Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, November 05, 2011

SETENGAH BM, SETENGAH PPSMI, WHAT THE ****.

Apa ngengong punya cerita la. Kejap kata mansuh, kejap kata paku keranda, samalam kata kohort-kohort boleh terus bahasa Inggeris la pula.What the ayam lah ini Menteri Pelajaran. Macamna hendak jadi ketua pembangkang kalau ini punya perangai.

Mungkin Pak Din hanya pandai menjual pasir kepada Singapura tetapi bukan mentadbir negara apatah lagi menjadi penggerak kepada pendidikan rakyat Malaysia. Kewujudan seorang Pak Din akan menghancurkan institusi negara kerana ke'goyang'an didalam membuat sesuatu keputusan yang tidak konsisten didalam sesuatu isu.

Apa yang penting, isteri hamba sedang mengamuk lagi menyampah dengan golongan yang cintakan PPSMI. Menyampahnya beliau sehingga menganggap golongan ini adalah mereka-mereka yang berlagak bagus lagi ego cap ayam dengan bahasa asing, yang tidak reti-reti berbahasa Melayu.

Kenapa isteri hamba sungguh marah dengan mereka yang menyokong PPSMI? Ini kerana beliau adalah guru Sains tingkatan dua. Beliau dahulu mengajar Sains didalam bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajarnya yang semuanya tinggal diluar bandar. Yang peta kedudukan geografi rumah mak ayah anak muridnya adalah berada di Hulu Selangor. Kerana bahasa Inggeris itu, anak muridnya cukup susah untuk faham pelajaran Sains. Bukan kerana mereka bodoh, tetapi mereka tidak faham apa yang mereka baca didalam buku teks mereka yang berbahasa mereka tidak biasa berbahasa di rumah.

Disebabkan bahasa Inggeris, anak muridnya menjadi tidak berminat dengan mata pelajaran Sains. Kerana mereka hanya akan faham bila isteri hamba men'translate' apa yang terkandung dalam buku teks kepada bahasa Melayu dari bahasa Inggeris kepada mereka. Anak murid hanya dapat memahami pelajaran Sains jika gurunya mengajar didalam kelas kerana ada penerangan dalam bahasa Melayu, tetapi menjadi bodoh kembali jika mereka balik ke rumah dan ingin mengulangkaji pelajaran.

Inilah yang berlaku selama beliau mengajar Sains dalam bahasa Inggeris. Mulanya beliau mengajar di Felda Keratong, kemudian di Batang Kali, dan memang beliau kasihan kepada anak muridnya kerana tidak faham apa yang dibaca didalam buku teks. Mereka betul-betul bergantung kepada guru untuk menterjemah ungkapan buku teks itu dengan penerangan dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, kepada penyokong PPSMI, janganlah buat kerja ayam, terutama Tony Phua. Jangan mempolitikkan masa depan majoriti rakyat Malaysia yang inginkan menambah ilmu sains dan matematik didalam bahasa yang mereka fahami. Tolonglah anda semua selama 1 bulan, menjadi guru Sains dan Matematik, pasti anda akan merasai betapa peritnya anak-anak Malaysia hendak belajar ilmu Sains dan Matematik didalam bahasa Inggeris.

Selasa, November 01, 2011

DR ASRI, JANGAN SAMAKAN TALIBAN DENGAN BABI.

Apalah punya cap ayam punya kes? Elton John punya pasal, Taliban dapat nama. Elto John punya dosa, ustaz-ustaz pun mahu tumpang semangkuk dapat dosa. Kot ye pun mahu nasihat, janganlah membebel. Apa kes samakan Pemuda PAS mahu halang Elton John dari buat persembahan di Malaysia dengan melabelkan Pemuda mahu tiru Taliban.

Ada 2 kesalahan yang kita terlepas pandang disini.

Satu, nasihat melabel-labelkan rakan dengan benda yang 'tidak elok'.

Kedua, mentidak elokkan Taliban dengan memasukkan nama Taliban sebagai benda yang tidak elok.

Kasihan Taliban. Apa salah Taliban dengan Ustaz Asri sehingga tahap ustaz menggunakan nama Taliban itu sebagai ungkapan yang tidak elok. Ustaz ingat Taliban di Afghanistan itu tidak terasa hati ke? Taliban sekarang sedang berperang dengan orang kafir! Bukannya duduk sandar atas kerusi depan masjid beri kuliyah. Hormatlah mereka sedikit! Tiap-tiap hari ada sahaja pejuang taliban yang syahid. Ustaz di sini perli-perli nama mereka pula.

Yang peliknya, isu yang tercetus disebabkan mamat seekor manusia yang bernama Elton John. Sudahlah kafir, gay pula itu.Bukan setakat gay, siap kahwin dengan jantan. Bukan setakat kahwin dengan jantan, siap beritahu seluruh dunia pula itu tentang ke'gay'yan beliau. Disebabkan mamat sekor manusia yang jahanam ini, Dr Asri hendak nama-namakan kawan beliau dari Pemuda PAS? Siap guna nama Taliban pula? Apa? Ingat Taliban itu orang jahat ke? Apa cerita ni ustaz ni?

Hamba kasihan dengan Dr Asri. Mungkin beliau hendak nasihat dengan ikhlas. Itu hamba tidak tahu. Kot ye hendak nasihat dengan ikhlas, janganlah cara mengibaratkan rakan dengan benda yang dianggap tidak betul. Seperti jugalah babi. Tahi anjing yang kita pijak, babi juga kita menyumpah. "Cis! Babi punya tahi anjing. Habis busuk selipar aku!". Kan ke serupa dengan Taliban.

Elton John punya perangai liwat-liwat, Taliban pula dapat nama. Memburukkan nama Taliban pula. Kalau RPK atau MSK yang burukkan nama Taliban, memang munasabahlah sebab akal mereka memang bodoh tentang Islam. Ini Dr. Asri. Takkan Dr Asri hendak membodohkan diri beliau tentang Taliban?

Atau sengaja hendak membersihkan diri dengan diri dilabel Wahabi? Cuba ustaz jawab.