Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, September 26, 2012

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD,.. TAKE BEER (3)

Saya ni, bolehlah dikatakan 'orang lama' dalam PAS. Sebab saya adalah salah seorang manusia yang ada bersama PAS ketika ayat ini terbiasa didengar ketika kempen PRU, 'Kalah dalam tangan, lawan tetap lawan'. PAS berlawan didalam PRU ketika itu, hanya semata-mata kerana Allah SWT. Hendakkan Islam terlaksana dibumi Malaysia.

Dan kebiasaan yang dikempen oleh PAS, adalah hudud. Dalam ceramah-ceramah PAS, hudud seperti kewajipan untuk disebut oleh PAS ketika itu. Penerangan mengenai hudud, kewajipan melaksanakannya, keindahannya, dan segala fitnah yang dibuat oleh para munafik, fasik dan kafirin terhadap hudud, diberi pencerahan didalam usrah atau ceramah kelompok. Itu pasti.

Namun, semenjak 2008, setelah kita menang sedikit di Malaysia, maka sesuatu keajaiban telah berlaku kepada PAS. Hudud telah menjadi satu liabiliti kepada PAS untuk menang. Sesiapa yang bercerita berkenaan hudud, maka manusia itu telah melaksanakan satu kerja yang jahat. Sesiapa yang mengungkit berkenaan hudud, maka orang itu akan dikutuk oleh kawan dan rakan.

Kempen hudud pada PRU13 nanti mesti disenyapkan. Tidak boleh disebut langsung jika hendak menang pada PRU13 nanti...... Isy,.. pelik sungguh. Saya tidak boleh menerima berkenaan itu. Memang tidak boleh. Apalagi menerima pemikiran bahawa hudud dan perlembagaan Malaysia adalah satu entiti yang berlainan, lagilah saya tidak boleh terima. Mujahid anak Yusof Rawa patut dibetulkan iktikadnya jika mahu terus memimpin PAS.

Nasihat saya pada semua ahli PAS, jika nak menang, menang itu biar diredhoi Allah SWT. Bukan menang yang sekejap. Faham maksud saya menang yang sekejap. Mula-mula kita menang, jadi kerajaan, namun tiba-tiba menjadi pembangkang kembali. PAS perlu fikir, perkara itu boleh berlaku........

Ahad, September 23, 2012

TUN MAHATHIR YANG SIAL.

Inilah dia, apabila syaitan bercerita berkenaan dengan Islam. Kalau nak tahu, bacalah ini ; Mahathir: Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik.

Seorang manusia yang mengaku parti yang ditubuhkannya pada 1988 dahulu, iaitu Umno Baru adalah Syaitan, kemudiannya berkata bahawa Rasulullah tidak cukur jambangnya kerana baginda tiada pisau cukur Gillete, dan juga pernah berkata akan mendaruratkan Kelantan jika laksanakan hudud, hari ini, dengan bodohnya bercerita berkenaan dengan hudud.
Orang tua sial.

Nak tahu apa dia kata, meh sini saya perturun sedikit apa yang dia sebut;

"Di Malaysia ada debat tentang hukum hudud dan kecenderungannya adalah mengenakan hukuman paling berat sebagai tanda kita lebih Islamik berbanding orang lain.

"Tetapi kita lebih gemar kepada hukuman berbanding keadilan. Dan hukuman yang kita suka jatuhkan biasanya yang paling berat yang tidak dijumpai dalam al-Quran," katanya lagi.


Macam sial punya cakap. Berbanding dia dengan pengarah cerita innocence of muslim, saya tengok, sama seia dan sekata sahaja mereka dua ekor ini.

Saya selalu sebut pada rakan-rakan, jika orang tua itu mati, dan saya doakan agar dia lambat mati, saya tidak akan memandikan mamat sekor ini kerana saya ada kemuyskilan akan apakah agama yang sekor ini anuti.

SAMAN AUTOMATIK BERMULA SEMALAM. OK LE TU..

PETALING JAYA: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi pada malam Sabtu di 14 'kawasan panas' untuk menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi panas' pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

"Kamera AES dipasang di ‘kawasan panas’ atau lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi," kata Solah dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Solah berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES di laman web JPJ, www.jpj.gov.my, sambil menambah pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan yang berhampiran.

"Dengan mengetahui lokasi kamera AES diletakkan, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan mereka memandu mengikut undang-undang. Ini dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif kami adalah bagi memastikan pengguna jalan raya, dan bukannya untuk memberikan kuasa yang lebih besar kepada JPJ untuk mengeluarkan saman," kata Solah.

Beliau berkata kamera AES bagi papan tanda untuk mengesan kenderaan yang melebihi had laju di lihat dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera tersebut.

Bagi kamera untuk mencatatkan jumlah pemandu yang melanggar lampu merah, papan tanda yang diletakkan adalah 50 hingga 500 meter daripada lampu isyarat berkenaan.

Solah berkata imej yang ditangkap oleh kamera AES akan dihantar secara automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan oleh pangkalan data JPJ, sebelum saman dikenluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.

"Proses semakan, mengenalpasti pasti kesalahan dan pengeluaran notis sama dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.

"Jika imej yang ditangkap tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kederaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ, siasatan lanjut akan dijalankan. Ini ialah bagi memastikan saman yang dikeluarkan sah menurut undang-undang jalan raya, serta dapat mengelakkan daripada saman dikeluarkan kepada pihak yang tidak bersalah," katanya.

Notis sama yang telah diproses dan ditentusahkan sebelum dihantar kepada pemilih kenderaan berdaftar dalam tempoh lima hari daripada tarikh kesalahan serta imej kenderaan yang dirakamkan.

"Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut ketika kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu terbabit kepada JPJ selepas 30 hari daripada tarikh menerima notis saman tersebut.

"Jika mereka memilih untuk hadir ke mahkamah, mereka boleh berbuat demikian pada mas dan tarikh yang ditetapkan dalam notis berkenaan," kata Solah.

Solah berkata mereka yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400, bagi kesalahan yang direkodkan di Perak, sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.-mstar





Klik untuk lebih jelas
 
SUMBER

Jumaat, September 21, 2012

ISU AIR PERCUMA: KERAJAAN SELANGOR MEMANG SALAH. YANG MENYAMAN MEMANG BETUL!

Saya suka bertanya kepada rakyat Malaysia. Untuk apa mereka keluar mengundi di dalam Pilihanraya Umum? Kenapa anda semua perlu bersusah payah pergi ke pusat mengundi, beratur berminit-minit di saluran mengundi yang telah diarahkan oleh SPR, dan kemudian pergi ke kotak berdinding 3 untuk memangkah calon yang anda semua sokong? Kenapa?

Kenapa anda semua perlu bersusah payah memberikan masa anda untuk pergi ke saluran mengundi untuk memenangkan seorang manusia untuk dijadikan mereka wakil rakyat anda? Adakah anda semua mahukan sesuatu dari mereka atau anda semua hanya seronok-seronok nak mengundi. Lepas mengundi, lantak engkaulah..... begitu?

Mahu tidak mahu, kepada sesiapa yang kamu pangkah, mesti ada terdetik dihati sanubari kamu untuk menginginkan sesuatu daripada mereka yang kamu pangkahkan itu. 'Jika menang, aku nak itu dan ini'. Mesti ada. Jangan hendak berbohong. Kecualilah anda membuat undi rosak atau tidak keluar mengundi.

Sangat bodohlah kepada pengundi untuk tidak mahukan sesuatu daripada calon yang bertanding. Kerana yang memenangkan mereka dan yang memberikan kerusi empok sebagai ADUN atau ahli Parlimen adalah dari undi anda semua.

Oleh itu, jika kita sudah menang, menjadi ADUN, menjadi EXCO dan kemudiannya ada yang menjadi Menteri Besar, semuanya adalah kerana jasa-jasa undi daripada rakyat yang mengundi kamu.

Jika dilihat kepada kepimpinan umno, pemikiran mereka telah manjadi satu kebiasaan, untuk membantu, hanya kepada mereka-mereka yang mengundi mereka, atau mereka menganggap rakyat yang menyokong mereka. Dan jika seseorang itu, terang-terangan adalah penyokong pembangkang, yakni mereka yang kalah, lebih 90% pemimpin umno tidak akan mengendah dan menolong mereka.

Jika mahu pertolongan, isi borang umno. Jika mahukan bantuan, mesti sokong umno. Ini adalah tabiat yang sudah sebati kepada cara dan SOP kepimpinan puak-puak umno. Walaupun yang memohon bantuan itu adalah orang Melayu, disebabkan dia adalah ahli PAS, maka permohonan itu akan dibakul sampahkan.

Semua ini rakyat sudah mengerti. Terutamanya rakyat Selangor, mereka sudah terbiasa dengan perkara ini.

Namun, tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Selangor telah bertukar kerajaan. umno bn kalah. Mereka yang dahulu pembangkang telah mendapat kerusi yang lebih banyak dari bn. Mereka yang dahulunya pembangkang telah bergabung menjadi Pakatan Rakyat (PR). Dan terjadilah kerajaan baru Selangor diterajui oleh PR.

Maka bersungguh-sungguhlah kerajaan baru ini untuk memerintah negeri Selangor agar mereka memerintah dengan lebih baik daripada umno bn yang telah menjadi pembangkang. Bersusah-payah jugalah kerajaan Selangor diterajui PR untuk mengotakan janji mereka dari apa yang telah mereka janjikan semasa pilihanraya dahulu.

Salah satu janji PRU 12 adalah air percuma. 20m3 pertama, pengguna domestik, adalah percuma. Tidak ada pula saya teringat semasa berkempen untuk Barisan Alternatif dahulu, BA menjanjikan hanya meter individu yang mendapat air percuma, tidak kepada pengguna meter air pukal. Yang ada, pengguna domestik dapat air percuma untuk 20m3 pertama. Itu memang ada.

Oleh kerana ada kesukaran untuk mengirakan meterpadu kepada pengguna meter pukal, maka mereka yang menduduki rumah pangsa, rumah kondo dan rumah flat, yang bermeter pukal, tidak diberikan keistimewaan air percuma itu.

Saya sendiri telah menikmati air percuma untuk rumah saya. Ada dua rumah saya yang tiap-tiap bulan tidak perlu dibayar bil air. Cuma kadang-kadang perlu juga membayar RM3-6 kerana terlebih guna akibat kenduri kendara.

Tetapi, ada kawan saya yang duduk di flat, tidak dapat menikmati air percuma itu, sehingga sekarang. Sudah hendak masuk 5 tahun janji Barisan Alternatif dahulu, yang tidak ditepati kepada segelintir manusia.

Maka adakah salah jika mereka membuat keputusan untuk menyaman kerajaan PR. Yang dahulu telah menjanjikan perkara ini kepada mereka.

Isunya disini ialah, mahu tidak mahu, janji kita kepada mereka telah tidak ditepati.

Janji kita kepada mereka ialah air percuma 20m3 pertama. Itu janji kita. Kita tidak menjanjikan hanya kepada mereka yang memiliki meter individu semasa PRU12 dahulu. Itu pasti.

Isu meter individu dan pukal hanya terbit setelah kita memerintah. Itu juga pasti.

Dan mereka yang menunggu untuk dapat menikmati air percuma yang telah dijanjikan oleh kita selama 5 (LIMA) tahun juga adalah benar. Bukan palsu.

Dan oleh itu, adakah salah mereka menyaman kerajaan Selangor?

Adakah kita akan menjadi manusia yang beranggapan, oleh kerana yang menyaman ini adalah tali barut umno, maka kita berfikiran ianya hanya untuk mencemar nama baik kerajaan PR?

Jika ada. Saya sendiri tidak akan menyokong kerajaan yang mempunyai pemikiran demikian. Saya sendiri akan tidak menyokong lagi kerajaan PR. Kerana mentaliti pemerintahan mereka adalah serupa seia sekata dengan umno bn.

Kita lawan umno dahulu kerana umno dahulu semasa memerintah Selangor, melayan pembangkang seperti sampah. Jadi, adakah kita juga akan melayan pembangkang sekarang, seperti sampah? Adakah kita akan sentiasa mengambil sangka bahawa semua yang dibuat oleh pembangkang adalah untuk menjatuhkan kerajaan?

Jika ya, maka sama siallah kerajaan PR dengan kerajaan umno bn dahulu. Kerana mentaliti yang korup tentang 'berlainan pendapat', dianggap semuanya negatif. Itulah perlunya pemimpin kerajaan PR sekarang mempunyai mentaliti yang positif. Akal yang digunakan adalah kedua-dua belah otaknya, kiri dan kanan.

Rakyat tidak pedulikan tentang perkara-perkara yang birokrasi dalam perlaksanaan kerja sesuatu kerajaan. Mereka hanya hendak melihat keputusan. Rakyat tidak peduli siapa yang salah untuk tidak mengindividukan meter pukal mereka. Jangan membodohkan rakyat. Mereka tahu masalah datang dari tokey-tokey syarikat perumahan. Mereka tahu masalahnya ada terletak kepada bahu Syabas. Tetapi, mereka juga tahu, yang mempunyai kuasa untuk membuangkan masalah-masalah ini adalah kerajaan Negeri.

Jika bukan kerajaan Negeri, siapa lagi? Malaikat dari langit?

Kemudian, ada pula suara yang mengatakan, RM1.15juta itu adalah melampau samannya. Apa yang melampaunya? Cuba kita matematikkannya;

20m3 air pertama adalah bersamaan dengan RM11.40. Janji bermula bulan April 2008. Sekarang bulan 9 2012. Maknanya sudah lebih kurang 54 bulan janji tidak dilaksanakan. Yang menyaman 2,020 orang rakyat Selangor. Oleh itu, RM11.40 X 54 X 2020 = RM1,243,512.00. Maka, apa yang melampaunya?

Kita jangan jadi akal macam orang umno. Kita memerintah, tolonglah berbeza dengan puak umno bn.

Maka, jika ada terdetik kerajaan PR untuk melawan habis-habisan mereka yang menyaman kerajaan Selangor, maka kamu semua akan saya anggap adalah serupa sama seia sekata dengan perangai umno.

Khamis, September 20, 2012

ISU AIR PERCUMA: KERAJAAN SELANGOR WAJIB BAYAR SAMAN DARI RAKYAT SELANGOR YG MENYAMAN MEREKA.

Kawan-kawan semua pasti tahu cerita berkenaan dengan 2020 ribu manusia di Selangor yang telah menyaman Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas sebanyak RM1.15 juta. Semuanya kerana mereka kata, kerajaan yang memerintah Selangor sekarang, Pakatan Rakyat, tidak memenuhi janji pilihanraya umum yang ke-12, pada tahun 2008 dahulu, iaitu air percuma untuk 20m3 pertama. Jika tak tahu, baca sini .

Sebelum ini, seramai 711 manusia di Selangor sudah menyaman dengan perkara yang sama terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Mereka saman dalam lingkungan RM0.5 juta.

Dan perlu juga diketahui bahawa, semua mereka itu adalah manusia yang menetap dibawah rumah yang meter airnya adalah bersepadu, bukan meter individu.

Semasa PRU12 dahulu, yang bertanding menentang barisan nasional dahulu adalah PAS, PKR dan DAP. DAP sendiri-sendiri, manakala PAS dan PKR atas nama kerjasama Barisan Alternatif. Tiada lagi Pakatan Rakyat. Jika manusia-manusia Selangor itu menyaman 'Pakatan Rakyat', agaknya, korang semua akan kalah.

Tetapi, bukan itu yang hendak saya nyatakan didalam artikel ini. Apa yang hendak saya utarakan ialah, apakah reaksi kerajaan Pakatan Rakyat terhadap kes saman ini. Adakah Kerajaan Selangor akan lawan, menentang dan menganggap, mereka yang menyaman mereka ini adalah 'musuh'.

Jika ya pun, yang mengetuai kes menyaman ini adalah puak umno dan bn, adakah kerajaan Selangor akan 'berperang' dengan mereka?

Jika ya, pihak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan 'berperang' dengan mereka, maka saya rasa, bn dan PR adalah sama sahaja. Tidak berjiwa rakyat. Jika ada berjiwa rakyat pun, ianya tidak merangkumi semua manusia baik mereka itu menyokong PR, tidak menyokong PR, menentang PR atau atas pagar. Kerajaan Selangor akan sama seperti kerajaan Selangor semasa zaman umno dahulu. Menganggap, apa-apa yang ditentang oleh mereka, lebih-lebih lagi pembangkang, adalah satu perumpamaan menentang mereka dan semuanya adalah kerana berkaitan dengan politik.

Saya kira, apa yang perlu kerajaan Selangor lakukan ialah, membuat kerja yang 'mesra alam' dengan manusia-manusia yang menyaman kerajaan Selangor. Walau apa pun yang hendak dipertahankan oleh kerajaan Selangor, yang beranggapan, bahawa sebenarnya Syabas yang salah kerana tidak mengindividukan meter air kepada rumah yang bersepadu meternya, ianya adalah bukan tanggungjawab manusia yang menyaman kerajaan Selangor.

Tidak harus, rakyat Selangor, yang rumah mereka mempunyai meter pukal, tidak dapat menikmati air secara percuma hanya kerana masalah Syabas dengan Kerajaan Selangor. Rakyat berhak untuk mendapatkan hak mereka untuk menikmati air percuma, seperti jiran-jiran mereka yang mempunyai meter air individu.

Oleh itu diharapa, pihak parti, iaitu PAS, PKR dan DAP, membantu 2731 manusia Selangor ini, untuk mendapatkan hak mereka, walaupun adanya mereka itu adalah 100% dari puak orang umno, mca atau mic. Tidak salah kita membantu rakyat yang mempertahankan haknya untuk mendapatkan air percuma daripada kerajaan Selangor, yang dahulunya, telah menjanjikan perkara itu kepada mereka (walaupun mereka tidak mengundi PR).

Hak tetap hak.

Jumaat, September 14, 2012

MELAYU YANG TIDAK BERSULTAN.

Saya adalah seorang Melayu yang tidak bersultan. Kerana apa? Kerana saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Ibu negeri Selangor, yang dirampas oleh kerajaan persekutuan. Oleh kerana Sultan Selangor sudah tidak boleh menaungi apa-apa di tanah Kuala Lumpur semenjak dari 1974, maka saya terlewat 2 tahun untuk dilahirkan bernaung dibawah seorang Sultan.

Ibu saya seorang Perak. Dilahirkan di Kota Lama Kiri, berdekatan dengan Kuala Kangsar. Maka Ibu saya ada seorang Sultan. Sultan Perak. Tetapi, ibu saya tidak gemar dengan Sultan Perak sekarang. Kerana beliau menganggap, Sultan Perak sekarang tidak layak menjadi Sultan. Kerana ada orang lain yang lebih layak. Itu cerita orang Kuala Kangsar, yang sudah terbiasa dengan kerabat-kerabat Sultan. Mereka seperti tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam istana Perak pada 1984 dahulu. Namun, saya tidak mahu ambil port.

Ayah saya pula, adalah seorang Melaka. Bukan bandar Melaka, tetapi Melaka di Jasin. Kampung Terentang. Oleh itu, ayah saya memang sah, seorang Melayu yang sudah tiada Sultan lebih dari 1/2 kurun.

Keturunan manusia, sejak azali, adalah dikuatkan sebelah lelaki. Dengan itu, disebabkan ayah saya tiada Sultan, dan saya juga tiada Sultan, maka jadilah saya ini seorang Melayu yang tidak berSultan. Maka, adakah saya dianggap kurang Melayu daripada orang Melayu yang lain.

Yang pasti, saya bukan mamak seperti Tun Mahathir. Bukan keturunan Arab seperti Syed Albar dan bukan berkuturunan Cina seperti Salahudin Ayub. Saya adalah seorang Melayu. Tetapi tiada berSultan.

Walaupun saya seorang Melayu tiada berSultan, namun, salasilah ayah saya ada sangkut paut dengan Yamtuan Negeri Sembilan. Itu apa yang dikatakan oleh sepupu saya yang suka dan gemar mencari salasilah keluarga. Namun, walau apa pun, saya masih ingin menyoal Melayu di Tanah Melayu ini, Melayu yang tiada berSultan, adakah Melayunya lebih rendah dari Melayu yang ada Sultan?

Selasa, September 11, 2012

PAGE YG KURANG AKAL.

Baru pening kepala balik dari mesyuarat tender. Ada 3 kompeni yang perlu dijustifikasi didalam spesifikasi teknikal. Tiga-tiga tidak lepas. Sudah siap laporan, terserah kepada procurement pula. Dan seperti biasa, jika teknikal tidak lepas, perolehan pun pasti tidak lepas. Bukan macam projek sambungan LRT tu. Macam cap ayam.

Balik sahaja rumah, buka internet, baca MalaysiaKini. Terbaca cerita ini NGO ibu bapa: Rangka dasar pendidikan 'tiada umph'

Macam hampeh.

Baru hari ini, saya terperasan adanya nama pertubuhan 'Kumpulan IbuBapa untuk Pendidikan' (page). Kepalanya, seorang wanita.

Apa yang membuatkan saya menganggap page ini hampeh ialah, kerana mereka beria benar hendak PPSMI dikekalkan. Ini yang saya pelik ini.

Kenapa, masih lagi ada manusia yang menganggap, jika hendak pandai Matematik dan Sains, perlu diajar dalam bahasa Inggeris? Hanya kerana kebanyakan buku rujukan dalam bahasa Inggeris? Adoilaa..... ada juga manusia yang buat-buat bodoh dalam isu ini? Berapa kali saya mahu bagi pencerahan daaaa?


Sabtu, September 08, 2012

ORG MELAYU SEKARANG BODOH POLITIK (2)

Semalam, saya ada bercerita tentang otak kanan dan otak kiri. Dan saya mengkaitkannya kepada kesenian politik Melayu sekarang. Dimana, majoriti yang mengikuti, tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam setiap tindakan politik daripada kumpulan atau individu itu.

Jika hendak tahu, akal kiri adalah akal yang akan memproses perkara-perkara yang lojik. Apa yang tersurat. Manakala akal kanan, akan memproses perkara-perkara yang tidak lojik. Iaitu perkara yang tidak nampak dengan pancaindera biasa. Perkara yang tersurat.

Semasa kita budak-budak, 90-70% akal yang digunakan adalah otak kanan. Sebab itu kanak-kanak pandai berimaginasi. Dan cerita imaginasi mereka majoritinya tidak lojik kepada pemikiran orang tua.

Apabila kanak-kanak itu dididik dengan betul dan bersistematik, untuk mengaktifkan akal kanan dan juga akal kiri dengan serentak, maka perkara-perkara yang ajaib boleh berlaku terhadap budak itu. Pernah melihat cerita Matrix dan Star Wars. Agak-agak anda semua, bolehkah perkara itu berlaku pada realiti kehidupan. Fikir-fikirkan.

Sepandai-pandai Albert Einstain, hendak tahu berapa peratuskah akal yang digunakan olehnya. Jawapannya 6%. Dengan hanya menggunakan 6% otaknya sepanjang hayat, boleh melahirkan genius sepertinya, maka apa agaknya akan berlaku kepada manusia jika beliau menggunakan 10% sahaja otaknya?

Akal kiri juga, berfikir perkara apa yang berlaku disekelilingnya sekarang. Akal kiri, tidak boleh berfikir apa yang akan berlaku pada masa panjang. Untuk masa panjang, akal kananlah yang akan bertungkus-lumus berfikir untuk tubuh badan tuannya. Kerana apa hanya akal kanan yang mampu memproses apa yang berlaku pada masa panjang? Kerana ianya memerlukan imaginasi. Perkara yang mungkin tidak lojik dan perkara yang diluar jangkaan.

Oleh kerana orang Melayu sudah beku otak kanannya, maka banyak kesimpulan dalam keputusan kehidupannya hanya berkiat dengan jangka pendek. Tidak jangka panjang. Sebab akal kirinya lebih superior dari akal kanannya.

Jika dikaitkan dengan politik, apa yang berlaku sekarang, kebanyakannya, keputusan-keputusan dan pemikiran politik, hanya untuk menyetelkan perkara-perkara untuk jangka masa pendek. Tidak untuk jangka masa panjang. Adakah ia salah? Tidak, ia tidak salah. Cumanya, ianya hanya untuk menyelesaikan masalah jangka pendek.

Ianya terpulang apakah objektif seseorang. Jika beliau mahu menyelesaikan masalah hanya untuk jangka masa pendek sahaja, bukan jangka masa panjang, maka betullah tindakan beliau itu. Jika objektif seseorang itu adalah untuk jangka masa panjang, maka tidak tepatlah tindakan itu. Ianya tidak salah dan ianya juga tidak betul, hanya ianya kurang tepat.

Oleh itu, apa-apa perkara, yang dikatakan oleh pemimpin, yang menjurus kepada penggunaan akal kanan, maka, akan berduyun-duyun manusia yang kononnya pandai didalam arena politik Malaysia, akan menyangkal dan membelasah pemimpin itu.

Saya bercakap ini dalam konteks Islam. Bukan konteks ism manusia. Pedulikan dengan benda-benda lain selain Islam. Ini kerana, ism manusia ada berbagai-bagai bentuk. Ada sosialisme, ada liberalisme, ada komunisme, ada kapitalisme dan berbagai lagi. Maka akal kita akan pening dengan ism manusia. Tidak tahu tujuan hidup.

Jika akal kita, iaitu akal kiri dan kanan tidak tahu tujuan hidupnya, maka otak kita akan cepat mati kerana kerja dalam keadaan bercelaru. Untuk tidak mendelarukannya, maka insan itu perlu set kan pada mindanya, apakah objektif beliau hidup di dunia ini.

Apa yang saya lihat, DAP adalah satu badan politik di Malaysia yang menggunakan kedua-dua akalnya untuk berfikir. Kiri dan kanan.Namun bukan untuk Islam, tetapi untuk hanya kepentingan parti mereka. Manakalanya PAS, dahulunya, mereka berfikir dengan kedua-dua akal kiri dan kanannya, tetapi, sekarang, jika ada pemimpin yang berfikir menggunakan kedua-dua akal kiri dan kanannya, maka pemimpin yang hanya menggunakan akal kirinya akan memerangi selunyai-lunyainya mereka. Dan sedihnya, mereka telah menjadi dominan dalam PAS.

Jumaat, September 07, 2012

ORG MELAYU SEKARANG BODOH POLITIK.

Mereka-mereka berkata, orang Melayu pandai berpolitik. Mereka-mereka juga berkata, orang Melayu pandai bermain-main kata. Sebab itu orang Melayu pandai berpantun. Bukan takat pantun 2 kerat, 4 kerat. Pantun sekerat pun orang Melayu boleh buat.

Perspektif akal orang Melayu juga suka kepada seni. Sebab itu rumah Melayu dahulu kala penuh dengan seni-senian. Rumah Melaka ada seninya. Rumah Perak ada seninya. Rumah Selangor ada seninya. Kiranya, setiap negeri, rumahnya adalah berlainan seni binanya.

Tetapi itu Melayu zaman dahulu. Melayu zaman yang banyak dengan seni dan adat. Bukan sekarang.

Rumah Melayu zaman sekarang, semuanya berbentuk sama. Sebab adanya rumah PPRT, maka kesenian seni bina Melayu telah dihancurkan oleh sebab itu.

Orang Melayu sudah terbiasa dengan rumah empat segi. Setiap rumah, sama jenis, sama bentuk, sama rupa. Maka akal seni orang Melayu mati. Atau lebih tepat, otak kanan orang Melayu sudah mati.

Orang Melayu juga telah diajar untuk menjadi kapitalis. Perangai kapitalis ialah, mereka suka mengira. Mengira duit. Kemudian mereka suka berfikir bagaimana hendak mendapatkan duit. Apakah turutan kerja yang perlu dibuat untuk menjanakan duit. Maka dengan itu, hanya otak kirilah yang berfungsi. Otak kanan yang akan berfikir apakah yang akan berlaku jika tindakan kapitalis itu dilakukan terhadap diri, keluarga, jiran dan masyarakat, tidak diendahkan.

Maka, matilah otak kanan orang Melayu.

Begitu juga politik. Politik ada seninya. Politik ada silatnya. Politik ada bunganya. Tetapi, oleh kerana, orang Melayu sudah tidak berfikir menggunakan otak kanannya, maka pemikiran orang Melayu sekarang ini, tidak dapat menangkap kesenian politik. Tidak dapat membaca bunga-bunga silat politik.

Mereka hanya berfikir satu arah. Berfikir didalam kotak. Tidak mampu berfikir diluar kotak. Dan ini adalah masalah besar yang banyak berlaku kepada gejuis-gejuis PR. Mereka tidak pandai melihat seni politik dunia orang Melayu. Mereka hanya nampak benda yang luaran sahaja. Simpang siur, mereka buta.

Oleh kerana mereka buta, gejuis yang menggunakan kedua-dua belah akalnya, kiri dan kanan, seperti MSK dan RPK, dengan senang, dapat menarik dan mencucuk hidung kepada sesiapa yang membaca artikel mereka. Sehingga pada ketika dahulu, MSK ada berkata, walau apa PAS buat, ahli PAS akan mengundi lambang bulan, walau apa sekalipun. Itu apa yang dia kata, dan memang dia kata itu benar, kerana majoriti sekarang orang Melayu, tidak menggunakan akal kanannya untuk berfikir.

Dengan itu, eloklah orang Melayu, terutamanya gejuis-gejuis, mulai sekarang, selain menggunakan akal kiri untuk berfikir, gunakanlah juga akal kanan anda.

Dan perlu diketahui, untuk berfikir menggunakan akal kanan, ada ilmu dan caranya.... bukan datang dengan sendirinya.Kecualilah, anda semua telah terdidik semenjak kecil, atau anda semua adalah kanak-kanak.

Isnin, September 03, 2012

MSK, SPT BIASA, DENGAN KEPANDAIANNYA.

Saya sungguh tak sangka, blog yang ciput macam blog saya ini, tuan MSK pun ada baca. OK le tu.

Cumanya, apa yang memusykilkan saya, MSK ada kata, "Aku cuba jawab dalam ruangan komen tapi tak boleh lepas. Jadi aku kena tulis kat sini." (Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/30/tak-habis-habis-dengan-hudud/)

Yang ini saya pelik. Saya dah dok check dalam blogger saya, tidak pula wujud komen dari MSK. Yang ada 2 komen dari Kump Anak Muda keluar umno dan satu lagi tanpa nama. Itupun saya keluarkan komen hari ini, sebab saya memang tidak bergejuis pun dari Jumaat hingga Ahad lepas. Lap top rosak dan broadband tertinggal di Batu Enam. Kasihan saya.....

Tetapi takpelah. Sekurang-kurangnya, hajat saya untuk MSK 'naik angin' terlaksana. Saya suka melihat beliau 'naik angin'. Macam-macam info akan terkeluar. Dan seperti sedia kala, hipotesisnya entah dari mana, saya tidak tahu. Yang saya nampak hipotesis dari segumpal daging diatas kepala dia. Ok le tu. Beliau tidak menggunakan akal kepala lutut. Macam mamat Shah Alam tu.

Dan seperti biasa, kepada mereka-mereka yang menggemari kepandaian MSK berhujah dalam blognya, beliau ini amat pandai bermain bahasa, bermain tajuk dan bermain minda.

Saya kata satu perenggan sahaja;

Ada orang kata, masalah sosial yang dialami di Malaysia ini tidak boleh dihapuskan dengan terwujudnya undang-undang syariah. Itu MSK yang kata. Dari mana dia dapat hipotisis itu, saya tidak tahu. Memang kebiasaan MSK, dia anggap apa yang keluar dari kepala otak dia, semuanya betul. Kasihan.

Dan, satu benda pun dia tak jawab tentang apa yang dia kata tentang 'MASALAH SOSIAL TIDAK BOLEH TERHASIL DARI TERWUJUDNYA UNDANG-UNDANG SYARIAH.' Yang dia jawab, benda lain. Kasihan.......
Nak tau apa dia kata, yang menyebabkan saya cuba 'menaikkan anginnya' itu, cubalah baca kat bawah ni. 
Nak senang, sila baca perenggan 24 @ 25 (Jika perenggan dalam kurungan dikira seklai).

Sebab itulah saya katakan, dari hipotesis mana yang beliau dapat dengan mengatakan bahawa

"Aku tau…akan ada penyokong Umno yang terus melompat bila aku cakap macam tu. Tapi aku nak tujukan tulisan ini bukan saja kat Umno tapi juga kat Pakatan Rakyat. Sebab aku tau, ramai penyokong PR juga tak tau macam mana nak menyelesaikan masalah ini sebab depa tak pernah rasa. Malah ramai yang tak sedar keseriusan permasalahan ini. Bukan itu saja, ada yang ingat..dengan melaksanakan hukum Islam..semua masalah akan selesai."

Harap, MSK naik angin lagi.