Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Ogos 30, 2012

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD, TAKE BEER (2)!!

Hari ini, ada satu cerita, yang menarik untuk digejuiskan. Sila korang semua baca satu berita dibawah ini;
'Munasabahkah kanak-kanak izin lakukan seks?'

Ceritanya, apa cap ayam punya cerita ada kebenaran untuk kanak-kanak melakukan hubungan seks dengan lelaki. Itu yang Ivy kata kepada pemberita. Dia juga kata, tidak munasabah langsung kanak-kanak boleh diizinkan melakukan seks dengan pasangannya.

Memang pelik. Pelik yang mengundang pening kepala.

Satunya, istilah kanak-kanak, telah diberikan kepada perempuan, yang bukan sahaja berumur bawah 10 tahun, tetapi perempuan yang berumur 16 tahun juga ditaegorikan sebagai kanak-kanak. Atau manusia bawah umur. Bukan setakat itu, sehinggakan perempuan 18 tahun juga dikategorikan sebagai kanak-kanak?

Apa yang hendak saya ceritakan disini ialah, bukannya pasal budak bawah umur atau manusia itu sudah dewasa. Masalah yang saya hendak ketengahkan disini ialah, nampak gayanya, seperti, apabila manusia itu sudah berumur 18 tahun ke atas, maka dibolehkan mereka itu melakukan zina. itu yang saya nampak.

Tujuan asal undang-undang melakukan hubungan seks kepada perempuan dibawah 16 tahun itu terus dikategorikan sebagai rogol adalah untuk menjagai maruah kanak-kanak itu, tetapi apa akan jadi jika manusia itu sudah berumur 17 tahun. Adakah ianya sebagai umur lesen untuk berzina?

Fuih!! Sunggub pelik undang-undang manusia Malaysia ini.

Yang peliknya, Allah dah jelaskan kepada kita, apa yang perlu kita lakukan dengan kes ini, namun manusia tetap ego dengan segumpal daging yang berada di atas kepalanya. Kesiannn.......

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD, TAKE BEER!

Ada orang kata, masalah sosial yang dialami di Malaysia ini tidak boleh dihapuskan dengan terwujudnya undang-undang syariah. Itu MSK yang kata. Dari mana dia dapat hipotisis itu, saya tidak tahu. Memang kebiasaan MSK, dia anggap apa yang keluar dari kepala otak dia, semuanya betul. Kasihan.

Ada orang kata pula, politik yang berkaitan dengan perlaksanaan Hudud adalah satu kerugian dan buang masa. Beliau adalah seorang pemegang sijil doktor. Yang malangnya, beliau juga ahli PAS. Insan berjawatan dalam PAS. Dan juga ahli Parlimen PAS. Cap ayam.

Kemudian, ada seorang manusia, yang berkata, tidak salah jika rakan sendiri menghina Hudud, tetapi jika musuh yang hina, ianya satu kesalahan. Mana punya hipotisis yang dikeluarkan mamat Shah Alam itu, saya tidak tahu. Mungkin dari rakan-rakan seksyen 18nya? Bodoh.

Semalam pula, ada seorang manusia yang dahulunya hendak menyaman hudud, kemudian bertaubat, kemudian semalam, bercerita berkenaan rogol bawah umur. Baca bawah ni;
Mahkamah perlu dipersalahkan kerana perogol bawah umur bebas, kata bekas menteri

Ada juga manusia, dalam lingkungan manusia gejuis, hendak menyamakan kes-kes hudud ini, bersangkut paut dengan UG. Ini lagi 'haram jadah' punya kes. Satunya, kerana telah memesongkan manusia kes hudud kepada kes kononnya hendak memecahkan PR. Dan keduanya, mengfitnah UG, bahawa UG adalah tiket untuk bekerja sama dengan umno. Bodoh!

Dari lima kes diatas, saya hendak meluaskan lagi cerita berkenaan kes keempat. Kes dimana perogol bawah umur boleh bebas dari hukuman, walaupun mereka didapati bersalah.

Jika manusia seperti MSK, saya tidak tahu jika beliau percaya kepada benda-benda metafizik. Dan juga puak-puak reform gejuis celaka, saya juga tidak tahu adakah mereka ini beriman kepada benda-benda metafizik.

Nampak atau tidak, setelah berlakunya kes dimana Karpal menghina Hudud, Ustaz Nasya membelasah Karpal, puak-puak IRC PAS men'defend' Karpal, Majlis Syura dan puak-puak ustaz dalam PAS men'defend' ustaz Nasha, semuanya kerana kes hudud.

Setelah kecohnya ustaz Nasha, maka suara-suara berani telah terkeluar di alam maya oleh para gejuis, yang dipelopori oleh Cucu Mat Kilau (CMK), untuk membelasah kepada mereka yang kurang ajar mulut dengan hudud dari wakil-wakil PR. Selepas CMK memberi jalan, maka berduyun-duyun ahli-ahli yang memang ahli tentang hukum-hakam Islam, mengangkat kewajiban hudud itu terlaksana di Bumi Allah ini.

Tup-tup, dengan tiba-tiba, kes di mana seorang manusia 22 tahun yang 'merogol' budak 12 tahun, tidak dikenakan hukuman walaupun didapati bersalah. Dalam 1 bulan, 2 orang 'perogol' budak bawah umur dibebaskan.

Saya tidak mahu cerita berkenaan kes mamat Cina 22 tahun itu. Tetapi, apa yang hendak saya ceritakan ialah, berkenaan mamat Melayu, umur 19 tahun, yang didapati bersalah, 'merogol' budak 13 tahun.

Kenapa saya menulis merogol itu dalam keadaan 'merogol'. Ada sengkang. Kerana, memang didapati di Mahkamah, mamat Melayu 19 tahun dan minah Melayu 13 tahun itu suka sama suka 'bersama-sama'. Maksudnya mereka berdua berzina. Lelaki itu suka dengan perempeuan itu, dan perempuan itu suka dengan lelaki itu dan mereka pun berzina.

Dalam undang-undang Malaysia, walaupun lelaki dan perempuan itu suka sama suka, jika perempuan itu dibawah umur 16 tahun, maka yang bersalah hanya lelaki itu, kerana telah 'merogol' perempuan bawah umur. Sangatlah adil undang-undang manusia? Lepas sama-sama seronok, yang kena hukum, si lelaki sahaja. Yang perempuan, bebas walau dia memang berzina.

Saya tidak berapa kisah sangat jika mahkamah hanya beri ikat jamin kepada mamat 19 tahun itu yang bersalah 'merogol' aweknya, berumur 13 tahun. Yang saya kisahnya, ialah, apa punya undang-undang manusia guna pakai sekarang? Dalam kes ini, 2 orang berzina, si perempuan tidak dituduh apa-apa, dan si lelaki hanya diberi ikat jamin sahaja. Apa punya kes ni? Mana sebat 100 kali di khalayak ramai?

Apabila pemimpin hanya sibuk dengan berpolitik sempit, maka ruang Islam hendak memerintah, telah ditabookan oleh puak-puak liberalis dan sekularis. Memang jahat!!!!!

Rabu, Ogos 29, 2012

DR. DZUL DAN KHALID SHAH ALAM MEMANG BODO DLM HUDUD!

Jika saya jadi ahli Majlis Syura, saya akan memecat serta merta Dr Dzul.

Jika saya jadi AJK PAS Kawasan Shah Alam, saya akan bersungguh-sungguh menendang keluar Khalid Samad dari PAS sejauh-jauhnya.

Sebabnya apa? Sebabnya mereka ini ular lidi.

Cuba korang semua baca ini;
Peragut Jalanan - Mangsa hampir putus tangan dirompak

Kemudian baca yang ini pula;
Bayi perempuan ditemui depan kedai surat khabar.

Dan lagi, baca ini;
Rompakan di Stesen Minyak RnR Butterworth - Kulim Expressway

Baca pula yang ini lagi;
Berniaga disebalik tirai besi.

Meragut, zina, rompak dan samun. Semua ini ada kaitan dengan undang-undang Hudud. Oleh itu, kepada sesiapa politician dalam PAS yang ada perangai macam Dr. Dzul dan Khalid Shah Alam, dipersilakanlah untuk anda semua menjawab depan Allah SWT.

Jangan sebab politik 'nak raih undi', maka mulut kita jadi bodoh dan dungu dalam cerita kewajiban hudud.

Jika mereka berdua itu dalam umno, munasabahlah mereka berfikiran cap ayam begitu, namun, oleh kerana mereka dalam jemaah Islam PAS, maka amat celakalah mereka berdua itu. Merosakkan pemikiran umat Islam yang sekarang ini pun memang keliru dengan syariah Islam itu sendiri.

Cap ayam sungguh!!!!!!

Jumaat, Ogos 17, 2012

ULAMA MALAYSIA CAP AYAM?

Hari ini saya hendak cerita berkenaan dengan akhir zaman. Kerana apa saya hendak bercerita tentang akhir zaman? Kerana memang waktu sekarang ini, adalah waktu akhir zaman yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.

Cara yang saya hendak ceritakan tentang akhir zaman ini, saya hendak bercerita dalam konteks santai. Tidak mahu terlalu akademik. Tidak mahu bahasa tinggi-tinggi. Hanya mahu bercerita dengan santai seperti bercerita dalam kedai kopi. Kerana apa? Kerana target saya adalah kepada mereka-mereka yang bukan ustaz, bukan ulama, bukan cendiakawan agama. Target saya adalah kepada manusia biasa, yang majoritinya, mengaku Islam, tetapi tidak solat 5 waktu. Mengaku Islam, tetapi asyik dengan k-pop. Mengaku Islam, tapi anggap bercouple bukan dosa.

Nabi kita, Rasulullah SAW, ada bersabda, pada akhir zaman nanti, ada bermacam-macam perkara yang tidak elok akan berlaku kepada masyarakat manusia. Lebih mudah sebut, benda yang tak betul, dijadikan benda yang betul. Salah satu apa yang Nabi beri amaran kepada kita ialah, para ulama tidak akan dihormati lagi.

Banyak kali juga jika kita belajar bab akhir zaman, samada di sekolah, di masjid atau majlis ilmu, ustaz-ustaz akan kata, para ulama tidak akan dipandang dan dianggap tidak perlu dihormati lagi pada akhir zaman nanti.

Apabila saya mendengar kata-kata itu, dalam hati kecil saya akan berkata, mesti pada zaman itu, semua umat manusia sudah tiada ilmu agama, tidak solat, tidak puasa, tidak percaya nabi dan lain-lain seangkatan dengannya. Kemudian saya akan berfikir lagi, bagaimana perkara seburuk itu boleh berlaku? Bagaimana pada akhir zaman, umat manusia tidak akan menghormati ulama lagi? Mesti ada peristiwa dan sejarah sebelumnya yang menyebabkan ulama disisih begitu sahaja. Tidak mungkin perkara itu akan berlaku dengan sekelip mata. Mesti ada sejarahnya.

Dan apabila saya melihat kepada konteks Malaysia, sekarang ini, nampak gayanya apa yang Rasulullah sebutkan 1400 tahun dahulu, memang sudah hendak terjadi. Dan memang sudah terjadi pun.

Pertamanya, jika kita tanya rakyat marhaen tentang Majlis Fatwa, mereka akan kata, tidak perlu ambil tahu kerana telah menjadi alat tunggangan umno untuk kepentingan politiknya. Jika ditanya kenapa, pasti mereka akan kata, 'Bersih pun difatwakan haram! Apa kes?'.

Itu satu.

Yang keduanya;

Cerita berkenaan seorang 'ustaz' di Kelantan. Yang mengharamkan manusia Islam mengundi DAP. Kerana dia sebut DAP tidak mahukan hudud. Kemudian SS Mufti Perak menyahut 'fatwa' itu dengan mengatakan 'ustaz' Kelantan itu tidak salah dengan katanya.

Maka berdoyong-doyong manusia melekehkan apa yang disebut 'ustaz' Kelantan tadi bersama-sama sekali dilekehkan juga Mufti Perak yang dianggap mesra umno.

Ceritanya kecil. Tetapi impak kepada masyarakat adalah besar. Masyarakat sekarang telah ada unsur-unsur melihat kerja Mufti ini adalah kerja lembu ditarik hidung oleh pemerintah. Dan, sebenarnya, masyarakat tidak bersalah dalam perkara ini. Kerana banyak tindak tanduk Majlis Fatwa dan Mufti, seperti dilembukan oleh kerajaan yang memerintah.

Manusia tidak menjadi jahat dengan sendirinya. Manusia tidak jadi jahat selepas dilahirkan. Manusia dilahirkan baik. Bersih. Suci. Tiada dosa. Walau ada satu agama kata, bayi yang lahir sudah tanggung dosa.

Manusia menjadi jahat dengan memalui satu proses. Proses yang dinamakan kehidupan. Proses yang panjang. Yang dituruti dengan banyak peristiwa dan sejarah-sejarah. Dalam proses itu, manusia yang dilahirkan baik, menjadi manusia yang jahat.

Perogol tidak akan merogol, jika tiada proses yang membuatkan beliau tergamak merogol orang. Pembunuh tidak akan membunuh, jika dia tidak menjalani proses yang membuatkan beliau tergamak untuk membunuh. Begitu juga manusia yang tidak menghormati ulama, mereka tidak akan membuat perlakuan begitu jika tidak berlakunya proses yang menyebabkan beliau tergamak untuk menghina ulama.

Masyarakat Malaysia sekarang didalam proses dimana mereka sedang melalui satu peristiwa dimana institusi ulama sedang cuba dijatuhkan kredibilitinya. Bukan cuba, tetapi sebenarnya memang sudah dijatuhkan kredibilitinya. Prosesnya sudah bermula. Bukan baru bermula, tetapi sedang dalam bekerja.

Mahu tidak mahu, proses menjatuhkan kredibiliti ulama juga sebenarnya sudah bermula didalam jemaah Islam terbesar di Malaysia sendiri. PAS.

Perilaku manusia yang mengejar tempat untuk menjadi pemimpin, menyebabkan, istitusi ulama dalam PAS cuba dilihatkan kepada masyarakat sebagai 'jahat'. Mereka gunakan dengan satu ungkapan sahaja. UG. Atau lebih tepat dua huruf.

Dengan tidak semena-mena, semua ulama di dalam PAS dianggap gunting dalam lipatan. Ejen umno. Penderhaka kepada rakyat. Cukup mudah. Dewan Ulama diperkecilkan. Majlis Syura cuba di'kotor'kan.

Cuba tanya kepada ahli PAS. Apa yang mereka anggap dengan Dewan Ulama? Tidur? Tak buat kerja? Itulah yang telah diviruskan oleh sesetengah 'golongan' kepada ahli PAS. Permulaan kepada proses dimana ulama tidak dihormati.

Cuba tanya ahli PAS. Siapakah yang akan mereka mahukan sebagai PM Malaysia? Tok Guru Abdul Hadi? Ada yang kata mereka tok sir dengan Tok Guru Presiden. Kerana apa? Kerana proses pembikinan bahawa ulama mesti dikesampingkan dari pemerintahan sedang berlaku. Apakah yang menyebabkan ramai yang tidak berkenan dengan Tok Guru Abdul Hadi menjadi PM? Kerana dia lemah? Kerana dia tidak berjaya mempertahankan Terengganu? Kerana dia bodoh memerintah? Kerana dia tidak pandai politik?

Tidak. Semuanya tidak. Semuanya itu adalah hanya andaian yang sedang disemai kepada masyarakat agar menjadi benar. Ianya hanyalah satu proses yang telah diceritakan oleh Rasulullah SAW. Bahawa, satu hari nanti, pada akhir zaman, masyarakat tidak akan mendengar kata-kata ulama. Ulama telah dikesampingkan. Ulama is nothing.

Oleh itu, adakah kita hanya hendak berdiam diri dengan situasi ini??????

Rabu, Ogos 15, 2012

MYANMAR YG SYAITAN. (WAJIB BACA!)

Teks taklimat dari Presiden Majlis Ulama Rohingya


(Nota: Sejak meletusnya rusuhan kaum di Arakan (kini dikenali Rakhine State), Myanmar pada 3 Jun 2012 yang lalu Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima banyak undangan daripada jawatankuasa masjid-masjid dan beberapa NGO terkemuka di sekitar Lembah Klang. Berikut ini adalah intipati penerangan yang disampaikan oleh beliau pada majlis-majlis berkenaan untuk bacaan dan makluman rakyat Malaysia khususnya)

1. LATARBELAKANG

1.1 Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya (terdapat 137 etnik kesemuanya).

1.2 Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.

1.3 Namun, etnik Rakhine mendapat pengiktirafan warganegara dan disokong pemerintah Myanmar – tidak disisihkan seperti Rohingya.

1.4 Masyarakat Rakhine dan penganut Buddhist serta pemerintah Myanmar tidak pernah menerima kehadiran Rohingya walaupun Rohingya yang dikenali sebagai Mujahidin turut sama memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1940.

1.5 Rohingya sudah lama bertapak di bumi Arakan sejak empat kurun dan turut memiliki raja-raja beragama Islam yang jadi pemerintah.

1.6 Persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa Rohingya adalah ‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan beramai-ramai secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di Bangladesh!

(Catatan: The United Nations describes Rohingyas as people who have descended from Arabs, Moors, Turks, Persians, Mughals and Pathans, in all likelihood, given their skin colour, language and lifestyle, the likelihood of them having descended from people who now constitute Bangladesh is fairly high. However, given the history of that part of the country — Chittagong was once part of the Arakan Kingdom — and while British rule in the subcontinent meant that people from Bengal travelled freely into what is now Myanmar and vice versa, such retracing of racial and geographical connection along the new maps of the world is rather futile. Rohingyas, like most other peoples and races of the world, are people who travelled to the Rakhine state hundred years ago for better livelihood and have since settled there…...”

1.7 Atas premis itulah pemerintah Myanmar sejak1942 dan etnik-etnik yang beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.

1.8 Pada 1982 pemerintah junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘CITIZENSHIP LAW (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya – Cuma 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.

1.9 Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta tentera – Rohingya mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.

1.10 Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan. Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-
- Pergerakan dari bandar ke bandar disekat
- Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada pihak tentera dan dikenakan bayaran
- Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membena masjid,madrasah, menyembelih binatang qurban dsbnya)
- Cukai dikenakan secara arbitrari
- Tangkapan dibuat ikut suka hati
- Peras ugut
- Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)
- Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampong halaman (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)
- Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan
- Rohingya tidak dibenar menjadi guru
- Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi
- Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban
- Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah

1.11 Akibatnya, Rohingya menjadi masyarakat yang tidak bernegara (stateless people) - tidak ada sebarang bentuk dokumentasi pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan.

1.12 Tidak tahan dengan kekejaman yang dilakukan lebih 1.5 juta masyarakat Rohingya telah meninggalkan tanah air untuk menjadi masyarakat pelarian di negara-negara jiran (termasuk Saudi Arabia dan negara-negara lain di Timur Tengah, Pakistan, Thailand, Australia dan Malaysia).

1.13 Pelarian yang paling ramai tinggal di Bangladesh, dianggarkan 1 juta - tinggal di kem-kem pelarian yang disediakan oleh UNHCR – dianggarkan lebih 100,000 ribu pelarian lagi yang terbiar tidak di bawah jagaan agensi antarabangsa.

1.14 Di Malaysia, pelarian Rohingya mula tiba pada tahun 1989 dan jumlahnya kini dianggarkan seramai 30,000.

1.15 Rohingya secara keseluruhannya adalah masyarakat yang paling miskin dan daif – bukan sahaja tidak berilmu malah disekat dari menjalankan aktiviti ekonomi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa etnik Rohingya adalah golongan minoriti yang paling teruk di tindas di dunia berbanding dengan kaum minoriti di negara-negara lain.


2. RUSUHAN TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA – SEBAHAGIAN DARI DASAR PEMBERSIHAN ETNIK (ETHNIC CLEANSING)

2.1 Punca rusuhan kaum ini amat kompleks dan pelbagai – telah berakar umbi dalam dasar diskriminasi dan institusi perkauman yang dikenakan terhadap masyarakat Rohingya di Arakan oleh pemerintah sejak 1942.

2.2 Rusuhan yang bermula pada 3 Jun 2012 bukan kali pertama. Sebelum itu berlaku beberapa rusuhan yang besar terhadap orang Islam -1942, 1962, 1978, 1988, 1994, 2000 dan yang terakhir awal Jun 2012. Sejak 1942 hingga sekarang beratus-ribu Rohingya telah dibunuh dengan kejam.

2.3 Pemerintah merahsiakan jumlah korban sebenar dan maklumat tentang keadaan diskriminasi diputarbelitkan serta dikawal rapi oleh media pemerintah. Lazimnya, pihak media dan kerajaan melaporkan bahawa masyarakat Rakhine yang ramai menjadi mangsa, dan melabel Rohingya sebagai pengganas yang melakukan provokasi; walhal keadaan sebenar adalah sebaliknya.

2.4 Setiap rusuhan dirancang begitu sistematik bertujuan menghapuskan etnik Rohingya dari wilayah Rakhine dan juga mendiskriminasi agama Islam. Bila berlaku rusuhan ramai Rohingya yang dibunuh dan disiksa. Untuk menyelamatkan nyawa mereka rela menjadi pelarian.

2.5 Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis tempatan (hlooh tien) dan tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat Buddhist.

2.6 Malah kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan Thien Sien) dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi juga tidak berani mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut untuk memberi keadilan kepada masyarakat Rohingya kerana secara realitinya mereka adalah pemimpin kepada rakyat Myanmar yang majoriti beragama Buddhist. Mereka turut mengesahkan dasar-dasar yang diwujudkan oleh pemerintah terdahulu atas kepentingan politik dan keselamatan nasional!

2.7 Wakil media antarabangsa sentiasa dikawal dan tidak dapat maklumat sebenar. Lazimnya, mereka memetik berita yang dipaparkan melalui saluran television dan surat khabar pemerintah (hanya akhir-akhir ini agensi berita antarabangsa hampir dapat mengesan berita yang berlaku di tempat-tempat kejadian).


3. RUSUHAN BULAN JUN 2012

3.1 Pada 3 Jun sepuluh (10) Muslim Myanmar diserang dan dibunuh oleh 200 pengganas Rakhine dalam sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar dari satu majlis keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar Taungup, selatan Arakan.

3.2 Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang Rohingya!

3.3 Bagi menjustifikasikan juga jenayah itu perbuatan orang Rohingya pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2 lelaki Rohingya yang tersalah tuduh itu.

3.4 Puak ekstrimis Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya di Bandar-bandar Sittwe (Akyab), Buthidaung dan Maungdaw. Kemudian merebak ke kampong-kampong – membunuh, membakar rumah dan merompak harta benda. Ada juga berita yang menyebut penghuni tidak sempat melarikan diri dan dibakar hidup-hidup. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol dan dibunuh oleh pengganas Rakhine dan anggota polis/ tentera – satu perbuatan kebinatangan yang lazimnya dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun.

3.5 Mayat mangsa segera dibawa lari ke tempat rahsia untuk dibakar/ditanam bagi mengelakkan perkara sebenar diketahui oleh dunia luar. Angka korban masyarakat Rohingya dilaporkan sedikit berbanding mangsa etnik Rakhine oleh media pemerintah. Media kerajaan juga memaparkan berita masyarakat Rakhine yang ramai terkorban dan terpaksa berlindung di kuil-kuil dan sekolah-sekolah di bawah kawalan ketat polis dan tentera. Manakala Rohingya dituduh sebagai pengganas dan pembunuh.

3.6 Pelbagai tektik digunakan bagi memburukkan imej Rohingya untuk menaikan kemarahan amat sangat masyarakat Buddhist – mayat mangsa Rohingya yang dibunuh dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh sami-sami.

3.7 Keganasan pihak Rakhine yang dibantu polis dan tentera menyebabkan penduduk Rohingya lari sehelai sepinggang ke kampong-kampong di bahagian pendalaman.

3.8 Beribu-ribu warga Rohingya cuba memasuki sempadan - malangnya disekat oleh pengawal keselamatan Bangladesh yang tidak membenarkan mereka masuk lalu mengusir mereka balik ke Myanmar untuk dimamah oleh pengganas Rakhine.

3.9 Pihak tentera Myanmar yang dihantar kerajaan pusat untuk mengawal dan menghentikan rusuhan bersifat berat sebelah. Curfews yang diadakan hanya melarang masyarakat Rohingya keluar dari kawasan mereka berlindung. Mereka dikepung oleh tentera dan polis di setiap penjuru termasuk kawalan anggota navy di persisir pantai.

3.10 Larangan perintah berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine. Keadaan sedemikian memberi kebebasan kepada pengganas Rakhine membunuh, merompak dan membakar perkampungan Rohingya – yang dibantu secara aktif oleh anggota tentera dan polis tempatan – yang kesemuanya berbangsa Rakhine. Tentera Rakhine juga memasuki kem-kem perlindungan mangsa Rohingya – menangkap dan membawa keluar pemuda-pemuda (termasuk belasan tahun) ke tempat yang tidak diketahui. Nasib mereka tidak diketahui!

3.11 Media antarabangsa disekat untuk mendapatkan berita sebenarnya. Pada awal-awal rusuhan, agensi-agensi berita antarabangsa cuma memetik dan mengesahkan apa yang dipaparkan melalui television dan suratkhabar kerajaan (akhir-akhir ini barulah berita berwibawa disiarkan)

3.12 Sejak meletusnya rusuhan pada 3 Jun dianggarkan 30,000 rumah masyarakat Rohingya dibakar (termasuk banyak masjid dan madrasah) dan lebih 150,000 kehilangan tempat tinggal di bandar-bandar Akyab ( Sittwe), Maungdaw, Rathedaung dan Kyauktaw.


4. KEMASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN

4.1 Bantuan kemanusiaan yang membawa makanan, air bersih, ubat-ubatan, khemah dan keperluan hidup dari agensi kemanusiaan antarabangtsa (seperti Agensi Makanan PBB, Red Cross dll) sudah mula masuk ke Myanmar.

4.2 Dari laporan yang diterima, pegawai dan sukarelawan agensi berkenaan tidak dapat mengagihkan terus bantuan kepada mangsa dari masyarakat Rohingya. Disebaliknya, mereka diiringi oleh pihak tentera yang membawa mereka terus ke kem-kem perlindungan masyarakat Rakhine.


5. CARA PENGHANTARAN BANTUAN DENGAN SELAMAT KEPADA MANGSA ROHINGYA

5.1 Pimpinan MUR menerima panggilan telefon setiap masa dari saudara-mara dan rakan-rakan yang berada di tempat-tempat perlindungan di Arakan memberitahu tentang keadaan penderitaan mereka di sana dan merayu agar kami dapat menyelaraskan bantuan daripada Muslimin dan Muslimat di Malaysia untuk dihantar kepada mereka.

5.2 Pimpinan MUR tidak putus hubungan dan masih mempunyai networking dengan tokoh aktivis dan sukarelawan Muslim berwibawa yang tinggal di bandar Rangon. Pihak MUR bersedia membantu menyelaraskan penerimaan sumbangan daripada penderma masyarakat Malaysia dan menghantar terus kepada mereka.

5.3 Para aktivis dan sukarelawan Muslim yang dimaksudkan itu mempunyai cara-cara dan dayaikhtiar yang tinggi untuk mempastikan bantuan kemanusiaan dari orang ramai (khususnya rakyat Malaysia) sampai kepada mangsa Rohingya yang pada masa ini benar-benar berada dalam kesusahan.

5.4 Pihak MUR menerima laporan bahawa akhir-akhir ini ramai mangsa Rohingya yang terkorban bukan disebabkan kena bunuh – mereka mati disebabkan kebuluran dan yang sakit tidak menerima bantuan perubatan.


6. PENGHAPUSAN ETNIK

Rusuhan, pengusiran, pelbagai diskriminasi dan sekatan hidup terhadap masyarakat Rohingya seperti yang berlaku sejak 70 tahun yang lalu adalah satu skim kerajaan yang terancang dan sistematik untuk menghalau Rohingya dari bumi Rakhine yang diterajui oleh ‘state terrorists’.


7. PENYELESAIAN KONFLIK (satu cadangan)

7.1 Kerajaan Myanmar sejak dari dahulu tidak adil, tidak ikhlas dan tidak bersungguh mahu menyelesaikan konflik ini.

7.2 Pemerintah sentiasa mencetus pelbagai cara bersistematik untuk melaksanakan dasar pembersihan etnik (ethnic cleansing)

7.3 PBB, ASEAN, European Union (EU) perlu campur tangan untuk menghentikan pembersihan etnik (Ethnic Cleansing) dan keganasan agama (Religious Violence) terhadap orang Rohingya.

7.4 Krisis di Rakhine ini memerlukan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan daripada kerajaan baru Myanmar bagi mencari punca sebenar, seterusnya menyelesaikannya segera dan untuk selama-lamanya.

7.5 Isu utama – Citizenship Law (1982) perlu dimansuhkan – masyarakat Rohingya mesti diiktiraf sebagai warganegara.

7.6 Aung San Su Kyi perlu mainkan peranan yang lebih jujur dan komited untuk mendapat masyarakat antarabangsa serta bertegas dengan kerajaan di Rangon, sepadan dengan anugerah Hadiah Nobel yang diterimanya yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia menentang kerajaan Myanmar yang zalim.

7.7 NGO-NGO Islam diminta mengatur banyak persidangan di peringkat serantau dan antarabangsa untuk membincangkan isu masyarakat pelarian dan pencabulan hak asasi manusia di Myanmar serta mencari resolusi konflik.

7.8 NGO-NGO Muslim terkemuka di Malaysia disaran menganjurkan dialog peradaban (civilizational dialogue) antara tokoh-tokoh agamawan dan ilmuan tersohor kedua agama (Islam dan Buddhist - dengan mengundang sama tokoh-tokoh terkemuka agama Buddhist di Myanmar) yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Buddhist dan Islam di Myanmar khususnya supaya menghormati satu sama lain serta menghentikan kezaliman seperti mana yang didokong dalam ajaran agama masing-masing.

7.9 NGO-NGO Muslim di seluruh dunia perlu menggerakkan kempen serta melobi di peringkat ASEAN, European Union (EU) dan PBB supaya menekan junta Myanmar menghormati Human Rights serta mengiktiraf Rohingya sebagai rakyat Myanmar yang sah.

Khamis, Ogos 09, 2012

BELAJO ISTILAH POLITIK SIKIT.

Dalam cakap-cakap orang politik, istilah lalang dan atas pagar adalah satu kebiasaan. Lalang bukanlah bermaksud semak samun, tetapi mentaliti seorang pengundi terhadap keputusan beliau untuk memangkah siapa di kertas undi nanti.

Begitu juga dengan atas pagar, bukanlah bermaksud humpty dumtee yang jatuh pecah seribu dari atas pagar, tidak. Atas pagar juga bermaksud sama dengan lalang, cumanya ianya berbeza sedikit.

Mari kita cerita, apa itu Lalang dan apa itu Atas Pagar;

Lalang.

Jika seseorang itu tiada kecenderungan untuk memilih sesiapa didalam pilihanraya. Tetapi, perangainya selalunya jika parti A datang berjumpanya, beliau akan puji dan menyokong parti itu. Dan jika parti B pula datang berjumpanya, beliau akan memuji dan menyokong parti B pula. Senang kata, mulut manis depan kita, belakang kita, maki hamun.

Jenis manusia seperti lalang ini, kita tidak akan tahu dia akan mengundi siapa. Senang kata, orang yang tiada pendirian.

Atas pagar.

Mereka ini berbeza sedikit dengan lalang. Mereka tidak akan sokong sesiapa. Mereka hanya akan menyokong sesuatu parti, jika kemenangan parti itu akan menguntungkannya, keluarganya, masyarakatnya, atau apa-apa yang ada kaitan dengannya. Jenis atas pagar ini, walaupun ramai ahli politik membuat kesimpulan sejenis golongan manusia yang tiada pendirian, tetapi sebenarnya mereka ada pendirian. Iaitu pendirian mementingkan diri sendiri.

Selasa, Ogos 07, 2012

LEE CHONG WEI, HANG DENGAR SIKIT APA AKU NAK CAKAP!

Lee Chong Wei kalah lagi dengan Lin Dan. Lee Chong Wei dapat perak lagi dalam sukan olimpik. Lee Chong Wei ada setapak sahaja lagi untuk merangkul emas, tetapi ianya tidak tercapai. Bagi saya, apa yang hendak saya kabarkan kepada Lee Chong Wei ialah, "SO WHAT!". Apa yang hendak dikisahkan menjadi orang 'second best'. Padahal awak adalah pemain nombor satu dunia, (sebelum hang cederalah), tetapi hanya tidak dapat merangkul pingat emas olimpik sahaja.
Jangan la sedih, bro.....

Melihat kamu menangis selepas kalah dua kali berturut-turut kepada Lin Dan untuk hanya mampu meraih perak olimpik, membuat saya tertanya-tanya, adakah selepas ini, anda akan menggantungkan raket badminton anda selama-lamanya? Tidak.... semestinya tidak, kerana dengan mulut anda sendiri mengatakan bahawa anda akan bermain secara aktif sehingga 2014.

Tetapi, kenapa hanya sehingga 2014, aka Sukan Asia 2014? Kenapa tidak tambah lagi 2 tahun? Kan ke Brazil akan menjadi tuan rumah sukan olimpik pada 2016. 2 tahun selepas 2014. Dua tahun sahaja Lee Chong Wei.

Jika kamu kata kamu sudah tua ketika umur itu, iaitu 34 tahun, anda sebenarnya silap besar. Betul-betul silap besar. Jika betul impian anda adalah pingat emas olimpik, maka umur 34 tahun itu hanyalah mainan nombor. Kenapa saya berkata demikian, mari saya ambil satu contoh.

Kenal tidak kamu dengan Felix Sancez. Sudah semestinya anda kenal. Beliau seorang jaguh pelari 400 meter berpagar negara Dominican Republic. Tahun 2004 dia menang pingat emas. 2008 dia kalah. Tetapi, baru semalam, semasa umurnya 35 tahun, beliau kembali dengan iringan air mata memenangi emas kedua beliau setelah 8 tahun menunggu.

umur 35- emas

Kemudian ada lagi satu contoh, iaitu satu sukan yang seakan-akan sama dengan badminton. Tennis. Manalah tahu nanti ada orang kata berlari dengan badminton adalah satu sukan yang jauh berbeza.

Anda kenal tidak pasangan kembar Bryan. Mike dan Bob. Pemain tennis beregu USA. Yang baru sahaja memenangi emas pertama mereka di olimpik London. Setelah kalah pada suku akhir olimpik 2004, hanya pingat gangsa 2008, namun akhirnya, pada 2012, mereka memenangi emas pertama mereka pada usia mereka 34 tahun! Ya, umur mereka adalah lebih kurang sama dengan umur kamu Lee Chong Wei jika dilihat dari segi kemasukan olimpik mereka.

umur 34- emas.
Kembar Bryan hanya memenangi gangsa ketika mereka berumur 30 tahun di Beijing, 4 tahun lepas. Ya, umur serupa dengan anda Lee Chong Wei, umur anda untuk tahun ini, London dengan pingat perak kamu. Pasangan Bryan sanggup menunggu 4 tahun lagi untuk mencuba kali ketiga untuk merangkul emas. Anda pula bagaimana?

Dan saya yakin, jika kamu tidak menggantung raket kamu untuk Rio 2016, pasti Lin Dan akan mengikut bersama. Dan saya juga yakin, jika mutu pemain badminton adalah sama seperti sekarang, pasti akhir di Rio nanti adalah antara kamu dengan Lin Dan, untuk kali ketiga. Jika tidak pun, adalah antara kamu dengan pemain lain, pada perlawanan akhir perseorangan lelaki olimpik 2016, di Brazil.

Tunggu kamu di Brazil nanti, Dato Lee Chong Wei......

(NAMPAKNYA, CHONG WEI TELAH MENYATAKAN BAHAWA BELIAU AKAN KEKAL UTK BERTANDING DI OLIMPIK 2016 SEBENTAR TADI. BAGUS!!! )

Khamis, Ogos 02, 2012

CERITA INI ADA HUBUNG KAIT DENGAN SULTAN JOHOR.

Sebelum manusia dicipta Allah. Syaitan telah wujud. Iblis nama dia. Malah, sebelum manusia wujud, iblis adalah makhluk yang baik dan taat kepada Allah. Dan dia juga adalah boss kepada malaikat-malaikat yang ada.

Wujud sahaja Adam, maka Iblis terus jadi jahat. Tidak mahu tunduk kepada perintah Allah. Kerana apa? Kerana dengki. Kerana takabur dan kerana ego. Selepas itu, kerana Allah telah mengkafirkan Iblis, maka iblis berjanji dengan satu perkara. Akan menyesatkan umat Adam sehingga kiamat. Jika dia masuk neraka, maka Iblis akan sedaya upaya memasukkan bersama-sama dia sebanyak-banyak manusia ke neraka.

Kerana apa saya bercerita tentang Iblis? Kerana hari ini, ada dua blog yang bercerita tentang satu nama yang sama, syaitan.

Mula-mula saya baca dalam blog mountdweller; Haaa.... Syaitan Dah Bolehlah Pencen!

Kemudian dekat mediaperak, tulisan MSK;  Setan, Syaitan, Sultan

Satunya, saya hendak menyebut, berkenaan syaitan yang boleh pencen. Mungkin maksud gejuis itu adalah hendak menunjukkan betapa syaitannya perangai gejuis umno yang suka buat fitnah melampau. Namun, pendapat saya, hendak kata syaitan boleh pencen tu nampak 'sesat' sikit.

Walaupun umno jahat, dan kita memusuhi umno kerana kejahatannya, namun musuh utama kita tetap syaitan. Nombor wahid. Musuh utama. Syaitan. Dan sepandai-pandai umno dengan menipunya, penipuan syaitan adalah lebih licik dari umno. Kena ingat tu.

Yang kafirpun akan terus disesatkan oleh syaitan, walau orang itu dah memang sesat, namun syaitan ingin memastikan kesesatan manusia itu akan lebih dalam dan terus kekal dengan kesesatan. Mungkin mamat ini boleh dijadikan contoh dalam konteks Malaysia; Karpal: Ikut muktamar lalu, PAS pilih negara Kebajikan

Kenapa saya mencontohkan Karpal. Kerana jika saya mencontohkan Chua Soi Lek menghentam hudud, maka orang akan berkata, 'biasalah, MCA'. Tetapi jika karpal yang berkata begitu,percayalah, ada orang nanti yang bersetuju dengan pendapat Karpal. Pasti mereka akan kata, 'hancurkan bn dulu, baru kita tumpu hudud'. Nampak gaya, memang licik syaitan menyesatkan kita.

Keduanya, berkenaan cerita MSK berjumpa SH Al-Attas. Saya bukan nak cerita berkenaan buku SH. Bukan nak cerita berkenaan Media Perak berjumpa uncleseekers. Bukan. Tetapi hendak menceritakan bagaimana MSK menceritakan pemikiran beliau tentang mencari 'kebenaran'. Yang ada diselit seperti unsur Islam liberal. Semua agama sama, betul, hanya ada salah dan betul dalam bentuk universal sahaja. Mungkin MSK tidak bermaksud begitu, tetapi, jika gejuis lain membacanya, mereka akan terpikat dengan andaian pemikiran begitu. Bahaya tu.....

Ingatlah, Iblis dan syaitan sudah lama wujud di muka bumi. Sudah lama berpengalaman menyesatkan manusia. mereka boleh nampak kita. Kita tidak boleh melihat mereka. Dan mereka adalah musuh yang nyata, minal jin na tiwan nass........