Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Ogos 09, 2012

BELAJO ISTILAH POLITIK SIKIT.

Dalam cakap-cakap orang politik, istilah lalang dan atas pagar adalah satu kebiasaan. Lalang bukanlah bermaksud semak samun, tetapi mentaliti seorang pengundi terhadap keputusan beliau untuk memangkah siapa di kertas undi nanti.

Begitu juga dengan atas pagar, bukanlah bermaksud humpty dumtee yang jatuh pecah seribu dari atas pagar, tidak. Atas pagar juga bermaksud sama dengan lalang, cumanya ianya berbeza sedikit.

Mari kita cerita, apa itu Lalang dan apa itu Atas Pagar;

Lalang.

Jika seseorang itu tiada kecenderungan untuk memilih sesiapa didalam pilihanraya. Tetapi, perangainya selalunya jika parti A datang berjumpanya, beliau akan puji dan menyokong parti itu. Dan jika parti B pula datang berjumpanya, beliau akan memuji dan menyokong parti B pula. Senang kata, mulut manis depan kita, belakang kita, maki hamun.

Jenis manusia seperti lalang ini, kita tidak akan tahu dia akan mengundi siapa. Senang kata, orang yang tiada pendirian.

Atas pagar.

Mereka ini berbeza sedikit dengan lalang. Mereka tidak akan sokong sesiapa. Mereka hanya akan menyokong sesuatu parti, jika kemenangan parti itu akan menguntungkannya, keluarganya, masyarakatnya, atau apa-apa yang ada kaitan dengannya. Jenis atas pagar ini, walaupun ramai ahli politik membuat kesimpulan sejenis golongan manusia yang tiada pendirian, tetapi sebenarnya mereka ada pendirian. Iaitu pendirian mementingkan diri sendiri.

0 ulasan: