Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Februari 28, 2012

KES LYNAS; HANYA UNTUK ORANG CINA.

Ahad lepas, adalah satu detik sejarah dimana seluruh pelosok Malaysia, diadakan demonstrasi anti Lynas. Ia dilakukan serentak dengan demo 'ibu' anti Lynas di Kuantan. Namun, seperti yang dikatakan oleh MSK, lebih banyak cerita kes khalwat ustaz Badrul Amin daripada cerita demonstrasi ini.

Di Perak, yang hadir dalam demo 'hijau' ini adalah 5% Melayu, 5% India dan 90% Cina. Mesti ada yang pelik, kenapa ianya berlaku begini? Serupa jugalah di Pulau Pinang, majoriti yang hadir, 90% Cina. Melayu seciput. Kerana apa? Di Kuantan sahaja ianya nampak 'seimbang'.

Jawapannya senang. Setiap isu yang diketengahkan di negara Malaysia, ianya akan ditumpukan kepada kaum. Ya, ianya akan ditumpukan kepada sesuatu kaum, bukannya keseluruhan rakyat Malaysia. Jika isu Lynas atau radiasi Bukit Merah, ianya akan ditumpukan khas kepada masyarakat Cina. Kerana apa? Hamba pun tidak tahu. Jika isu Palestin, ianya akan ditumpu khas kepada orang Melayu. Kerana apa? Hamba pun tak tahu.

Jika isu Felda, ianya akan ditumpukan khas juga kepada orang Melayu. Orang Cina tidak ambil kisah. Jika isu Sekolah Jenis Kebangsaan, ianya mesti lagi akan ditumpu kepada Cina, orang Melayu lagilah tidak ambil kisah. Isu Bersih, semasa Bersih 1, ianya hanya tertumpu kepada orang Melayu. Cina ciput. Tetapi, Bersih 2.0, Alhamdulillah, Cina dan India baru mula sedar.

Mahu tidak mahu, sesuatu isu yang diutarakan, terutama sekali di Malaysia, akan menjadi satu isu 'perkauman' secara tidak sedar. Lynas telah dibuktikan sebegitu. Kerana apa? Mari kita lihat gambar.

Orang Melayu Kampung, faham ke tidak apa yang depa nak suruh dia faham dalam flyers ini?

Boomers Melayu Kampung Keliang Hulu Selangor, tidak faham apa yang hendak dinyatakan oleh Gen-Y ini. Cuba hang letak huruf Jawi, kan ke molek.....

Tulis 'khat Cina', besar mana pun, orang Melayu tidak faham apa yang korang nak ceritakan.

Bahasa Melayu hilang? Ini demo negara Hong Kong atau Malaysia?

Nasib baik ada satu ayat Bahasa Melayu. Jika tidak, orang Melayu akan anggap Cina buat kacau.
Mahu tidak mahu, bahasa di 'banner', kadboard atau flyers, jika hendak memasyarakatkan sesuatu isu, janganlah menunjukkan 'perkauman'. Demonstrasi dilakukan untuk menyatakan pendapat dan tentangan terhadap sesuatu isu. Tetapi, jika ada sesuatu banners yang tidak difahami oleh orang lain, hanya difahami oleh hanya sekelompok kaum, maka jangan salahkan orang lain jika mereka tidak menyokong atau malas ambil tahu.

Ini kerana akal kita, perlu pandai untuk meraih 'simpati' kepada semua orang dan jangan pula ada tindakan kita yang membuatkan sesuatu kaum (dalam isu Lynas ini, Melayu), rasa seperti isu ini bukan isu mereka hanya kerana tulisan Cina yang berleluasa di demonstrasi anti Lynas.

Jangan anggap, semua Melayu boleh menerima tulisan cina dengan hati 'terbuka'. Masih ramai lagi orang Melayu yang alergik dengan tulisan ini. Kerana, satunya, Melayu tidak faham akan tulisan ini seperti juga Cina tidak faham akan tulisan jawi, dan keduanya, tulisan Cina ini digunakan untuk mendiskriminasi bangsa lain dalam soal harga barang jualan puak kapitalis Cina.

Apa salahnya, semua banner dalam demo anti Lynas menggunakan bahasa Malaysia. Apa? Orang Cina di Malaysia bukan orang Malaysia ke? Lebih Cina dari Malaysia. Jika Melayu tidak banyak menyokong isu Lynas ini, jangan salahkan Melayu sangat. Sebab mahu tidak mahu, sikap berhati-hati dan berburuk sangka kepada bangsa Cina masih ada pada orang Melayu. Begitu juga orang Cina kepada Melayu. Tolong jangan tipu diri sendirilah.....

Pokok pangkalnya, demonstrasi digunakan untuk menyatakan sesuatu. Tetapi, jika pernyataan yang hendak dinyatakan itu tidak difahami oleh kaum yang lain, dalam isu Lynas kaum Melayu dan India, kerana bannersnya banyak 'khat' Cina, maka buat apa demonstrasi ini dilakukan. Saja nak buat promosi orang Cina dah kuat di Malaysia? Bahaya itu. Ditempat hamba, umno sudah mainkan isu ini.......

Sabtu, Februari 25, 2012

ISU ISRAEL; MSO BODOH, SAMA BODOH DGN UMNO, MAHATHIR DAN ANWAR.

Hari ini hamba hendak cerita berkenaan Israel. Setelah agak lama tidak menulis blog, hari ini hamba menyibukkan diri depan laptop untuk buat kerja gejuis.

Nanti, ada pula orang kata, "apalah kerja bodoh cerita pasal Israel, ini hanya cerita sampingan, yang utama menang PRU13". Cuba baca disini. Hendak kata bodoh politik, umur sudah tua, tetapi otak tetap kemetot.

Apabila pemikiran sudah dizombikan bahawa isu Palestin adalah hanya isu Palestin, maka betullah, zaman Dajal hendak keluar sudah terlalu dekat. Umat Islam telah berjaya ditarik akal dan minda mereka daripada isu Tanah Haram ketiga.

Mula-mula, hamba hendak tanya pada semua manusia, tidak kiralah dia mengaku Muhammad Itu Rasul atau tidak. Apakah itu Tanah Haram? Ada berapa jenis Tanah Haram di dunia? Apa peri pentingnya Tanah Haram kepada umat Islam?

Mari jawab soalan pertama, apa itu Tanah Haram?

Tanah Haram, walau dinamakan oleh Allah SWT adalah haram, namun ianya adalah tanah yang telah digazetkan oleh Allah SWT adalah satu kawasan yang suci. Sesuci kawasan yang tidak boleh diadakan satu bentuk perkara syirikpun berada di kawasan itu. Oleh kerana Tanah Haram adalah kawasan yang suci dari syirik, maka Allah telah meng undang-undang kan, bahawa orang kafir diHARAMkan masuk menjejak kaki di Tanah Haram itu.

Itu jawapan dari soalan pertama. Untuk soalan kedua pula, ini jawapannya.

Tanah Haram yang ada di muka dunia ini ada 3. Satu di Tanah Haram Mekah. Dua di Tanah Haram Madinah. Dan ketiga, di Tanah Haram Al-Syarif, bumi Baitulmaqdis. Al-Quds. Mekah, hamba yakin, semua manusia tahu dimana tempatnya. Madinah pun, hamba yakin, semua manusia tahu. Tetapi, Haram Al-Syarif ni, rasanya, semua orang tahukah, dimana tempat dia sebenarnya?

Nanti ada yang manusia menjawab, ianya terletak di Palestin. Betulkah? Ianya seperti betul, tetapi tidak tepat. Hamba hendak bertanya, Genting Gaza itu ada didalamnya Tanah Haram Al-Quds tidak. Jawapannya, tiada, malah jauh dari Baitulmaqdis. Malah daerah Golan lebih dekat dengan tanah haram Al-Quds.

Maka, kenapakah umat Islam terikut-ikut dengan NGO-NGO yang tidak mengaku Muhammad itu Rasul untuk bertungkus lumus membantu HANYA rakyat Palestin di Gaza, tidak rakyat Palestin di Baitulmaqdis? Ini cerita lain, nanti kita bergejuis dilain hari untuk tajuk ini.

Dengan ini, terjawablah persoalan yang kedua, maka untuk soalan ketiga, yang berbunyi; Apa peri pentingnya Tanah Haram kepada umat Islam? Jawapannya ialah, Allah telah memberi tanggungjawab kepada setiap individu umat Islam untuk mempastikan bahawa, HANYA orang Islam sahaja yag boleh memasuki Tanah Haram. Orang kafir tidak sekali. Jika ada, maka dosa yang akan ditanggung adalah kepada semua masyarakat Islam di dunia, bukan hanya kepada individu.

Agak-agaknya, jika itulah amanah yang Allah berikan kepada umat Islam untuk menjaga 3 tanah haram ini, maka, adakah isu Palestin dan Israel ini hanya isu sampingan. Sesiapa yang kata ianya hanya isu sampingan, maka hamba akan semburkan kata ini kepada dia, 'Bodoh cap ayam punya manusia'.

Oleh itu, persoalan yang timbul, dari kenyataan cap ayam Anwar yang gilakan sangat jawatan Perdana Menteri, tentang 'sayangnya' beliau dengan keselamatan Israel jika Israel beri jaminan kedaulatan negara Palestin yang dikecilkan, adalah satu kenyataan yang amat 'Islam Liberal'.

Oleh kerana terlalu sesatnya kenyataan itu, maka apakah salahnya PAS melalui Tok Guru Nik Aziz dan Majlis Syura memberi teguran dan kata dua kepada kawan mereka yang telah terbabas kata? Memang tidak salah langsung malah menjadi satu kewajiban kepada PAS untuk memberi kata dua.

Ini tidak, ada 'orang lama' dalam politik, yang dinamakan dirinya sebagai MSO, yang hanya tahu menulis dan mengkritik hal-hal politik dari luar, berkata PAS adalah bodoh untuk menyatakan secara umum tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim dalam soal Israel. Otak kemetot punya MSO. Inilah akibatnya, apabila kebodohan diri telah diselindungi oleh ego, 'akulah yang terpandai dalam selok belok politik'. Malah sebenarnya, beliaulah yang paling bodoh sombong dalam bab-bab selok belok politik, Ibrahim Ali adalah salah satu tugasan bodoh beliau.

Bersambung........

Khamis, Februari 23, 2012

KENAPA ZUL SULONG INI CAP AYAM. PECAT SHJ BELIAU!


Dibawah ada artikel menarik untuk dibuat fikir....

Kenapa Zul Sulong tak editartikel Hina PAS sebagaimana dia edit artikel-artikel Presiden dan Timb. MursyiduAm??

Selepas mendapat kritikan hebat, Harakahdaily akhirnya delete artikel tersebut. Adakah memadai artikel itu ditarik tanpa meminta maaf? Bagi aku tak memadai. Ini bukan tersilap, bukan tak sengaja. Yang penting ini bukan pertama kali? 

Kenapa Zul Sulong terlalu amanah sehingga menyiarkan full version, sama macam yang disiarkan di blog Lim Kit Siang? Kenapa time artikel Presiden, Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, ditapis, di edit, diolah sehingga lari dari maksudnya yang asal?

Bukankah realiti ini jelas menunjukkan bahawa Zul Sulong adalah parasit yang merosakkan Imej PAS? Kalau ini pertama, kedua atau ketiga, saya boleh lagi menganggap ianya tak sengaja. Tapi kalau ini yang ke ratusan kali, maka ini adalah jahat. kalau anda tak kata jahat, masih nak husnu zonn, anda macam seorang bapa yang melihat anaknya dirogol, kemudian biarkan perbuatan si perogol sambil berkata, mungkin niat perogol tu baik, tak baik su' zonn.

Apa illat  yang saya maksudkan? Yang saya maksudkan ialah, islam memerintah kita berhukum dengna zahir dan tak boleh berhukum dengna batin. Jadi bila jelas perbuatan perogol merogol anak anda, maka pada masa itu anda perlu bertindak dan bukan lagi berpegang dengan akhlak 'bersangka baik', kerana akhlak pada masa itu ialah mesti mencegah perkara yang zahirnya salah. 


Thomas Seng-Hock Lee - Pendakwah Kristian yang menulis artikel yang dihormati oleh Zul Sulong. Sekalipun tulisa itu salah dan kita akui bahawa itu persepsi beliau yang sepatutnya didahului oleh dialog dengan PAS. Apa yang menjadi isu ialah kenapa malaun Zul Sulong membenarkan artikel ini masuk ke Harakahdaily seolah-oleh mengajak orang ramai berfikir dengan methodology pemikiran seorang kuat kristian? Apa kita nak takwil Zul Sulong ni?

Begitu juga kes Zul Parasit ini, zahir menunjukkan Zul Sulong membuat salah. Bila salah berulang kali dan terus serta terus dan terus dilakukan sekalipun ratusan kali ditegur oleh pimpinan, maka itu zahir menunjukkan bahawa ia berniat jahat. kalau anda masih kata, kita mesti husnu zon, maka anda behukum dengan batin.

Sekalipun kritikan demi kritikan dilemparkan, ZUl Sulong dan Rasyidi Hassan buat main-main je. Dalam program Harakah di Port Dickson baru-baru ini, dua parasit ini sambil gelak ketawa bergurau tentang 'awak tu parasit'. Padahal ahli pas cukup parah, cukup terkeliru dan PAS kelihatan berpecah angkara dua parasit ini. Diorang ni makan gaji 'besar' dari kerja 'itu'. Dia makan duit gaji yang kita beri, hina dan rosakkan kita. Apakah perkara ini masih boleh dibiarkan?

Pada tahap ini, kalau dua Parasit ni ada maruah, aku gesa supaya diorang letak jawatan. Bukan dengan muka tak malu, terus pegang jawatan di Harakah dan Harakahdaily. Makan gaji haram. kemudian dengna muka sposen pergi ke sana ke sini dalam program parti dalam keadaan ketawa dan senyum-senyum.

Sebab tu saya menyeru semua pihak tampil buat laporan disiplin dan anda wajib, wajib dna wajib kata 'boooo' dan 'blaaaaaah' kat dua parasit ini.

Oleh kerana Parasit tu dah delete, aku buktikan prt sc yang aku dah buat 2 hari lepas. Kalau nak tengok artikel asal tentang bagaimana seorang misionary kristian, tulis artikel hina kepimpinan PAS, boleh dilepas siarkan oleh parasit jahat zul sulong ni.Nak tengok yang penuh, klik kat Lim Kit Siang punya blog
di sini.

Baca di sini untuk artikel asal.

Rabu, Februari 22, 2012

Kenyataan TG Nik Aziz selepas ditemui Anwar.. 'PAS tetap tidak iktiraf hak Yahudi'

Ada baca dalam blog anak sungai derhaka tadi, agak menarik artikelnya.....

 Kenyataan TG Nik Aziz selepas ditemui Anwar.. 'PAS tetap tidak iktiraf hak Yahudi'


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan semula pendirian parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf walaupun "seinci hak" Yahudi terhadap bumi Palestin.


"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian Pas khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook beliau petang ini, lebih lima jam selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar menemui Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan pendirian beliau berkenaan kedudukan Israel sebagaimana disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan ini, di ibu negara hari ini.

Dalam mesejnya, Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau rasa hairan kerana sesetengah pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi "masih tergamak menjalin hubungan dagang dengan Israel", bahkan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis," kata beliau dilihat merujuk kepada kehadiran dua kapal milik syarikat Yahudi di Westport minggu lalu. Satu lagi dijangka akan berlabuh esok.


Asalnya dari SINI

Selasa, Februari 21, 2012

HARAKAHDAILY MENGHINA KEPIMPINAN PAS? SAKIT HATI SUNGGUH!!!!!


Tadi ada baca satu cerita, menarik, sila baca dibawah;

HARAKAHDAILY MENGHINA KEPIMPINAN PAS? SAKIT HATI SUNGGUH!!!!!

Harakahdaily hari ni kacau aku punya concentration nak tulis tentang isu KUIN. Apa tak kacaunya, sanggup dia hina PAS dengan menyiarkan artikel daripada DAP untuk menentang kepimpinan PAS. Tak ke barua namanya.

Sorry, kali ni aku guna perkataan kasar.. mana aku boleh tahan tulisan yang seperti ini sengaja dibenar masukkan oleh Zul SUlong parasit ke dalam Harakahdaily, milik aku, milik orang PAS, bukan milik Zul Sulong. Lepas ni aku cadang, jumpa Zul Sulong, jangan lupa BOOOO dan kata BLAAHHHHH.

Ini muka dia kalau tak kenal!!!



Dan lagi muka dia:



Sepatutnya, esok semua ahli PAS kena demo, depan Harakah. Zul Sulong memang betul-betul celaka. Benarkan tulisan seperti ini masuk, dan memburukkan imej PAS di kaca mata pembaca harakahdaily sendiri.

Lagi pula, orang PAS tak ramai yang baca versi English, yang baca versi English kebanyakan orang intelectual atas pagar. Jadi, bila dia baca tulisan tu, maknanya seolah-olah perakra tu berlaku kerana ia dibenarkan masuk dalam media milik parti.

Lihat apa yang dia tulis: "The problem is not the PAS Islamic agenda per se, but the stupidity of its leaders, who are not too intelligent, let alone intellectual." Dia sambung lagi: "Despite so many of them having purported doctorate degrees, they are going about promoting their PAS Islamic ideology the wrong way, by stressing and emphasizing on petty irrelevant matters of non substance such as protesting against concerts by foreign artistes, moral policing of personal behaviour, banning of Valentine celebration, objection to even healthy entertainment joints like cinemas, enforcing dress code on the women folks, and going on witch-hunting at Christian churches for so-called apostates, etc. In the process of such silly and senseless practices, they frighten off the non-Muslims and brought about a lot of ill-wills and caused a lot of anger among the non-Muslims."

Kalau benda ni siar kat lim kit siang punya blog takpe sikit sebab dia DAP. Klik sini. Tapi hairan juga, tak ada pula ahli DAP yang tegur Kit Siang supaya jangan pecahkan pakatan macam yang Dr. Zul biasa tegur pimpinan PAS. .

Tapi apa ke jadahnya Zul Sulong benarnkan artikel ni masuk dalam Harakahdaily. ? Klik sini

Selasa, Februari 14, 2012

DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS).

Dalam blog, hamba gunakan 'hamba' sebagai kata rujuk diri hamba. Dekat luar, jika bercakap dengan kawan, hamba guna 'aku'. Di pejabat, hamba guna 'saya'. Dengan isteri, guna 'abang', dengan keluarga sendiri, guna nama samaran, dengan ipar duai, guna 'Di'. Cumanya, ada satu ungkapan yang sudah lama hamba tidak gunakan, iaitu 'gua'.

'Gua ada seposen je, macamna nak pegi pat peng?', ungkapan ganti nama saya masa sekolah menengah.

Jiwa remaja dahulu, masa sekolah menengah, jiwa hamba jiwa berat. Jiwa thrash metal. Rock-rock tak main. Rock-rock dulu masa akhir 80-an, hanya untuk mat-mat jiwang. Mat Isabella, itu tak main. Hamba hanya layan lagu berat. Mula-mula bersama dengan Metallica. Kemudian dengan Sepultura. Ada sikit-sikit layan Black Sabbath. Iron Maiden tak main. Lembut sangat.

Kemudian datang Cromok. Layan pula lagu thrash metal dari Malaysia. Walaubagaimana pun, hamba tidak suka dengan kumpulan Megadeath dan Sodom. Irama gitar dia macam cap ayam, hamba tidak berkenan.

Namun, walau hamba berjiwa keras ketika itu, hamba suka dengan politik. Krisis umno pada 86, hamba masih ingat. Masa itu hamba darjah 4. Ayah hamba orang umno. Team A. Mungkin sebab Anwar berada dalam team A. Sepupu hamba yang sebaya dengan ayah, team B, dan kemudian, masuk Semangat 46. Masih ingat sampai sekarang, PRU1990, ayah ada kata, jika umno kalah, punah peranda orang Melayu. Masa itu hamba tingkatan 2.

Semasa tingkatan 2 itulah, hamba telah dizombikan akal untuk menjadi manusia assobiyah Melayu. Asobiyah Melayu dan thrash metal. Jalan serentak. Sebab itu sehingga sekarang, hamba menganggap, mat-mat rock dan rempit sekarang ini, tidak semestinya bodoh berkenaan politik. Kerana hamba yang dianggap akal 'rosak' ketika itu, tetap tahu perjalanan politik tanah air.

Nak kata solat tiap-tiap waktu, hamba mengaku, ketika remaja dahulu, hamba lalai dalam solat. Tetapi nak tahu apa, hamba berjinak dengan PAS, ketika hamba tingkatan 3. Ketika hamba layan lagu thrash metal, ketika hamba masih lalai dengan solat, tetapi, hati ini terdetik untuk mendekati Parti Islam SeMalaysia. Hendak tahu sebab apa? Sebab hamba suka membaca. Ya, suka membaca. Mamat thrash metal pun pandai membaca. Jangan under estimate brother.

Oleh itu, kita jangan anggap, mat-mat remaja sekarang ini, yang suka rempit-rempit, yang suka hu ha hu ha, mereka bodoh politik, bodoh tak reti membaca hal-hal berkaitan peristiwa terkini. Mereka tahu, tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa tidak kisah? Sebab orang yang 'reti', tidak ambil port tentang mereka. Yang tahu, salahkan remaja, yang tahu, salahkan belia, yang tahu, maki hamun mat rempit, yang tahu, memboikot minah k-pop.

Sebab itulah pasal, ada 3 juta lagi manusia yang tidak mendaftar mengundi. Sebab mereka macam hamba dahulu. Kepala keras. Selalu head banging. Skru kepala dah longgar. Asyik dengar lagu Leper Messiah. Asyik layan Master of Puppet. Oh ya, lupa pula, lagu yang paling lembut hamba boleh dengar, adalah lagu Nirvana. Layan alternative pulak.

Beneath the Remain, Troops of Doom, Arise, lagu ni, mesti orang tidak kenal dan tidak pernah dengar, sebab dalam radio pun, tidak akan didengarkan oleh DJ. Jika cerita pasal Brazil, orang cerita pasal bola, tetapi, hamba cerita pasal thrash metal, Schizopherenia, lagu Sepultura yang famous. 

Tetapi, itu ketika dahulu. Ketika dunia ini dalam keadaan lalai. Ketika Al-Quran tidak dibaca. Ketika sejadah tidak dibentang untuk disolat lengkap 5 waktu. Ketika jiwa memberontak. Namun sekarang, kesukaan kepada 'itu' sudah dibuang jauh-jauh. Islam pula menjadi kesukaan gua......

Ahad, Februari 12, 2012

ZAID NAK BERTANDING, ELOK SGT LE TU.....

Kali terakhir berjumpa dengan beliau adalah semasa di Pekan Rasa, Hulu Selangor. Bersalam dengan beliau didepan kedai runcit. Bagus juga Zaid Ibrahim ini, selepas kalah dalam PRK Hulu Selangor, beliau datang ke pekan hamba untuk bersalam-salam dengan pengundi.

Mula-mula, ingatkan siapa yang datang bersalam-salam dengan orang ramai, rupa-rupanya Zaid Ibrahim. Hamba pun terkaku seketika apabila keluar dari kedai runcit, terpacak Dato Zaid depan hamba. Hamba pun bersalam dan berkata, 'takpe Dato, lain kali ada lagi'.

Beliau tidak kenal hamba, tetapi hamba kenal beliau. Ye lah, siapalah hamba untuk orang besar seperti Zaid Ibrahim hendak mengenali hamba yang hanya seorang manusia yang tinggal di Pekan Rasa. Duduk di hulu, Hulu Selangor.

Orang PAS adalah satu jentera askar, jentera militer, akan mematuhi arahan, walau apapun arahan yang diarah oleh kepimpinan, pasti akan dituruti (jika tidak ada yg melanggar syariat la). Seperti jugalah pada PRK Hulu Selangor dahulu, oleh kerana kepincangan jentera PKR, dimana-mana sekalipun, kecuali disesetangah UPU, terutama ditempat UPU yang cawangan hamba naungi, PAS dipaksa bekerja seperti PAS yang bertanding Parlimen pada PRK.

Jentera PAS cawangan telah mencari dana sendiri, tampal poster, naik bendera PKR, meraih undi, mencula, dan juga menguruskan PACA, semuanya dengan titik peluh sendiri bersama-sama bantuan PAS Wilayah dan PAS Ampang. PKR Selangor, pusat, Cabang, tidak beri apa-apa bantuan pun. Cuma PKR Ranting (yg masih belum lagi didaftar) membantu sedikit, dari segi pemberian poster, sumbangan kepada pengundi dan kewangan.

Tujuan kami satu, ketika itu, memenangkan Zaid Ibrahim mengalahkan 'ustaz' Kamal.

Setelah tewas, kita semua tahu apa cerita selepas itu kepada Zaid Ibrahim. Dan hamba juga yakin, beliau tahu, siapakah musuh, musuh dalam selimut dan rakan sebenar selepas peristiwa-peristiwa yang dilaluinya. Hamba yakin, beliau tahu, jika beliau bertanding, dimana disitu ada cawangan PAS, sudah pasti beliau tidak perlu risau akan kerja-kerja pilihanraya, kerana orang PAS aka bertungkus lumus membantu beliau, jika beliau bersama PR.

Tetapi, hamba juga yakin, beliau tidak tahu, bahawa orang-orang PAS yang bekerja dibawah ini, yang pekerjaannya dalam pilihanraya ialah 'mengotorkan tangannya' bagi mencapai kemenangan calon, sudah loya untuk bekerja memenangkan PKR lagi. Kami sudah 'malas' berkekang mata sehingga ke 4 pagi, membazirkan masa meraih undi dari rumah ke rumah, mengawal selia penipuan SPR ketika menjadi PACA dan memanjat pokok untuk menaikkan bendera PKR.

Bukan takat malas, tetapi benci......

VALENTINE: KARPAL JADI CAP AYAM.

Hamba baca Sinar tadi. Keluar berita DAP tidak setuju kempen Pas dan hamba pun baca. Nada kebiasaan Karpal, bila cerita tentang Islam, dia akan menjadi umno bn. Hamba tidak pasti, adakah DAP sebagai entiti parti yang tidak setuju dengan PAS, atau hanya Karpal sendiri yang tidak setuju dengan PAS.

Jika DAP tidak setuju dengan 'kempen' PAS, maksudnya, DAP menentang Islam itu sendiri yang mengharamkan menyambut Hari Kekasih. Ini perkara berat. Dan jika Karpal sahaja yang tidak bersutuju dengan 'kempen' PAS, maka memang sah Karpal adalah musuh Islam sejak dari dahulu lagi.

Jangan ada pula orang berkata, jangan kutuk Karpal dalam kes ini, kita bertahaluf siasi dengan mereka. Kalau ada orang PAS kata begini, hamba akan tumbuk muka dia dengan batang besi. Bengong. Jika ada orang PAS ada kata, 'kita perlu mendidik dan berdakwah secara berhikmah kepada Karpal', hamba akan sepak muka dia dengan tapak kaki. Bodoh.

Jika Omar masih hidup, pasti diaorang pertama akan menghunus pedang untuk memancung mereka yang mengherdik Islam. Namun, malangnya, zaman ini, muslim seperti Omar sudah tiada, malah diperburuk-burukkan dengan kata-kata 'tindakan dakwah yang tidak berhemah'.

Maka,adakah PAS akan sentiasa lembik macam bapok jika ada manusia kafir yang menyentuh sensitiviti agama Islam? Tidaaak sama sekali.....

Rabu, Februari 08, 2012

IKLAN; CERAMAH PERDANA MAULIDULRASUL USTAZ IDRIS AHMAD DI RASA, HULU SELANGOR.

Kepada sesiapa yang cintakan Rasulullah SAW dan cintakan majlis ilmu, jangan segan-segan dan malu-malu untuk datang walau dari jauh perantau manapun, silalah hadir untuk mendengar ceramah maulidul Rasul ini.


Hendak tahu dimana Dewan JKKK Kampung Melayu Rasa itu. Ianya terletak di Rasa, Hulu Selangor, jalan lama untuk pergi Ipoh melalui Rawang. Selepas Batang Kali dan sebelum Kuala Kubu Bharu, disitulah terletaknya bumi Rasa. Dewan terletak disebelah masjid Rasa (Al-Khoilidiah), satu-satunya masjid yang ada di Rasa.

Rujuk Peta di bawah;

Marilah kita meramaikan majlis ilmu ini.

Khamis, Februari 02, 2012

YAYASAN TAQWA DAN JAMIL KHIR; JGN BANTAI KUAT2 SGT, BYK LAGI ISU LAIN.

Hamba baca berita di MalaysiaKini tadi. Baca sini; PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa
Rasa seperti ada yang tidak kena Menteri bernama Jamil ni. Kemudian pergi baca di Laman Utama Yayasan Taqwa, (Disini) , hendaklah tahu juga apa dia Yayasan Taqwa, hamba tidak tahu.

Baca punya baca, ceh, bukan takat Jerai mereka telah pergi, negeri-negeri lain pun mereka sudah pergi. Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, semua mereka sudah beri hadiah kepada warga miskin.

Cumanya, yang lebih nampak 'salah gunanya' apabila Jamil bawa duit zakat dan sumbangan ini turun ke tempat yang mungkin dia akan bertanding wakil rakyat.

Kira serupa isu lembu korban MB Selangorlah, Lembu dari Selangor, diberi kepada insan Kuala Lumpur.

Nampak gaya, ianya bukanlah kes yang menuju kepada memakan duit zakat. Ianya adalah kes dimana kita hendak memberitahu kepada fakir miskin yang menerima sumbangan itu, ianya bukan datang dari umno. Mungkin itu PAS WP yang ingin ketengahkan. Semua sumbangan adalah memang hak mereka untuk diterima kerana ianya adalah duit zakat dan derma dari umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Kiranya, ahli politik telah menggunakan duit zakat untuk kepentingan mereka. Dapat sumbangan, jangan lupa undi aku.

Kesimpulannya, apa-apa pun, yang paling utama, orang miskin dapat bantuan. Dan yang jaga harta Baitulmal tu, jangan makan duit haram. Neraka itu celaka.....

DR. HASSAN ALI SUDAH MULA LANGKAH.

Hari ini kecoh dalam akhbar dan juga online perihal JATI. Ianya tiada kena mengena dengan perabot atau tiada kena mengena dengan industri balak. Tetapi maksud jati di sini adalah NGO Islam yang hendak ditubuhkan oleh Dr. Hassan Ali sebagai medan 'berperang'nya menentang musuhnya.


Serangan Dr. Hassan Ali semalam di Shah Alam seksyen 17, tidak lain dan tidak bukan adalah seteru lamanya dalam PAS, YDP Shah Alam. Yang jelas dan nyata, itulah serangan utama dibuat Dr. Hassan Ali semasa ceramahnya semalam. Khalid Samad ditubi-tubi dibelasah oleh Dr. Hassan Ali.

Belasahlah Dr. Hassan Ali, belasah. Anda sudah bukan ahli PAS. Adalah hak anda untuk membelasah YDP Shah Alam itu sehingga lunyai dan sehingga ke peringkat kalah dalam PRU 13 nanti. Desakan agar jangan mengundi Khalid Samad sudah digemakan oleh Dr. Hassan Ali.

Namun persoalannya, adakah pengundi akan dizombikan pemikiran oleh Dr. Hassan Ali agar jangan beri undi walau satupun kepada Khalid Samad? Jawapannya semestinya tidak, dan juga ya. 30% akan undi BN, 30% akan undi PR, tetapi, lagi 40%, kepada siapa undi itu akan diberikan?

Lagi 40% ini, apakah faktor yang mereka inginkan dari calon. Sila lihat graf dibawah;


Dan ini;


Dan juga ini;


Dan ini;


*(sumber)

Serangan Dr. Hassan Ali kepada YDP Shah Alam bukan ditembak secara suka-suka. Dendam, itu hamba tidak tahu, itu urusan Dr. Hassan Ali dengan Allah SWT, tetapi apa yang hamba nampak, beliau akan menyerang Khalid Samad sehingga ke dinding.

Takpelah, memang itu hak beliau untuk menyerang musuh lamanya yang mengakibatkan beliau dipecat dari PAS. Tetapi yang pasti, PAS Shah Alam kena buat sesuatu didalam hal ini. PAS Shah Alam mesti membuat perkara yang utama agar PAS tetap menang di Shah Alam.

Mereka yang hadir mendengar ceramah Dr. Hassan Ali juga agak ramai. Mendapatkan kehadiran sebegitu untuk mendengar ceramah yang pasti menghentam Pakatan Rakyat adalah mustahil. Tetapi Dr. Hassan Ali telah menghapuskannya.

Jadi, apakah petandanya dari situ? Adakah kita berasa sungguh yakin bahawa yang hadir itu majoritinya orang umno? Atau yang hadirnya majoritinya golongan atas pagar? Ini yang merungsingkan.

Oleh itu persoalan yang ditimbulkan hamba tadi perlu dibuat sesuatu oleh PAS Shah Alam. Tugas antum semua untuk mengekalkan kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi PAS. Itu adalah kewajiban antum semua. Ingat! PAS perlu kekal menang di Shah Alam, bukannya Khalid Samad perlu kekal menang di Shah Alam. Antum semua faham ya......

Dan, ada satu ungkapan yang menarik ingin hamba kongsikan bersama kepada gejuis yang sudi membaca blog hamba. Ianya datang dari Mat Saman Kati. Manusia yang ABU, tetapi 'benci' PKR;

Kuasa Ketiga tak semestinya sokong BN atau PR. Kalau depa sokong BN..tentu ada perkara yang depa tak suka kat PR. Kalau depa sokong PR..tentu ada perkara yang depa tak suka kat BN. Dan apakah kalau mereka menyokong BN..maka depa akan dianggap tidak berprinsip.. tiada pegangan..lari dari perjuangan? Tapi kalau depa sokong PR..makan depa akan dianggap berprinsip dan ada pegangan?

Oleh itu, jangan under estimate aura Dr. Hassan Ali. Bahaya. Ramai manusia yang 'atas pagar', menyanjungi beliau......

Rabu, Februari 01, 2012

PRU 13; BN DAN PR AKAN KALAH, KUASA KETIGA MENANG.

Ada orang kata, kuasa ketiga adalah kuasa penentu bagi kekalahan BN atau PR. (baca sini, sini dan sini )

Ada juga orang kata, golongan atas pagar juga adalah penentu pada PRU13 nanti. (tengok sini , baca sini)

Ada orang kata, nisbah pengundi sekarang adalah 30:40:30. 30% BN, 40% atas pagar, 30% PR. (baca sini)

Pengundi atas pagar. Siapa mereka ini? Manusia yang tidak endah politikkah? Manusia lalangkah? Manusia tiada pendiriankah? Atau manusia mementing diri? Jawapannya, semua diatas mungkin jadi betul, mungkin jadi tidak betul. Jawapannya adalah subjektif, dan perlu dijawab mengikut golongan.

Orang atas pagar juga ada golongan yang tertentu. Ada golongan atas pagar yang miskin. Ada golongan atas pagar pengundi muda, ada golongan atas pagar opurtunis, ada golongan atas pagar kerana prinsip dan ada juga yang atas pagar kerana tidak kisah apa jadi pada negara, asal dia hidup senang. Dan semua mereka ini adalah 40% dari pengundi PRU13 nanti.

Dalam banyak-banyak golongan, golongan belia (muda/pengundi baru), miskin dan opurtunis yang selalu dibuat hujah dan 'kertas kerja' oleh otai-otai penganilisis politik untuk di zombikan pemikiran mereka mengundi sesuatu parti politik. Dalam konteks Malaysia, BN atau PR.

Tetapi, BN dan PR jangan anggap mereka sahaja yang difikir oleh golongan atas pagar untuk diberikan undi, ada satu pilihan, yang mereka namakan kuasa ketiga sedang membuat perhitungan untuk 'mengacau' pengundi-pengundi 40% ini. Ada kuasa ketiga yang menggelar dirinya sebagai parti politik, sepeti KITA dan HRP. Ada yang tiada kaitan dengan parti seperti MCLM dan ABU. Dan yang terbaru, ada pula timbul kuasa ketiga yang akan diberi gelaran JATI.

Apa yang dikatakan oleh RPK seperti menjadi kenyataan. Golongan ketiga akan pasti menjadi penentu kepada arah tuju kerajaan baru selepas PRU13 nanti. Pengundi atas pagar sekarang tidak mengendahkan, parti mana yang bertanding. Tetapi faktor calon yang akan menjadi penentu.

Namun, baru semalam, angka pengundi atas pagar yang dianggap 40%, telah dinaikkan peratusnya kepada 56%, setelah Dr. Hassan Ali bercerita malam tadi di seksyen 17. Dimana sumber Dr. HA, hamba tidak tahu.....