Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Januari 12, 2012

MUSLIMAT MENYANYI; BETULKE NI?

Hari ini hamba demam. Tidak bekerja. Duduk di rumah, tidur. Mula demam 3 petang semalam. Maksudnya 2 hari tidak buka internet. Tiba-tiba, jam 4 petang tadi, buka internet, keluar cerita Muslimat PAS menyanyi. Apekehal lah pula ini?

Hamba masuk youtube, menengokkan nyanyian itu. 3 minit lebih dia punya nanyi. Ada seorang perempuan, jadi ketua, nyanyi dengan pembesar suara, lain ikut. Tapi yang ikut-ikutnya, perempuan yang pakai tudung bukan labuh-labuh. Yang labuh, terperangkap disitu, tersipu-sipu, 'aku nak buat apa ni?'.

Tiba-tiba, ada boomers pergi salam-salam. Tengok gaya pakaian, macam wanita PKR. Bukan Muslimat PAS. Pedulilah apa yang orang lain nak kata, hamba kata, yang bersalam itu, bukan Muslimat PAS.

Kemudian, melihat yang menjadi ketua itu, setengah kata Aiman Athirah. Tengok 2-3 kali macam ya, tetapi rasa macam bukan. Tiba-tiba Dr. Mariah sebut dalam HarakahDaily, seperti 'defend' mereka yang menyanyi itu. Jika Dr. Mariah tiba-tiba sebut, maksudnya memang ya lah Aiman Athirah. Rakan seusrah......

0 ulasan: