Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Oktober 30, 2012

ISTERIKU SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KEEMPAT KAMI.

Salam kepada gejuis semua. Sudah lama saya tidak bergejuis. Lebih kurang 2 minggu agaknya. Bukannya apa. Hendak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana. Cumanya, saya baru mempunyai cahayamata yang keempat, pada hari raya haji lepas.

Tepat jam 2.25 petang, di hospital Selayang, hari Jumaat, 10 Zulhijjah 1433, isteri saya selamat melahirkan anak ke empat kami. Seorang mujahidah. Berat 4.02kg. Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal. Saya, yang baru hendak memakai baju melayu, untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha, tiba-tiba dikejutkan isteri saya, bahawa beliau telah merasai tanda untuk bersalin.

Mulanya, saya bercadang untuk menyelesaikan solat Aidiladha dahulu, tetapi dilarang oleh ibu saya. Beliau mengarahkan saya terus untuk ke hospital. Dan itulah yang telah saya lakukan.

Saya juga tidak berpeluang untuk solat Jumaat, hanya menunaikan solat Zohor. Bukan sengaja tidak mahu bersolat Jumaat, tetapi ietri sedang sakit untuk meneran melahirkan anak. Jam 1.30tengahari, meneran kali pertama. Tidak berjaya. Kemudian saya kata kepada isteri, hendak menunaikan solat Zohor dahulu. Tetapi isteri memohon saya berada disebelahnya, kerana dia tahu, beliau hendak melahirkan anak tidak lama lagi.

Jam 1.50, membuat cubaan kali kedua. Bidan telah mencadangkan agar isteri mneran untuk mengeluarkan anak kami dari rahimnya. Namun tidak berjaya. Setelah melihat isteri saya tidak berjaya melahirkan lagi anak kami, maka saya sudah terperasan, bahawa terdapat sesuatu perkara yang berdosa, dimana-mana. Dan yang pasti, saya telah melengahkan solat Zohor. Dan saya tahu, saya sekarang dibolehkan tidak bersolat Jumaat, kerana baru sekali, dalam keadaan darurat, tidak melakukan Jumaat.

Sebelum saya mengeluarkan kata untuk bersolat Zohor, isteri saya telah memesan agar saya pergi menyelesaikan solat Zohor terlebih dahulu. Alhamdulillah, isteriku mnengerti.

Sesudah saya bersolat Zohor, saya berdoa kepada Allah, seperti biasa saya berdoa, kecuali ada satu perkara lagi yang saya tambah. Iaitu, saya telah doakan, bahawa saya redho dengan isteriku. Saya telah memaafkan segala dosa beliau terhadap suaminya ini. Jika ada apa-apa yang telah beliau sakiti hati saya, saya telah memaafkan dan saya redho dengan isteri saya. Memang doa saya ketika itu adalah seikhlas-ikhlasnya, kerana sayang dan kasihan melihat isteri yang terseksa hendak melahirkan anak kami.

Walaupun dalam hati saya ini, memang tiada berbekas merasa beliau ada dosa dengan saya, namun saya tidak pernah berdoa dengan Allah SWT, bahawa saya telah redho dengan isteri saya. Memang saya tidak pernah sebut. Itu adalah dosa saya.....

Setelah selesai berdoa, saya ke tandas dahulu untuk membuang air kecil. Setelah keluar tandas, saya ke bilik bersalin. Katil nombor 6. Ketika masuk, saya melihat ada 2 bidan, dan isteri saya sedang meneran untuk proses pengeluarkan anak didalam kandungannya.

Dan dengan jelas, saya dapat melihat, 1/4 kepala anak saya sudah terkeluar. Allahuakbar! Saya terus memberi kata semangat kepada isteri dan akhirnya, selamatlah isteri ku bersalin melahirkan anak kami yang ke empat ini.

Seorang muslimat, mujahidah, yang diberi nama Nur Aisyah. Selamat lahir anakku yang ke empat......

Jumaat, Oktober 19, 2012

MEMANG MELAMPAU TOK GURU NIK AZIZ, NAK MELAWAN AGONG.

Saya sungguh terkedu dan terdiam apabila mendengar bahawa Tok Guru Nik Aziz akan melawan YDPT Agong. Berita ini telah tersebar semenjak Sabtu lepas. Dan ramai orang Kelantan sudah kecoh dengan perkara ini.

Walaupun saya pada mulanya tidak mengendahkan perkara tersebut, namun, oleh kerana ianya akan berlangsung esok malam, maka sesuatu perlu dilakukan oleh kita semua. Saya, secara peribadi, akan menontonnya secara langsung, samada di TV1 atau Astro Arena.

Selamat menonton pertandingan akhir antara ATM dengan Kelantan malam esok,.... ha, ha, ha.......

Selasa, Oktober 16, 2012

TOK GURU NIK AZIZ TAK ZUHUD KRN NAIK MERZ MATA BELALANG?

Saya ada terbaca satu forum, didalam sesawang TKO, yang bertajuk nik aziz dimalukan. Ianya satu paparan youtube, dimana tok guru  Nik Aziz sedang melawat satu tempat di Melaka, yang menyambutnya adalah Ustaz Ghani. Apa yang hendak diceritakan disitu ialah mereka yang mencipta filem pendek youtube itu bahawa Tok Guru seperti diremehkan oleh Ustaz Ghani. Bukan setakat itu, mereka membuat cerita bahawa apa yang zuhudnya Tok Guru Nik Aziz dengan menaiki kereta Mercedez Benz E200 mata belalang.

Saya tidak mahu membawa filem pendek youtube itu ke dalam artikel ini. Jika korang semua hendak tengok, pergi sendirilah melayari sesawang itu.

Bab Ustaz Ghani, saya tidak mahu komen. Sebab tiada apa yang hendak dikomen pun. Ianya tidak membawa apa-apa masalah kepada apa yang berlaku dalam cerita youtube itu. Kecualilah dengan tanyangan slow motion dan berulangkali tayang oleh deriktor cerita itu, yang sengaja buat cerita seperti ustaz Ghani meremehkan Tok Guru Nik Aziz. Takde apa-apa pun.

Kemudian, filem itu seperti hendak menunjukkan bahawa tok guru kurang ajar dengan tuan rumah, kerana semasa balik, terus masuk kereta, tanpa memperdulikan tuan rumah. Ini memang cap ayam. Tuan rumah itu bukannya tidak dipedulikan. Sebaliknya tuan rumah menaiki kereta depan, dibelakangnya kereta tok guru, kemudian ustaz Ghani memberi kata dua kepada pemandu kereta, kerana selepas itu mestilah ada program lain untuk mereka tujui dan kereta tok guru perlu mengekori kereta tuan rumah itu. Saya dah ada pengalaman itu. Semuanya mahu cepat.

Dan apa yang lebih menarik, apabila cai umno hendak berkata, tok guru sebenarnya tidak zuhud, kerana menaiki kereta Merz. Ini lagi satu cap ayam.

Saya ingin bertanya kepada pepuak umno. Rasulullah ada berapa kenderaan? Ada berapa kuda dan unta untuk Rasulullah tunggangi? Ada berapa? Jenis apa? Kuda terbaik atau kuda murahan? Cuba cerita sedikit. Saya nak dengar.

Al-Jad'a, unta terbaik Rasulullah. Yang terpantas. Al-Sakb, kuda terbaik dan laju semasa zaman Nabi. Milik Rasulullah. Lizaz, Dharib dan Luhaif. 3 kuda Rasulullah.

Perumpamaan itu bermaksud, kuda-kuda dan unta-unta milik Rasulullah, jika hendak dibandingkan kenderaan dizaman sekarang, seperti jugalah kereta Mercedez CLS atau BMW 7 series. Kenderaan yang baik-baik, selamat dan laju. Jadi apa masalahnya tok guru menggunakan Merz E class? Bodoh ke apa puak umno ni?

Ahad, Oktober 14, 2012

ROGOL STATUTORI; OTAK MANUSIA YG BODOH.

Sebelum ini, saya ada bercerita berkenaan dengan otak kiri dan kanan. Ramai manusia yang tidak menggunakan otak kanannya untuk berfikir. Untuk menjadi manusia yang genius, mestilah menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan kiri.

Saya juga ada sebut berkenaa Albert Einstein. Beliau seumur hidupnya, menggunakan hanya 6% sahaja otaknya. Dengan 6% penggunaan otak itu, maka terwujudlah seorang genius seperti beliau. Cuba bayangkan jika kita menggunakan otak kita lebih dari 10%.

Kemudian hari ini, saya ada terbaca berkenaan dengan cerita perundangan Malaysia berkaitan dengan rogol. Atau lebih tepat, rogol bawah umur. Nak tahu, baca ini; DAP: Kaji sebelum pinda akta untuk kes rogol statutori.

Apa yang menariknya, mereka-mereka yang bergelar manusia ini sedang mempunyai masalah dengan undang-undang yang diwujudkan oleh mereka sendiri, tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah rogol bawah umur.

2 perenggan pertama artikel ini, saya ada sebut berkenaan dengan otak manusia. Cumanya, saya tidak menyebut, siapa pula yang mencipta otak itu.

Jika korang semua hendak tahu, yang mencipta otak kamu semua adalah juga sama yang mencipta undang-undang Hudud. Maksudnya apa disini? Maksudnya ialah, sudahlah manusia tidak mampu menggunakan otak mereka 100% dalam kehidupannya, malah untuk menggunakan hanya 6% pun majoritinya mereka tidak gunakan. Maka apalah sangat dengan manusia yang 6% akalnya berbanding dengan Pencipta yang menciptakan otak akal kamu?

Maka, apalah juga bagusnya sangat undang-undang yang digubal oleh otak kamu yang tidak sampai 6% digunakan itu berbanding dengan undang-undang yang dibuat oleh Pencipta kamu, iaitu Hudud. Takkan itupun masih korang semua tidak faham? Otak kanan dah beku sangat ke?

Sabtu, Oktober 13, 2012

LELAKI INDIA YANG BAIK HATI. (SATU CERITA BENAR)

Semalam, saya bersolat Jumaat di masjid Darul Quran. Khatib pada hari semalam, sedap dibacanya. Berkisar kepada cerita-cerita penghinaan terhadap Rasulullah dan agama Islam dan cara kita menanganinya. Bersemangat sungguh khatib berkhutbah semalam.

Semasa solat, hujan turun. Khatib yang berkhutbah berapi-api tadi, membaca surah dalam solat dalam keadaan sungguh mendayu-dayu. Seperti langit pun menangis mendengar bacaan imam. Saya dapat merasai, imam menahan menangis ketika membaca surah. Sayang sekali saya tidak tahu makna surah itu. Jahilnya saya.....

Selesai solat Jumaat, saya terus ke Kuala Kubu Bharu. Ke kedai mamak. Makan nasi. Lapar perut. Makan nasi cara ala nasi kandar. Segala kuah yang ada di kedai mamak itu saya campurkan diatas nasi. Sayur peria goreng, dan lauk, ayam goreng. Pergh,.. memang sedap. Sudahlah hujan turun dengan lebat, kita pula makan sambil mendengar bunyi hujan jatuh menimpa bumi. Memang nostalgia.

Dalam keadaan yang begitu, selepas menyuap nasi 4-5 kali ke dalam mulut, mata saya terpandang seorang manusia. Dia sedang menghisap rokok daun. Berserban. berbaju lusuh. Berseluar lusuh. Dan memakai baju panas hitam. Keadaan dia tidak terurus. Saya pandang tidak lama. Mungkin tidak sampai 3-4 saat. Kemudian saya terus menyambungkan proses kerja memakan nasi saya. Atau lebih tepat, saya buat tak kisah pada insan itu. Dalam hati, 'mamat ni tak betul kot otak dia..'. Itu yang terkeluar dalam hati saya.

Berselang 5 minit saya makan. Mata saya terpandang seorang India yang memasuki kedai mamak itu. Kemudian dia duduk 4 meja didepan saya. Sambil mata berkeliaran mencari pekerja restoran untuk memesan air minuman. Orang yang saya anggap tidak siuman tadi, duduk betul-betul di tepi sebelah India itu. Semasa mamat India itu mengangkat tangan kepada pekerja restoran, mamat yang tak siuman itu pun mengangkat tangan kepada lelaki India itu. Macamlah lelaki India itu menyapanya.

Lelaki India itu memandang lelaki Melayu yang tak berapa betul itu. Lama juga dia memandang lelaki Melayu yang tak betul itu. Kemudian, lelaki India itu bangun, pergi depan mamat tak betul itu, sambil membuat tangan muncung yang ingin masuk ke mulut. Atau lebih tepat, lelaki India itu memberi syarat kepada lelaki Melayu yang tak betul itu, 'dah makan ke belum?'.

Mamat Melayu yang tak betul itu buat muka seposen. Kemudian lelaki India itu memanggil perkerja restoran, dan kemudian memesan air minuman untuk dirinya sendiri dan untuk Melayu yang kurang siuman itu dengan tambahan makanan apa-apa yang Melayu tak betul itu mahu. Saya tidak berapa jelas apa yang lelaki tidak siuman itu berkata, namun apa yang jelas, dia hanya hendak minum sahaja. Maka lelaki India itu pun belanjalah segelas minuman kepada lelaki Melayu yang kurang siuman itu.

Hati saya, tiba-tiba rasa sungguh tersentuh dengan lelaki India itu. Beliau saya lihat secara zahirnya sudah berumur. Mungkin dalam lingkungan akhir 50-an. Kerut wajahnya jelas terpancar beliau seorang yang dahulunya membuat kerja berat. Pakaiannya menunjukkan beliau itu seorang yang ala kadar. Seperti India-india yang ramai di Hulu Selangor, bergaji kerja di estet. Pasti dalam hati saya, melihat ranjau kehidupan lelaki India itu dengan penuh dugaan kesusahan.

India yg berhati mulia.
Namun, hatinya, saya lihat, seperti mengerti kesusahan yang ditimpa lelaki Melayu yang kurang siuman itu. Tidak terlintas langsung saya hendak membelanja lelaki Melayu yang tak siuman itu, tetapi lelaki India yang saya lihat, dirinya sendiri adalah berada pada paras tidak mewah, sanggup membelanja seorang yang beliau tidak kenali. Tidak siuman pula itu.

Sambil makan, hati saya bertekad untuk membelanja kedua-dua insan yang berada didepan mata saya. Namun, ianya tidak kesampaian, kerana, seperti tahu-tahu sahaja lelaki India itu, setelah dapat air pesanannya, beliau terus membayar tempahan beliau. Melepas saya hendak belanja seorang India yang berhati mulia itu......

Khamis, Oktober 11, 2012

TOL PERCUMA DI SELANGOR; BARU NAK BUAT? OK LE TU..

Artikel yang menarik, meh baca;

Terdetik di hati kami mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya…tol percuma di Selangor selepas ini….
Inilah antara berita terbaru yang kami terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini.

Bagaimana Kerajaan Selangor Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor?

Kami diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka “satu dimensi” baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013.
Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat seperti :
  1. Syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS)
  2. Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor – KPS)
  3. SPRINT (KPS)
Kalau kita semak semula berita sekitar Mei 2012 yang lalu, kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma “exit clause” :
Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.
hapus Tol (BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda?
Sumber : The Star Online
Kami petik semula sebahagian maklumat daripada laporan berkenaan tol yang pernah kami keluarkan dahulu, “Hapus Tol PLUS “Bakal” Dilakukan Kerajaan Sekarang VS Malaysia Boleh Muflis!!

Antara Fakta Konsesi Tol Bagi – Lebuhraya-Lebuhraya di Malaysia

Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan :
  • Mula Dibuka : 8 September 1994
  • Kos Pembinaan : RM 6 billion
  • Pendapatan : RM24.3 billion
  • Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini………….
  • ROI : 305%
  • Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.
Pembinaan Lebuhraya Metramac
  • Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
  • Keuntungan : RM440 juta
  • ROI : 978%
  • Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
  • Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
  • Keuntungan : RM1.4 billion
  • Tempoh konsesi : selama 38 tahun.
Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
  • Keuntungan : RM1.61 bilion.
  • Tempoh konsesi : selama 34 tahun
Pembinaan  Lebuhraya Cheras-­Kajang oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB)
  • Perjanjian Konsesi ditandatangani : 19 September 1995
  • Lebuh raya Dibuka : 15 Januari 1999.
  • Jarak : 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang.
  • Kos Pembinaan : RM282 juta
  • Kos Pengambilan Tanah : RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan
  • Kos Operasi & Penyenggaraan : RM 147.31 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Jumlah Kutipan : RM 585.5 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Tempoh konsesi : Sehingga 2030
Tol Malaysia (BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda? Kalau di Amerika, mereka juga di sana memiliki sistem tol di sana. Bezanya di sini dengan Malaysia, di Amerika mana-mana konsesi yang telah mencapai atau melepasi keuntungan yang munasabah akan ditamatkan konsesi dan langkah ini kami lihat tidak membebankan pengguna tol di sana secara berterusan. Cukuplah…nak untung berapa bilion lagi daripada pengguna tol di Malaysia. Inilah yang kami gelarkan “skim cepat kaya” golongan kapitalis di zaman moden.

Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang sebenarnya sangat membebankan rakyat yang tinggal di bandar setiap hari, Tidak kira apa peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.

Rabu, Oktober 10, 2012

TOLONGLAH PR, JANGAN IKUT BN.

Baru sahaja membaca berita ini dalam HarakahDaily. Tajuknya ini Cerita sebenar di sebalik dakwaan Mat Sabu dipukul.

Apa yang saya nak sebut, bukannya berkenaan dengan fitnah blogger umno. Sebab, memang kerja dia untuk buat cerita fitnah. Jika blogger umno buat cerita benar, itu barulah pelik bin ajaib. Tetapi, apa yang hendak saya sebut ialah berkenaan dengan cerita yang terkandung dalam tajuk itu, seperti di bawah;

Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa.

Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.


Ada nampak pelik tidak?

Yang berniaga, orang Melayu. Umat Islam. Masa dahulu, umno dan gerakan tak benarkan berniaga disitu. Itu zaman bn. Dan zaman sekarang, PR perintah. Undang-undang tetap sama, tetapi perlaksanaan sahaja diperkuatkan. Maksudnya apa? Maksudnya Ahli Majlis tidak buat apa-apa perubahan kepada apa yang telah dibuat bn. Ikut sahaja.

Apa agaknya kesimpulan kepada peniaga Melayu itu terhadap kerajaan PR? PR sama dengan BN? 2 x 5? Tak ubah apa-apa pun? Nasib peniaga Melayu masih sama seia sekata?

Mat Saman Kati ada berkata, kita ubah bn kepada entiti kerajaan yang berlainan, bukan untuk entiti kerajaan yang berlainan itu meneruskan apa yang dibuat oleh bn. Kita hendak perubahan kepada semua! Undang-undang dibuat manusia, ubahkanlah! Apa? susah sangat ke?

Nampak sangat kerajaan PR terutama ahli majlis makan gaji buta tak buat kerja. Apa yang bn buat dulu, apa yang telah diubahkan oleh kerajaan PR? Ikut sahaja? Takde yang berubah? Harap, pilihanraya majlis tempatan berlaku lebih cepat di Pulau Pinang, harap ahli majlis adalah mereka yang betul-betul yang boleh buat kerja, bukan makan gaji buta.

DOSA BESAR MASUK NERAKA KE KRITIK PAKATAN RAKYAT?

Saya hendak bertanya kepada umat Islam. Jika kita melanggar apa yang telah diputuskan dalam muktamar PAS, masuk neraka ke kita? Jika kita dipecat dari ahli PAS, jadi murtad ke manusia muslim itu? Jika kita bercerita yang bertentangan dengan apa yang 'semangat' PR, dapat dosa besar masuk neraka Jahannam ke kita nanti?

Apa yang dilakukan oleh Dr Hasaan Ali, akan membuatkan dia masuk neraka atau apa? Yang diceritakan oleh Ustaz Nasha, akan membuatkan dia ahli neraka atau tidak?

Apa yang saya tahu, menentang sekular itu adalah perkara wajib. Yang bersetuju dengan sekular itu hukumnya murtad. Hendak tahu sekular itu apa? Hang google lah sendiri. Takkan sampai sekarang masih kurang akal berkenaan haramnya sekular itu.

Hendak bercerita tentang tahaluf siasi. Adakah muktamad atau tidak boleh langsung atau sudah tahap wajib  dan haram jika tidak laksanakan perjanjian politik dengan terwujudnya PR? Ini yang saya hendak tanya. Kerana apa saya hendak tanya? Sebab ada unsur-unsur taksub pada PR. Apa yang PR buat semua betul. Apa yang PR buat, kita yang ada dalam PR tak boleh membangkang. Apa yang PR buat, semuanya maksum.

Ini masalah besar. Memang masalah besar. Kita hendak tumbang rejim BN. Itu wajib, memang wajib. Tidak buat, memang sah berdosa. Tetapi, masalah yang saya nampak, PR ni sudah tidak tumpah seperti BN. Tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur, tidak boleh dinasihat dan tidak boleh disalahkan. Semua yang PR buat betul. Ini memang cap ayam.

Saya tak peduli, jika ada orang kata, apa yang saya katakan diatas ini membuatkan 'mereka-mereka' cop saya UG. Memang saya penyokong UG. Ulama Government. Lantaklah korang nak kata apa.

Dan yang penting, apa yang perlu diketahui, janganlah kutuk teruk sangat pada Hassan Ali dan Ustaz Nasha. Kerana walaupun mereka itu sekarang memang cap ayam dalam statement politik mereka, tetapi mereka masih lagi sayangkan Islam. Walaupun 'mereka-mereka' tak nampak akan perkara itu kerana sudah dikaburi dengan taksub PR......

Sabtu, Oktober 06, 2012

GAJI MINIMA BOLEH HAPUSKAN KEMISKINAN?

Ramai manusia berbincang berkenaan dengan gaji minima. Ada kumpulan bercadang gaji minima adalah RM900 dan ada juga kumpulan mahukan gaji minima adalah dalam lingkungan RM1100. Yang mula-mula memperjuangkan gaji minima dahulu adalah MTUC. Mereka mahukan semua tenaga buruh mendapat gaji yang membolehkan mereka bebas dari taraf kemiskinan.

Apa yang dicadangkan mereka secara rohnya adalah bagus. Kesemua mereka, mencadangkan gaji minima ini hanya semata-mata mahu melihat golongan pekerja mendapat gaji yang membolehkan mereka hidup dengan tidak menjadi miskin. Namun, saya rasa, cara ini adalah tidak berkesan.

Hanya semata-mata, membuat dasar dan polisi gaji minima, tidak akan menjuruskan kepada terhilangnya golongan pekerja yang miskin. Saya tidak nampak gaji minima akan menghapuskan kemiskinan.

Apa yang saya lebih nampak ialah, untuk menghapuskan kemiskinan secara total, nilai matawang RM perlu dikukuhkan.

Kenapa?

Untuk merendahkan harga barang.

Apa kaitan?

Jika harga barang menjadi rendah, maka nilai wang yang diperolehi dari gaji juga akan bertambah.

Contoh.

Sekarang, matawang RM bersamaan dengan USD3.05. Maka barang-barang keperluan eksport import semuanya berkadaran kepada nilai itu. Namun, jika RM diperkukuhkan kepada USD2.00, maka dengan sendirinya, segala urusan jual beli eksport import telah menjadi lebih murah 50% daripada hasil nilaiannya. Oleh itu, dengan sendiri, harga jualan barang-barang dapat dikurangkan kepada 50%.


Kaitannya banyak. Kita ambil contoh tepung.

gelandangan.....
Kita andaikan, tepung gandum. Gandum diimport 100% dari luar. Dengan RM yang diperkukuhkan, maka pembelian gandum dari luar akan dikurangkan harga sebanyak 50%. Mesin kilang memproses gandum juga akan berkurangan lebih kurang 50% kos operasinya kerana bahan bakar yang diperolehi juga sudah semestinya telah dikurang kos kepada setengah. Kelengkapan mesin, bahan mentah dan juga kos elektrik juga pasti akan menjadi lebih rendah.

Maka, dengan mengekalkan emolumen pekerja, sudah pasti kos untuk menghasilkan tepung gandum menjadi lebih rendah. Oleh itu, sudah semestinya tepung gandum boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan ianya akan menjurus kepada merendahkan harga kuih muih dan yang terpenting, merendahkan harga roti canai sehingga RM0.50 satu.

Cuba bayangkan, seorang yang bergaji RM900 sebulan, namun kos kehidupannya ialah, harga roti canai 50 sen sekeping, gula sekilo RM1.25. Harga beras 10kg RM10, setin susu boleh dibeli dengan 60sen, harga petrol menjadi seliter 90sen, harga sewa rumah 3 bilik RM190 sebulan di tengah-tengah KL. Dengan terwujudnya gaji minima, dan pengukuhan nilaian RM, maka, hanya dengan RM900, saya yakin, kehidupan pekerja itu akan lebih terjamin dan dapat menghapuskan kemiskinan kepada sebilangan besar masyarakat.

Jumaat, Oktober 05, 2012

BELANJA SAKAN ANAK KAHWIN; LANTAKLAH KM MELAKA TU.

Ramai manusia dengki dengan kenduri kahwin anak KM Melaka. Ada yang tidak puas hati kerana ramai sangat yang datang. Ada yang tidak suka kerana jumlah wang yang dikeluarkan untuk majlis itu, dan ada yang musykil kenapa GLC Melaka bersangkut paut dengan majlis kenduri anak KM Melaka itu.

Tuan rumah kata, belanja kahwin anak dia 'hanya' RM600,000 sahaja. Tapi, ada orang kata, belanja sebenar adalah 13 juta RM. Itu saya tidak tahu. Namun, apa yang penting, RM600,000 atau RM13,000,000, kedua-duanya adalah sama. Kerana hanya disebab majlis yang satu hari, seorang manusia telah membazirkan wang untuk buat kerja yang tidak sepatutnya dia buat.

Kahwin ini benda yang bagus. Syaitan menangis jika mendengar ada umat Adam yang hendak bernikah. Dan Rasulullah SAW juga menganjurkan untuk sibapa mengwar-warkan orang ramai tentang pernikahan anak mereka. Maksudnya, Nabi suruh buat kenduri lah jika anak kita kahwin. Namun, apa yang kita lupa, Nabi menyuruh kita buat kenduri dengan se'ada'nya. Bukannya membazir.

Apabila melihat, pemimpin tertinggi sebuah negeri pun buat kerja membazir sehingga menghilangkan RM600,000 untuk kerja sehari, maka janganlah salahkan rakyat dibawah jika mereka juga hendakkan majlis pernikahan anak mereka dibuat juga seperti mana yang dibuat oleh pemimpin mereka, bazir wang banyak untuk majlis kahwin.

Juga, janganlah salahkan anak-anak bujang yang hendak kahwin, untuk terpaksa membuat pinjaman peribadi, hanya semata-mata hendak menampung kos kenduri kahwin, yang telah dimahalkan oleh karenah kepimpinan.

Juga janganlah pula salahkan bakal-bakal pengantin baru, jika setelah 2-3 tahun berkahwin, lepas itu bercerai berai kerana masalah kewangan, akibat daripada terpaksa menanggung pembayaran hutang semasa berkahwin seketika dahulu.

Apabila mak bapak dan ketua-ketua kepada mak bapak telah mengajar manusia untuk membelanjakan RM600,000 untuk belanja kahwin, dan mengandaikannya ianya tidak ada apa-apa, maka akan hancurlah keberkatan pernikahan rakyat disitu. Dalam kes ini, Melaka. Kasihan orang Melaka, benda bagus dah jadi benda tidak elok......