Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Jun 30, 2012

SAHAM FGVH, PADAN MUKA PENEROKA.

Kecoh Mat Isa dengan saham FGVHnya. Satu-satu saham berIPO naik 18%. Harga beli IPO RM4.55, terus naik di Bursa RM5.39. Kemudian naik lagi pada harga  RM5.43. Siapa yang beli pada harga itu, saya tidak tahu. Yang tahu, Khamis lepas, FGVH tutup pada harga RM5.30.

Jumaat semalam, saham ini masih lagi aktif, dengan harga berpusar dari RM5.25 hingga RM5.35. Tutup pada RM5.32. Sesiapa yang berani sangat beli pada RM5.39 awal pagi Khamis lepas, itu mereka punya pasal. Yang main kontra, rasanya korang akan disembelih. Tetapi yang hendak pegang sebulan dua, agaknya boleh buat duit ke?

Saya masih tidak wahi untuk bermain dengan saham Felda ini. Bukan kerana pendirian saya yang tidak bersetuju dengan penyenaraian ini. Bukan. Tetapi, saya lihat seperti ada jerung yang sedang mengkontrol saham ini supaya ianya nampak akan naik dan naik dan naik. Spekulasi le katakan. Apabila ada jerung mengkontrol, saya yang ikan bilis pasti akan kecundang dek kerana dibaham jerung itu.

Tidak.. saya tidak akan dimakan jerung kali ke tiga..... Lesap RM80k kawan.....


Apa-apa pun, yang sedihnya ada;ah kepada puak-puak yang dijudikan untuk di apung kan aset mereka di Bursa Saham. Para peneroka Felda. Mula-mula, saya ingat, para peneroka dapatlah sekurang-kurangnya 20-30 lot saham FGVH nih. Tetapi, diberitahu, mereka dapat 800 je. 800 unit saham! Bukan 800 lot. 800 unit saham, samalah dengan 0.8 lot! Adoila, ciputnya.

Jerung-jerung.
Kemudian, dapat cerita pula, Mat Isa dapat 180. Bukan 180 unit, tetapi 180 lot. 180,000 unit saham! Kah! kah! Para peneroka kena kelentong lagi.

Jika Mat Isa semalam jual semua sahamnya pada kadar RM5.30, dia dapat habuan sebanyak RM954,000. Dan jika seorang pakcik peneroka menjual semua sahamnya pada harga yang sama, dapatlah pakcik peneroka itu RM4240.

Adoila peneroka, kamu disembelih lagi dengan puak-puak umno nih.....

Apa-apa pun yang saya nampak dengan senario saham FGVH ini, yang mendapat untung dari penyenaraian saham Felda ini adalah jerung-jerung besar. Bukannya para peneroka. Para peneroka hanya dapat titisan air yang pecah dari tempias yang terpercik dari air terjun Nicaragua. Diulangi, dapat dari titsan air yang pecah dari tempias. Bukan dari tempias ya.

Peneroka tidak dapat apa pun. Hanya dapat duit seciput yang akan habis tidak sampai sebulan berbelanja. Namun, apa yang penting hendak diperkatakan oleh saya ini ialah, padan muka peneroka Felda, undilah lagi umno, biar padan dengan kamu kena kelentong dengan juak-juak kapitalis Melayu ini. Padan muka.

Rabu, Jun 27, 2012

KABINET BAYANGAN PR?

Korang semua suka baca blog Berita Semasa? Saya nasihatkan, pergilah melayari blog berkenaan. Bagus isian dalamnya.

Lepas subuh tadi, saya ada baca satu artikel berita dalam blog berkenaan. Memang pelik dan ajaib. Kerana apa ajaib? Kerana hanya blog ini yang membuat cerita berkenaan Kabinet Bayangan PR. Sila baca sini.

Jika korang semua sudah baca. Sudah pasti, lebih ramai Melayu yang tidak akan undi PR pada PRU 13. Kerana apa? Satunya, mereka lihat, kuasa orang Melayu akan semakin susut (bukan hilang ye). Dan keduanya, apa yang mereka nampak, terutama ahli PAS yang otai-otai yang tiada kepentingan apa-apa dalam jemaah, akan melihat, puak-puak IRC je yang majoriti pegang post Menteri.... he, he......

Ini siapa punya bawaan cerita ni, kabinet bayangan nih?

1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)
2) Timbalan Perdana Menteri:
  • Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur)
  • Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang)
  • Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah bagi menjaga hal ehwal di Borneo. ( Walaubagaimanapun senarai nama calon tidak boleh didedahkan buat masa ini)
3) Kementerian Kewangan:
  • Tony Pua (DAP, MP Petaling Jaya Utara)
  • Rafizi Ramli (PKR, bukan MP lagi buat masa ini, tetapi dijangka akan bertanding pada pemilihan akan datang)
  • Nizar Jamaluddin (PAS, MP Bukit Gantang)
4) Kementerian Pelajaran:
  • Dzulkefly Ahmad (PAS, MP Kuala Selangor)
  • S Kulasegaran (DAP, Mp, Ipoh Barat)
  • Chong Eng (DAP, MP Bukit Mertajam)
5) Kementerian Dalam Negeri:
  • Azmin Ali (PKR, MP Gombak)
  • Mahfuz Omar (PAS, MP Pokok Sena)
  • M Manogaran (DAP, MP Teluk Intan)
(Mereka-mereka ini dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang telah pun menyertai PAS selepas bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Beliau merupakan bekas orang nombor tiga terpenting dalam organisasi PDRM )
6) Kementerian Pertahanan:
  • Dr Hatta Ramli (PAS, MP Kuala Krai)
  • Liew Chin Tong (DAP, MP Bukit Bendera)
  • Tian Chua (PKR, MP Batu)
(Mereka-mereka ini juga dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang telah menyertai PAS selepas bersara.)
7) Undang-undang Kementerian:
  • Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor MP)
  • Gobind Singh (DAP, Ahli Parlimen Puchong)
  • William Leong (PKR, MP Selayang)
  • R Sivarasa (PKR, MP Subang)
  • Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)
8) Kementerian Kesihatan:
  • Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng)
  • Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong)
  • Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP)
  • Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP)
9) Kementerian Pengangkutan:
  • Khalid Samad (PAS Shah Alam MP)
  • Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
  • Baru Bian (Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan)
(Baru Bian dijangka akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan jaringan pengangkutan ke kawasan pedalaman Sabah & Sarawak)
10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri :
  • Khalid Ibrahim (PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Menteri Besar Selangor)
  • Teresa Kok (DAP, MP Seputeh MP)
  • Husam Musa (PAS, DUN Salor)
11) Kementerian Pertanian:
  • Salahuddin Ayub (PAS, MP Kubang Kerian MP tetapi untuk PRU Ke 13 akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
  • Ng Suee Lim (DAP, ADUN Sekinchan, beliau menjuarai isu penanam padi)
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman PAS dijangka akan membantu di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)
12) Kementerian Luar:
  • Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat)
  • Lim Guan Eng (DAP, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
  • Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan)
13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:
  • Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
  • Nurul Izzah Anwar (PKR, MPLembah Pantai)
14) Kemterian Alam Sekitar :
  • Fuziah Salleh (PKR, MP Kuantan)
  • Che Rosli Che Mat (PAS, MP Hulu Langat)
  • Nga Kor Ming (DAP, MP Taiping)
15) Kementerian Wanita:
  • Zuraida Kamaruddin (PKR, MP Ampang)
  • Fong Po Kuan (DAP, MP Batu Gajah)
  • Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, MP Rantau Panjang)
16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama:
  • Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
  • Mujahid Yusof Rawa (PAS, MP Parit Buntar)
  • Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini beliau bukan bergelar MP)
  • Ngeh Koo Ham (DAP, Ahli Parlimen Beruas)
  • V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh)

Selasa, Jun 26, 2012

AKAL MALAS.

Lama sungguh hamba tidak bergejuis. Malas. Atau, sibuk. Atau juga, tiada idea nak menulis.

Namun, tidak bermaksud hamba tidak melayari bahtera alam maya. Tidak. Hamba, setiap hari melayari alam yang maya ini. Terutama sekali cerita berkenaan pilihanraya Mesir.

Minggi lepas, tiap-tiap jam hamba akan melayari berita-berita berkenaan perkembangan di Mesir. Tiap-tiap jam dan tiap-tiap hari. Tetapi, saya berhenti melayari berita Mesir pada hari Jumaat. Kerana apa, kerana benci melihatkan karenah pemerintah askar Mesir (SCAF) yang menagguh keputusan rasmi kemenangan Dr Morsi sebagai Presiden baru Mesir.

Pada pendapat peribadi samah hamba, Mesir sekarang, masih lagi dalam pemerintahan SCAF, yakni junta askar Mesir. Dengan keputusan 14 Jun dari Mahkamah Tinggi Mesir, yang meng'haram'kan parlimen yang baru dipilih oleh rakyat, maka pemerintahan yang sebenar adalah SCAF.

Kenapakah junta-junta askar Mesir dilihat seperti mahu terus memegang kuasa yang sepatutnya dijanjikan hanya sementara waktu?

Jawapannya, samalah juga dengan pe'el dan perangai Najib dan Anwar, masing-masing berebut kuasa menjadi PM. Termasuklah Pak yudin.

Udahle, cukup takat ini,.. takde idea lagi apa yang hendak ditulis..... akal malas.....

Jumaat, Jun 22, 2012

KISAH SULTAN LAGI, TAPI BRUNEI PULA..

Sejarah : Kenapa Brunei Tidak Bersama Malaysia???

Oleh Daim Abdul Rahman

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian saya:

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Selasa, Jun 19, 2012

SULTAN JOHOR PUNYA HAL LAGI.

Sila ambil iktibar apa yang sejarah telah tercatat di Singapura.

Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)

Oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
lambaian-islah.blogspot.com


Peristiwa Dahagi
Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah dan pertahan Palestin.

Assalamualaikum,

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah mesjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi seluruh dunia).

Untuk siri yang pertama ini saya bongkar hubungan perjuangan umat Islam di Tanah Melayu dengan sistem khilafah yang berpusat di Istanbul. Saya jelaskan pada hadirin bahawa kita kena letakkan ulama-ulama pejuang yang selama ini dinobat sebagai pejuang nasionalis melayu kepada para mujahiddin yang gerak kerja dan perjuangannya bersifat global dan 'alami. Ini termasuklah peranan yang dimainkan oleh Dato' Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku Paloh.

Apabila pecah perang dunia pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Peranchis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-sakar India muslim dan melayu dalam pasukan British. Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam.

Peristiwa yang disebut sebagai 'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung.

Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah.

Berikut saya akan kupas apakah kesan kebangkitan di Singapura ini kepada perjuangan ulama pejuang Tuk Janggut di Kelantan insyAllah.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Tuesday, June 17, 2008

Sumber: lambaian-islah.blogspot.com

MESIR DAPAT KHALIFAH?

Ini adalah keputusan pilihanraya presiden Mesir pada jam 8.31 malam waktu Mesir.



Ketika yang sama, Morsi, calon Ikhwanul Muslimin, kalah kepada Syafiq dengan nilai undi
Shafiq: 1,885,165
Mursi: 1,505,069
di Kaherah (selepas kiraan 99.4% undi).

Walaupun kalah di Kaherah, namun Morsi tetap berjaya memenangi pilihanraya ini.

Apa yang saya nampak dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin ini ialah, ianya adalah kemenangan Islam yang syumul. Itu pendapat saya. Kerana apa saya menyebutkan begitu? Kerana, terlalu banyak media massa di Mesir dan juga di Barat yang memperlekehkan dan tidak menyokong calon Morsi dalam pemilihan presiden Mesir ini.

Apa yang selalu diketengahkan oleh mereka ialah, rakyat Mesir dan juga rakyat Mesir yang berjuang pada revolusi tahun lepas, tidak menyokong kedua-dua calon dan akan memboikot pilihanraya itu. Ungkapan yang selalu dimainkan ialah, satu calon bekas pemerintahan Mubarak (Syafiq), dan satu lagi calon Islamis.

Pelik bukan, umat Islam Mesir sendiri yang beragama Islam tidak menyokong calon Presiden yang ingin membawa Islam didalam pemerintahan di Mesir?

Nampak sangat umat Islam telah di sekularkan minda mereka zaman berzaman.....

Ahad, Jun 17, 2012

PASAL SULTAN JOHOR LAGI....




Saya ada terbaca cerita ini dalam satu blog. Samada dia yang tulis atau dia ambil dari mana, saya tidak tahu. Sila baca ini; TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'

Apa yang menarik perhatian saya ialah ungkapan ini;

“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.

“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.

Kenapa dikaitkan dengan Singapura? Tidak Indonesia? Itu hamba kurang pasti..... Ada faham?

KHAS UNTUK KHALID SHAH ALAM

Apa cerita cap ayam dibawa oleh Khalid Shah Alam ni? Buat kerja lain laa...

Dakwaan ‘ejen BN’: Khalid Samad silap langkah bergasak dengan Zamil Ibrahim


KEMASKINI : Kalau Khalid Samad jenis orang yang boleh menerima nasihat dan pandangan,rasanya elok sangat beliau lupakan saja Zamil Ibrahim.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah itu yang kini berebut jawatan dengan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Presiden parti KITA boleh buat Ahli Parlimen Shah Alam dan Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor itu tidak nyenyak tidor.

Rakan-rakan politik yang mengenali Zamil berkata silap haribulan Khalid boleh jadi sasau kalau nak terus layan berperang dengannya.

Khalid mungkin sudah merasa dirinya hebat cuba membuat pendedahan video mendakwa Zamil ‘ejen BN’ untuk membeli Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Gwo-Burne Loh pada harga RM2 juta.

Dakwaan itu telah menjadi bahan bualan lucu dikalangan orang politik sejak tersebarnya berita mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh Khalid dan beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang di bangunan Parlimen Khamis.

Dalam sidang akhbar itu mereka tayang klip video yang dirakam secara sulit perbincangan yang didakwa urusan ‘membeli’ Ahli Parlimen Kelana Jaya.

Zamil diketahui tidak pernah rapat dengan mana-mana pemimpin utama UMNO dan hanya mempunyai hubungan dengan sebilangan bekas rakan PKR yang meninggalkan parti itu.

Beliau sendiri tidak menyertai UMNO semasa bertindak keluar dari PKR sebaliknya memilih menyertai parti KITA pimpinan Zaid.

Cuma Zamil tidak menyembunyikan misi hidupnya kini ialah membelasah PKR yang dianggapnya parti yang boleh menghancurkan negara.

Beliau kini tampil sebagai Lone Ranger yang akan tembak dan terus tembak apa yang didakwanya kongkalikong Datuk Seri Anwar Ibrahim & geng.

Khalid nampak sudah silap tembak.Petang Jumaat seperti yang dijanjikan Zamil ‘angkat senjata’ mengadakan sidang akhbar di Sungai Petani untuk menjawab dakwaan Khalid.

Antara yang menarik Zamil selamba mendedahkan Khalid sendiri pernah mengadakan pertemuan denganya selama dua jam di sebuah restoran Cina di Kajang dua tahun lepas.

Beliau juga mendakwa pernah mengadakan pertemuan dengan sebilangan wakil rakyat PKR yang maki hamun dan tidak berpuashati dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Juga dakwanya ada diantara mereka yang jumpanya untuk ‘ jual diri’.

Jangan kata takut berdepan dengan dakwaan itu,malah Zamil mencabar Khalid untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Ahli Parlimen pembangkang.

Zamil berkata, tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Anwar pernah berusaha membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional hingga mengejar mereka ke Taiwan semasa isu 16 September 2008.

"Saya nak ingatkan dia banyak rakaman tingkah laku membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.

"....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya.

Zamil juga kata jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah dirinya beliau tidak salah.

“Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negara dengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara," katanya.

Beliau berkata, jika benar klip video yang ditayangkan Khalid itu mengenai perbincangan membeli Ahli Parlimen pembangkang, ia tidak akan dilakukan di restoran dan dihadiri pemandu.

Katanya, UMNO dan BN sejak awal-awal lagi menolak pemimpin murahan yang boleh dibeli.

"Ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.

"Mereka ini dikategorikan gred C dan sedar tidak akan dipilih bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana hubungan saya dengan Ezam Mohd Noor rapat dan Ezam boleh mengatur pertemuan dengan pemimpin tertinggi UMNO dan BN, mereka menemui saya untuk 'menjual diri.' Bagaimanapun Ezam menolak mentah-mentah hasrat mereka apabila saya sampaikannya.

"Saya sanggup bersumpah mereka memaki hamun Anwar yang mereka dakwa pilih kasih," katanya.

Beliau menyifatkan Khalid sebagai kuda tunggangan Anwar dalam PAS dan menggunakan taktik parasit untuk membunuh karier politik rakan-rakan sendiri

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/06/dakwaan-ejen-bn-khalid-samad-silap.html#ixzz1y1HoV5tw

Sabtu, Jun 16, 2012

ROZALI ISMAIL YG CAP AYAM.

Harga air Selangor hendak disamakan dengan harga RON95 (baca sini)? Inilah dia SYABAS yang gila iseng. Udahlah gila iseng, mabuk duit pula itu.

Apabila kapitalis telah memegang kuasa air, maka akan terjadilah seperti ini. Sebuah syarikat yang gila duit dan mabuk wang hendak mencukur sehingga botak khazanah negeri Selangor.

Manusia yang bernama Rozali Ismail ini adalah sejenis manusia umno yang jahat lagi cap ayam. Sepatutnya, Sultan Selangor perlu menghalau manusia jenis ini, Melayu yang kapitalis.

Jumaat, Jun 15, 2012

Belum tentu pendatang Indonesia mengundi BN

(Subky Latif)
June 15, 2012
15 JUN — Semua percaya beribu-ribu pendatang dari Indonesia telah didaftarkan menjadi pengundi, malah ia telah disampai ke pengetahuan pembangkang sudah dimulakan dalam PRU sebelum ini.
Justeru PRU 13 ini adalah paling mencabar bagi BN, maka gerakan memberi Mykad bagi menjadi pengundi itu diperhebat. Tiada pendekatan itu dibuat kepada pendatang Cina kerana dibimbangi mereka menyokong DAP.

Tiada reaksi kerajaan hendak membersihkan daftar pengundi seperti yang dituntut oleh Bersih 3.0 meskipun Senator John McCain dan rakannya dari Amerika yang melawat Malaysia baru-baru ini menyeru perlunya ada sistem pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.

Maka pengundi hantu warga Indonesia itu dipercayai terus berada dalam daftar pengundi dan mereka akan mengundi.

Itu adalah perancangan jahat BN bagi mengekalkan kemenangan. Tetapi ia tidak berjaya menyekat tsunami politik dalam PRU 2008 dulu. Itulah perancangan Allah. BN merancang, Allah juga merancang. Rancangan Allahlah yang betul.

Chua Jui Meng, pemimpin PKR Johor bukan Islam tetapi dia percaya perancangan Allah seperti yang berlaku kepada keputusan mahkamah liwat dua Anwar Ibrahim. Semua merasakan Anwar akan dihukum dan dipenjarakan, tetapi mahkamah membebaskannya.

Telah ada di kalangan pengundi Indonesia itu berbincang sama sendiri siapa hendak disokong dalam PRU nanti?

Walau pun mereka diupah bagi menjadi pengundi tetapi ia tidak menjamin kehidupan yang selesa selepas pilihan raya itu. Dengan kebebasan mengundi yang ada maka mereka boleh memikir siapa patut diundi antara BN dan PR?

Seorang penulis Cina membuat tinjauan menyatakan belum tentu pengundi Indonesia itu akan mengundi BN. Mereka mengikuti perkembangan betapa kemenangan semula BN tidak menjamin harga barang yang tidak stabil itu dapat dipertahankan seperti sebelum pilihan raya.

Harga minyak dan gas dan lain-lain yang cuba dipertahankan sekarang adalah bagi menghadapi pilihan raya. BN tidak dapat mengawal kenaikan itu selepas pilihan raya.
Tetapi mereka mendapati PR membuat tawaran yang baik. Harga runcit minyak akan diturunkan. Jika minyak dapat diturunkan, maka ia memberi kesan kepada harga lain-lain barang. Harga barang mungkin dapat dikawal.

Mereka tahu sangat akan kesan rasuah yang dihadapi di negara mereka. Keponcangan hidup di sana adalah gara-gara rasuah yang tidak terkawal. Tidak ada yang tidak rasuah.
Jika rasuah tidak dibendung di Malaysia, kesannya ikut dirasa oleh pendatang dari Indonesia itu. Mereka melihat PR menawarkan untuk memerangi rasuah. Bila rasuah dapat dibendung, ia memberi banyak kebaikan kepada penduduk termasuk pendatang baik dari mana saja.

Keadaan harga barang yang mahal sekarang menjejaskan kehidapan pendatang Indonesia, Bangladesh dan lain-lain. Pendapatan mereka tidak banyak bertambah. Apabila mereka terpaksa menampung keperluan hidup yang tinggi, lalu mereka tidak dapat menghantar belanja secukupnya untuk keluarga di negara masing-masing.

Mereka tidak nampak nasib mereka akan berubah kiranya BN mengekalkan kuasa. Tetapi jika PR berkuasa, apabila harga barang dapat dikawal, maka akan ada lebihan dari perbelanjaan harian. Mereka boleh menghantar pulang wang yang lebih untuk keluarga masing-masing.

Kuat kerja mereka akan berbaloi.

Mereka juga tahu bahawa Anwar Ibrahim mempunyai rakan yang ramai di Indonesia yang terdiri dari orang-orang yang berpengaruh. Hubungannya semasa dalam kerajaan dulu lebih menarik dari rakan-rakannya yang lain. Rakan-rakan di Indonesia itu memang hendak melihat dia berjaya dalam politik.
Semua perkembangan ini mempengaruhi orang-orang Indonesia yang sudah menjadi pengundi itu.

Jika mereka mengadakan kempen senyap, belum tentu BN dapat meraih keuntungan dari gerakan menjadi pendatang Indenesia sebagai pengundi.

Yakinlah kepada perancangan Allah.

Isnin, Jun 11, 2012

SULTAN DGN 1/2 JUTANYA.


Saya bukan rakyat Johor.

Saya lahir di KL. Melayu yang tidak berSultan.

Sepatutnya, Sultan Selangor adalah Sultan saya, tetapi memandangkan Kuala Lumpur telah di Pusatkan, maka saya adalah kategori manusia Melayu tidak berSultan.

Maka, adakah saya akan dikategorikan Melayu kasta rendah? Pelik.

Sekarang, saya hendak bercerita tentang ayah saya pula. Ayah saya pun manusia Melayu yang tidak berSultan. Orang Melaka. Mana ada Sultan. Jasin lagi. Walaupun sempadan dengan Tangkak, negeri Johor, tetap ayah saya dilahirkan Melayu yang tidak berSultan.

Kecuali ibu saya. Beliau manusia Melayu berasal dari Perak. Bukan setakat Perak, malah ibu saya dilahirkan di kota DiRaja Perak, Kuala Kangsar. Namun, oleh kerana manusia sejak azali lagi menguatkan keturunan dari belah bapa, maka saya telah dianggap oleh manusia-manusia Melayu, kaum Melayu yang tiada Sultan.


Salahkah apa yg disebut Nizar?

Maka, oleh kerana saya tiada Sultan, dan saya juga Melayu, ingin juga saya mengomen tentang bidaan setengah juta RM oleh Sultan Johor. Boleh ke komen, kritik dan bercerita tentang Sultan?

Apa pasal pulak tidak boleh kritik Sultan? Adakah orang Melayu mengkategorikan Sultan itu seperti Nabi yang tidak boleh dikritik? Adakah Sultan dianggap maksum untuk melakukan apa-apa perkara?

Saya rasa, jawapan yang akan diberi oleh para Sultan yang memegang kuasa Sultan itu pasti akan menjawab, rakyat dibawah naungan Sultan boleh mengkritik dan menasihati Sultan. Kerana tanpa rakyat, manakan ada Sultan. "Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada," Saya pasti, kesemua Sultan berfikiran demikian. Ini adalah kerana. mereka juga adalah manusia biasa yang membuat kesilapan.


Ini terbukti dengan apa yang dititahkan oleh Sultan Johor kelmarin. "Raja dan rakyat berpisah tiada".

Namun, apa yang hendak diketengahkan oleh saya, manusia Melayu yang tiada berSultan ini adalah, adakah betul tindakan Sultan Johor membida sehingga RM520,000 untuk sebiji plat kereta? Apakah tindakan seorang Sultan, yang bertitah, menggunakan duit sendiri untuk bidaan itu, satu tindakan yang benar?

Ada manusia yang berkata, jika tokey Cina yang membida plat nombor itu sehingga setengah juta, adakah orang Melayu akan kecoh seperti bidaan Sultan Johor itu? Maka saya jawab, adakah tanggungjawab tokey Cina itu untuk memastikan rakyat negeri Johor hidup bahagia dan sejahtera? Adakah tokey Cina itu telah diamanahkan oleh rakyat jelata untuk melindungi mereka dari malapetaka?

Sultan adalah satu 'pekerjaan' yang diamanahkan untuk menjaga tanah jajahannya yang diduduki oleh rakyat jelata. Jika ada seorang rakyat yang dizalimi didalam negeri Sultan, maka Sultan itu akan menaggung dosa dan akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin yang lain.

Oleh itu, adakah agaknya, diakhirat kelak, soalan dari malaikat kepada Sultan Johor berkenaan bidaan 1/2 juta RM itu akan dikecualikan?


PENIPUAN HARGA MINYAK; TIPU ATAS TIPU.

Datul Ismail Sabri ada berkata, bahawa sebenarnya minyak RON97 harga sebenar adalah RM3.38 seliter. Dan ikut harga pasaran sekarang, minyak RON95 adalah dalam harga RM3.18 seliter. Ini bermaksud, RON97 adalah lebih mahal dari RON 95. Itu Ismail Sabri yang kata. Our beloved Menteri.

Sekarang ini, subsidi kerajaan terhada RON95 adalah RM0.70. Dan cukai yg dikecualikan, RM0.58. Itu juga Ismail Sabri kata. Dia juga kata, RON97, Kerajaan juga mengecualikan cukai RM0.58.

Maksudnya apa disini?

Maksudnya, rakyat ditipu dan dibodohkan sekali lagi oleh Kerajaan umno bn yang menganggap, rakyat adalah budak bodoh yang tidak reti matematik.

Penipuan atas penipuan bn terhadap rakyat tentang harga minyak ini telah mencapai kemuncak yang melampau. Ismail Sabri juga kata, RON95 masih tidak dikurangkan harga kerana ianya masih disubsidi oleh Kerajaan.

OK, kalau ye pun disubsidikan Kerajaan, pada Mei 2012, Kerajaan mensubsidi RM1.09 untuk seliter RON95. Tetapi, bulan Jun ini, dia kata Kerajaan subsidi minyak RON95 pada harga RM0.70. Beza RM0.39 seliter bang! Dalam tempoh sebulan.

Jika Kerajaan bn ini baik sangat, kenapa tidak dikurangkan harga RON95 sebanyak 39 sen? Kenapa brother? Mana pergi RM0.39 subsidi yang dikurangkan? Masuk poket mana?

Ini belum lagi saya cerita tentang harga RON97 yang dimurahkan Kerajaan bn sebanyak RM0.58. Kenapa pula puak bn ini baik hati sangat me'murah'kan harga RON97 sebanyak 58sen. Kenapa? Dahulu kata RON97 untuk orang kaya. RON95 untuk rakyta marhaen. Dikastakan rakyat Malaysia berdasar minyak yang diguna. Rupa-rupanya, RON97 di'murah'kan lagi sebanyak 58 sen. Cap ayam punya bn.

Kenapa tidak buat gini. RON95 diturun harga sebanyak 0.58+0.39 = RM0.97. Atau lebih senang kata, RON97 harga RM3.38, dan RON95 harga RM0.93 seliter. Amacam? Ada berani ka?

Ahad, Jun 10, 2012

CERITA BENAR DARI SYARIKAT AISYALAM SDN BHD. (ULANG SEMULA)

Ada seorang peniaga, namanya En. Aisyalam. Dia seorang Melayu, tetapi neneknya adalah India beribukan Cina, berniaga buah durian. Kebunnya ada seluas 5 ekar. Tahun lepas, sebiji durian, harga borong adalah RM2.50. Tolak campur bahagi darap, setiap biji dapatlah dia untung bersih RM1.00. Tetapi, pada tahun ini, harga sedunia buah durian telah meningkat. Ini kerana ketidakstabilan harga komuditi bagi buah durian itu menyebabkan kawalan harga durian terpaksa diapungkan.

Mahu tidak mahu, harga durian sedunia telah meningkat kepada RM3.50 sebiji. Maka bising-bisinglah En Aisyalam ini kerana harga durian telah naik mendadak sebanyak RM 3.50. Tahun lepas sebiji hanya RM2.50, tetapi tahun ini telah naik sebiji RM1.00. Maka beliau sebagai ketua keluarga dan kepala lepada syarikat menjual buah durian dari kebunnya yang sebesar 5 ekar itu membuat satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu dinamakan mesyuarat Jawatan Kuasa Almari Bekalan dan Harga.

Maka En. Aisyalam sebagai pengerusi telah memulakan bicara didalam mesyuarat yang penuh penting itu.

"Saya sebagai kepala kepada kamu semua, ingin memberitahu, bahawa kita sedang dilanda masalah kewangan yang gawat kerana harga komuditi bagi sebiji durian telah meningkat dari RM2.50 sebiji kepada RM3.50 sebiji. Sudah naik RM1.00 sebiji. Ini kegawatan namanya!" mula bicara En Aisyalam.

"What the hell! Naik lagi M1.00. Ini sudah bahaya. Kita mesti lakukan sesuatu agar syarikat kita dapat menampung kos berlebihan ini. Saya mencadangkan agar gaji-gaji para pekerja diturunkan. Kerana gaji mereka dahulu pun adalah berlandaskan kepada subsidi harga sebiji durian. Kita telah membelanjakan emolumen mereka sebanyak RM0.15 seorang dari sebiji penjualan durian berdasarkan kepada kiraan subsidi. Kita wajib bertindak sekarang!" jawab salah seorang ahli Almari dalam mesyuarat itu yang bernama Pn. Onmu.

"Saya bersetuju 109.56% dengan apa yang disebut oleh Pn. Onmu, Syarikat tidak boleh lagi menampung subsidi kepada pekerja kita. Kita perlu menghapuskan subsidi ini secara berperingkat agar para pekerja tidak merasai keperitan gaji mereka dikurangkan. Saya dengan 'team' saya, PEMANDUL, telah membuat satu rumusan agar subsidi yang ditanggung sebanyak RM0.15 itu mesti dikurangkan kepada RM0.07, barulah syarikat kita akan bernafas semula selepas banyak duit syarikat telah ditiriskan oleh Pengerusi sendiri, Pn Onmu dan saya selama ini." tambah lagi seorang ahli Almari,yang bernama En. Sirdi Alaj. Beliau berasal dari Sarawak.

"Ya, ya, betul, betul, saya setuju dengan apa yang telah disebutkan oleh kamu berdua. Subsidi mesti dipotong dan kekalutan kewangan syarikat ini mesti ditanggung oleh para pekerja." kata pengerusi Almari. Kemudian kepala En Aisyalam menoleh kepada ajk ketiga beliau, iaitu En. Taykar, beliau bukan mamak, tetapi namanya seakan mamak. "Apa pendapat En. Taykar? Senyap sahaja dari tadi? Silakan beri pandangan yang bernas dalam mesyuarat ini."

Setelah diberi peluang oleh Pengerusi, maka En. Taykar pun bangun dan membuka mulut, "Saya bukannya apa, cuma sedang menekan-nekan kalkulator saya berkenaan harga komuditi Durian yang sedang meningkat naik. Apa yang yang diperolehi, unjuran harga buah durian akan meningkat lagi dalam masa tempoh sebulan kepada RM3.70."

"Apa! Naik lagi!" melenting En Aisyalam, Pn Onmu dan En. Sirdi Alaj mendengar apa yang disebut oleh En. Taykar. Terkejut En. Taykar sehingga terjatuh dari kerusi.

"Bertenang saudara-saudari sekelian, jangan panik. Sebenarnya peningkatan harga buah durian ini adalah sepatutnya baik untuk syarikat ini. Saya pasti, tuan-tuan dan puan tahu, syarikat kita ini menjual durian. Maka jika buah durian sedunia telah meningkat kepada RM3.50 sebiji, maka adalah dengan jelas, keuntungan kepada syarikat akan meningkat dari RM1.00, kepada RM2.00. Ini sebenarnya menguntungkan Syarikat Aisyalam Sdn Bhd, yang namanya adalah nama asal pengerusi kita." kata En. Taykar kepada seluruh ajk Almari.

"Eh? Ye ke? Macam tak percaya je, tapi macam betul, ke guane En Sirdi Alaj?" Tanya Pn. Onmu yang memang sejak dari dahulu adalah hanya sebagai minah turut dalam ajk Almari itu. "Er,.. ye,.. ye,.. saya pun ada berfikiran begitu juga tadi,..." jawab En. Sirdi Alaj.

Maka pengerusi pun bangun dari kerusinya lalu berkata, "Bagus, bagus, nampaknya syarikat kita akan untung kerana kenaikan harga komuditi buah durian ini, bagus, bagus. Jika itulah ceritanya, maka saya dengan ini sebagai pengerusi mengambil keputusan untuk menerima cadangan Pn Onmu dan En Sirdi Alaj untuk menurunkan gaji pekerja. Dengan turunnya gaji pekerja dengan cara menghapuskan subsidi secara berperingkat, maka keuntungan syarikat yang memang telah untung, akan diganda-gandakan lagi keuntungannya dengan tarikan subsidi gaji mereka,.. ha! ha! ha! Kaya aku dan kroni ku!"

En. Taykar terkejut dengan keputusan itu lalu membantah, "Apa ini Tuan Pengerusi? Mana boleh begini? Sudahlah syarikat dapat untung dari harga pasaran dunia durian yang sudah meningkat, mengapa hendak dihapuskan subsidi gaji pekerja yang sebenarnya pun subsidi itu tidak wujud, hanya wujud didalam kertas oleh pihak 'team' PEMANDUL?"

"Apa kau kata En. Taykar? Berani awak membantah saya sebagai pengerusi?" melenting En Aisyalam.

"Bukan saya membantah Tuan Pengerusi. Cuma tidak bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh pihak Tuan. Ini kerana, jika pekerja tahu akan tindakan kita, maka mereka akan memprotes dan akan membuat satu tindakan mogok besar-besaran" jawab En. Taykar.

Pengerusi diam sejenak. Melihat tajam muka En. Taykar, lalu tersenyum sambil berkata, "Kamu ini terlalu lurus bendul wahai En. Taykar. Mungkin kerana itu saya menggajikan kamu sebagai ajk ketiga dalam Almari ini. Beginilah, kamu jangan takut dengan pekerja kita. Ini kerana, akal-akal mereka adalah semuanya akal tapak kaki. Setelah kita umumkan gaji mereka diturunkan, maka pada slip gaji mereka pada bulan seterusnya, kita akan beri mereka greytuti sebanyak RM200 seorang dan kita juga akan berikan sehelai kain pelikat kepada setiap pekerja sebagai penghargaan kita kepada mereka. Selepas itu, pasti mereka akan senyap macam orang bisu. Senang sahaja,"

"Ya, betul, betul, saya setuju" jawab serentak oleh Pn Onmu dan En. Sirdi Alaj. Namun En. Taykar melopong ternganga mulut kehairanan lagi confuse.

"O.k, En Sirdi Alaj dan Pn Onmu, kerana kamu berdua bersetuju dengan saya, kamu berdua dinaikkan pangkat, manakala kepada kamu En. Taykar, kamu dipecat serta merta kerana kamu didapati telah melakukan kesalahan besar kerana tidak bersetuju dengan saya. Jika kamu melawan juga tidak bersetuju dipecat, kami akan membuat tuduhan kamu meliwat drebar saya. Ada faham?" kata pengerusi tegas.

Jawab En Taykar, "Padan muka Melayu"........

PENIPUAN HARGA MINYAK; MELAYU DITIPU LAGI.

Hari ini saya hendak bercerita tentang harga petrol. Bukan tentang RM 3.0 bilion, bukan tentang PTPTN, bukan tentang KNR, tetapi tentang harga petrol. Atau lebih tepat, harga petrol di Malaysia.

Semua orang tidak tahu, apakah kandungan sebenar buku kira-kira Petronas. Kerana buku kira-kira Petronas tidak boleh ditunjukkan kepada orang lain, selain PM. Mengapa terjadi begitu, sudah semestinyalah untuk mengsonglap sana sini duit minyak berbilion itu.

Maka, oleh kerana buku kira-kira Petronas adalah rahsia, maka apa yang boleh diberitahu kepada rakyat Malaysia ialah untung atau rugi syarikat Petronas itu dari tahun ke tahun. Itu sahaja.

Diberitakan kepada kita, bahawa pada tahun lepas, iaitu kewangan berakhir 31 Mac 2011, Petronas telah memperolehi keuntungan sebanyak RM90.49bilion, berbanding RM67.3bilion pada tahun 2010 (baca sini). Banyak tu.

Pada tahun ini pula, suku pertama tahun 2012 berakhir kewangan 31 Mac 2012, Petronas memperolehi keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM20.7bilion. Ini berdasarkan harga minyak Brent dalam lingkungan harga $106-106 satu barel (baca sini).

Jadi, maksudnya apa di sini? Maksudnya ialah, Petronas memperolehi keuntungan berbilion-bilion RM setiap tahun. Sudahlah gaji pekerjanya tinggi-tinggi melangit, namun tetap, mereka perolehi keuntungan bilion-bilion.

Cuba kita baca pula satu artikel dalam laman ini (baca sini). Lihat muka surat 4 berkaitan dengan Export. Pada 2010, Malaysia mengeksport 234,000 barel untuk satu hari, berbanding dengan 205,000 barel import untuk satu hari. Maksudnya, satu hari, Malaysia ada lebihan 29,000 barel minyak untuk dijual.

Perlu juga diketahui, minyak mentah petroleum yang dijual oleh Malaysia adalah jenis yang berkualiti tinggi (TAPIS). Sulfur kurang dari 0.5%, atau lebih tepat, 0.08%. Ianya dipanggil 'light sweet oil'. Harga jualan yang boleh diletak harga oleh pihak Petronas adalah dalam harga premium. Mungkin lebih tinggi dari harga minyak mentah Brent (harga minyak Brent). Atau lebih tepat, Malaysia mengeksport minyak mentahnya dengan menggunakan harga TAPIS.

Dan minyak yang diimport oleh Malaysia, dan ditapis untuk menjadi minyak petrol, diesel dan lain-lain produk dari minyak mentah petroleum, adalah lebih berkualiti rendah (heavy crude oil). Yang banyaknya datang dari negara timur tengah. Maka, harga minyak ini banyak bergantung kepada pasaran harga OPEC.

Maka, untuk perbandingan harga pada hari ini, 10 Jun 2012, harga TAPIS adalah $106.14, berbanding dengan harga OPEC, $97.70. Beza harga satu barel adalah $8.44, jika Malaysia mengeluar dan mengimport minyak pada kadar 50:50, Malaysia tetap dapat untung dari penjualan harga minyak Malaysia yang mahal.

Kita ambil contoh bodoh pada tahun 2010, kita eksport dan import pada kadar sama 205,000 barel, maka Petronas akan dapat duit 205,000X$8.44 = $1,730,200 untung satu hari. Atau RM5,190,600 untung SEHARI lebih kurang. Kira bodoh untuk setahun, lebih kurang RM1.9bilion. Itu untuk jual beli minyak  mentah sahaja. Atau lebih tepat, jualan minyak yang belum dikiran lebihan 29,000 barel sehari dari nilai eksport. Belum lagi cerita dengan gas asli, bitumen, barang-barang hasilan petroleum yang lain.

Kesimpulannya apa di sini?

Kesimpulannya, mana datangnya ungkapan SUBSIDI minyak yang ditanggung Kerajaan? Pada buku kira-kira manakah datangnya ungkapan subsidi itu?

Jika jual sama banyak antara import dan eksport pun, Malaysia dapat untung bilion-bilion, belum lagi kira yang lebihan, itupun hanya dari penjualan minyak crude oil, maka, oleh itu, tolong tipukan lagi orang Melayu, mana datangnya ungkapan subsidi yang selalu digembur gembarkan kepada rakyat?

Jika hendak tahu cerita 'sebenar' berkenaan penipuan harga petroleum ini, anda wajib baca artikel ini (CERITA BENAR DARI SYARIKAT AISYALAM SDN BHD)

Selamat  membaca.

Sabtu, Jun 09, 2012

PTPTN UTK KEPENTINGAN MELAYU? KHALID SHAH ALAM PUN SAMA BODO.

Sebelum baca apa saya nak cerita, hang pa baca dahulu komen si mamat ni (Tindakan Khaled sekat PTPTN Unisel bukti Umno tak pentingkan Melayu).

Nak kata kurang cerdik, dia orang PAS. Namun kePASannya boleh diragui kerana lebih kepada IRC.

Itu saya tak kisah. Mamat Shah Alam ini parasit ke, apa ke, saya tak kisah. Tetapi, apa yang dia sebut ni serupa juga kenyataan bodoh beliau semasa isu gereja dahulu. Serupa cap ayam togey.

Bila masa lah pulak PTPTN ini menjurus kepada kepentingan Melayu? Apa kes ni? Boleh masuk akal ke PTPTN yang diberi kepada pelajar untuk berhutang seawal usia 18 tahun, hanya kerana keperluan mereka untuk belajar di menara gading, adalah satu perkara yang menjurus kepada kepentingan Melayu?

Piirah mabuk!

Dalam 3 Khalid, seorang Khalid sahaja yang boleh harap. Khalid Ibrahim. MB Selangor. Khalid Shah Alam dan Khaled umno, memang tak boleh buat pemimpin. Cakap pakai tabur. Asal ada cerita, mulut bersepah cakap, walau isi macam sampah sarap.

Apa-apa pun, kita mesti perbetulkan fikiran kita. PTPTN ini BUKAN bantuan kepada pelajar menara gading, tetapi ianya adalah BEBANAN kepada mereka dan masa depan mereka. Pinjaman mereka, perlu dibayar balik dengan bunga-bunga dan daun-daunnya sekali. PTPTN ini adalah Ah Long besar yang di lesenkan oleh umno. Untuk apa? Untuk kayakan tokey-tokey IPTS yang bersepah di dalam negara Malaysia.

Tolonglah Khalid Samad, hang pi buat cerita lainlah..... malas saya melayannya.....

Jumaat, Jun 08, 2012

BOLA; DENGAN SINGAPURA PUN SERI JE.....

Seperti yang diketahui, Malaysia seri dengan Singapura 2-2 akibat kerana pengadil yang perangai serupa SPR dalam pilihanraya. Saya tidak akan menyalahkan Singapura dalam hal ini. Tetapi, oleh kerana pengadil yang tiba-tiba naik gila beri free kick dalam kotak penalti selepas penalti diselamatkan oleh Apek. Memang perangai serupa SPR.

Jika rakyat Malaysia merasai ketidak adilan akan perangai pengadil perlawanan tadi, maka yakinlah, itulah dia perangai SPR dalam 12 PRU yang telah dilangsungkan di Malaysia. Memang sungguh tidak adil lagi berat sebelah.

Apa-apa pun, Selasa depan, diharap pengadil di Malaysia akan juga serupa perangai seperti SPR, tetapi menyebelahi Malaysia,.... ha, ha, ha....

PS- Biar Malaysia seri dan seri dengan sesiapa sahaja. Kerana terus terang saya kata, selagi Sultan Pahang menjadi Presiden FAM, maka hampehlah pasukan Harimau Malaya ini........

PELAJAR UNISEL; JANGAN AMBIL PTPTN ITU!

Sekarang ini, saya hendak bercerita berkenaan kes PTPTN macam chipsmore kepada pelajar Unisel. Kejap beri, kemudian beku, tapi, hari ini beri balik. Kejap ada, kejap takde.

Apa-apa pun, bukan perkara Menteri mengarahkan beku atau tarik balik beku yang hendak dihebohkan oleh saya. Tidak. Itu memang kerja umno sejak azali menyusahkan orang Melayu. Bukan itu yang hendak saya ceritakan. Tetapi, apa yang saya hendak ceritakan ialah kepada semua pelajar di Unisel, tolong JANGAN ambik pinjaman PTPTN. Tolong rileks dahulu.

Siswa dan siswi semua pasti akan menyesal setelah anda semua menanda tangani pinjaman dengan ahlong berlesen itu. Percayalah. Korang semua akan menanggung hutang sebelum korang habis belajar lagi.

Ini adalah mainan politik yang dibuat oleh umno agar PTPTN akan dikekalkan. Pasti umno akan berkata, "Tengok, betapa susahnya pelajar jika tiadanya pinjaman PTPTN". Korang tengoklah nanti.

Apa yang sepatutnya PR buat ialah main politik balik. Arahkan pentadbiran Unisel tidak melayan PTPTN dari memberi hutang kepada pelajar, sebaliknya cuba korang, yakni kerajaan negeri Selangor, keluarkan sedikit dana untuk diberikan RM kepada pelajar baru itu dan segala yuran pelajaran ditanggung oleh kerajaan negeri.

Buktikan apa yang dikatakan oleh korang semua dahulu boleh dipraktikkan walau hanya menggunakan dana kerajaan negeri. Belum Pusat lagi.

Percayalah, ramai manusia akan membuka mata akan sebenarnya, Malaysia mampu untuk menampung segala yuran pengajian di IPT untuk seluruh rakyat Malaysia. Percayalah......

BALIK KAMPUNG

Balik kampung.

Cuti sekolah je, balik kampung.

Tapi, cuti Sabtu Ahad tiap minggu, pun balik kampung. Namun, bahasa sebenarnya, balik bandar.

Kenapa mahu bercerita balik kampung hari ini?

Sebab, saya dan keluarga baru sampai ke rumah dari Terengganu.

Ya, Terengganu, sebuah negeri yang mengaku beriman. Terengganu Darul Iman. Kampung halaman isteri. Batu Enam.

Sementara untuk ke Batu Enam atau balik dari Batu Enam, akan singgah semalam di rumah kakak ipar di Kuantan. Kiranya, transitlah. Tidaklah letih pemandu kereta Odyssey yang dah tua itu. Dari rumah ke Kuantan, 2 jam setengah. Dari Kuantan ke Batu Enam, kira 4 jam, ikut pantai. Ya, semestinya ikut pantai, kerana adalah menjadi kewajiban saya dan keluarga, akan berhenti makan di Kelulut, Marang.

Kenapa Kelulut? Kerana disitu adalah tempat dating yang pertama saya dengan isteri tersayang. Nostalgia. Diulangi, tempat pertama saya dan isteri berdating. Bukan tempat pertama saya dan bakal isteri, tetapi, tempat pertama saya dan isteri berdating. Kami bercinta selepas kahwin..... :)

Kenapa balik kampung di Terengganu?

Sebab ada anak saudara bernikah. Tumbang seekor lembu. Dan kerja kebiasaan saya, potong daging lembu jadi ketul-ketul kecil. Nak melapah tidak reti. Apalagi menyembelih.

Dan juga, seperti kebiasaan, saya akan mengurus bahagian membasuh pinggan mangkuk semasa majlis kenduri itu. Kerana apa? Kerana saya suka main air....

Seperti biasa juga, baldi dan besen akan diusaha sendiri dicari di segelinap rumah dan kampung, kerana untuk kerja pembasuhan pinggan mangkuk yang sempurna, mesti ada 5 baldi dan besen. 3 untuk pinggan, 2 untuk gelas. Dan juga seperti biasa, pihak 'penganjur' akan menyediakan span, berus dan sabun basuh. Dan juga seperti biasa, selepas habis proses pembasuhan, saya dengan letihnya akan meninggalkan baldi dan besen itu di tempat pembasuhan, kerana tahu, pasti akan ada tangan-tangan yang rajin untuk memulangkan baldi dan besen itu ke tempat asalnya. Saya tidak rajin....

Berada di Batu Enam, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai ayah untuk membawa anak-anak ke pantai tiap-tiap petang. Untuk apa? Bukan untuk mandi, tetapi untuk makan dan bermain layang-layang. Anak saya suka main layang-layang.

Pada belah malam pula, saya dan sekeluarga akan turun ke Bandar Kuala Terengganu, untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan malam di kota darul iman itu. Dan seperti biasa, keperluan mengempiskan wallet akan berlaku ketika berada di tengah-tengah bandar......

(Bersambung)

Selasa, Jun 05, 2012

SUBSIDI MINYAK; MELAYU KENA TIPU LAGI.

Baru sahaja baca artikel ini di Biaqpila (HARGA PETROL RON 95: SEMUA KENA TIPU BEB). Memang kena tipu depan mata. Yang peliknya, saya pun kena tipu depan mata tetiap hari masa nak isi minyak petrol dalam tangki kereta.

Hendak kata kerajaan bn bodoh, memang sahlah mereka telah menjadi bodoh dan akal masuk air apabila dengan kebodohan yang melampau mereka, telah menunjukkan bahawa kerajaan bn memang sah suka menipu perihal cerita petrol yang dikatakan ada 'subsidi'.

Cuba fikir beb, harga Ron95 adalah RM3.54, tetapi harga Ron97, yang lagi bersih dan power, harganya RM2.90. Cap ayam siut punya cerita.....

Tak lama lagi, benda ini akan dibuang di setiap stesyen minyak di Malaysia. Kantoi!! Hah, hah....

Lu fikir la sendiri beb....

Undilah bn lagi,.. padan muka Melayu.....


Isnin, Jun 04, 2012

KESIAN MELAYU.

Ada sorang manusia tu, yang dijadikan oleh puak-puak umno menjadi TPM (bukan rakyat Malaysia yang beri), dia kata. puak-puak PAS yang datang Kedah dulu tu dibayar RM untuk ke sana (baca sini). Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan beri duit untuk dapat sokongan, maka dia rasa pun orang lain ikut sama akan perangai dia.

Kesian lagi kasihan melihat mental sakit orang tua dari Johor tu. Kerana sudah terbiasa dengan merasuah sana sini, ops, silap, bukan rasuah, tapi dana politik, menyebabkan dia rasa, semua manusia dalam alam Melayu, wajib dapat duit terlebih dahulu, baru buat kerja.

Kot ye pun nak menuduh puak PAS yang datang ke Kedah tu dapat duit, komenlah sekali, "Puak umno dan PAS sama ja perangai, dapat duit, baru datang berbondong-bondong ke himpunan.". Barulah adil, ngaku sama dia pun keluar pitih untuk penuhkan stadium.

Fikir punya fikir, nampak gaya, memang sah lah puak umno perlu di dana kan dahulu, baru boleh berhimpun. Pok Din sendiri mengaku orang umno kena beri rasuah dulu, baru buat kerja..... Kesian melayu ...... 

Sabtu, Jun 02, 2012

PASUKAN BOLA KEDAH AKAN DIRUDUM MALANG KERANA PADANG TAHUN INI.

Nampak gaya, pasukan bolasepak Kedah akan dirundung malang sekali lagi musim ini. Ini semua angkara padang bola yang rosak teruk. Disebabkan padangnya yang melampau teruknya rosak, maka pasukan bola Kedah sudah tidak terbiasa bermain di atas padang bola stadium mereka sendiri.

Dan ini semua angkara manusia yang suka sangat memijak padang rumput stadium keramat bagi pasukan Kedah ini. Sila perhatikan sendiri....

Abih lecah dibuatnya padang bola pasukan Kedah.

Angkara manusia ramai-rami ni le..... He, he....
 Moral of the story, majulah sukan untuk negara, ha, ha, ha.....