Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Disember 31, 2011

PERJUMPAAN SULIT 2008; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Tidak tersangka. Akal yang geliga boleh termakan dengan kata-kata manusia adu domba.

Ada kawan berkata, hamba telah ketinggalan keretapi dengan bercerita berkenaan UG. Takpelah. Tertinggal keretapi, hamba naiklah kapal terbang. Lagi luas dan jauh perjalanan. Kemudian, kawan itu spin cerita, yang kalutnya, bukan kerana UG (pulak?), tetapi perjumpaan sulit lepas PRU 2008.

Ish, maksudnya disini, apa-apa pencerahan yang telah dibuat oleh bloggers-bloggers tidak celaka, satu ayat pun mereka tidak baca? Tapi takpe, hamba akan mencerahkan sedikit apa dia itu sebenarnya yang mereka katakan perjumpaan sulit itu;

UG; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Lepas Maghrib, hamba buka internet. Melayar-layar melihat cerita2 politik Malaysia hari ini. Tiba-tiba, isteri hamba duduk disebelah hamba melihat bersama cerita2 menarik di internet. Kemudian isteri hamba bertanya, "UG tu apa bang?".

Ish, isteri hamba ini, benda sensasi lagi disukai 'ramai', takkan itu pun tidak tahu. Kemudian hamba menjawab, "Takde apa-apa. Tak perlulah awak hendak tahu menahu benda-benda gini.". Senang. Itu jawapan hamba kepada isteri hamba.

Kemudian hamba terfikir, apa cerita sebenarnya yang puak-puak bloggers celaka suka sangat melabel puak-puak Terengganu dengan UG dengan panggilan 'kerajaan perpaduang"? Hamba pun melihatlah entri-entri lama blog-blog politik Malaysia. Apa sebenar UG ni?

Jumaat, Disember 30, 2011

KES HASSAN ALI; ADA PARASIT NAK JADIKAN PAS ISLAM MODERATE?

Kemelut Dr Hassan Ali sepatutunya sudah berakhir kelmarin. Apabila ada perjumpaan bersama Tok Guru Mursyidul Am di JKR 10 bersama Presiden dan Timbalan Mursyid. Itulah tujuan sebenar perjumpaan itu. Meredakan keadaan.

Tetapi, ternampak, ianya seperti ada yang tidak tereda apabila berlaku seperti peperangan baru oleh Dr. Hassan Ali. Dr. Hassan Ali seperti masih tidak berpuas hati terhadap sesuatu.

Jika ahli PAS tidak berfikir dengan tenang, mereka akan nampak seperti Dr. Hassan Ali adalah punca segala-galanya dalam ribut yang pertama dan yang kedua ini. Ianya seperti tercetus kerana Dr. Hassan Ali. Namun adakah benar ianya begitu?

Khamis, Disember 29, 2011

PEDULI APA DENGAN ARTIKEL 153. MELAYU BUKAN DAPAT APAPUN..

Artikel 153. Apa kebendanya tu?

Cuba tanya rakyat awam. Artikel 153 itu apa?
Pasti majoriti tidak boleh jawab.

Cuba tanya lagi, jika ada orang tidak setuju dengan artikel 153, boleh bawa masuk ke neraka ke?
Jika soalan seperti ini, puak liberal yang tak mengaku liberal pasti jawab, jangan gunakan agama sebagai hujah. Walau mereka tidak tahu artikel 153 itu apa.

Jika hendak tahu, artikel 153 itu adalah hak keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu didalam Perlembagaan Malaysia. Hak menjadi anggota kerja kerajaan, hak biasiswa kerajaan, hak berniaga syarikat bumi dan hak pendidikan. 4 hak yang dipelihara oleh YDPT Agong.

Namun, dengan tiba-tiba, mengapa kecoh semacam pula hari ini tentang artikel 153? Hanya kerana ada paderi Kristian yang tidak setuju dengan artikel ini pada 'khutbah' hari Natal?.. Apa kes?

Perkara biasalah jika ada orang bukan Melayu yang tidak puas hati dengan artikel 153 sebab mereka bukan Melayu. Rasa dengki dan tidak seronok sudah pasti akan berlaku jika seseorang manusia tidak dapat apa yang manusia lain dapat. Sedangkan adik beradik boleh bergaduh sebab ayah hanya beri sebiji gula-gula kepada kakak, sudah pasti adik akan mengamuk.

Maka sehingga hendak mengamuk sangat ketahap hendak memenjara manusia ini kenapa? Ada seorang bukan Melayu, yang lahir di Tanah Melayu, tidak dapat keistimewaan yang diperolehi oleh jiran Melayunya, maka salah sangat ke dia hendak rasa tidak berpuas hati? Kita orang Melayu kena berjiwa besar. Mesti menerima akan kedengkian bangsa lain yang tidak dapat nikmat 153 ini.

Tetapi, yang kelakarnya, apa yang Melayu sendiri dapat dari artikel 153 ini? Yang pasti, orang Melayu hanya dapat senang kerja dengan badan kerajaan. Yang lagi 3? Apa cerita? Mana pergi biasiswa? PTPTN adalah. Nak berniaga dengan kerajaan, siapa yang selalu dapat tender? Yang selalu dapat tender puak2 kroni. Puak umno. Yang di ali babakan. Untung besar Cina MCA dan India MIC. Melayu lain, ternganga mulut. Jadi bangsa merempat di negara sendiri.

Oleh itu, apa yang diserabutkan sangat oleh orang Melayu jika ada bangsa yang tidak dapat nikmat ini kecoh? Padahal, orang Melayulah yang sepatutnya paling lantang bersuara kerana hak orang Melayu didalam perlembagaan Malaysia dibakul sampahkan oleh puak umno bn yang jahat.

Isnin, Disember 26, 2011

UG PASTI AKAN BERLAKU JUGA NANTI, TENGOKLAH..

Kadang-kadang, hamba pelik tengok rakyat Malaysia ini. Nak kata tak pandai, tapi tahu membaca. Nak kata tak cerdik, tapi boleh buat blog dan fb. Mungkin rakyat Malaysia ini ada yang masih kurang cerdik bab-bab politik di negara Tanah Melayu ini.

Politik dan sejarah adalah satu perkara yang tidak boleh dihubungkaitkan dengan secara lansung. Tidak boleh. Apa yang berlaku semalam, adalah tidak boleh disamakan apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku esok. Politik ini berubah-ubah mengikut masa dan musim.

Jika kita sebut tentang Anwar Ibrahim pada 26hb Disember, tetapi bukan tahun ini, kita sebut cerita Anwar pada tahun 1996 tarikh hari ini, sesiapa yang mengatakan Anwar patut keluar dari Umno dan tubuh parti lain lawan Mahathir, pasti Azmin Ali akan gelak gila kata kita ini bodoh politik. Apa gila hendak keluar umno padahal Anwar adalah untouchable dalam umno ketika itu.

Bila kita sebut pada orang PAS, pada tarikh 26 Disember, tapi pada tahun 1987, kita nasihat agar Ustaz Nakhaie dipecat dari PAS, pasti semua orang PAS akan kata, apa kurang ilmu mamat ini hendak buat kerja tidak bijak membuang satu permata didalam PAS.

Dan bila kita sebut bahawa USNO akan mati di Sabah pada orang Bumiputra Islam Sabah pada tahun 1980, pasti tubuh kita akan disepak terajang kerana mereka akan kata mulut kita ini kurang ajar kutuk parti USNO dengan fitnah.

Tetapi, jika ketiga-tiga persoalan itu dibuat ketika ini, pasti orang akan berkata bahawa memang bijak firasat politik kita.

Oleh itu, hamba mengambil semangat bahawa politik tidak boleh seiringan dengan sejarah. Dan kerana itu, hamba tidak akan mengambil pendirian taksub bahawa musuh kita hari ini (dalam politik), akan menjadi musuh kita dulu, kini dan selamanya.

Jika kita kabor pada Husam pada PRU12 dahulu bahawa Ibrahim Ali akan tikam PAS dari belakang lepas menang pilihanraya, pasti kita akan dibakul sampahkan. Tetapi tengok kepada Ibrahim Ali sekarang. Sudah jadi cap ayam dengan Perkasanya.

Tetapi, jika kita menyebut, bahawa Perkasa akan menjadi kawan kepada PAS pada tahun 2020 nanti untuk memelihara Islam di Malaysia, ada orang hendak percaya kepada kita sekarang?

Itulah sebab apa-apa pendapat yang tidak masuk akal pada ketika ini, kita jangan menghentam dan mengherdik sehingga tahap gila-gila. Tahap gila-gila seperti Aduka yang hendak langgar Hadi 3 yang bertanya apakah peratus bahawa Tok Guru Hadi tidak akan berUG dengan umno selepas memerintah nanti. Ini soalan orang tidak reti politik Tanah Melayu. Seperti Tok Guru jawab kembali, 'ini bukan berniaga ada peratus-peratus", adalah jawapan insan yang mengerti politik Malaysia. Harap Aduka faham.

Firasat hamba, jika PR memerintah, lama kelamaan, DAP akan keluar dari PR, PKR dan PAS akan bergabung dengan BN, memerintah mengikut selera PAS dan PKR. Nama PR dan BN akan hilang, umno yang sedikit pasti akan bersama PAS dan PKR untuk survival politiknya dan dimana politik ketika itu berkisar kepada politik Islam berlawan dengan politik Liberal.

Hendak tahu siapa menang? Yang pasti, Dajjal sudah tentu akan memijak kaki di Tanah Melayu.......

TERLUPA MUSUH SEBENAR; MUSUH KITA UMNO SAHAJAKAH ATAU SYAITAN SEKALI?

Moral.

Apa itu moral?

Perkara pentingkah moral itu?

Jika ada manusia yang tidak mengikut moral, jahat sangatkah manusia itu?

Siapakah yang menentukan kemoralan sesuatu perkara?

Apakah sempadan 'bermoral' dan tidak bermoral?

Perlukah moral itu diikat dengan undang-undang, atau yang selalu disebut oleh puak-puak 'pandai', moral policing?

Ada satu puak yang cukup alergik dengan moral policing. Sehingga hendak menyebutnya pun puak ini sudah menyampah. Puak ini, didalam media, dipanggil puak liberal. Puak yang hendak bebas dari apa-apa bentuk yang tidak bebas. Namun ada puak liberal yang tersangat-sangat liberalnya, tetapi tidak mengaku mereka ini liberal. Ini hamba panggil puak pandai menipu dengan bahasa. Atau hamba panggil mereka dengan jenama manusia ayat 6.

Manusia ayat 6 ini berada dimana-mana dipelusuk dunia. Semua negara ada mereka-mereka ini. Ada berbagai-bagai bangsa, dan ada didalam masyarakat berbagai bagai agama dan tidak beragama. Mereka juga ada menyusup ke dalam berbagai persatuan dan juga parti politik. Samada didalam parti yang memerintah atau yang membangkang.

Dalam konteks Malaysia, manusia ayat 6 ini sedang menggerakkan sayapnya secara senyap. Mereka-mereka ini sedang mengumpan insan-insan yang baru kenal hidup dengan idea-idea dan pandangan mereka dengan menggunakan kaedah pembahasaan yang 'indah' didengar oleh telinga insan-insan itu.Tujuan utama mereka, mempengaruhi manusia belia. Atau golongan Y, jenama baru dibuat oleh mereka.

Pandangan pertama yang mereka sebarkan kepada generasi Y ini adalah, merai perbezaan. Menerima perbezaan pendapat.

Kenapa mereka memulakan dengan pandangan ini? Menerima dan merai perbezaan pendapat? Puak ini dengan bersungguh-sungguh menjustfikasikan agar minda manusia gen Y ini berpegang kepada menerima perbezaan pendapat?

Ini kerana, setelah minda gen Y ini sudah sebati dengan pandangan itu, maka manusia ayat 6 ini akan memulakan penyebaran pendapat mereka. Yang sememangnya berbeza dan berbeda dengan pendapat-pendapat yang tidak diwakili mereka. Dengan itu, penentangan terhadap pandangan mereka akan mengecil kerana jika pun ada gen Y yang tidak bersetuju, tetapi oleh sebab semangat meraikan perbezaan pendapat itu menebal, maka pendapat itu seperti diterima walaupun tidak disetujui dan salah dari segi moral.....

Bersambung.

Ahad, Disember 25, 2011

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?


(ulang siaran)

Ada kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari kelahiran Nabi Isa alaisalam pada hari ini, 25 Disember tahun 2011 Masehi. Itu adalah hak mereka untuk mengucapkan sedemikian dan hamba tidak membantahnya.

Cuma, apa yang memusykilkan hamba, apakah tarikh 25 Disember itu sebagai tarikh kelahiran Nabi Isa Al-Maseh atau 1 Januari? Sebab itulah hamba tidak mahu mengucapkan ucapan selamat hari kelahiran Nabi Isa hari ini. Kerana pihak yang berakidahkan Nabi Isa itu sebagai anak tuhan pun keliru dengan tarikh itu, apalagi kami umat Islam yang tidak melampau taksubnya sehingga bertuhankan Nabi Isa. Isa atau Jesus bagi kami adalah Rasulullah, seorang manusia yang dilahir tanpa bapa, beribukan Siti Mariam yang suci.

Sudah 2011 tahun Nabi Isa dilahirkan ke dunia. Dan sudah 1981 tahun Nabi Isa telah dinaikkan kelangit pertama untuk menunggu diturunkan bagi membunuh Dajjal. Ya, kami umat Islam pun menyayangi Nabi Isa sebagai Rasul, kami umat Islam bukan pengherdik Nabi-Nabi seperti Yahudi dan juga bukan pengutuk kepada Rasul seperti puak Kristian mengutuk Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah Ad-Deen, cara kehidupan dan satu-satunya agama diredhoi Allah, tuhan kita semua. Nabi Muhammad itu pastinya Islam dan Nabi Isa itu juga pastinya Islam. Islam adalah untuk semua dan hanya Islamlah kebenaran dan tiada benda lain yang benar melainkan Islam.

Rabu, Disember 21, 2011

KES HASSAN ALI; TIMB PESURUHJAYA SATU DAN DUA SUDAH BISUKAH?

Hamba dilahirkan di Malaysia. Dalam negeri Selangor yang dirampas oleh Kerajaan Pusat dijadikan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Dibesarkan diantara sempadan KL dengan Selangor. Menjadi penyokong fanatik pasukan bolasepak merah kuning semasa bujang dahulu. Menyokong jemaah PAS semenjak berusia 15 tahun. Walau hidup dengan suasana keluarga yang lebih keumnoan Anwarisme.

Ketika PAS memenangi beberapa kerusi DUN di Selangor pada 1999, hamba sudah merasai sungguh gembira lagi sukacita kerana akhirnya, tembok pemisah untuk PAS memasuki Dewan Negeri Selangor tetiris sedikit. Tetapi, kegembiraan itu hanya setakat 5 tahun, pada 2004, satu DUN pun PAS tidak menang. Kembali kepada asal.

Tiba-tiba, pada 2008, kejadian pelik lagi ajaib berlaku. Semasa tempoh berkempen, satu mensyuarat zon mengundi di tempat PAS bertanding, seperti menjadi tempat berkumpul ahli-ahli MIC. Penuh dengan warga India. Namun perasaan untuk menang masih tiada. Tidak terfikir langsung PAS akan memenangi apa-apa kerusi DUN di Selangor ketika itu. Yang tahu hanya kerja, kerja dan kerja.

Apabila keluar keputusan pada malam hari 9 Mac, ketika rakan-rakan kecoh bahawa BN kalah di Selangor, hamba masih meragui akan cerita-cerita dari rakan-rakan. Hamba balik tidur di rumah ibu pada jam 12 tengah malam. Semasa ke rumah ibu, radio kereta hamba kedengaran putus-putus, kerana antena radio ada sedikit kerosakan. Hanya cerita Nurul Izzah menang dan Sammy Vellu kalah sahaja yang hamba dapat tangkap dari radio kereta hamba itu.

Keesokannya, baru hamba dapat cerita sebenar, BN kalah di Selangor. Ketika itu, hamba dalam perjalanan ke KLIA untuk balik ke Terengganu. Isteri dan anak-anak hamba ada di sana. Isteri hamba mengundi disana. Hamba mewajibkan beliau untuk balik mengundi memenangkan PAS di Terengganu.

Hamba berada di Terengganu selama 4 hari. Maksudnya, apa-apa yang kecoh di Selangor selepas BN kalah di Selangor, hamba tidak dapat melihat dengan mata hamba sendiri.

Apa yang hamba nampak selepas menang itu adalah, kekalutan untuk memerintah. Maklumlah. Sudah lama menjadi pembangkang, tiba-tiba menjadi parti yang memerintah. Tetapi, selepas 3 tahun, ianya telah menjadi agak stabil. Baik PAS, DAP atau PKR. Namun, yang nampaknya, PKR memang serabut sedikit.

Namun, tiba-tiba, walau ianya sudah lama 'berbekas', pergaduhan yang tidak sudah antara Hassan Ali dan Khalid Samad meletup seperti gunung berapi. Disebabkan persengketaan mereka berdua, yang menjadi mangsa adalah PAS Selangor itu sendiri ketika ini. Walau yang dimulai ternampak seperti Saari Sungib yang memulakan isu, namun karektor dua insan yang dahulunya sahabat tetapi semenjak lima menjak ini bergaduh tidak sehaluan, menampakkan lagi masalah dua ikon PAS ini.

Dr. Hassan Ali dan Khalid Samad, dua pimpinan PAS Selangor yang seperti sudah tidak boleh didamaikan lagi. Jika Pesuruhjaya Selangor sudah 'dijampi' oleh timbalan yang ketiganya, mengapa timbalan yang pertama dan kedua tidak mahu mendamaikan keadaan? PAS Selangor ada Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya tiga sahajakah?

Khamis, Disember 15, 2011

BERHATI-HATI KAWAN, DENGAN MALAYSIAKINI.

Utusan dengan berita harian, jika buat cerita niat jahat, itu sudah perkara biasa. Jika kedua-dua surat khabar itu keluar cerita yang benar sebenar-benarnya, yang itu memang pelik. Ini dinamakan buang tabiat. Jika utusan dan berita harian buat cerita laga-laga orang PAS, ahli PAS akan buat bodoh sahaja dengan berita itu. Memang sah menipu walau ada bibit kebenaran sebesar biji sawi.

Maksudnya apa? Maksudnya, jika hendak porak perandakan ahli-ahli dalaman PAS, menggunakan utusan dan berita harian adalah satu kerja bodoh, perabih beras dan sia-sia. Oleh yang demikian, golongan yang tidak gemar dengan parti Islam yang konservatif, akan membuat onar dengan cara lain. Mereka akan menggunakan kaedah yang licik lagi dusta. Kepakaran yang sedia ada oleh iblis lakanatullah.

Golongan ini tidak bekerja bersama-sama dengan bn-umno. Tidak. Bn-umno adalah golongan penentang gerakan Islam yang terang-terangan. Ianya adalah modus operandi yang perlu ketika negara-negara umat Islam baru merdeka dari penjajah.

Setelah lama merdeka, maka satu teknik baru untuk membendung dari jemaah Islam ini dari berkuasa di bumi umat Islam perlu dilaksanakan. Penentangan 'direct' seperti bn-umno sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Oleh itu mereka sudah dan sedang menggunakan cara yang lain. Cara yang tidak ternampak oleh orang biasa dan terperasan oleh mereka yang terlalai.

Dari segi konteks politik di Malaysia, ianya telah dimulakan sebelum dari tahun 2008 lagi.

Dan sekarang, ketika ini, kerja-kerja mainan mereka sedang menjalar untuk memeningkan ahli jemaah PAS. Mereka mulakan dengan isu Dr Hassan Ali. Saari Sungib hanya termasuk perangkap mereka sahaja. Dan mereka memang pandai untuk memasang jerat pada siapa untuk isu ini mulai dibakar dengan bara api.

Berhati-hati kawan, dengan MalaysiaKini.......

Isnin, Disember 12, 2011

TREND POLITIK SEKARANG; DEMOKRASI ATASI ISLAM.

Sekarang ini, atau pada ketika ini, sudah menjadi satu trend dimana jika hendak menjadi pemimpin, mereka perlu mendengar apa yang rakyat mahukan. Jika hendak menang, mereka mesti mengikut telunjuk apa yang rakyat mahukan. Proses ini dinamakan proses demokrasi. Demokrasi tulen.Ianya telah menjadi penerimaan banyak negara untuk memilih pemimpin, dan sekarang ini ianya sedang melanda di negara Teluk Tengah.

Ada manusia kata, ianya adalah satu proses pemilihan pemimpin yang paling unggul yang perlu ditegakkan walaupun perlu membunuh dan menjajah negara lain. Apa-apa yang berkaitan dengan menegakkan demokrasi, ianya semuanya menjadi halal dan masuk akal walaupun perlu mematikan nyawa ribuan manusia untuk menegakkan cara pemilihan pemimpin melalui pilihanraya demokrasi tulen. Ianya sudah dianggap lebih besar dari agama.

Namun, adakah cara pemilihan pemimpin secara demokrasi tulen ini adalah satu-satunya cara pemilihan pemimpin yang paling unggul yang wajib diikuti oleh semua manusia di dunia yang sementara ini?

Apa kata kita ambil contoh sebuah keluarga yang mempunyai 7 orang manusia, seorang bapa, seorang ibu, dan 5 orang anak.;

Keluarga ini hendak pergi makan diluar. Ada 2 restoran yang telah dipilih oleh antara mereka bertujuh. Satu restoran adalah restoran seafood milik orang Kelantan, yang makanannya adalah masakan ala Siam. Pemilik restoran itu adalah Hj Kasim. Beliau memang terkenal dengan sifatnya yang menjaga setiap masakannya adalah dari sumber yang halal. Namun, rasa masakannya adalah sederhana. Tidaklah terlalu sedap dan tidaklah tidak sedap, tetapi bolehlah dimakan.

Restoran kedua pula adalah masakan seafood juga, dimiliki oleh juga seorang Melayu, bernama Hj Saman, masakan juga ala Siam. Restoran beliau memang terkenal kerana kesedapan masakannya. Namun, kesedapan makanan di restoran itu adalah kerana setiap makanan ianya telah dimasuk dengan sedikit wine.

Oleh itu, ayah dalam keluarga itu dengan tegas mengatakan bahawa mereka perlu makan di restoran Hj Kasim. Kerana walaupun tidaklah sesedap dari masakan restoran Hj Saman, namun ianya adalah halal. Isterinya hanya mengikut sahaja.

Tetapi anak sulongnya telah membantah bersama 3 adik beradiknya. Mereka kata, buat apa makan diluar dengan masakan yang tidak sedap. Lebih baik pergi ke resotran Hj Saman yang makanannya sedap. Berkenaan dengan wine, ianya hanya sedikit dan tidak memabukkan.

Maka ayahnya berkata kepada anak-anaknya yang 4 itu. Walau sedikit arak yang dicampurkan, ianya tetap haram. Namun dibalas oleh anak yang ke 4, jika tidak mabuk kenapa haram pula? Yang menjadi masalah kepada arak adalah kerana memabukkan orang. Jika untuk menyedapkan makanan, apa masalahnya?

Ayahnya berkata, memang walau makanan yang ada arak itu tidak memabukkan, namun ianya tetap haram. Kerana Nabi sudah berkata begitu.

Anaknya yang ke 3 membalas kepada ayahnya tolonglah jangan mematikan hujah dengan mengguna nama Nabi, nama Tuhan atau nama agama. Ianya adalah satu trend orang zaman dahulu untuk mematikan hujah. Anaknya yang ke 5 juga bersetuju dengan abangnya itu. Beliau menasihati ayahnya agar menerima perbezaan pendapat dan meraikan perbezaan. Bukannya menggunakan agama untuk mematikan hujah pihak lawan.

Ayahnya mati kutu dengan karenah anaknya. Masakan tidak, beliau hanyalah seorang pemandu lori dan berpendidikan SPM gred 3 sahaja. Ilmu agama pun diperolehi dari kuliyah maghrib di surau Tamannnya dan kaset-kaset ceramah agama.

Kemudian, anaknya yang kedua bercadang. Apa kata mereka bertujuh mengundi restoran mana yang perlu ditujui, restoran Hj Kasim atau restoran Hj Saman. Maka undian dibuat. Keputusannya 2 untuk Hj Kasim dan 5 untuk Hj Saman.

Ayah tidak berpuas hati. Kerana dengan keputusan berkenaan, maka keluarga beliau akan 'makan' arak pada malam itu. Ayahnya berkata, sebagai seorang ayah, walau undian telah dibuat dan beliau kalah dengan 2-5, beliau tetap memutuskan untuk ke restoran Hj Kasim. No Question Ask! No argument! Ayahnya telah berkata, malam ini, keputusan adalah berdasarkan keputusan beliau seorang sahaja. Diktator! Arahan paksaan walau undian menyatakan sebaliknya.

Maka anda semua rasa, adakah keputusan ayahnya itu dengan keputusan vetonya, adalah satu keputusan terbaik? Adakah dengan membatalkan keputusan undian, ayah kepada keluarga itu telah melakukan keputusan yang salah dan wajib diperangi oleh setiap individu yang cintakan demokrasi tulen? Agak-agaknya, apakah jawapan anda?.....

KES HASSAN ALI; PAS SELANGOR DAH MACAM UMNO KO?

Ini cerita Hassan Ali di MalaysiaKini minggu lepas. Cerita berkenaan kononnya Dr Hassan Ali tidak akan bertanding kembali di DUN Gombak Setia atau mana-mana DUN di Selangor (baca disini). Hamba orang Selangor. Mengundi di Selangor. Ahli PAS seumur hidup di Selangor. Maka hamba memang layak untuk komen tentang perkara ini.

Samada MalaysiaKini main isu, atau memang Saari Sungib tidak tahu bermain kata-kata, atau memang team PAS Selangor sekarang sangat tidak suka Dr. Hassan Ali (terutama Pesuruhjaya 3 Selangor) bertanding lagi di Selangor. Nampak gaya sudah ada puak-puak yang dicipta sendiri oleh pemimpin PAS Selangor.

Hamba yakin, jika Dr. Hassan Ali bertanding, beliau akan menang. Kerana orang PAS pasti akan mengundi calon PAS, orang atas pagar di Selangor 60% akan kearah Pakatan Rakyat dan orang umno pun, memang senang dengan Dr. Hassan Ali.

Maka mengapa Dr. Hassan Ali tidak mahu dicalonkan, hamba tidak nampak kenapa? Beliau adalah calon yang boleh menang. Beliau adalah seorang bekas pemimpin PAS Selangor. Beliau adalah seorang yang begitu istiqomah dalam menegakkan Islam. Beliau adalah sungguh lantang dengan anasir yang boleh menjahanamkan Islam. Oleh itu, kenapa beliau tidak boleh dicalonkan lagi?

Hanya semata-mata namanya tidak cukup korum daripada cawangan? Hanya semata-mata nama beliau ada sinonim dengan 'berkahwin' dengan umno walau mereka tahu ianya hanya fitnah. Ataupun hanya kerana marah dendam kesumat seseorang, atau dua orang yang tidak berpuas hati dengan Dr. Hassan Ali kerana digugurkan dari kepimpinan PAS Selangor, satu ketika dahulu.

Nampak gaya, hamba lihat, PAS Selangor telah dalam keadaan agak kelam. Isu tikam menikam seperti baru sahaja hendak dibiak oleh PAS Selangor. Hendak salahkan orang Selangor atau hendak salahkan 'seorang' Johor? Gaya-gayanya, jika menang pun PAS Selangor di PRU13 nanti, adakah ianya akan diberkati Allah SWT?

Ahad, Disember 04, 2011

ZAMAN NI, SYAITAN BANYAK RILEKS, KRN KERJA DIA MANUSIA YG BUAT..

Pernah dengar cerita berkenaan dengan syaitan menyesatkan manusia? Mesti selalu bukan? Pernah tidak ada mendengar satu cerita bagaimana syaitan spin cerita untuk menyesatkan manusia? Mesti sudah, bukan? Tetapi kadangkala kita terlupa akan kisah-kisah itu.

Ada satu kisah yang baru diemail oleh rakan sekerja yang hamba tidak kenal pun, tentang satu cerita bagaimana syaitan menyesatkan manusia. Rasanya, ramai sudah mendengar dan membaca cerita ini, tetapi hamba hendak para gejuis semua fikir kembali jalan cerita ini.

Kisahnya;

Ada seorang yang beriman duduk disatu kampung. Apabila beliau mendengar ada sekumpulan orang menyempah sebuah pokok yang dikatakan selalu bawa tuah, maka orang yang beriman itu terus mengambil kapak untuk menumbangkan pokok itu kerana bencikan perbuatan syirik kepada Allah SWT.

Dalam perjalanan, syaitan menghalangnya, lalu lelaki beriman itu berlawan dengan syaitan itu. Syaitan itu sentiasa kalah apabila berlawan dengan lelaki itu. Setelah beberapa kali kalah dalam pergelutan, maka syaitan membuat cara lain untuk menghalang lelaki itu.

Syaitan beri kata dua kepada orang beriman itu, jika beliau balik ke rumah, syaitan akan memberi satu syiling emas kepada beliau. Maka orang yang beriman itu tergoda dan balik ke rumah. Kembali ke rumah, beliau terjumpa satu syiling emas. Esoknya, beliau terjumpa lagi sebiji emas dan seterusnya hari kedua. Tetapi, hari ketiga, beliau tidak dapat lagi satu syiling emas, maka beliau dengan marah, mengambil kapak dan pergi ke pokok yang disembah orang itu.

Dalam perjalanan, beliau terserempak semula syaitan yang sama, dan mereka bergelut. Tetapi, kali ini, syaitan yang menang dalam pergelutan. Maka orang yang beriman itu bertanya kepada syaitan kenapa dia kalah kali ini.

Syaitan jawab, 'Kerana sekarang kamu hendak menumbangkan pokok itu kerana syiling emas, bukan kerana Allah'.

Sapa mau tebang pokok syirik?
Itulah cerita yang diemail kepada hamba. Maka si pemberi email itu kata, moral of the story ialah kita mesti ikhlas bekerja kerana Allah SWT. Memang benar itulah pengajaran dari cerita itu. Tetapi, hamba nampak lagi satu perkara tentang cerita itu. Perkara yang tersirat.

Cuba anda semua bayangkan, jika cerita itu berlaku pada zaman sekarang. Apa yang akan berlaku kepada lelaki yang beriman itu? Adakah syaitan akan menghalang beliau dari menebang pokok yang disembah manusia ketika itu.

Hamba rasa, tidak.

Syaitan akan membiarkan orang yang beriman itu terus menumbangkan pokok itu. Sudah pasti.

Kerana syaitan tahu, akan ada manusia-manusia syaitan yang akan menangkap orang beriman itu, dipenjarakan, kemudian akan ada surat-surat khabar syaitan, yang memburuk-burukkan orang beriman itu kerana perbuatan 'melampau', 'ekstrim agama', JI, pengganas Mujahidin, dakwah cara tidak berhemah dan tidak liberal serta konservatif kerana menebang pokok yang 'tidak berdosa'.

Syaitan tidak perlu membuat apa-apa untuk menghalang orang beriman itu kerana syaitan tahu, akan ada blog-blog yang menghentam cara, kaedah dan tujuan orang beriman itu menebang pokok yang disyirikkan oleh manusia. Ayat, dakwah cara tidak berhemah dan perbuatan melampau dan taksub kepada agama pasti akan digunakan kepada orang yang beriman itu.

Jika ada segolongan manusia yang beriman inginkan satu undang-undang agar tiada lagi manusia menyembah pokok, pasti akan ada segolongan manusia yang berlagak educated memperli, mengherdik dan menghina akan undang-undang moral yang tidak boleh diguna pakai oleh gen Y dan muda-mudi kerana tiadanya sifat menghormati perbezaan.

Itulah hakikat zaman sekarang, sudah BANYAK syaitan berbentuk manusia berkeliaran dikalangan manusia, tidak kira manusia syaitan itu datang dari BN atau PR. Ada banyak dan orang yang beriman perlu berhati-hati berkawan dengan mereka...... berhati-hatilah.......

Sabtu, Disember 03, 2011

HAMBA SUKA MAKAN PAU, TETAPI PAU INI MEMANG WAJIB DIJAUHI..

Hamba suka makan pau. Jika ada telur burung puyuh dalam dia, lagi sedap. Ada orang kata, hendak rasa pau original, makanlah pau dibuat bangsa Cina. Masalahnya, tidak ada lagi hamba jumpa orang Cina Muslim yang buat pau dekat lembah Klang di sini.

Pau ayam memang sedap,.. tapi..

Sekarang, ada manusia sudah reti buat pau berinti cokelat. Hamba cukup tidak berkenan dengan pau cokelat. Sebab ianya tidak original. Jika dimakan, rasa pau itu akan hilang kerana cokelat yang pengacau. Jika intinya ayam, barulah power. Lebih-lebih lagi inti ayam yang dipotong kecil-kecil, nampak ayamnya didalam pau. Bukannya isi ayam dikisar. Bila inti ayam dikisar, maka pau ayam itu menjadi tidak kick.

Tetapi, ada lagi satu pau yang selamanya tidak boleh dimakan kerana rasanya yang tidak sedap. Lebih buruk rasanya jika pau itu sudah busuk dan berkulat. Jika dipaksa makan pau itu, hidup mati 7 kali pun hamba tidak akan memakannya. Bukan setakat makan, tetapi menyentuhnya pun seribu kali hamba akan jauhi.

Ketidak enakkan pau itu sebenarnya bukan hamba seorang sahaja yang perlu dijauhi, tetapi, semua manusia sepatutnya juga wajib menjauhi akan pau tersebut. Jika dekat, maka takut-takut anda semua akan terkena penyakit kronik yang boleh membinasakan hidup anda.

Jika ada kudrat, hamba akan bakar dan hapuskan pau tersebut. Jangan ada sisa sebesar biji sawi pun yang melekat di dunia yang fana ini. Biar anak cucu hamba tidak kenal dan selama-lamanya tidak merasai akan pau yang sungguh busuk lagi hina ini.

Hendak tahu, apakah nama penuh pau yang kotor ini. Pau ini jika dipanjangkan namanya adalah perhimpunan agong umno..... ha, ha, ha,.... memang cap ayam.

Jumaat, Disember 02, 2011

BILA KAPITALIS MELAYU BERHIMPUN..

Lamanya tidak bergejuis. Hendak masuk 2 bulan. Ada banyak sebab hamba sudah lama tidak bergejuis. Salah satunya yang terutama dalam banyak-banyak sebab adalah kerana, Broadband sudah tidak kecapaian selama 2 bulan. Adoi laa..... La ni nak masuk 3 bulan hutang dengan Maxis. Mana hendak cekau RM320.

Namun minggu ini, adalah minggu panas. Walau musim tengkujuh melanda, ianya tetap panas. Kenapa panas, kerana buka TV sahaja, keluar cerita dia, buka TV sahaja terpampang cerita dia. Apa pula yang dimaksudkan 'dia' itu?

'Dia' itu adalah perhimpunan umno laa....

Macamlah TV1, TV2, TV3, TV8, TV9 itu mak bapak umno punya. Ptuih!! Satu sen umno tidak bayar untuk memiliki stesen TV itu.

Tetapi, nampaknya, seperti ada sesuatu perkara penting yang akan berlaku tahun depan dari melihat apa yang dikatakan oleh puak-puak umno ini. PRU13 akan berlangsung. Nampak gaya umno kata BN akan menang besar dalam PRU13 ini dan Selangor akan kembali ke pangkuan BN. Dan percayalah, ianya akan berlaku. Kerana apa? Sebab umno adalah pakar menipu pilihanraya.

Bukti jelas adalah apa yang berlaku di Terengganu pada PRU11 2004. Sebenarnya PAS sure pasti akan menang untuk penggal kedua, tetapi kerana penipuan yang gila-gila punya, maka umno menang besar.

Namun ada satu perkara yang tidak sama dengan apa yang berlaku pada Terengganu pada tahun 2004 dan apa yang akan bakal berlaku pada 2012.

Pada 2004, umno buat kerja kotor secara senyap-senyap sehinggalah hari pengisytiharaan keputusan PRU. Tetapi, untuk projek 2012 ini, umno buat langkah silap, terang-terang dia kata ada formula untuk menangkan diri. Maka, pihak PR pun pasti akan bersedia bertindak selepas PRU nanti.

Nampaknya, umno Terengganu lebih bijak menipu dari umno pusat. Apa cap ayam punya cerita laaa.....