Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Ogos 07, 2012

LEE CHONG WEI, HANG DENGAR SIKIT APA AKU NAK CAKAP!

Lee Chong Wei kalah lagi dengan Lin Dan. Lee Chong Wei dapat perak lagi dalam sukan olimpik. Lee Chong Wei ada setapak sahaja lagi untuk merangkul emas, tetapi ianya tidak tercapai. Bagi saya, apa yang hendak saya kabarkan kepada Lee Chong Wei ialah, "SO WHAT!". Apa yang hendak dikisahkan menjadi orang 'second best'. Padahal awak adalah pemain nombor satu dunia, (sebelum hang cederalah), tetapi hanya tidak dapat merangkul pingat emas olimpik sahaja.
Jangan la sedih, bro.....

Melihat kamu menangis selepas kalah dua kali berturut-turut kepada Lin Dan untuk hanya mampu meraih perak olimpik, membuat saya tertanya-tanya, adakah selepas ini, anda akan menggantungkan raket badminton anda selama-lamanya? Tidak.... semestinya tidak, kerana dengan mulut anda sendiri mengatakan bahawa anda akan bermain secara aktif sehingga 2014.

Tetapi, kenapa hanya sehingga 2014, aka Sukan Asia 2014? Kenapa tidak tambah lagi 2 tahun? Kan ke Brazil akan menjadi tuan rumah sukan olimpik pada 2016. 2 tahun selepas 2014. Dua tahun sahaja Lee Chong Wei.

Jika kamu kata kamu sudah tua ketika umur itu, iaitu 34 tahun, anda sebenarnya silap besar. Betul-betul silap besar. Jika betul impian anda adalah pingat emas olimpik, maka umur 34 tahun itu hanyalah mainan nombor. Kenapa saya berkata demikian, mari saya ambil satu contoh.

Kenal tidak kamu dengan Felix Sancez. Sudah semestinya anda kenal. Beliau seorang jaguh pelari 400 meter berpagar negara Dominican Republic. Tahun 2004 dia menang pingat emas. 2008 dia kalah. Tetapi, baru semalam, semasa umurnya 35 tahun, beliau kembali dengan iringan air mata memenangi emas kedua beliau setelah 8 tahun menunggu.

umur 35- emas

Kemudian ada lagi satu contoh, iaitu satu sukan yang seakan-akan sama dengan badminton. Tennis. Manalah tahu nanti ada orang kata berlari dengan badminton adalah satu sukan yang jauh berbeza.

Anda kenal tidak pasangan kembar Bryan. Mike dan Bob. Pemain tennis beregu USA. Yang baru sahaja memenangi emas pertama mereka di olimpik London. Setelah kalah pada suku akhir olimpik 2004, hanya pingat gangsa 2008, namun akhirnya, pada 2012, mereka memenangi emas pertama mereka pada usia mereka 34 tahun! Ya, umur mereka adalah lebih kurang sama dengan umur kamu Lee Chong Wei jika dilihat dari segi kemasukan olimpik mereka.

umur 34- emas.
Kembar Bryan hanya memenangi gangsa ketika mereka berumur 30 tahun di Beijing, 4 tahun lepas. Ya, umur serupa dengan anda Lee Chong Wei, umur anda untuk tahun ini, London dengan pingat perak kamu. Pasangan Bryan sanggup menunggu 4 tahun lagi untuk mencuba kali ketiga untuk merangkul emas. Anda pula bagaimana?

Dan saya yakin, jika kamu tidak menggantung raket kamu untuk Rio 2016, pasti Lin Dan akan mengikut bersama. Dan saya juga yakin, jika mutu pemain badminton adalah sama seperti sekarang, pasti akhir di Rio nanti adalah antara kamu dengan Lin Dan, untuk kali ketiga. Jika tidak pun, adalah antara kamu dengan pemain lain, pada perlawanan akhir perseorangan lelaki olimpik 2016, di Brazil.

Tunggu kamu di Brazil nanti, Dato Lee Chong Wei......

(NAMPAKNYA, CHONG WEI TELAH MENYATAKAN BAHAWA BELIAU AKAN KEKAL UTK BERTANDING DI OLIMPIK 2016 SEBENTAR TADI. BAGUS!!! )

0 ulasan: