Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Mac 31, 2012

LIM GUAN ENG, LAGI BODOH!

Hari ini hamba hendak bercerita pula tentang kes tanah di Pulau Pinang. Setelah geng-geng India Pulau Pinang buat kecoh disana, tentang kes tanah masjid dirampas oleh DAP, atau ayat konar baringnya, setelah geng umno Pulau Pinang buat kecoh tentang Kerajaan Pulau Pinang merampas tanah masjid disana.

Isunya adalah, puak India umno Pulau Pinang tuduh, tanah masjid telah dirampas oleh kerajaan negeri melalui sebuah syarikat bernama Ivory. Puak penyokong LGE pula kata, tanah itu mana pernah dirampas, sebab tanah masjid pun takda.

Jadi, apa sebenarnya isu yang hendak ditimbulkan disini. Mari hamba ceritakan sedikit;

Ceritanya adalah, tanah ini dinamakan tanah Bayan Baru. Tanah ini adalah tanah komersial yang bernilai gila-gila punya tinggi kerana kedudukannya yang berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang dan lapangan terbang. Plan asal tanah ini, mempunyai masjid dan sekolah, tetapi pada tahun 2010, tanah ini telah di tender terbukakan oleh kerajaan negeri untuk dijual kepada syarikat luar. Tanah ini adalah seluas 41.6 hektar.

Yang menang tender ini adalah Ivory Group. Sebuah syarikat bukan Islam telah berjaya membeli tanah kerajaan negeri yang bernilai tinggi sebanyak RM1.1 bilion. Dan selepas Ivory ini telah berjaya memiliki tanah ini, maka tanah seluas 41.6 hektar ini telah menjadi milik persendirian oleh syarikat itu. Maka dengan ini, suka hati Ivorylah hendak buat masjid atau tidak mahu buat sekolah pada tanah ini.

Dalam undang-undang MPPP, untuk kewajiban membuat masjid dan sekolah, satu kawasan perumahan itu perlu ada 1200 hingga 1500 buah rumah. Baru wajib menyediakan tapak masjid dan sekolah. Jadi, jika syarikat Ivory ini telah membuat cadangan pembangunan dengan hanya ada 1119 buah rumah sahaja, maka kewajiban ini akan tiada.

Maka, agaknya, apakah gerangan yang betul atau yang tidak betulnya kes 'rampas tanah masjid' ini?

Yang betulnya, secara lahiriah, memang tiada tanah masjid pun yang dirampas. Tetapi, secara batiniah, memang ada 'tanah masjid' yang sudah dirampas.

Mulanya, hamba sebagai seorang manusia, ingin bertanya, mengapakah kerajaan negeri Pulau Pinang dengan sukahatinya menjual tanah bernilai tinggi ini kepada syarikat luar? Apakah motif disebaliknya kerjaan negeri dengan suka citanya menjual tanah bernilai tinggi ini kepada syarikat persendirian? Mengapa kerjaan negeri tidak mahu membangunkan sendiri tanah ini melalui anak syarikat negeri? Mengapa Plan asal (2006) melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dibakul sampahkan oleh kerajaan negeri, sebaliknya, kerajaan negeri menjual tanah ini kepada syarikat luar?

Menjual tanah seluas 41.6 hektar yang bernilai tinggi milik kerajaan negeri adalah satu kerja yang amat penting untuk rakyat Pulau Pinang mengetahui akan tindakan kerajaan negeri itu. Ini kerana, apa-apa yang dimiliki oleh kerajaan, secara automatiknya, ianya adalah milik rakyat juga. Maka, adakah penjualan tanah ini telah di'iklan'kan atau dibuat pengumuman oleh kerajaan negeri kepada seluruh rakyat Pulau Pinang?

Sebenarnya, jawapannya mudah, semua persoalan diatas dibuat secara senyap-senyap. Rakyat Pulau Pinang tidak tahu menahu apa yang sebenarnya terjadi terhadap isu tanah Bayan Baru ini.

Persoalan yang timbul;

Apa bezanya antara Kerajaan negeri dari parti Gerakan dengan Kerajaan negeri dari DAP? Apakah yang membezakan pentadbiran antara keduanya? Jawapannya sebenarnya, TIADA. Tiada? Kenapa pula tiada? Kan ke Kerajaan DAP dilihat lebih telus dan menjunamkan 'rasuah' ke tahap yang rendah?

Jawapannya, ya dan tidak. Kerana apa ya dan tidak . Kerana pihak DAP hanya menukar kosmestik pentadbiran kerajaan negeri sahaja, bukannya asas tunjang kerajaan itu sendiri.

Apa yang mengarutnya hamba cerita ini?

Hamba sebenarnya tidak mengarut. Hamba sebenarnya hendak bercerita, jika rakyat mahukan sebuah kerajaan yang baru dalam pemerintahan, sebenarnya, bukan hanya dengan menukar parti politik yang akan mentadbir negara atau negeri, tetapi dengan sistem-sistem pentadbiran negara/negeri ini sekali perlu ditukar.

Paling senang, cuba lihat kes tanah 'masjid kena rampas' ini.

Jika sistem akar tunjang pentadbiran kerajaan Pulau Pinang di tukar terus, tidak mengikut kembali sistem yang telah dibuat oleh kerajaan BN dahulu, maka pelan tanah masjid ini tidak akan 'dirampas'. Apa yang berlaku ialah, kerajaan PR Pulau Pinang mengguna pakai undang-undang lama yang telah digubal BN dahulu kala, yang menyebabkan, dengan mudahnya, tanah masjid yang telah dicadangkan oleh PDC dihilangkan didalam plan pembangunan.

Sepatutnya, kerajaan negeri mewujudkan satu undang-undang, setiap inchi tanah kerajaan, yang hendak dijual kepada syarikat luar, perlu diumumkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang. Satu jawatan kuasa menilai sama ada rakyat bersetuju atau tidak akan penjualan itu, perlu diwujudkan. Pandai-pandai koranglah hendak memasukkan sesiapa dalam jawatan kuasa itu. Wakil penduduk ke, wakil DUN ke, JKKK ke, tok penghulu ke, apa-apa ke, asalkan suara rakyat bawahan ini didengar dan menjadi perkara penting setiap keputusan kerajaan untuk menjual tanah. Ini tidak, pakai jual je.

Keduanya, yang undang-undang MPPP tu yang mengatakan jika ada 1200 buah rumah, baru wajib ada tapak masjid, boleh digubal kepada setiap pembangunan tanah baru, masjid adalah pusat kepada pembangunan itu. Apa? Susah sangat ke hendak ikut sunnah Nabi? Tidak mengikut etika kapitalis?

Itulah hamba kata, jika menukarkan bn kepada PR, hanya semata-mata hendakkan ABU, maka perkara sama pasti akan berlaku terhadap PR. Sebab sistem yang akan ditadbir oleh PR adalah sama dengan sistem yang ditadbir oleh bn. Seperti Selangorlah. Tengok JAIS dan MAIS, apakah yang telah digubal oleh Dr Hassan Ali untuk memperkasakan JAIS dan MAIS? Apakah yang telah dibuat oleh PAS didalam mempekukuhkan undang-undang syariah di Selangor? ZERO!! Yang ada, guna balik apa yang telah digubal oleh umno. Stupid!

Jumaat, Mac 30, 2012

ANWAR IBRAHIM PUN BODOH.

Hari ini, hamba hendak kata pula, Anwar Ibrahim ini bodoh. Kerana mulutnya yang selalu bersepah dengan politiking, maka ungkapan yang digunakan dalam cerita ini (Anwar: Seminar di Johor gerakan politik yang menjijikkan) adalah satu ungkapan yang akan hamba kritik sehabis-habisnya.

Pasti ramai kawan-kawan yang pelik dengan hamba, kenapa ketika ini, ketika gendang PRU 13 hendak berkumandang, hamba banyak mengkritik sahabat-sahabat PAS? Jawapannya ialah, kerana pemimpin-pemimpin PAS seperti telah dibisukan mulut apa-apa yang berkaitan tentang Islam, disebabkan hendak menjaga 'hati' sahabat Pakatan Rakyat. Very stupid.

" Anwar (gambar) ketika ditanya ketika sidang media di Parlimen petang ini bersetuju bahawa program sedemikian adalah berbahaya dan akan memberikan tekanan kepada hubungan antara agama di negara ini.
“Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain,” katanya.  "

Apa yang jijik, apa yang merbahaya, apa yang menakutkan tentang seminar itu, itu hamba tidak tahu, hangpa semua perlu tanya Anwar. Hamba pun tidak tahu, kenapa, apa-apa yang berkaitan dengan Johor, maka dikaitkan dengan umno. Memang haru. Bodoh sangat ke orang Melayu Johor ini, asyik dengan umno memanjang?

Isunya sekarang ialah, seminar itu adalah untuk pemantapan akidah umat Islam. Diulangi, seminar. Kemudiannya, ianya adalah anjuran JAKIM, Jabatan Mufti Johor dan Jabatan Pelajaran Johor. Mana letaknya tang umno itu, itu hangpa kena tanya Anwar. Jika ada yang kata, semua jabatan-jabatan itu orang umno, maksudnya, memang bodoh jugalah kome semua menganggap semua kakitangan dan ustaz-ustaz dalam Jabatan itu ahli umno. Stupid.

Apa yang dikecohkan sangat Anwar Ibrahim dengan seminar itu pun hamba tidak tahu. Takut namanya dikaitkan dengan Islam Liberal dengan Pluralisme agama? Itu hangpa kena tanya Anwar. Hamba tidak tahu.

Dan yang menjadi kebiasaannya, penyokong-penyokong PR akan bantai habis-habis sesiapa yang mengkritik Anwar tentang isu ini. Disebabkan, mereka ini pun perangai macam umno, menyokong membuta tuli. Stupid.

Rabu, Mac 28, 2012

PUAK NGAKU JESUS ITU ANAK ALLAH; HANG TAKUT APA SEBENARNYA.

Rileks punya rileks punya rileks, apabila terbaca satu cerita ini (Seminar ‘ancaman Kristianisasi’ di Johor akan cetuskan ketegangan agama), maka rileks hamba terbantut seketika. Benda ini perlu jawab. Jika tidak jawab, memang bacul hamba digelar sebagai manusia Muslim.

Mula-mula, hamba hendak bertanya kepada puak-puak yang menganggap Jesus itu anak Allah, apa yang kamu semua takutkan sangat tentang SEMINAR berkaitan dengan ancaman Kristianisasi? Ini hanya seminar. Bukan mengajak orang pergi berperang bunuh orang yang menganggap Jesus itu anak Allah. Umat Islam, yang menganggap Jesus itu hanya Rasulullah, hanya ingin membuat seminar bagi memantapkan pelajar sekolah tentang akidah masing-masing. Kenapa takut sangat?

Keduanya, kenapa risau sangat tekanan yang akan dihadapi oleh Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sekolah? Tekanan apa yang dia takutkan? Tekanan yang bagaimana yang dimaksudkan? Kepada mereka yang tidak mengaku Muhammad itu adalah Rasul, maka kamu tidak akan faham maksud jihad yang perlu dilakukan oleh pada guru-guru agama ini. Tekanan untuk memantapkan akidah, adalah sebenarnya satu keinginan dan satu tanggungjawab oleh mereka. Tolong jangan spin ayat kononnya risau akan 'tekanan' yang akan dikenakan terhadap para guru agama.

Ketiganya, apakehalnya cerita berkenaan dengan bersatu-satu ini? Bersatu tentang apa? Bersatu tentang agama? Ini pluralisme namanya. Cuba cerita sedikit, yang puak menganggap Jesus itu anak Allah hendak bersatu tang mana? Bersatu tentang mengatakan Jesus itu HANYALAH Rasulullah? Bersatu menyatakan Allah itu Esa, bukan 3 dalam satu? Bersatu mengatakan Muhammad itu adalah Rasul terakhir. Jika itu yang dimaksudkan dengan bersatu, hamba no hal......

Isnin, Mac 26, 2012

JARUM AZMIN SUDAH MENGENA.

Masa Azmin Ali bantai Hassan Ali berkenaan dengan guna duit RM300k untuk pejabat Exco dia, ramai yang hentam kromok Hassan Ali. Ramai yang kata memang padan dia kena pecat dari PAS. Ramai yang kata, inilah dia rupa sebenar Hassan Ali. Tiada sorang pun yang kata Azmin Ali ini ada benda lain yang hendak diserangnya. Hamba kata, beliau serang PAS Selangor, Cenangau kata Azmin serang Menteri Besar. Blogger lain,... entah?

Tetapi, apabila dijawab sahaja oleh Hassan Ali, kan ke semua dah kena. Dr. Xavier dah kena, Dr Halimah pun kena juga. Azmin Ali, pun mesti kena juga nanti. Apa bodoh pergi kacau manusia yang tahu 'rahsia-rahsia' kawan-kawan lama. Inilah kurang diajarnya, apabila, semua orang, diluar PR, hendak dijadikan musuh. Man-man la brother.

RM300k, untuk ofis baru, kepada 19 kakitangan Exco, termasuk Hassan Ali, jadilah 20 orang, maksudnya, seorang, adalah kena RM15k. Munasabah ke harga itu? Itu hamba tidak tahu. Sebab tidak tengok detail, kemendenya yang beliau beli atau renovate?

Tapi, yang pastinya, apa yang Cenangau sebut itu adalah betul, Azmin Ali sebenarnya bukan hendak serang sangat Hassan Ali, bukan lagilah hendak serang PAS, tetapi hendak serang MB Selangor, yang selepas ini, pasti Hassan Ali akan dedahkan perbelanjaan semua Exco dan Syarikat negeri. Parah juga yang perlu dijawab oleh Tan Sri Khalid nanti.

Yang pasti, Azmin Ali hendak merosakkan imej MB Khalid dari kaca mata rakyat. Beliau hendak tunjukkan, bahawa, MB Khalid tidak berupaya mengawal selia Exco-exconya dan juga syarikat-syarikat negeri. Tujuannya satu, Tan Sri Khalid, tidak akan jadi MB lagi selepas ini.

Sabtu, Mac 24, 2012

DULU BERLAGAK KUTUK HUDUD, SEKARANG, PADAN MUKA KES JENAYAH BERAT BERLAMBAK.

Ada kawan hamba, mamat Perak, duduk Selangor, tanya hamba, kenapa marah-marah. Nak jawabnya, hamba tidak marah-marah, tetapi hanya hendak kabor isi hati hamba yang melihat PAS Selangor yang seperti cuba hendak menjauhkan Islam dengan PAS. Terutama YDP Shah Alam. Hendak tahu lagi, cuba selidik tentang kes orang dadah yang duduk gereja dahulu. Cuba korek dalam-dalam cerita itu.

Tetapi, hari ini, hamba tidak mahu cerita berkenaan hal politik PAS Selangor. Hamba hendak bercerita tentang cerita kononnya statistik jenayah di Malaysia telah turun 15%.

Itu kata Polis Di Raja Di Malaysia.

Namun, malangnya, statistik turun 15% itu tidak dapat digunakan oleh umno untuk meraih undi kerana rakyat Malaysia yang bodoh pun tahu, keselamatan di Malaysia ini adalah tidak selamat seperti zaman 80-an dahulu.

Masa hamba kecil-kecil dahulu, emak hamba tidak pernah melarang hamba untuk bermain diluar sehingga jauh berkilometer dari rumah. Ketika itu umur hamba adalah 7 tahun. Hendak masuk hutan belakang rumah, naik bukit, naik basikal. Tiada hal. Malah emak hamba tidak risau satu sen pun kalau-kalau takut anaknya kena culik. Apa kes zaman 80-an dahulu ada kes culik. Maksud culik pun hamba tidak tahu masa kecil dahulu. Maklumlah, TV3 pun tidak wujud semasa hamba kecil, maka tiadalah cerita-cerita polis yang culik-culik.

Tetapi, jika zaman sekarang, budak-budak hendak bermain di tempat parking kereta depan rumah pun mak bapak kena fikir 3-4-5 kali. Takut anak kena culik. Teruk bebenor.

Belum cerita bawa anak-anak ke shopping mall. Dia punya jaga, macam jaga anak Sultan. Takut woi nanti anak hilang entah ke mana.

Malah, zaman sekarang ini, bukan setakat culik, tetapi bunuh sampai bakar mayat budak 5 tahun pun sudah menjadi fenomena di negara Malaysia yang telah turun 15% kadar jenayah. Sekarang ini masih ada lebih 2000 mangsa hilang dari rumah yang polis belum selesaikan. Apa punya bodoh punya polis tidak boleh selesaikan kes hilang ini membuatkan hamba bertanya-tanya, apaguna hamba bayar cukai tiap-tiap bulan dengan PCB jika polis buat kerja pun tidak reti.

Yang reti, bunuh, bunuh, bunuh penjenayah sebelum dimasukkan ke dalam mahkamah. Yang reti, buat kacau dalam politik negara jadi pak turut umno. Cap ayam punya polis.

Rasuah jangan ceritalah. Tidak payah hamba hendak menyebut disini akan kelakuan rasuah polis di negara ku ini. Polis pun boleh jawab sendiri.

Namun, ada atau tiada setiap insan di Malaysia ini mengerti, mengapa negara Malaysia ini sekarang sudah menjadi seakan-akan USA dalam kadar jenayahnya? Apa sebab musababnya negara Malaysia menjadi sperti sekarang? Apakah punca utamanya? Adakah ini bala kepada kita daripada Allah? Jika bala, kenapa Allah timpakan bala itu kepada kita?

Cuba kita renung balik, sebelum ini, apakah reaksi umat Malaysia tentang undang-undang jenayah Syariah, atau lebih dikenali sebagai hudud. Tidak kiralah, orang itu orang umno ke, mca ke, mic ke, dap ke, pkr ke, semuanya kata hudud itu tidak boleh dilaksanakan di Malaysia. Sebab apa? Korang tanyalah sendiri mereka-mereka itu.

Depa kata, hudud adalah satu undang2 yang tidak masuk akal dan tidak sesuai pada zaman sekarang. Apa yang tak masukakal, apa yang tidak sesuai, itu hamba tidak tahu apa yang dimaksudkan mereka, korang tanyalah sendiri mereka-mereka itu. Apa yang hamba tahu, sekarang ini, sesuai atau tidak jika hudud dilaksanakan di Malaysia dengan wujudnya kes-kes jenayah yang terlampau ini.

Hah! Sekarang baru tahu, hudud itu diwahyukan Allah kepada kita untuk apa. Dulu berlagak pandai. Ingat korang semua lebih pandai dari Allah ke? Sekarang, padanlah muka semua umat manusia di Malaysia atau di dunia ini......

Jumaat, Mac 23, 2012

HAMBA DAH KATA, AZMIN ALI NI HANTU.

Hamba dah kabor, Azmin Ali ini hantu. Kot ye pun hendak bantai Dr Hassan Ali, bantai lah. Ini dia bantai cerita tah apa-apa 'renovate' pejabat hingga RM300k. Cap ayam punya Azmin.

Hamba memang tidak akan berbaik sangka pada Azmin cap ayam ini. Hamba sentiasa berburuk sangka pada beliau. Kerana beliau ini pun jenis umno juga. Masyuuk sana masyuuk sini.

Disini hamba hendak kabor, apa yang dia sebut itu, yang seperti kononnya dia membantai Dr Hassan Ali, sebenarnya ialah dia membantai PAS Selangor. Kerana pada masa Dr Hassan merenovatekan opis dia, dia adalah PJ PAS Selangor dan juga Naib Presiden PAS. Maksudnya, orang PAS pun macam umno. Itu yang dia nak sebutkan. Padahal, nanti, orang PAS pun boleh sebut, yang hang pun perangai macam lanun umno.

Hamba dah ambil keputusan, walau masa dahulu, ada Mat Saman Kati kata, hamba akan pangkah PAS sampai bila-bila, namun tidak sekarang. Hamba akan tengok calon dahulu, jika dianya YDP Shah Alam, hamba akan pangkah dua-dua petak empat segi. Lantak pi lah. Kalau dia menang juga lantak pi lah. Tetapi hamba tidak mahu hamba bertanggungjawab memenangkan beliau. Serupa hamba tidak mahu bertanggung jawab membiarkan umno menang. Ada faham?

Maksudnya, hamba buat undi rosak. Tiada siapa boleh usik kertas undi hamba. Jika hamba tidak keluar mengundi, hamba yakin, pasti ada orang lain undikan untuk hamba jam 4.50 petang nanti. Oleh itu, hamba akan keluar mengundi, tapi buat kerja undi rosak. Serupa mak hamba buat selama dia mengundi di Parlimen Segambut. Keluar mengundi, tetapi undi Gerakan pun tidak, undi DAP pun tidak. Padan muka calon.

Waktu sekarang ini, hamba berdoakan agar yang menang di Malaysia ini adalah Islam. Bukan PR, bukan rakyat, tetapi Islam. Lantaklah korang hendak kata apa pun. Itu pendirian hamba. Islam mesti menang dan jika memenangkan PAS itu akan memenangkan Islam, maksudnya, betullah perjuangan hamba selama ini dalam PAS. Tetapi, jika hanya untuk memerintah dan ikut telunjuk rakyat sahaja, mampuih pi la.....

Rabu, Mac 21, 2012

LYNAS: APA YANG PERLU ANDA KETAHUI.

Satu artikel yang wajib dibaca;

LYNAS: Apa Yang Perlu Anda Ketahui




Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.

Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong ‘nadir bumi’ atau ‘rare earth’ khususnya di China. Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri.

Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan  manusia yang  sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan datang.

Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini (Versi 6.0 - 03/06/11)

LYNAS : Apa Yang Perlu Anda Ketahui

1.      Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
2.      100% milik Lynas Australia.
3.      Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
4.      Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
5.      Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP Lynas siap dibina.
6.      2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng.
7.      Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan.
8.      Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
9.      Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
10. Bebas Cukai selama 12 tahun.
11. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
12. Harga satu tan pada RM364, 800.
13. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
14. Setiap kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau ‘rare earth’. Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam ‘gas mantle’ sebagai lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana kesan radioaktif.
15. Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka. 1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan arang batu.
16. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan mengeluarkan ‘rare earth’ atau nadir bumi untuk keperluan global pertama diluar China.
17. Lynas telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 ‘letter of intent’.
18. Keseluruhan simpanan simpanan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga 180 ribu metrik tan setahun.
19. Perlombongan ‘rare earth’ di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.
20. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
a.     ‘Ore’ atau Bijih dilombong di Mount Weld Australia.
b.     Bijih tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. ‘rare earth concentrate’ inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui pelabuhan kuantan.
c.     Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya.
d.     ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan menggunakan  kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu ringan atau berat.
e.      Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
21. Untuk setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan. Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid sulfurik dan asid hidroklorik.  Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng. ‘Light Rare Earth Elements (LREE)’ akan menggunakan 50 tanki bahan ini ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk ‘Heave Rare Earth Elements (HREE)’. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik? ‘Toxicity’ atau tahap keracunan adalah amat tinggi. Ia juga adalah ‘corrosive’ atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan kemungkinan juga kanser. penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)) kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.

Isnin, Mac 19, 2012

PRESIDEN PAS KELIRUKAN UMAT ISLAM; TOLONG BACA INI SIKIT.

Ni ada cerita menarik untuk diceritakan;

Presiden Pas kelirukan umat Islam? Jawapan dari TG Nik Aziz buat Prof Dr Mahmood ..


Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut.


Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT.

Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.

Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel.

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agak mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.

Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi.

Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT.

Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Ahad, Mac 18, 2012

KITA BUKAN UMNO, JADI JANGAN JADI PERANGAI MACAM UMNO.

Baru baca tajuk artikel ini; Akhbar Singapura dedahkan Keluarga Sharizat punya empat Syarikat di Singapura dengan modal RM8.85 Juta..Ianya masih lagi berkenaan dengan Shahrizat yang sudah kantoi di dalam dan luar umno. Raja Nong Chik mesti gembira dengan berita ini dan sepatutnya Nurul Izzah patut berwaspada kerana yang akan menentang beliau di Parlimen Lembah Pantai nanti adalah Raja Nong. Sudah pasti.

Kita boleh katakan, selamat tinggal Shahrizat didalam arena politik tanah air. Karier politik Shahrizat sudah nampak alam kubur. Sekarang jawatan menteri beliau sudah kantoi, dan tidak lama lagi, jawatan ketua wanita umno juga akan terpelanting dari genggaman beliau.

Nampak gayanya, misi menjatuhkan Shahrizat telah terlaksana. Yang peliknya, mereka yang beria sangat untuk menjatuhkan Shahrizat adalah orang umno sendiri. Lebih tepat, adalah Raja Nong Chik. Hamba tidak tahu kenapa Parlimen Lembah Pantai terlalu diminatinya. Parlimen yang lebih selamat seperti Setiawangsa, tidak pula beliau mahu kekal memegangnya?

Tetapi, walau apapun yang berlaku, hamba cuma rasa sedikit tidak suka apa yang terjadi selepas pengumuman 'letak jawatan' Shahrizat dari menyambung kembali jawatan lantikan Senatornya. Dah settle, settlellah. Yang rasuah, rasuahlah. Yang makan duit NFC, duit haramlah. Itu memang kenyataan. Cumanya yang pelik, kenapa hendak merobohkan terus syarikat-syarikat milik anak-beranak beliau yang ada di Singapura?

Inilah masalah Melayu. Disebabkan musuh politik, habis syarikat anak-beranak sekali yang bernaung di Singapura hendak dimusnahkan. Apa kes? Yang dituduh rasuah ialah makan duit NFC buat benda lain. Tetapi yang 4 lagi Syarikat milik anak-beranak beliau, adakah telah dibuktikan bahawa syarikat itu diwujudkan atas duit NFC itu? Jika bukan, adakah kita hendak meleburkan syarikat milik orang Melayu yang berada di Singapura?

Rileks laa. Kot ye pun musuh, jangan seret anak-beranak sekali. Biarlah dia totok umno ke, apa ke, jangan jeles dengan kekayaan orang. Dia dah kaya,biarlah dengan kekayaannya itu. Jangan musnahkan. Ingat, kita bukan seperti perangai umno yang berdendam dengan orang Melayu yang tidak menyokong umno. umno akan jatuhkan syarikat orang Melayu hanya semata-mata mereka bukan penyokong umno. Oleh itu, adakah kita hendak menjadi seperti mereka?

TANAH HARAM ADA 3, BUKAN 2.

Semalam, bonda dan ayahanda hamba pergi ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah umrah. Penerbangan MH 150 ke Jeddah pada jam 3.15 petang dari KLIA. Syarikat yang membawanya adalah Triways. Ada lebih kurang 40 jemaah yang ikut serta dalam pakej umrah itu.

Hamba jika ada kelapangan, hendak sangat mengikut ibu dan ayah ke sana. Pergi ke Tanah Haram. 2 tanah haram yang terletaknya  Kaabah dan masjidil nabawi. Perasaan menebal untuk ke sana begitu kuat. Begitu kuat sehingga timbul perasaan sebak kerana tidak berpeluang bersama ibu dan ayah untuk melakukan ibadah umrah.

Namun, selepas balik dari KLIA, ketika sudah sampai ke rumah, hamba terasa seperti ada satu kesilapan terhadap kerinduan hamba kepada tanah-tanah haram itu. Hamba baru terperasan, bahawa kerinduan untuk ke tanah haram adalah hanya kepada 2 tanah haram sahaja. Bukan 3 tanah haram. Ya, hamba terlupa bahawa didalam dunia ini, Allah SWT telah mencipta 3 tanah haram. Bukan 2.

Tanah Haram Makkah Al-Mukarammah. Tanah Haram Madinah Al-Munawarah. Dan ketiga, Tanah Haram Al-Syarif Baitulmaqdis. Kenapakah, semasa di KLIA ketika menghantar ibu dan ayah bagi melaksanakan umrah, hamba terlupa langsung untuk merindui Tanah Haram Baitulmaqdis? Nampak seperti ianya tidak wujud didalam kamus peribadatan umat Islam ketika ini untuk beribadah di Haram Al-Syarif.

Sedar tidak sedar, umat Islam sekarang sedang menanggung dosa yang amat besar kerana membiarkan Tanah Haram Al-Syarif ini dijajah oleh zionis laknat. Tiada perasaan langsung kita untuk membebaskan tanah haram ini dari cengkaman yahudi zionis.

Perlu disedarkan oleh semua umat Islam, sekarang dan ketika ini, perjuangan yang paling utama oleh umat Islam SELURUH dunia ada 2 pekerjaan yang patut dilakukan. Iaitu, mengembalikan Khalifah, dan kedua, membebsakan Baitulmaqdis. Dan sememangnya, kedua-dua perkara itu, sekarang ini, umat Islam sedang dalam keadaan tidak mengendahkan langsung akan keutamaannya.

Bersambung.....

PR BISING2 PD SPR, TETAPI ISU BORANG 14, KENAPA SENYAP?

Ini cerita lama. Tetapi kandungannya ever green. Sentiasa segar dan sentiasa terkini. Jika hendak tahu apa ceritanya, cuba baca ini; Pakatan beri amaran berlaku undi rosak jika pengiraan awal dihentikan . Hamba rasa, ramai yang tidak ambil port tentang isu ini. Lebih ramai lagi yang ambil port dengan cerita Lynas, NFC dan saham Felda. Hamba yakin. Tetapi, jika isu ini dibiarkan begitu sahaja, dengan 1000 kali cerita Lynas dan NFC pun, umno bn akan terus berkuasa.

Ramai yang tidak tahu. Sistem undi di Malaysia adalah satu sistem yang dibuat untuk senang menipu. Bukan setakat menipu, tetapi tipu itu dibenarkan melalui undang-undang pilihanraya. Pelik bukan? Menipu yang telah diundang-undangkan.

Sesiapa yang sudah berpengalaman menjadi Poling Agent dan Counting Agent (PACA), mereka akan tahu akan penipuan yang telah dimaktubkan dalam undang-undang.

Ahli politik, tugas mereka untuk menang pilihanraya. Mereka akan berusaha bermain berbagai-bagai isu untuk meraih undi. Ini adalah kebiasaan. Tetapi, yang peliknya, jika mereka dapat undi yang banyak dan menang majoriti, tetapi didalam kertas hitam putih spr, mereka kalah. Perkara ini memang dan telah berlaku didalam sistem pengundian di Malaysia. Sudah kena banyak kali, tetapi tidak serik-serik ditipu dengan benda yang sama.

Soal senarai nama pengundi, itu satu hal, itu isu yang lain, isu yang besar dan tidakboleh dikawal oleh pembangkang. Yang boleh, buat bantahan. Tetapi, apa yang hamba hendak bawa ini, bukan isu yang kita tidak boleh kawal, tetapi isu yang boleh dikawal, walau dalam keadaan kawalan yang sedikit.

Isunya, Borang 14. Atau nama penuhnya 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'.

Borang hidup mati calon. Borang yang paling senang ditipu. Jika hendak tahu apakah peri pentingnya borang 14 ini, sila baca sini;  AWAS! PR AKAN KALAH KERANA BORANG 14 JE..

Hamba masih lagi pelik dengan perangai ahli politik PR. Kenapa isu spr berkenaan dengan borang 14 tidak pernah diketengahkan? Adakah mereka hanya beranggapan, bahawa spr dengan baik hati tidak akan menipu lagi borang 14 yang menyusahkan PR ini?

Ahad, Mac 04, 2012

PELIK.

Selalunya di Malaysia, mereka yang beragama lain dari Islam dipanggil bukan Islam. Tidak pernah lagi didalam sebuah akhbar atau media memanggil mereka yang bukan beragama Islam sebagai kafir. Mungkin ungkapan kafir itu sama seperti babi bagi khinzir. Babi itu mencarut. Khinzir itu binatang. Kafir itu penghinaan. Bukan Islam itu orang bukan beragama Islam.

Oleh kerana begitu tanggapan manusia. Dimana, pada masa sekarang, tanggapan telah dijadikan akidah masyarakat untuk menilai sesuatu, bukannya kebenaran, maka, agaknya, elok juga kita menggunakan ungkapan bagi orang bukan Islam adalah orang tidak percaya Muhammad itu Rasul. Boleh terima? Ungkapan baru itu? Orang tidak percaya Muhammad itu Rasul sebagai orang bukan Islam @ kafir?

Bolehlah digunakan dimana-mana, ungkapan baru ini, seperti;

"Mungkin suatu hari nanti, bukan sekarang, tetapi dimasa mendatang, orang yang tidak percaya Muhammad itu Rasul boleh menjadi pemimpin kedua Parti Islam SeMalaysia."

"Kita bercadang agar slot Timbalan Perdana Menteri diberi kepada manusia tidak percaya Muhammad itu Rasul."

"Ayat Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 57, tidak boleh ditafsirkan terus dari segi sebutannya. Ianya boleh ditafsir mengikut keadaan semasa dan bermaksud, orang yang tidak percaya Muhammad itu Rasul, diharuskan menjadi pemimpin orang Islam."

Elok benarlah ayat seperti diatas digunakan oleh manusia-manusia yang berfikiran Islam liberal dan plural agama. Memang mereka suka menggunakan ayat-ayat sesat seperti itu.

Namun yang peliknya, ada juga yang menyokong manusia seperti demikian......

Jumaat, Mac 02, 2012

DR DZUL BODOH.

Satunya, hamba tidak mengundi beliau untuk jadi ahli Parlimen. Kerana apa, sebab hamba duduk di Hulu Selangor. Bukan area Kuala Selangor. Keduanya, hamba tidak melantik beliau dalam AJK PAS Pusat, kerana apa? Kerana hamba tidak boleh mengundi masa Muktamar dahulu. Ketiga, hamba tidak bodoh piang yang jadikan dia sebagai Ketua Pegawai Penyelidikan PAS.

Hamba hanya ahli PAS biasa seumur hidup. Hanya sebagai SU Cawangan. Hanya bekerja pergi rumah ke rumah untuk bersemuka dengan pengundi untuk dicula dan diraih. Hanya dipaksa untuk bekerja perihal PACA, dari mencari PACA, isikan borang PACA untuk calon, membuat jadual PACA semasa hari mengundi, menjadi PA, dan CA nya sekali, dan memegang borang keramat 10 untuk dikumpulkan.
PARASIT.

Hamba bukannya ada title doktor. Tiada. Hamba hanya bekerja di kawasan kampung. Jauh hujung di hulu. Hamba kerjanya bukan sebagai pemikir, hamba hanya bekerja di akar rumput. Bahasa jawanya, grass root. Terus direct dari mata ke mata, muka ke muka, pengundi yang akan mengundi. Bukan mengundi hamba, tetapi calon yang bertanding.

Alhamdulillah, hamba berada di Hulu Selangor. Bukan di Kuala Selangor. Jika tidak, memang sakit yang amat untuk kita bekerja bagi memenangkan calon. Hamba ucap, kerja 5-6 kali lebih kuat kepada pekerja-pekerja PAS di Kuala Selangor. Kerana bakal calon Parlimen anda semua, telah buat kerja bodoh.

Dahulu bercerita berkenaan Hudud. Sudah sekali bodoh. Sekarang bercerita tentang manusia tidak percaya Muhammad itu Rasul boleh jadi ketua nombor 2 PAS, ini, sudah 2 kali bodoh.

Apabila seorang manusia telah buat kerja 2 kali bodoh, diulangi, 2 kali bodoh. Maka, adakah wajar untuk beliau dikekalkan sebagai pemimpin yang memimpin PAS untuk masa hadapan? Hendak simpan, atau buang? Hendak dikekal, atau dipeti sejukkan? Tok Guru Presiden. Tolong ambil tindakan.

Hendak kata raih undi, apa kerja bodoh sebut demikian untuk meraih undi? Dr ini sudah lupa atau memang sengaja buat tidak tahu, yang diraih untuk mengundi 80% calon PAS yang bertanding, adalah orang kampung dan Felda. Hendak meraih undi manusia tidak percaya Muhammad itu Rasul, sanggup bercakap dengan ayat yang bodoh?

Namun yang pasti, hamba sudah nampak, pendirian Dr Dzul yang liberal. Bukan hanya pendiriannya yang liberal tentang politik Islam, malah beliau telah bersungguh-sungguh untuk meliberalkan sekali ahli PAS agar menerima pandangannya untuk meliberalkan PAS. Dari konservatif, kepada liberal.

Maka, apakah keperluannya orang seperti beliau perlu kekal didalam jemaah kepimpinan PAS?