Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, September 07, 2012

ORG MELAYU SEKARANG BODOH POLITIK.

Mereka-mereka berkata, orang Melayu pandai berpolitik. Mereka-mereka juga berkata, orang Melayu pandai bermain-main kata. Sebab itu orang Melayu pandai berpantun. Bukan takat pantun 2 kerat, 4 kerat. Pantun sekerat pun orang Melayu boleh buat.

Perspektif akal orang Melayu juga suka kepada seni. Sebab itu rumah Melayu dahulu kala penuh dengan seni-senian. Rumah Melaka ada seninya. Rumah Perak ada seninya. Rumah Selangor ada seninya. Kiranya, setiap negeri, rumahnya adalah berlainan seni binanya.

Tetapi itu Melayu zaman dahulu. Melayu zaman yang banyak dengan seni dan adat. Bukan sekarang.

Rumah Melayu zaman sekarang, semuanya berbentuk sama. Sebab adanya rumah PPRT, maka kesenian seni bina Melayu telah dihancurkan oleh sebab itu.

Orang Melayu sudah terbiasa dengan rumah empat segi. Setiap rumah, sama jenis, sama bentuk, sama rupa. Maka akal seni orang Melayu mati. Atau lebih tepat, otak kanan orang Melayu sudah mati.

Orang Melayu juga telah diajar untuk menjadi kapitalis. Perangai kapitalis ialah, mereka suka mengira. Mengira duit. Kemudian mereka suka berfikir bagaimana hendak mendapatkan duit. Apakah turutan kerja yang perlu dibuat untuk menjanakan duit. Maka dengan itu, hanya otak kirilah yang berfungsi. Otak kanan yang akan berfikir apakah yang akan berlaku jika tindakan kapitalis itu dilakukan terhadap diri, keluarga, jiran dan masyarakat, tidak diendahkan.

Maka, matilah otak kanan orang Melayu.

Begitu juga politik. Politik ada seninya. Politik ada silatnya. Politik ada bunganya. Tetapi, oleh kerana, orang Melayu sudah tidak berfikir menggunakan otak kanannya, maka pemikiran orang Melayu sekarang ini, tidak dapat menangkap kesenian politik. Tidak dapat membaca bunga-bunga silat politik.

Mereka hanya berfikir satu arah. Berfikir didalam kotak. Tidak mampu berfikir diluar kotak. Dan ini adalah masalah besar yang banyak berlaku kepada gejuis-gejuis PR. Mereka tidak pandai melihat seni politik dunia orang Melayu. Mereka hanya nampak benda yang luaran sahaja. Simpang siur, mereka buta.

Oleh kerana mereka buta, gejuis yang menggunakan kedua-dua belah akalnya, kiri dan kanan, seperti MSK dan RPK, dengan senang, dapat menarik dan mencucuk hidung kepada sesiapa yang membaca artikel mereka. Sehingga pada ketika dahulu, MSK ada berkata, walau apa PAS buat, ahli PAS akan mengundi lambang bulan, walau apa sekalipun. Itu apa yang dia kata, dan memang dia kata itu benar, kerana majoriti sekarang orang Melayu, tidak menggunakan akal kanannya untuk berfikir.

Dengan itu, eloklah orang Melayu, terutamanya gejuis-gejuis, mulai sekarang, selain menggunakan akal kiri untuk berfikir, gunakanlah juga akal kanan anda.

Dan perlu diketahui, untuk berfikir menggunakan akal kanan, ada ilmu dan caranya.... bukan datang dengan sendirinya.Kecualilah, anda semua telah terdidik semenjak kecil, atau anda semua adalah kanak-kanak.

3 ulasan:

matsamankati berkata...

Aku sendiri susah nak faham. Ambik satu contoh, kat sini. Cakap pung-pang nak lawan Ameno, tapi masih berfikiran pembangkang.

Mazwandi Mustaffa berkata...

tak faham takpe. Sebab ianya tak dituju pd MSK. tapi pd org lain.

siti zaidah Ahmad berkata...

aku suka artikel ini...w/pun nak tuju kat sesaper pun...tapi yg tak kene tuju pun rasanyer bole optimis...amik pengajaran....tapi tuler iqra' dulu pastu leh wat cam2 tafsiran...anyway aku amik ini sebagai cabaran supaya org melayu berdaya fikir, berdaya saing dalam berfikir dan mcm2 lagi ler berdaya saing menulis, nak mengata pun kene berdaya saing gak......berdaya saing memainkan kata2 sbb tu org melayu pandai berpantun....