Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Oktober 30, 2011

PPSMI DIMANSUHKAN; SEPATUTNYA DIHARAMKAN TERUS.

PPSMI. Tidak lama lagi, ungkapan 5 huruf itu akan berkubur. Mungkin bersama-sama bekas PM yang melaksanakan projek itu. Ada yang bersetuju, ada yang tidak, ada yang sangat bersetuju dan ada yang sangat tidak, dan ada juga mereka yang tidak kisah.

Ungkapan potasium akan tidak kedengaran lagi selepas ini. Ianya akan diganti dengan Kalium. Bahasa antarabangsa. Potasium adalah bahasa Inggeris, dan kalium, adalah bahasa antarabangsa untuk sains. Banyak lagi ungkapan inggeris akan kembali kepada bahasa antarabangsa sains. Jika pelajar dahulu pening kepala hendak mencari nombor atom untuk Sodium, selepas hilangnya PPSMI, pelajar akan senang mencari nombor atom di Pariodic Table bagi Sodium, kerana huruf ungkapan bagi Sodium yang terpampang di jadual berkala itu adalah Na, bukannya So, yang semestinya sehingga kiamat pelajar tidak akan menjumpai ungkapan pendek So didalam jadual berkala, selama-lamanya.

Ya, Sodium dalam bahasa sains antarabangsa adalah Natrium. Dan bahasa melayu bagi potasium dan sodium adalah Kalium dan Natrium. Mengikut bahasa antarabangsa sains.

Mungkin juga pelajar akan kembali terjumpa ungkapan plumbum, atau minyak tanpa plumbum, yang dahulunya disebut dalam bahasa Inggeris Lead. Mungkin juga guru akan kembali menyebut Stanum sebagai Tin, atau ada guru yang akan menyebut timah, bukannya stanum. Timah adalah sama dengan Stanum dan sama dengan Tin. Cumanya, sebutan sahaja yang berbeza.

Apabila menyebut perbezaan, untuk bahasa matematik, ungkapan perbedaan akan kembali menyinar di akal fikiran pelajar-pelajar. Tiada lagi sebutan derivative. Integration akan kembali disebut pengkamilan. Namun, jangan pula salah sangka, tatacara membuat derivation dan intergration adalah tetap sama seperti dahulu. Proses trigonometri masih sama, proses al-gebra juga masih sama.

F=ma tetap akan sama formulanya. Cumanya Force(F) akan bertukar kepada kekuatan, mass (m) bertukar menjadi jisim dan accelaration (a) menjadi pecutan. Apa yang penting, unitnya tetap tidak berubah, iaitu kgm/s2. Yang penting didalam ilmu fizik adalah unitnya, bukannya bahasanya. Mudah..

Apa yang menjadi pelik adalah ada manusia yang tergila-gilakan sangat menyokong PPSMI. Kenapa ada manusia menganggap untuk meningkatkan pengetahuan pelajar didalam sains dan matematik, maka Inggeris perlu digunakan? Pelik lagi ajaib.

Ianya seperti jika hendak memaniskan air kopi, maka sumber air itu yang ditukar, bukannya menambahkan gula. Air tetap air, kopi tetap kopi, dan gula tetap gula.

Untuk memintarkan pelajar Malaysia berbahasa Inggeris, maka mata pelajaran Inggeris itu perlu direformasikan. Tatacara, sistem dan sumber perlu dirombak 100%. Bukannya dengan menyibuk kepada matapelajaran sains dan matematik.

Kami profesional yang berumur 30-an dan awal 40-an, semuanya terdidik semenjak darjah 1 hingga tingkatan 5 didalam bahasa Melayu. Sains didalam bahasa Melayu begitu juga Matematik. Ungkapan relau, omboh, sesondol, penyemperitan adalah mainan telinga kami namun kami tetap mengerti apakah dia furnace, piston, cam dan extrusion. Tidak ada masalah. Kami telah diberi pengetahuan asas di alam persekolah tentang sains dan matematik. Kami sudah faham.

Kerana asasnya kami sudah ada, maka apabila ianya diterjemah kepada bahasa Inggeris, atau bahasa Jerman dan Jepun sekalipun, kami sudah boleh mendalami lagi ilmu sains dan matematik dengan lebih jauh. Asas kami sudah kukuh.

Mengapa asas kami begitu kukuh? Kerana kami difahamkan dengan ilmu matematik dan sains itu didalam bahasa yang kami mudah faham. Bahasa Melayu.

Jadi kepada pejuang bahasa Inggeris, jangan menyibuk dengan sains dan matematik, tetapi sibukkanlah diri kamu dengan mata pelajaran Inggeris itu sendiri.

Jumaat, Oktober 28, 2011

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA TUNISIA 2011

Setelah Tunisia telah bebas dari belenggu diktator Ben Ali, akhirnya pada 23 Oktober lepas, rakyat berumur 18 tahun ke atas Tunisia termasuk 1 juta penduduk Tunisia yang menetap di luar negara dapat keluar mengundi untuk memilih ahli represantatif seramai 217 wakil.

Keputusan terkini bagi pilihanraya bebas yang pertama di Tunisia itu insyaAllah akan diupdate di blog ini dari semasa ke samasa.

Setakat jam 5.55pg, Jumaat 28/10/11 (waktu Malaysia):

An-Nahda (Islamist)            - 90
CPR (Liberal/Secular)         - 30
Aridha Chaabia (Reformist) - 19
Ettakatol (Liberal/Secular)   - 21
PDP (Secular)                     - 17
PDM (Secular)                    - 5
Afeq Touness                       - 4
Al-Moudabara (Initiative)     - 5
MPD (Democrates)             - 1
PCOT (Comunist)                - 3
MDP                                   - 2
lain-lain                                -15

Sabtu, Oktober 22, 2011

SELAMAT AKIDAH, UMNO NAK BUAT KE? -2

Hamba menyokong perhimpunan HIMPUN. Kerana tujuannya adalah betul. Cumanya hamba tidak mahu bersekongkol dengan orang-orang yang mukanya ada dua bergayut di tali-tali iklan perhimpunan ini. Apa gila umat Islam tidak bersetuju berhimpun untuk meluahkan perasaan untuk memartabatkan akidah umat Islam. Sebab itu hamba tidak kutuk dan hamba tidak ambil bahagian dengan HIMPUN ini.

Bagi rakan-rakan blogger yang terlebih-lebih menghina dan mengherdik HIMPUN ini, anda sekelian sebenarnya hipokrit kerana semasa himpunan Bersih dahulu anda semua terlalu marah akan mereka yang menghina dan menghentam bersih 2.0, tetapi anda sekali telah menjadi seperti umporno mengherdik HIMPUN walau sebenarnya BUKAN umno yang menjadi ejen besar kepada HIMPUN ini. Hamba kasihan dengan NGO-NGO yang betul-betul ikhlas dengan program tersebut.

Namun, oleh kerana adanya Perkasa, adanya Pekida dalam perhimpunan itu, maka dengan jelas, ada kecacatan yang ketara dalam HIMPUN. Lebih-lebih lagi Dato Ibrahim Abu Shah, musuh utama jemaah Islam, Naib Canselor yang bertanggungjawab mematikan gerakan Islam di UiTM, dan merupakan manusia yang amat jelas benci akan gerakan Islam, terhegeh-hegeh datang untuk bersama kononnya memartabatkan akidah. Padahal, dialah manusia celupan Melayu yang utama merosakkan akidah orang Melayu. Ptuih!!

Pekida dan Perkasa pula, adalah tali barut umno. Sesiapa yang bersama dengan umno, maka dengan jelas, mereka juga adalah musuh kepada Islam. Musuh kepada gerakan Islam dan musuh kepada hukum hudud.

Apa kes mereka yang amat bencikan hudud terlaksana di Malaysia, terhegeh-hegeh untuk kononnya hendak memartabatkan akidah orang Melayu dalam Islam. Betulkan akidah diri kamu dahulu wahai Pekida dan Perkasa. Sokong hudud, masalah selesai. Memang komfem tiada lagi orang Islam yang murtad, kerana semua yang murtad, semuanya mati dipancung kepala. Senang cerita.

Terus terang hamba kata, isu ini adalah isu yang termudah untuk diselesaikan. Tetapi disusahkan oleh umat Islam sendiri. Hududkan ke sudah ada. Kuasa sudah ada ditangan masing-masing, maka laksanakanlah sahaja. Syariah Islam perlu di Kafahkan, diseluruhkan perlaksanaannya. Bukannya hanya bank Islam, bukannya hanya dengan kes nikah kahwin cerai berai, bukannya hanya kes liwat, tetapi kes zina sekali.

Buat sahajalah kerja-kerja yang disuruh Allah, Tuhan segala makhluk. Yang terpinga-pinga takut undi orang kafir lari ini, apakehal?

SELAMAT AKIDAH, UMNO NAK BUAT KE?

umno memang dari mula-mula ditubuhkan adalah untuk membiasakan orang Melayu yang beragama Islam untuk berbuat dosa-dosa besar. Setelah ditubuh oleh Dato Onn dan kemudian dikemudi oleh Tunku Abdul Rahman, umno sudah berjinak dengan judi. Judi digunakan untuk menambah kantong kewangan umno. Sebab itu unit ulama dalam umno keluar umno dan tubuhkan PAS.

Selepas merdeka, umno berjinak pula dengan arak kerana dengan bangganya, mewujudkan kilang arak di negeri Selangor awal 60-an dahulu. Kebanggaan menaikkan kilang arak oleh umno sehinggakan terkeluar berita suratkhabar PM Malaya sedang tersenyum lebar dengan tokey arak Inggeris merasmikan kilang arak itu.

Setelah itu, dengan tidak cukup judi-judi nombor ekor dan kedai judi kecil-kecilan di serata Tanah Melayu, sempena menjadi negara bernama Malaysia, umno telah berbangga menaikkan lagi industri judi kepada yang lebih besar, terwujudnya tempat judi terbesar di Asia Tenggara, Genting Highland. Tempat perjudian yang besar telah dibuat di atas gunung Genting di negeri Pahang bersempadan dengan Selangor.

Pada awal 80-an pula, apabila sebuah pertubuhan Islam di Malaysia hendak melaksanakan hudud sebagai undang-undang, maka umnolah yang paling lantang, malah lebih lantang dari MCA dan MIC menghalang dan memburuk-burukkan hukum Hudud. Terang-terangan umno mengatakan hudud adalah hukum zalim, jika hudud terlaksana, maka akan kudung tangan rakyat Malaysia, jika hudud terlaksana, tidak cukup bata untuk buat bangunan dan berbagai-bagai penghinaan lagi.

Pada awal 80-an ini juga, sebuah pertubuhan Islam telah membawa draf undang-undang murtad untuk dilaksanakan didalam Parlimen. Dan seperti biasa, umnolah parti politik yang paling lantang menghalang enakmen murtad ini.

Penghinaan hukum hudud tidak berakhir sehingga kini oleh umno. Kata-kata masa tidak sesuai untuk dilaksanakan masih lagi kedengaran oleh puak-puak umno. Kesimpulannya, umno dan Islam adalah seperti air dengan api. Tidak boleh bercampur. Jika bercampur, salah satu pasti mati.

Media cetak yang digunakan umno untuk menghalang dan menghina hukum hudud adalah utusan malaysia. Kartun-kartun pada zaman 90-an dengan selamba menayangkan orang kudung kerana perlaksanaan hudud. Sehingga ketahap ustazah umno pun dengan selamba menghina hukum hudud di depan pelajar Mesir pada tahun 2009 dahulu.

Baru-baru ini, utusan malaysia sekali lagi menayangkan kartun menghina Islam dan hukum hududnya sekali. Ianya seperti umno dan utusan akan melakukan apa sahaja untuk menghalang, menghina, memutar belit, memburukkan dan berbagai-bagai lagi perkara negatif terhadap hukum hudud.

Namun hari ini, musuh Islam yang utama, iaitu umno dan utusan, dengan 'berbesar hati', memberi sebanyak-banyak ruang kepada HIMPUN, satu acara untuk berkumpul memberi sokongan agar akidah umat Islam terjaga.

Hendak tahu kenapa umno buat begitu? Nanti hamba cerita pada bab kedua nanti. Hamba hendak keluar, beli barang dapur......

Rabu, Oktober 19, 2011

HIMPUN: PUSAT BETUL, PEMUDA PUN BETUL, YG KORANG KECOH-KECOH APAHAL?

Hari ini hamba hendak bercerita sedikit tentang isu HIMPUN secara cakap-cakap kedai kopi. Disebab sudah lama tidak bergejuis, maka cerita yang hendak diceritakan pada hari ini adalah secara stail cakap-cakap kedai kopi. Iaitu cakap-cakap yang tiada selindung, tetapi diluahkan seluah-luahnya.

Ada dua keadaan yang dilihat oleh sesetangah manusia, keputusan dari Persatuan politik Islam di Malaysia yang sama, tetapi nada yang berbeda. Satu keputusan Pemudanya, dan satu keputusan Pusatnya. Pusat kata 'tiada kaitan dengan Himpun', tetapi Pemudanya terlebih dahulu berkata 'akan bersama-sama dengan Himpun'.

Kenapa berlaku 2 keputusan yang jauh berbeza?

Ada blog yang menghentam kromo Pemuda kerana tidak mengamalkan tatacara berparti yang betul kerana mendahului Pusat dari membuat kenyataan. Mereka menyarankan agar Pemuda sepatutnya menunggu keputusan Pusat dahulu daripada membuat apa-apa kenyataan. "Amal Jaraiyy" patut diutamakan.

Sekali baca, hamba melihat seolah-olah mereka yang menghentam kromo Pemuda adalah mereka yang inginkan Pemuda ini bersikap 'yes man'. Kami ikut sahaja keputusan Pusat. Kami tidak boleh buat apa-apa keputusan selagi Bapa kami belum buat keputusan. Pusat adalah maksum dan Pemuda wajib akur. Jika itulah jenis Pemuda yang diidamkan, maka percayalah, Dato Asri tidak akan dipecat dari Parti Islam SeMalaysia.

Apa guna instrumen Pemuda jika sekadar mengiyakan apa sahaja keputusan Pusat dibuat? Apa guna Dewan Pemuda ditubuhkan jika ianya hanya sekadar dewan untuk orang-orang muda berkumpul? Dewan Pemuda adalah satu instrumen dalam PAS sebagai kumpulan pendesak dan satu kumpulan 'menyedarkan' pemimpin Pusat jika tersilap buat keputusan.

Pemuda juga adalah satu instrumen yang boleh dijadikan senjata untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Pusat yang lari dari perjuangan asal Parti Islam SeMalaysia. Pemuda adalah Pemuda. Bukan Dewan Muslimat dan bukan Dewan Harian. Pemuda adalah Pemuda. Memputerikan Pemuda adalah salah satu  kerja yang akan menghancurkan Parti Islam di Malaysia ini.

Oleh itu, apa yang dilakukan oleh Pemuda untuk menyokong Himpun, adalah satu tindakan politik menyelamatkan undi Melayu. Ya, satu tindakan politik menyelamatkan undi Melayu. Jika anda semua tidak nampak dan perasan, PAS bukan hanya memerlukan undi Cina dan India untuk menang, tetapi memerlukan juga undi Melayu.

Tolong jangan fikir undi Melayu PAS atau Umno, tetapi tolong fikirkan golongan 30%, iaitu Melayu atas pagar yang bukan PAS dan umno, tetapi atas pagar.

Apa? Korang ingat umno buat perangkap berkenaan isu Himpun ini untuk menyedarkan penyokong PAS dan PR ke? Tidak, mereka mensasarkan kepada pengundi atas pagar Melayu. Jerangkap ini dibuat untuk memancing pengundi atas pagar berketurunan Melayu.

Jika PAS tidak bersetuju dengan Himpun, maka percayalah, esoknya, media-media umno akan bercerita tentang PAS sudah membuangkan isu-isu berkaitan Islam jauh-jauh untuk mendapatkan kuasa. PAS telah dicucuk hidung oleh DAP. Dan memang itulah yang akan dibuat umno. Buat cerita gila. Buat cerita fitnah. Dan sasarannya bukannya penyokong PAS dan PR, tetapi kepada mereka yang atas pagar berbangsa Melayu.

Esok, cuba anda semua bertanya kepada mereka yang tidak ambil pot tentang politik, apa yang akan mereka katakan tentang kes Pusat kata tidak ada kaitan dengan Himpun, tetapi Pemuda kata menyokong Himpun. Cuba tanya mereka. Jangan tanya hamba, sebab hamba ahli PAS, jangan tanya ahli PKR, jangan tanya kawan-kawan kita yang menyokong PR, tetapi cuba tanya mereka yang betul-betul atas pagar. Mereka yang betul-betu tiada pendirian politik.

Maka anda semua pasti akan tahu, kenapa Pemuda mengambil langkah berkenaan.

Sabtu, Oktober 01, 2011

NASIB BAIK 1951, JIKA 1950, NAYA PAS..

Tadi, di Kepala Batas, Tok Guru Presiden telah merasmikan Kongres sambutan ke 60 Persatuan (Parti) Islam SeMalaysia atau ringkasnya PAS. Kerana apa PAS dikatakan berumur 60 tahun. Ini kerana PAS ditubuhkan pada 1951. Bukannya 1950. Jika PAS ditubuh pada 1950, sudah pasti PAS berumur 61 tahun.

Difikirkan kembali, elok juga tok ayah kita menubuhkan PAS lebih setahun dari tahun 1950. Jika tidak, pergh,.. hamba yakin penuh konfiden, akan ada suara-suara cap ayam akan mengeluarkan bahawa peristiwa Bukit Kepong ada kaitan dengan PAS.

Sudah semestinya Mat Sabu akan dibalun seteruk mungkin malah bukan Mat Sabu sahaja dibalun, tetapi PAS sekali diheret bersama yang mengatakan PAS adalah tali barut komunis yang membunuh polis British keturunan Melayu di Bukit Kepong.

Hamba juga pasti akan yakin, mamat-mamat umno dan perkasa di Seremban itu akan kata Mat Indera itu adalah ahli PAS yang bersekongkol dengan komunis.

Hamba yakin punyalah. Tetapi, alhamdulillah, Allah takdirkan PAS ditubuh setahun selepas peristiwa Bukit Kepong. Tiada peluanglah umno dan perkasa buat fitnah lebih teruk kepada Mat Sabu dan PAS. Sememangnya, dasar umno adalah kapitalis dan politik marchiaveli. Buat apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk kepentingan masyuuk mereka. Memang cap ayam betul......