRU13 ini hanya permulaan kepada perjuangan yang masih jauh.

Ini hanya permulaan.

Jumaat, April 26, 2013

BUKAN MAT TAIB, TETAPI ISLAMLAH 'PIALA' YG DIJULANG.

Saya suka artikel yang dibuat Roslan SMS ini, oleh itu, saya copy dan paste kan diblog saya ini..... selamat membaca;

Bukan Mat Taib tetapi Islam lah "PIALA" yang dijulang (26/4/13)

Friday, April 26, 2013



Hari ini rakan saya Joceline Tan di dalam ruangan “Analysis” nya dalam akhbar The Star menumpukan ulasan pada penyertaan bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam PAS. Semalam ketika menghubungi saya dan bertanya pandangan saya darihal kesan penyertaan Mat Taib serta impaknya ke atas PRU di Selangor, secara jujur saya menyatakan bahawa semasa saya berada di Tanjung Karang baru-baru ini, penduduk tempatan (masyarakat Kampung Melayu) begitu “excited” dengan perkembangan terbaru itu dan menanti-nantikan Mat Taib.
Pastinya ada kesan buat PAS dan PRU di Selangor khasnya dikalangan orang-orang Melayu. Kerana saya telah menyatakan sebelum ini dalam posting saya memang Mat Taib punya rekod yang berwarna-warni selama 11 tahun menjadi MB di Selangor, tetapi yang pastinya beliau seorang MB yang sentiasa ke bawah, dekat dengan rakyat. Sebagaimana Allahyarham Dato Harun Idris dahulu begitu dekat dengan rakyat walaupun beliau berakhir dengan berihat di Penjara Pudu.

Dari segi karekter dan peribadi Mat Taib disenangi khasnya  penduduk luar bandar di Selangor. Mungkin kerana pengalamannya sebagai seorang guru, yang memungkinkan beliau lebih hampir pada rakyat berbanding dengan seorang lagi bekas MB Khir Toyo contohnya.
Apa pun dari pemerhatian saya, penyertaan Mat Taib itu disambut dengan senang hati oleh penduduk luar bandar, kecuali yang Umno yang pastinya marah-marah.

Joceline menulis bahawa PAS mudah sahaja memaafkan dan menerima musuh-musuhnya, seakan PAS ini oportunis sanggup melakukan apa sahaja demi menadapat kuasa.
Beliau berhak berpandangan demikian tetapi itulah politik.

Tambah pula dalam Islam, kalau Rasulullah saw pun pernah berdoa kepada Allah swt agar membuka pintu hati Umar bin al Khattab atau Abu Jahal bin Hisham untuk menerima Islam, akhirnya ditakdirkan Umar memeluk Islam, apalah salah kita berdemikian pada Mat Taib sedang Mat Taib sudah pun Islam dan Alhamdulillah sekarang bersama pula perjuangan Islam.
Joceline tidak tahu begitu juga Rasulullah saw ketika Pembukaan Kota Mekah, dengan mudah menerima Islamnya, musuh besar Islam ketika itu, Abu Suffian dan Rasulullah telah memberikan kedudukan yang mulia buatnya walaupun beliau sebelumnya merupakan musuh.

Hal-hal ini tidak menjadikan Rasulullah oportunis tetapi itulah fiqh al harakah yang diturunkan oleh Baginda kepada umat Islam untuk dijejaki dan diikuti sehingga akhir zaman.
Joceline menganggap Mat Taib bagaikan satu piala yang diusung PAS ke hulu ke hilir, malangnya piala itu “somewhat chipped” sedikit sumbing. Bagi PAS bukan Mat Taib tetapi Islam itulah piala yang PAS julang sejak dari tarikh penubuhannya awal 1950an sehinggalah sekarang. Hari ini Mat Taib memilih untuk bersama menjulang piala yang sama.

Dan piala inilah yang akan kita julang pada 5 Mei nanti, dan dengan izin Allah jika ditakdirkan berjaya insyallah Negeri dan Negara akan menjulangnya buat selama-lamanya.

Rabu, April 24, 2013

PRU13; PR NAK MENANG, SILA BACA.

Tadi saya ada terbaca satu artikel ini dalam MalaysiaKini. Saya bacanya, pada mulanya seperti artikel biasa-biasa tentang Datuk Kamilia. Tetapi, ada dua perenggan yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis satu artikel baru dalam blog ini.

"Ada kami nampak Datuk berkempen. Tapi dia dengan anak dia je. Anak lelaki dan anak perempuan. Kami ada juga nampak dia bagi risalah dekat orang. Ada juga yang nampak dia bagi risalah dekat bangsal panas PAS.

"Datuk pernah cakap dekat saya dia tak akan kacau orang Umno. Jadi sasaran Datuk ialah pengundi atas pagar, golongan muda. Sebab Datuk ada semua data-data pengundi kat sini.


Ini ayat yang dikata oleh seorang petugas wanita umno Kuala Kangsar.

Nampak tidak, apa yang menariknya isi kandungan 2 perenggan di atas? Harap korang semua nampak. Yang tidak nampak, mari saya suluhkan dengan lampu ajaib supaya nampak.

Apa yang hendak saya tumpukan adalah perenggan kedua dari 2 perenggan yang saya ambil dari MalaysiaKini.

Minah wanita umno itu ada kata, Datuk Kamilia tidak akan kacau orang umno untuk dikempenkan agar mengundi dia. Kemudian pula, dia ada kata, Datuk Kamilia akan mensasarkan hanya pengundi atas pagar dan golongan muda sahaja.

Bagi saya, inilah yang dinamakan kempen yang efisien. Dan nampak tidak ayat terakhir dari perenggan kedua di atas, 'Sebab Datuk ada semua data-data pengundi kat sini'.

Inilah yang sebenarnya paling penting. Semua data pengundi ada dengan Datuk. Maksud yang lebih tepat disini, semua data pengundi dari pihak umno, ada dengan Datuk Kamilia. Kenapa saya menjuruskan dengan lebih tepat 'data pengundi dari pihak umno'? Kerana, mahu tidak mahu, itulah data yang terbaik untuk seseorang yang ingin berkempen untuk meraih undi. Memang lengkap gila!!

Bukan seperti data yang pihak PR ada. Bukaaaan.. Pepuak umno ini ada data yang sungguh berlainan dengan apa yang kita ada.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak PR, oleh kerana sudah adanya banyak calon-calon Bebas dari umno, apa kata kita berbaik-baik dengan mereka, agar keperluan yang kita tiada itu, diadakan. Agar lebih efisien kerja kempen kita untuk memenangkan Pakatan Rakyat.

Jangan buang masa berkempen dengan penyokong PR dan totok bn. Kerja sesia sahaja.......

Isnin, April 22, 2013

PERTINDIHAN BERLAKU KERANA PAS NAK SELAMATKAN PR.

Kepada penyokong PR, janganlah risau akan apa yang berlaku dengan pertindihan yang berlaku di kerusi PR. Ada hikmah disebaliknya. Cerita dibawah adalah untuk DUN Terengganu,  DUN Johor dan  Dun Kota Damansara. Bukan cerita Parlimen Labuan dan Sungai Acheh. Bab Sungai Acheh dan Labuan, korang semua tanya Azmin.....

Pertindihan Berlaku Kerana PAS Mahu Selamatkan Pakatan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/TG%20Hadi%20Awang%2021%20april.pngMARANG - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata berlaku pertindihan beberapa kerusi di antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat kerana PAS mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat.

"Kita tak mau jadi kerajaan kita jatuh seperti negeri Perak, PAS mempunyai jentera yang ramai di seluruh negara.... PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tapi kalau ada calon yang kita khuatir calon yang tangkap muat,

"calon yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak...... maka jadi berlaku pertindihan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian pada ceramah kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) di Kampung Tebakang, DUN Alor Limbat di sini malam ini, Ahad 21 April. [Lihat Video]
Turut bersama beliau adalah, calon PAS bagi Dun tersebut Ariffin Deraman, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan PAS negeri Terengganu Jefri Chua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Marang Maarof Ismail.

Menurutnya, di Johor berlaku pertindihan kerana calon yang ditunggu-tunggu tidak tiba dan PAS bertindak masuk mengemukakan calon, kerana bimbang Barisan nasional menang tanpa bertanding.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/ripin%20&%20ayah%20chik.jpgNamun, sebaik sahaja calon PAS masuk katanya, calon tersebut tiba-tiba muncul dan masuk memfailkan kertas pencalonan.

Katanya, ada di antara calon-calaon diketengahkan membimbangkan PAS kerana PAS mempunyai maklumat bahawa bakal calon tersebut adalah 'pengedar' pil kuda.

Dan ada juga calon-calon, jelas Ustaz Hadi, yang menjulang Lenin dan Stalin, memakai lambang dan menampal gambar Karl Marx dalam markaz.

"gambar Karl Marx duduk dalam markaz, macamana orang PAS nak bekerja (sama), sebab itu ada bertindih bertanding....untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat,

"kita tak mahu memerintah sekejap dan jatuh, PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihanraya tetapi keteguhan apabila diberi kemenangan oleh Allah SWT,"jelasnya.

Namun beliau menegaskan, PAS akan meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP dan tidak ada apa-apa masalah dalam kerjaama tersebut.

Ahad, April 21, 2013

PRU13; KISAH BENAR LAGI, PERLU BACA.

Semalam, hari penamaan calon. Saya tidak hadir. Pertama-tama kalinya dalam PRU dan PRK, saya tidak hadir ke hari penamaan calon. Bukan sebab boikot calon. Bukan kerana menganggap pergi ke penamaan calon beramai-ramai adalah kerja sesia, tetapi kerana anak sulong saya yang darjah 1 buat julung kalinya, sekolah beliau ada hari sukan.

Jadi, untuk menjadi ayah yang support anaknya dialam persekolahan, maka saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai ayah untuk hadir dan memberi semangat kepada beliau untuk bersukan.

Namun, artikel kali ini, bukan hendak saya tujukan tentang saya tidak hadir ke penamaan calon, tetapi saya hendak menasihati kawan-kawan pekerja jemaah dan PR, untuk membuat kerja pilihanraya ini dengan terfokus dan efektif. Jangan buat kerja-kerja yang tiada faedah untuk memenangkan calon.

Malam semalam, hati saya panas. Sungguh panas. Kerana saya telah ditipu. Atau lebih tepat, sudah salah sangka terhadap arahan yang diberikan. Ketua Cawangan telah mengarah untuk saya pergi ke Kalumpang, kerana ada ceramah dari calon yang bertanding.

Maka saya bertanya, hadir ke sana untuk semata-mata dengar ceramah atau buat kerja persediaan ceramah? Kerana saya kata, bukan kerja kita sebagai jentera pilihanraya untuk mendengar ceramah PAS. Kerja kita adalah untuk memenangkan calon. Maka dijawab oleh ketua, untuk diberi taklimat kepada pekerja jemaah dalam perlaksanaan jentera pilihanraya.

Maka saya pun menurut perintah.

Namun, bila sampai sahaja disana, apa yang saya tidak mahu lakukan telah 'terpaksa' dilakukan. Pergi ke sana hanya semata-mata dengar ceramah. Adoilah, sudahlah naik kereta bersama-sama, saya sudah tidak boleh balik untuk melakukan kerja lain untuk memenangkan calon.

Buat apalah jentera pilihanraya pun terhegeh-hegeh dengar ceramah. Ceramah ini adalah untuk pengundi atas pagar. Biarlah mereka yang difokuskan pergi dengar ceramah. Bukan kerja kita (jentera) untuk sibuk-sibuk dengar ceramah PAS.

Dalam hati saya, lebih baik saya buat kerja klip poster calon pada tali. Ada juga faedahnya dar dok melangut dengar ceramah yang kita sudah tahu lama dah.

Tetapi, apa-apa pun, saya bersyukur juga pergi ke ceramah itu semalam, jumpa dengan ketua UPU Kuala Kalumpang, berdiskusi dengan beliau, untuk membuat kerja meraih undi di Taman Rajawali. Takkan hendak mengharapkan Muslimat sahaja.

Dan alhamdulillah, dengan panduan culaan dan peta untuk lokaliti tersebut yang telah dibuat sebelum PRU. Kerja dari jam 10.00pg hingga 11.30pg, 11 buah rumah atas pagar telah berjaya di raih undi. Lihat mata kasar 9/11 rumah seperti kearah PR. Lagi 2 macam negatif terhadap PR. Adalah lebih kurang 40 pengundi disitu yang dapat diraikan.

Barulah kerja efisien, terus dari 2 mata ke mata kita berjumpa pengundi yang akan mengundi di DUN Hulu Bernam. Ni yang buat semangat untuk memenangkan PR di Hulu Bernam nih.......

Sabtu, April 20, 2013

PRU13; PARLIMEN HULU SELANGOR. MERIAH GILE..

PRU paling meriah di Parlimen Hulu Selangor. Termasuklah dengan DUN nya, kecuali DUN Hulu Bernam. Kenapa meriah? Sebab yang bertandingnya cukup ramai orang.

Parlimen Hulu Selangor - 4 penjuru. mic, PKR, 2 Bebas.
DUN Batang Kali - 4 penjuru. umno, PKR, 2 Bebas.
DUN Kuala Kubu Bharu - 5 penjuru.. mca, DAP, 3 Bebas.

Kecualilah DUN Hulu Bernam, 2 penjuru sahaja - umno dan PAS.

Apa-apa, selamat berkempen dan seterusnya mengundi Pakatan Rakyat.

PS- nak undi bebas mesra PR pun boleh kotttt.....

Jumaat, April 19, 2013

SIAP SEDIA NAIK BENDERA PAS GANTI ROKET

Kepada mana-mana cawangan PAS yang ditempatnya DAP sedang bertanding, baik DUN atau Parlimen, maka bersiap sedialah untuk turun ramai-ramai menaikkan bendera PAS, jika jam 3 petang ini, ROS masih buat deeekk dengan DAP......

Baca sini

Khamis, April 18, 2013

PRU13; BOLEH KE PAS MENANG SHAH ALAM NI?

Saya rasa terpanggil untuk membuat artikel ini. Memang betul-betul suara panggilan itu menengking di telinga saya.

Kenapa ya? Yang bertanding di Shah Alam untuk tiket bn adalah Zulkilfi Nordin. Bukannya Ezam Mohd Noor. Memang saya rasa pelik bin ajaib. Kerana meletakkan seorang Zul ini, maka akan pastilah, Khalid Samad akan menjadi ahli Parlimen PAS untuk kali kedua berturut-turut mewakili Shah Alam.

Memang pelik. Sungguh pelik. Kebodohan Najib, atau Rosmah memang cap ayam.

Jika Ezam yang bertanding, masak juga PAS hendak berentap dengan beliau. Maksud saya masak ialah, meyakinkan pengundi atas pagar, agar memangkah PAS untuk Parlimen Shah Alam. Yang nyokong dan ahli Pakatan Rakyat tu, tak payah ambil port lah. Letakkan batu jalan pun sebagai calon, akan dipangkah juga mereka. Ini saya kata yang atas bench nih.

Tetapi, memandangkan yang bertanding itu Zul, maka, jika bn nak menang juga,  bn hanya boleh menang dengan pengundi pindah terancang. Ya, pengundi pindah terancang. Faham ke maksud pengundi pindah terancang ni? Alaahh,.. takkan tak tahu kot. Seperti yang berlaku dalam negeri Terengganu, 2004 dahulu.

Kena ingat, Idris Jusoh punya mastermindlah yang menyebabkan Trengganu jatuh tersungkur pada 2004. Itu semasa beliau sebagai pengarah pilihanraya Negeri Terengganu, sekarang dia pegang satu Malaysia maa....

WAJIB LIHAT!! PROFIL CALON DUN N05 HULU BERNAM

Adalah amat beruntung kepada penduduk dan pengundi di Hulu Bernam kerana Pakatan Rakyat telah menurunkan seorang profesional yang Islamik untuk menjadi wakil kepada anda semua di DUN Selangor nanti. Diharap, semua masyarakat memberi undi kepada Tn Hj Muhamad Idris Bin Ahmad, baik mereka itu tua, muda, atas pagar, tidak berparti, orang Umno, orang MIC, orang MCA, dan lebih-lebih lagi ahli dan penyokong PR untuk mengundi beliau.


Rabu, April 17, 2013

DUN HULU BERNAM; JIKA HENDAK MENANG, MESTI ADA 49% UNDI MELAYU


Jika PR hendak menang di DUN N05 Hulu Bernam, PR mesti ada sekurang-kurangnya 49% undi dari orang Melayu. Mahu tidak mahu, jentera peraih undi, perlu menumpukan segala usaha untuk meraih undi kepada penyokong atas pagar Melayu.

Tidak semestinya dalam culaan rumah ke rumah yang dibirukan kita tidak boleh langsung untuk meraih undi, ada juga tempat-tempat dimana rumah itu kuat umno, tetapi yang kuat hanyalah ketua rumah itu. Tetapi isterinya masih boleh lagi diberikan penerangan agar mengundi PR.

Bagaimana hendak tahu, peraih undi perlulah berbincang dahulu dengan tok4 yang berada disitu, kerana tok4 adalah ketua kampung yang tahu segala-galanya ditempat beliau. Tolong libatkan orang tempatan, pergi bersama-sama meraih undi. Jangan sekali-kali pergi tanpa orang tempatan, kerana ini akan mengundangkan rasa tidak senang orang kampung terhadap kita.

Mengapa saya katakan perlu ada 49% undi Melayu. Ini adalah kerana, saya telah membuat sifir mudah dalam pengiraan saya.

Pengundi di Hulu Bernam ada 20,725 pengundi.

13,896 (67%) adalah Melayu

3,446 (17%) adalah Cina

2,900 (14%) adalah India

483 (2%) adalah lain2.

Sejak PRU10, peratus keluar mengundi di DUN ini adalah sekitar 80%. Oleh itu, saya ambil pukul rata yang akan keluar mengundi adalah dalam kadaran 80% setiap bangsa.

Oleh itu, yang akan keluar mengundi adalah 16,580 orang, dengan pecahan undi

Melayu 11,117

Cina 2,756

India 2,320

Lain-lain 386

Maka, untuk menang, PR mesti ada 8,291 orang untuk menang mudah 1 undi.

Mengikut ramalan yang dibuat oleh DAP, di Selangor, diramalkan pengundi Cina adalah 80% akan berpihak kepada PR, manakala pengundi India Selangor, PR mengatakan lebih kurang 40% orang India menyebelahi PR. Namun saya agak skeptikal terhadap undi India ini, oleh itu saya buat ralat dengan menyatakan bahawa 30% undi India sahaja yang akan dikecapi PR.

Oleh itu, dengan kadaran di atas, kita boleh melihat bahawa jumlah undi yang akan diperolehi adalah;

Cina 2,204 (80%)

India 696 (30%)

Manakala, lain-lain saya letakkan 100% memberi undi kepada bn.

Dengan angka diatas, maka jumlah undi diperolehi adalah 2,900.

Untuk mencapai 8,291 pengundi, PR perlu ada 5,391 undi. Atau lebih tepat, 5,391 undi Melayu. Dalam peratusannya;

5,391/11,117 x 100% = 48.5% ~ 49%

Ini sifir mudah. Tetapi, dengan sifir mudah ini, diharap dapat membantu jentera di N05, DUN Hulu Bernam.

Isnin, April 15, 2013

IKHLAS DARI SAYA; BODOH PUNYA ANWAR.

Saya rasa, orang yang paling gembira pada hari ini adalah orang umno Batang Kali dan MIC Hulu Selangor. Kerana terus terang saya katakan, PKR telah buat kerja gila dengan mencalonkan Khalid Jaafar sebagai calon Parlimen Hulu Selangor, dan Ramachandran sebagai calon DUN Batang Kali.

Kepada mereka yang berada di luar kawasan Hulu Selangor, dengarlah kata saya ini, bahawa kemenangan BN untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali, sudah 60% dalam tangan. Dan sesungguhnya, hari ini adalah hari paling sedih dalam hidup saya, apabila tempat saya mengundi, Pakatan Rakyat akan kalah hanya kerana mainan politik orang gila kuasa.

Sepatutnya, DUN yang ada potensi untuk menang, yang dalam culaan menunjukkan sokongan PR adalah sekitar 45% ke atas, telah dimatikan terus, apabila seorang India telah dicalonkan oleh Anwar Ibrahim sebentar tadi. Sehingga ada rakan saya, hendak mencampakkan Anwar dari pentas dia berucap tadi.

Saya hanya boleh menggelengkan kepala melihat perkara begini berlaku di tempat saya mengundi. Dalam hati, lebih baik saya tukar alamat mengundi di kampung isteri di Terengganu, memang di sana tempat PAS bertanding DUN dan Parlimen.

Rasa takut tiba-tiba mengerbang di hati sanubari saya. Kerana melihat telatah rakan PKR yang seperti gila kuasa. Belum apa-apa, sudah jatuh menjatuhkan antara satu sama lain untuk merebut sebiji kerusi. Gila.

Memang gila. Dan saya rasa, untuk sekian kalinya, dalam sejarah Batang Kali, kemungkinan besar, umno akan menang besar di DUN ini, iaitu pembangkang Selangor yang paling banyak menang majoriti pada PRU13 nanti.

Bodoh punya Anwar......

Ahad, April 14, 2013

CERITA BENAR PRU13 LAGI.

Hati ini tiba-tiba menjadi seperti tidak tenteram. Bukan seperti tidak tenteram, tetapi memang tidak tenteram pun. Pagi tadi, semasa berada di padang awam Kalumpang, untuk bersama-sama dengan keluarga untuk menyaksikan anak kedua hamba bermain bola jaring untuk sukan PASTI seluruh Hulu Selangor, saya berjumpa dengan ketua cawangan Rasa.

Setelah berjumpa dengan ketua cawangan itulah, hati saya tidak tenteram. Kenapa hati saya tidak tenteram? Hati saya tidak tenteram kerana beliau telah memberi sesuatu kepada saya.

RM15.00.

Ya, beliau telah menghulurkan RM15.00 kepada saya.

"Nah ambil ni." Kata beliau kepada saya.

"Ni, apa ni?" tanya saya sambil melihat sekeping RM10 dan sekeping RM5 ditangan saya.

"Untuk kerja semalam". Jawab beliau, selamba.

"Sape bagi ni?" Tanya saya lagi.

"PKR. Depa beri ni sebagai saguhati semalam kita buat kerja naikkan banting dan bendera PKR. Bebudak PAS dah sediakan ini untuk awak." jawab beliau lagi dengan selambanya.

Semalam, ada rakan-rakan PAS semalam berbincang, kali ni, apa-apa kerja berkaitan PKR, kita akan ambil upah. Bukannya apa, disebabkan duitnya memang ada, oleh itu, perlulah diagihkan seadil-adilnya kepada mereka yang buat kerja. Jika takde, takpe, kita buat kerja juga, tetapi jika ada, kenalah beri dengan adil.

Hati saya tidak berdetik pun berkehendakkan saguhati diberikan kepada saya. Kerana selama ini, duit sendirilah yang diinfakkan kepada jemaah dan Barisan Alternatif. Tetapi, sekarang, ketika dah jadi PR, Selangor kita pegang, banyak pula dana yang diturunkan. Walaupun tidaklah semewah umno yang jahat tu. Tetapi, adalah.....

Duit RM15 itu masih ada dalam kocek baju saya. Masih tidak disentuh. Tetapi ayat ini sentiasa terngiang di telinga saya,

"Jika PKR atau DAP beri, ambik je, tetapi jika PAS beri, terus infaq dalam tabung jemaah"...... OK le tu......:)

Jumaat, April 12, 2013

PRU 13 INI, SAYA TIDAK AKAN UNDI PAS.

Saya adalah ahli PAS seumur hidup. Menjadi penyokong PAS, semenjak umur 15 tahun. Aktif dalam PAS pada umur 20 tahun. Menjadi ahli PAS pada umur 24 tahun. Mak dan ayah saya tahu, saya ini taksub dengan PAS. Semenjak kecil, saya suka dengan pembacaan jemaah Islam ini. Walau ayah saya penyokong umno, dan mak saya kuat semangat Melayunya, mereka tetap membelikan saya buku jemaah Islam sebagai hadiah kepada anak mereka yang kedua ini.

Pada PRU10, saya banyak membantu di Shah Alam. Semasa itu, Ezam bertanding disana. Dan saya masih lagi sebagai student ITM ketika itu. PRU11, saya ditugaskan di Parlimen Setaiwangsa. Saya mencutikan diri selama 7 hari bekerja, hanya semata-mata untuk berkempen disana.

PRU12, saya bertugas di Hulu Selangor, DUN Batang Kali dan Hulu Bernam. UPU Kalumpang dan UPU Bukit Rasa. Kerja bagai nak gila, sehinggakan kena fitnah dengan wanita umno dan kena ngumpat dengan orang kampung Rasa yang kebanyakannya tegar umno. 'Pembawa perpecahan' mereka katakan kepada saya. 'Mencaci wanita umno semasa bertugas sepagai Polling Agent', mereka fitnahkan. Geramnya saya dengan pepuak umno ini. Fitnah telah menjadi mainan bibir mereka. Pelik saya. Tak takut neraka kah?

Namun, pada PRU13 ini, mahu tidak mahu, dan mungkin ramai juga rakan-rakan seperjuangan akan terkejut, kerana, pada PRU ini, saya ingin mengatakan disini, SAYA TIDAK AKAN MENGUNDI PAS!

Ya, saya tidak akan mengundi PAS pada PRU13 ini. Kerana apa? Hendak tahu kerana apa? Bukan kerana isu cerita mengarut umporno yang hendak mempornokan semua perkara. Bukan kerana "Mat Tyson' nak masuk PAS. Bukan, bukan... tetapi adalah kerana ......

Dekat tempat saya mengundi, PKR yang bertanding, Parlimen dan DUN. PAS tidak bertanding,..... Ha, ha, ha, ha........ macam mane saya mahu ngundi PAS, dah PAS pun tak bertanding....... heeeeee.......


Khamis, April 11, 2013

SPR: YANG INI SAYA SETUJU DENGAN SPR.

Baru baca MalaysiaKini. Ada terbaca berita berkenaan dengan SPR. Mula-mula, sebelum baca, sudah niatkan dalam hati untuk mengkritik apa yang hendak diperkatakan oleh SPR. Kerana, ye lah, selama ini, tindak tanduk mereka, semuanya BN friendly. Tetapi, berita yang ini, lain sikit.

Cuba baca SPR ada maklumat 'MATA' mahu halang pengundi.

Tajuk memang seperti cap ayam hendak mengaitkan dengan pembangkang, tetapi, bila baca, memang inilah yang setiap pru, PAS perkatakan kepada pengundi. Terutama pengundi di kampung.

 Mengenai nombor siri pada kertas undi, Abdul Aziz berkata: "Ianya tidak boleh dikesan sehingga boleh dikaitkan dengan pengundi tertentu disebabkan petugas pilihan raya tidak boleh membawa alat tulis ketika menyerahkan kertas undi itu.
  
"PDRM akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba membuat kacau. Saya sifatkan mereka ini (pengacau) mengamalkan ajaran sesat. Mereka perlu tahu prosedur mengundi adalah rahsia," katanya.
  
Beliau juga memberi jaminan 100 peratus nombor siri kertas undi tidak boleh dikenal pasti oleh pihak lain.


Sudah lama kita telah jelaskan kepada pengundi, jangan takut dengan nombor siri. Anda semua hendak memangkah siapa pun, pangkah lah.

Nampak gayanya, dengan adanya berita yang dibuat oleh Bernama ini, menjadikan orang-orang Melayu di kampung tidak takut untuk mengundi PAS dan PR. Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kerana telah menerangkan dengan elok berkaitan dengan isu ini.

Begitu juga ayat terakhir dalam berita ini, yang ini pun saya setuju;

"Calon dinasihatkan tiba awal di pusat penamaan calon, tidak membawa ramai penyokong parti kerana akan menyusahkan polis untuk kawal keselamatan awam. SPR juga tidak menyediakan khemah serta membekalkan makanan pada hari tersebut.
  
"Ramai penyokong hadir pada hari tersebut tidak memberi jaminan calon itu akan menang," katanya.


Ramai macam manapun yang hadir ke penamaan calon, tetapi kerja culaan dan meraih undi dari rumah ke rumah tidak dibuat dengan efektif, maka kalah dalam tangan kawannn......

Sabtu, April 06, 2013

PRU13- CERITA BENAR

Lepas subuh, ingatkan nak sambung tidur. Tetapi tidak boleh. Mungkin umur dah tua. Tidur 4 jam setengah sudah memadai agaknya.

Semalam, seperti kebiasaan hari-hari hendak mengundi, saya tidur jam 2 pagi. Bukan tengok bola, bukan berqiam, tetapi buat kerja jemaah ditempat yang telah diarahkan. Pasang bendera PAS di kampung Gumut. Malam tadi, 50 tiang.

Kampung Gumut terletak di Kalumpang, Hulu Bernam, Hulu Selangor. Kampung yang didalam culaan, dari berpuluh rumah, hanya 1 rumah penyokong PAS. Lain semua totok umno. Majoriti semua pengundi dari saluran 1. Udahlah pengundi saluran 1, menetap di Hulu Selangor pula tu. Ditambah dengan di Hulu Bernam. 2 kali hulu. Memang sah susah nak meraih undi di sini.

Sebenarnya, PAS Cawangan Rasa ditugaskan di UPU Kuala Kalumpang, bukan di UPU Kampung Gumut. Tetapi memandangkan diarahkan oleh ketua JPru Zon Kalumpang untuk memasang di Gumut, kita pun ikut je lah.

Naik-naik bendera sebenarnya dah dibuat sebelum ini. Tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak. Kiranya, adalah lambang bulan purnama di Kalumpang. Minggu ni, di arahkan untuk menyelesaikan bendera dahulu, kerana selepas ini, kerja yang lebih penting akan dibuat.

Yang tahu menahu tentang Parlimen Hulu Selangor, mesti pelik, kenapa orang Rasa buat kerja di Kalumpang, jauh tu. Apa yang saya boleh kata, kami tidak tinggalkan UPU Bukit Rasa, dalam DUN Batang Kali. Tetapi, jika orang India yang bertanding di DUN ini, maka kami semua tidak akan buat kerja yang sesia berkempen di Rasa, kerana kami tahu, memang sure KALAH.

Begitu juga jika Khalid Jaafar yang bertanding di Parlimen, memang sure LOST! Jika mereka berdua bertanding, maka, dengan itu, baik kita tumpukan yang insyaAllah boleh menang, DAP di DUN Kuala Kubu Bharu, dan PAS di DUN Hulu Bernam.......