KITA BUKAN UMNO, JADI JANGAN JADI PERANGAI MACAM UMNO.

Baru baca tajuk artikel ini; Akhbar Singapura dedahkan Keluarga Sharizat punya empat Syarikat di Singapura dengan modal RM8.85 Juta..Ianya masih lagi berkenaan dengan Shahrizat yang sudah kantoi di dalam dan luar umno. Raja Nong Chik mesti gembira dengan berita ini dan sepatutnya Nurul Izzah patut berwaspada kerana yang akan menentang beliau di Parlimen Lembah Pantai nanti adalah Raja Nong. Sudah pasti.

Kita boleh katakan, selamat tinggal Shahrizat didalam arena politik tanah air. Karier politik Shahrizat sudah nampak alam kubur. Sekarang jawatan menteri beliau sudah kantoi, dan tidak lama lagi, jawatan ketua wanita umno juga akan terpelanting dari genggaman beliau.

Nampak gayanya, misi menjatuhkan Shahrizat telah terlaksana. Yang peliknya, mereka yang beria sangat untuk menjatuhkan Shahrizat adalah orang umno sendiri. Lebih tepat, adalah Raja Nong Chik. Hamba tidak tahu kenapa Parlimen Lembah Pantai terlalu diminatinya. Parlimen yang lebih selamat seperti Setiawangsa, tidak pula beliau mahu kekal memegangnya?

Tetapi, walau apapun yang berlaku, hamba cuma rasa sedikit tidak suka apa yang terjadi selepas pengumuman 'letak jawatan' Shahrizat dari menyambung kembali jawatan lantikan Senatornya. Dah settle, settlellah. Yang rasuah, rasuahlah. Yang makan duit NFC, duit haramlah. Itu memang kenyataan. Cumanya yang pelik, kenapa hendak merobohkan terus syarikat-syarikat milik anak-beranak beliau yang ada di Singapura?

Inilah masalah Melayu. Disebabkan musuh politik, habis syarikat anak-beranak sekali yang bernaung di Singapura hendak dimusnahkan. Apa kes? Yang dituduh rasuah ialah makan duit NFC buat benda lain. Tetapi yang 4 lagi Syarikat milik anak-beranak beliau, adakah telah dibuktikan bahawa syarikat itu diwujudkan atas duit NFC itu? Jika bukan, adakah kita hendak meleburkan syarikat milik orang Melayu yang berada di Singapura?

Rileks laa. Kot ye pun musuh, jangan seret anak-beranak sekali. Biarlah dia totok umno ke, apa ke, jangan jeles dengan kekayaan orang. Dia dah kaya,biarlah dengan kekayaannya itu. Jangan musnahkan. Ingat, kita bukan seperti perangai umno yang berdendam dengan orang Melayu yang tidak menyokong umno. umno akan jatuhkan syarikat orang Melayu hanya semata-mata mereka bukan penyokong umno. Oleh itu, adakah kita hendak menjadi seperti mereka?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?