Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, September 11, 2012

PAGE YG KURANG AKAL.

Baru pening kepala balik dari mesyuarat tender. Ada 3 kompeni yang perlu dijustifikasi didalam spesifikasi teknikal. Tiga-tiga tidak lepas. Sudah siap laporan, terserah kepada procurement pula. Dan seperti biasa, jika teknikal tidak lepas, perolehan pun pasti tidak lepas. Bukan macam projek sambungan LRT tu. Macam cap ayam.

Balik sahaja rumah, buka internet, baca MalaysiaKini. Terbaca cerita ini NGO ibu bapa: Rangka dasar pendidikan 'tiada umph'

Macam hampeh.

Baru hari ini, saya terperasan adanya nama pertubuhan 'Kumpulan IbuBapa untuk Pendidikan' (page). Kepalanya, seorang wanita.

Apa yang membuatkan saya menganggap page ini hampeh ialah, kerana mereka beria benar hendak PPSMI dikekalkan. Ini yang saya pelik ini.

Kenapa, masih lagi ada manusia yang menganggap, jika hendak pandai Matematik dan Sains, perlu diajar dalam bahasa Inggeris? Hanya kerana kebanyakan buku rujukan dalam bahasa Inggeris? Adoilaa..... ada juga manusia yang buat-buat bodoh dalam isu ini? Berapa kali saya mahu bagi pencerahan daaaa?


1 ulasan:

azmie berkata...

puak2 tu mngaku lg pandai dr researcher unesco hahaha. tp satu benda dia sebut betol: takdak benda baru. semua recycle, termasuk isi ucapan pm. upsr dlm masa 5 thn dulu dah buat, namanya pernilaian darjah 5. spm dlm masa 4 thn, blambak sekolah agama swasta dah buat