Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Julai 30, 2012

PAS RUSILA EJEN UMNO? (EPISOD II).

Hari ini saya hendak bercerita sedikit tentang pengalaman saya. Pengalaman saya tentang satu isu yang selalu diutarakan oleh orang ramai. Dalam pengalaman saya ini, orang ramai itu adalah kawan dan kenalan saya.

Isu yang hendak diutarakan disini ialah pendapat mereka tentang senario politik di tanah air. Saya tidak mahu bercerita kepada statistik ataupun pendapat dari ahli akademik dan politikus. Tetapi berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri bercakap-cakap dan bercerita dengan mereka.

Saya ambil 4 senario.

Senario pertama ialah,
kawan saya ini adalah kerjanya sebagai pemandu syarikat. Syarikat sama dengan saya bekerja. Beliau adalah bekas askar. Sifat beliau ini adalah ultra Melayu. Geng dengan Pekida. Benci gila dengan India. Ok sikit dengan Cina. Sikit je la. Dan yang menariknya, benci gila dengan melayu umno. Tak percaya DAP. Menyampah dengan PKR. Nasihat beliau kepada saya, "PAS kena bersendirian jika nak menang pilihanraya". Dalam hati saya,.... "kerja mustahil tu bro.."

Senario kedua ialah;
Juga kawan saya, seorang jurutera kanan. Orang Kelantan. Memang sah sokong PAS. Dan memang sah sokong Pakatan Rakyat. Tetapi dia bukan ahli PAS. Cuma penyokong tegar. Dia ada berkata kepada saya, "PAS kena bersendirian jika nak menang PRU. Ada PKR, buat kacau." Saya faham maksud dia, buat kacau bukan dalam konteks Malaysia, tetapi negeri Kelantan. Dalam hati saya,.... "Kita telah bekerja sama, mana boleh tamak semua kerusi tidak diagih dengan adil."

Senario ketiga ialah;
Abang saya. Beliau juga seorang jurutera. Penyokong PR. Benci gila umno. Tetapi, ada satu senario yang memeranjatkan saya, iaitu seminggu sebelum puasa. Ada seorang kenalan, yang mengatakan mungkin Hassan Ali akan bertanding di Shah Alam. Abang saya bertanya, "PAS akan letak siapa?", jawab dia, "Orang yang sama.". Jawab abang, "letak mamat tu, saya akan undi Hassan Ali". Dalam hati saya,.... "parah ni.."

Senario keempat ialah;
Saya ada bercerita dengan rakan seITM dahulu. Dia seorang profesional. Aktif dalam jemaah. Ada bercerita berkenaan dengan 'IRC'. Kesimpulan yang dia cakap, kita bantai umno dulu, umno mati, baru kita bantai parasit dalam PAS. Saya kata, "Lebih baik buat kerja bunuh umno dan bantai IRC serentak. Lagi bagus!". Kesimpulannya, geng-geng 'irc' ni, jangan buat hal. Kami pun akan buat hal dengan korang jika korang tak henti-henti buat kerja korang yang parasit itu.

Inilah dia cerita 4 senario pengalaman saya tentang suasana politik di Malaysia yang ada hubung kait dengan PAS. Harap korang semua dapat membacanya dengan hati yang tenang lagi terbuka....... he, he......

0 ulasan: