SELEPAS PRU13, APA AKAN BERLAKU?

Apa sebenarnya rakyat Malaysia mahu? Apa yang rakyat Malaysia inginkan dari sesebuah kerajaan yang memerintah? Adakah kesemua kemahuan rakyat, perlu dilunaskan oleh pemerintah untuk menjadikan pemerintahan itu sebuah kerajaan yang baik?

Cuba anda bertanya kepada rakyat marhaen. Apa yang mereka mahu? Mahu hidup aman? Mahu hidup dengan kesenangan? Apa pula yang dimaksudkan dengan hidup aman dan kesenangan itu? Mahu hidup bebas? Mahu hidup tidak dibelenggu dengan undang-undang yang zalim? Apa pula yang dimaksudkan dengan hidup bebas? Dan apakah penilaian yang mengatakan undang-undang itu zalim?

Mari kita ambil contoh, undang-undang yang zalim. Persoalan yang ingin ditimbulkan disini, apakah kriteria penilaian yang menyempadankan undang-undang itu zalim atau tidak? Apakah piawai yang digunakan? Piawai kemanusiaan? Apakemendenya piawai kemanusiaan itu? Ikut tahap pemikiran siapa yang akan kita gunakan untuk membentuk penilaian norma-norma zalim atau tidak zalim.

Undang-undang mengharamkan minum arak. Adakah ianya zalim? Jika ada kedai pub menjual arak, akan ada satu undang-undang memberi kebenaran untuk menyerbu dan menyita pub itu. Adakah ianya zalim?



Bagi perspektif peminum arak, ianya tentu zalim. Bagi yang tidak meminum arak, pasti mereka tidak kisah. Tetapi bagi mereka yang mementingkan kebebasan hidup, pasti akan mengatakan ianya adalah satu undang-undang zalim kerana adalah hak rakyat untuk menikmati minuman arak. Namun, bagi insan yang suaminya pemabuk dan selalu mendera beliau kerana mabuknya, pasti akan mengatakan ianya adalah undang-undang yang terbaik agar tiada manusia lain yang akan terseksa hidup sepertinya. Maka apakah penialaian yang terbaik?

Bolehkah undang-undang melarang hidup bersekedudukan dilaksanakan kepada rakyat? Bolehkah undang-undang memelihara sistem berkeluarga/perkahwinan dititikberatkan? Adakah perlu sesebuah pemerintahan mengikut telunjuk segolongan manusia yang berkata lebih mementingkan hak individu untuk bebas melakukan apa sahaja, atau perlu mendengar sekelompok masyarakat yang mahukan sistem berkeluarga/perkahwinan itu kekal?

Adakah satu kewajipan sesebuah pemerintahan membenarkan rakyat yang mengundi mereka mengamalkan kebebasan bersuara? Apa pula yang dimaksudkan dengan kebebasan bersuara? Kebebasan yang tiada batas? Boleh bersuara sebebas-bebasnya sehingga membenarkan hina menghina dan tipu menipu atau bebas yang mempunyai had dan piawainya?

Mengapa hamba utarakan persoalan-persoalan diatas ketika Malaysia berada diambang PRU13? Mengapa? Ini kerana, hamba inginkan semua insan didalam negara Malaysia ini tahu, apa akan terjadi kepada Malaysia selepas PRU13 nanti. Jika PR menang, apa yang perlu kerajaan PR laksanakan? Apakah kewajipan yang perlu kerajaan baru Malaysia jalankan. Apa yang perlu, kepada apa yang perlu diikuti, dasar apa yang wajib dititik beratkan.

Kepastian yang pasti, golongan liberal akan tunjuk belang jika PR memerintah Malaysia nanti. Hak kebebasan mengikut telunjuk piawaian Barat akan diketengahkan. Mereka akan menjolok idea pemikiran seperti juga sekarang, bahawa good governance adalah sebuah kerajaan yang tidak korup, tiada rasuah dan tiada kronisme. Itu sahaja. Mereka akan gelapkan bahawa kerajaan yang baik juga wajib mempunyai pemimpin yang baik moralnya, rakyat yang mengikut ajaran agama, kerajaan yang mementingkan juga moral policing, bukan setakat pandai mengurus ekonomi, tetapi dapat mengawal sosial rakyatnya ke arah redho Allah SWT.

Dinegara Arab, sedang rancak perebutan kuasa diantara pemerintah yang Islami dengan pemerintahan yang sekularis. Pertembungan Islam dengan moderate, Islam dengan pengasingan kuasa dan agama, Islam dengan liberalis, sedang berlaku. Apa pula Malaysia selepas PRU13 nanti?

Ulasan

satu isu yang perlu kita ketengahkan untuk para penyokong pakatan rakyat agar Malaysia tidak menjadi islam yang liberal suatu hari nanti.
ibnmustaffa berkata…
Kerja Islam tidak akan berakhir setelah menang PR memerintah sekalipun..
BerubahlahSekarang berkata…
Akhi Mazwandi, dialu-alukan untuk copy paste maklumat kat blog saya. Khususnya, saya akan upload dari masa ke semasa dokumen2 yang saya ada berkenaan dengan rancangan parasit-parasit di dalam parti

Maaf send msg kut sini, coz saya tak boleh nak add you as my friend via your fb.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?