Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Januari 30, 2012

LIM GUAN ENG NI BODOH KE APA?

Kata nama Ketua Menteri, tetapi, tengok gaya, macam orang tak paham-paham. Hendak kata bodoh, dia mentadbir Pulau Pinang, hendak kata bangang, memang dia tidak bangang. Hendak kata tajuk artikel hamba ini lari dari isian yang sebenar, yang ini, memang tepat sama sekali.

Hendak tahu cerita, sila baca tajuk ini; DAP tuntut penjelasan PM bagaimana lebuhraya RM7 bilion akan memberi rakyat manfaat

Ceritanya berkenaan lebuhraya dari Banting ke Taiping. Harga 1 km jalan sama dengan RM22.3 juta. Tetapi, yang peliknya, dekat India, harga 1 km jalan adalah RM10juta. Dengan rasuah yang melanda India, namun harga jalanrayanya, tetap lebih murah dari kerasuahan di negara Malaysia.

Sudahlah harga mahal, dapat soft loan RM2.4 billion, dapat kensesi 60tahun kutip tol lagi pula itu. Ptuihh!! Memang kenyang 3 keturunan kroni umno jika begini. Hang pa nak kenyang, lantak hang pa la nak kenyang macam mana pun, tapi sehingga menyusahkan orang lain, itu hantu raya namanya.

Tetapi, ada satu ungkapan yang membuatkan hamba kata Lim Guan Eng ini sahaja hendak jadi cap ayam, ungkapannya seperti dibawah;


"Menurut Lim, jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk?"

LGE ini buat-buat tak tahu supaya orang atas pagar boleh memikir. Hal ini serupa la apa yang berlaku pada LPT, Lebuh Raya PantaiTimur. Takat berhenti di Kuantan. Apekehalnya? Lepas BN rampas balik Terengganu, barulah dimulakan semula projek LPT, projek buat lebuhraya paling lama dalam dunia......

0 ulasan: